Bismillah..

Assalammualaikum semua. 
Alhamdulillah penantian sebagai penganggur berakhir apabila ditawarkan bekerja sebagai editor buku. Terima kasih Allah, terima kasih kalian yang selalu mendoakan.

Hampir beberapa bulan aku menanti untuk mendapat kerja setaraf dengan kelayakan. Bukan memilih, tapi mungkin rasanya berbaloi perjuangan tiga tahun dalam ijazah di Universiti Putra Malaysia. Tapi, selalu aku ingatkan diri untuk bersyukur dengan sedikit kerana kalau terdapat keberkatannya didalamnya ia kadang lebih daripada mencukupi. Alhamdulillah.

Bercakap pasal rezeki, aku teringat kata- kata dalam buku menjemput rezeki. Yang mana kata-kata itu sebenarnya membuat aku tersentak dengan sikap aku yang terlalu lemah imannya. Sebelum mendapat kerja, sering aku mengeluh berkali-kali dengan rezeki yang susah menghampiri. Selalu merasakan bahawa Allah menguji aku terus tanpa henti. Ampunkan alya Ya Allah.  Sedangkan apa yang tertulis dalam buku itu mengatakan bahawa rezeki yang paling hebat sekali adalah rezeki Kesihatan. Mampu tersenyum , ketawa, menghirup udara bersih, makan makanan yang sedap itu juga rezeki yang jarang kita sedar. Apabila bercakap pasal rezeki, fikiran dan minda lebih tertumpu rezeki itu berbentuk wang dan harta semata-mata.

Sedangkan memiliki kawan yang baik, insan sekeliling yang baik itu juga rezeki. Allah. Allah. Allah.


ruang kerja saya :)


p/s:  Jom, sama-sama kita jadi manusia yang selalu bersyukur.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...