Assalammualaikum,

Lama tidak menulis disini, 
lama tidak meluahkan rasa walaupun berkali-kali rasanya menjenguk disini 
namun akhirnya tetap dibiar sepi.

Tinta seorang hawa,
aku kini sudah memasuki alam pekerjaan,
sudah memasuki alam perkahwinan,
keduanya alam lain yang perlu aku tempuhi dengan lagi gagah berani dan perkasa.

Selalu aku ingatkan diri,
jangan terlalu senang dengan kegembiraan,
sekali-sekali pandanglah kebawah agar aku sedar hidup ini ada dugaan.
namun, tidak aku nafikan yg aku bahagia.

Bahagia kerana kini aku mampu membeli dengan hasil titik peluh sendiri,
bahagia kerana dengan duit itu aku mampu berkongsi dgn ibu, abah, adik beradik & orang lain yang memerlukan.
dan terima kasih Allah kerana sentiasa mencukupkan. Alhamdulillah.

Apa yang lebih membahagiakan ialah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang mahu menerima aku apa adanya.
Menjadi isteri kepada lelaki yang mengeluarkan aku dari kancah kesedihan suatu ketika dulu. 
Ya, lelaki itu kini adalah suamiku. Terima Kasih Allah, atas segalanya.



Tuhan, andai satu saat nanti kebahagiaan ini kau ganti dengan ujian,
cuma pintaku berikanlah aku kekuatan & ketabahan untuk menghadapi ujianMU itu kelak.
Sungguh aku sedar segalanya hanyalah pinjaman dan tiada apapun yang menjadi milikku.


p/s: Perasaan rindu pada negeri bawah bayu semakin membuak-buak. Allah, sampaikan aku dibumi bawah bayu dan makkah ya, sungguh aku rindu dan aku mahu kesana. murahkan rezekiku & suamiku,. Aaminn ya rabbal alamin.





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...