dan aku tahu,

tanpa doa ku,
kamu masih akan berbahagia.

Tuhan akan masih memberikan yang terbaik untuk kamu.
Tuhan akan masih menentukan takdir terindah buat kamu.
kerana aku percaya,
walau tanpa aku minta,
Tuhan masih akan memberikan yang terbaik buat hambanya,
Apatah lagi buat seorang yang baik dan sedang memperbaiki diri.

ketahuilah.
rasa ini, akan akhirnya pudar nanti.
doa ku, mungkin juga tak lagi aku titipkan.
harapanku, mungkin juga akan aku terlupakan.

jujur, kerana itulah sebenarnya yang lebih selalu aku doakan,
untuk melupakan, menghapus dan mengusir segala rasa dan kenangan yang tersisa.
ya, melupakan memang tak mudah,
namun terus mengingat dan mengenang juga tak selalu indah.

namun,
ingatlah suatu perkara yang akan selalu membuatmu bahagia,
itulah DIA,
rahmat-NYA, kasih sayang-NYA.
bukan aku. mungkin bukan doaku. mungkin bukan lagi harapan aku.

lantas,
mengapa masih ada ragu,
bahawa, tanpa aku,
kamu masih akan berbahagia?

Saya masih mngs sbb rindukan sahabat itu (kakcik). saban malam & ada ketika sy rasa begitu kehilangan.

sesuatu buat kamu, yang tak pernah tahu. 
“senyumlah kerana kamu sedar, dia ada dia.
senyumlah kerana kamu sedar, kamu ada DIA.”
 sederhanaindah :)

Assalamualaikum. Bismillah. Assolatuwassalam ala Rasulillah.

Alhamdulillah dalam dunia yang semakin berputar ligat dan kehidupan yang semakin rumit setiap hari, sempat kita saling bertukar salam dan mendoakan kesejahteraan diantara satu sama lain. Diharap awak sentiasa sihat sejahtera dan diberkati-Nya.


Kehadapan awak yang sentiasa dalam doa saya,
Kita berkenalan kerana ada sesuatu yang menggerakkan kita  Tuhan dan takdir. Kita berkenalan kerana dalam hati ada sesuatu yang bercambah , ukhwah. Kita berkenalan kerana berkongsi satu persamaan ; minat kita terhadap tulisan-tulisan lewat alam maya. Alhamdulillah bersyukur saya kerana kita ditemukan dan bersahabat. Kerana nikmat yang paling berharga sesudah iman dan kesihatan adalah memiliki sahabat yang soleh/solehah. Saya harap persahabatan ini berkekalan, walau saya sedar tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Allah.
Awak, ada banyak perkara yang saya ingin tanya, yang saya ingin tahu, yang saya ingin dengar dari awak berkenaan tulisan-tulisan berkenaan kekecewaan dan kesedihan yang selalu awak paparkan. Maaf bukan niat saya untuk menyibuk tetapi saya terlalu ingin tahu kenapa tulisan-tulisan itu yang awak pilih untuk dipaparkan.
Adakah awak dihantui masa silam yang memedihkan? Ceritakan pada saya awak, saya ingin jadi pendengar awak yang setia, walau saya tahu pendengar yang paling setia bagi setiap manusia adalah Tuhan. Saya ingin berkongsi kepedihan awak.
Adakah kesedihan itu adalah kerana awak tidak mendapat bahagia yang awak impikan? Kerana manusia, saya juga tidak terkecuali, sememangnya akan bersedih, kecewa dan terluka dalam proses mencari kebahagiaan.
Awak nak dengar cerita berkenaan bahagia? Tapi sebelum tu izinkan saya bertanya apa erti bahagia bagi awak? Adakah ia sejenis peluang dan nasib baik dalam kehidupan? Adakah ia adalah rasa kepuasan dalam jiwa kerana berjaya memiliki apa yang diingini? Adakah ia boleh diertikan dengan keadaan gembira yang dirasai diri?
Jujurnya saya juga tidak mengetahui apa sebenarnya erti bahagia. Kerana terlalu banyak perbezaan pendapat berkenaan bahagia diantara seseorang dan seseorang yang lain. Dan benarkan saya berkongsi apa yang saya rasa tentang bahagia.
Saya faham awak, kebahagian itu mungkin adalah ketika kita mengenali seseorang, menjadi teman seseorang, dan memesrai seseorang membuatkan kita berusaha untuk mengejar kebahagiaan yang kita impikan bersama dia. Namun saya tertanya-tanya, adakah bahagia itu tidak tetap kedudukannya dan sentiasa berubah bentuk hingga perlu dikejar?
Rupanya jawapan itu ada pada diri sendiri. Bahagia itu ada dalam hati. Kita cuma perlu mengubah sedikit sudut pandang maka bahagia itu akan terpantul dari dalam diri.
Awak, kekecewaan dan kesedihan akibat keinginan untuk mencapai bahagia yang tidak kesampaian yang kita inginkan itu bukanlah atas hukuman Allah atau kesilapan kita sendiri. Semua itu sebenarnya adalah ujian buat kita dan manusia yang ingin merasai makna kebahagiaan sebenar di dunia ini. Kerana kebahagiaan itu bukanlah kepuasan fizikal mahupun kepuasan jiwa, bukan juga pengalaman indah yang diciptakan minda, dan kebahagiaan itu juga bukanlah bagaimana sesuatu perasaan yang bermula itu berahkir seperti apa yang kita inginkan.
kebahagiaan hanyalah dapat dikecapi apabila kita kembali kepada fitrah. Kebahagiaan itu bukan berakhir dengan kepuasan diri sendiri tetapi harus berakhir dengan tujuan utama penciptaan manusia di muka bumi ini ; iaitu kembali kepada Allah. Dan manusia punya banyak cara untuk meraih bahagia namun pilihan terbaik adalah melakukan penyerahan kepada Allah. Kerana dengan kembali kepada Allah, kita akan mengenali diri sendiri dan tujuan utama kenapa kita diciptakan.
Bahagia itu tafsirlah dalam erti apa sekalipun, ia akan menemui satu titik yang sama iaitu bahagia itu adalah apabila kita redha kepada apa jua yang Allah beri dan Allah kembali meredhai kita.
Maka janganlah terlalu berduka tentang terlepasnya bahagia pada masa lalu, awak. Kerana Allah sebenarnya sedang menilai awak untuk memerhatikan apa usaha yang awak akan lakukan untuk mencapai redha-Nya.
Awak juga selalu mengatakan betapa berdosanya awak pada masa lalu. Dan sebenarnya dalam jiwa saya, sentiasa ada perasaan mendesak untuk bertanya kenapa awak menggelar diri awak begitu. Namun bila difikirkan itu urusan rahsia awak bersama Allah, maka saya menahan diri. Cuma saya hendak katakan, dalam dunia ini sentiasa ada ruang untuk manusia kembali diterima dan memperbetulkan diri. Adam dan Hawa yang melakukan dosa diberi peluang bertaubat dan akhirnya diterima semula oleh Allah. Awak sangat beruntung sebenarnya, Allah menyedarkan awak tentang dosa awak dan dengan itu awak kembali berusaha untuk mentaati-Nya. Mintalah keampunan dan hidayah dari-Nya.
Juga, saya tahu awak takut dengan masa depan. Takut akan sesuatu yang tak pasti. Dan lebih-lebih lagi lewat dari tulisan-tulisan awak, awak takut untuk terputus hubungan dengan orang yang awak sayangi. Itu normal kerana kita adalah manusia biasa. Tapi ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa akan kembali tenang. Maka marilah kita membaiki iman dan amal, kerana dengan imanlah kita tidak akan takut terhadap sesuatu yang tak pasti. Dengan imanlah kita akan diberi kekuatan dan ketabahan untuk menempuh masa hadapan.
Awak, lupakanlah kesedihan masa lalu. Kerana hidup bukan untuk mengenang masa silam sebaliknya untuk mencipta masa hadapan yang baik. Saya sayangkan awak, dan ketahuilah sedikit demi sedikit hati saya menangis apabila melihat atau membaca tulisan awak yang mengandungi kesedihan.
Bahagia itu datang dengan keredhaan dan ketaqwaan pada Ilahi. Moga kita sentiasa dijagakan hati agar tidak berpaling dari-Nya dan moga kita diredhai. InshaAllah.
Yang menyayangi awak,
saya.
sederhana indah
dan kadang kala,

akan ada duka, yang tak akan mampu kita kongsi,
walau ada seribu telinga yang mahu mendengar,
walau ada seribu mulut yang bertanya,
hatta,
walau ada begitu banyak bahu untuk kita sandarkan,
dan menangis.

akan ada duka yang masih terbungkam dan tersimpan.
disimpan rapi dalam hati.
tersembunyi dalam senyum dan tawa.

bukan kita tak mahu,
tapi kita tak mampu.
dan bukan kerana tak percaya,
cuma kerana kita tahu bagaimana harus kita mula.
kerana terkadang,
bahasa memang gagal menzahirkan rasa.
;’) dan ada duka, yang akan tetap menjadi rahsia kita dengan DIA.
“ketika duka, kebisuan lebih berkata-kata dari bahasa dan air mata.” :)

SEDERHANA INDAH
sujudlah sebagai seorang hamba, bukan seorang tuan.
apa bezanya?
sujud sebagai seorang hamba, apabila dia sujud hatinya berkata “ya Allah aku ini hamba-Mu yang lemah dan hina, aku memohon petunjuk dan hidayah dari-Mu, aku memohon hanya dari-Mu segala yang baik, dan apa yang Engkau berikan padaku, itulah yang terbaik buatku, dan jika aku mendapat yang bukan aku inginkan, aku redha kerana aku tahu Kau punya rancangan yang lebih baik untukku.”
sujud sebagai seorang tuan, apabila dia sujud hatinya berkata “ya Allah, aku ni dah banyak beribadah pada-Mu, dah letih dah buat kebaikan, tapi kenapa Kau tak bagi kesenangan? ya Allah, aku mahu dengan ibadah ini, Kau berikanlah aku kesenangan dan ganjaran, berilah apa yang aku mahu ya Allah, sebab aku dah banyak ikut perintah-Mu maka perkenankanlah apa jua yang aku minta.”
kita di tahap mana? fikir-fikirkan dan selamat bermuhasabah :)



“Kau tak kisah?”

“Kisah apa?”

“Kalau orang yang kau suka, berjodoh dengan orang lain?”

“Jodoh itu Tuhan yang tuliskan. Aku sebagai hamba yang sudah dituliskan takdir, nak tak nak, kena akur.”

“Tapi ini soal rasa. Dan rasa itu sekali membekas, sampai bila-bila.”

“Jadi?”

“Takkan tak rasa kecewa sikit pun?”

“Tuhan tak suruh kita mencintai yang lain, sebaliknya mencintai DIA. Memang rasa suka tu fitrah, kita boleh je pilih untuk tak letak harapan.”

[Harapan itu akar kepada masalah sakit hati. Expectation is the root of all heartache.]


SEDERHANA INDAH :)


“di mata tangis kering,
di hati berendam duka.”

si lelaki yang sedang melayari facebook, tersentak seketika dengan status si gadis. eh? masih duka lagi? laju tangannya menaip komen.

“kenapa? si lelaki bertanya.

tak sampai 30 saat komennya dibalas si gadis ;

“dalam berkasih, sesaat adalah abadi.”

lalu si lelaki membuat kira-kira dalam kepalanya yang penuh imaginasi. sesaat = abadi. kalau dua saat? dua abadi. kalau tiga saat, tiga abadi. si gadis bercinta dengan bekas kekasihnya selama 3 tahun. berapa puluh ratus ribu juta abadi aganya? lalu dia menepuk kepala. saat-saat begini pun otaknya boleh melawak.

tenang, tenang. tangannya mula menaip komen.

“masa bukanlah penentu cinta. takdir Tuhan mengatasi segalanya.” si lelaki mengerutkan dahi. lirik lagu mana aku rembat ni!

“bukti?”

“Qada dan Qadar. Qada Mubram. ketentuan yang tak boleh diubah. salah satunya adalah jodoh.” mujur juga si lelaki pernah mendengar kuliah subuh berkenaan hal ini, walau dia tersengguk-sengguk menahan kantuk.

“jadi?”

“awak, jatuh cinta dengan orang yang salah, tak semestinya berakhir dengan sepi. cinta tak pernah datang sekali.”

“maka?”


“rukun iman keenam, beriman kepada Qada dan Qadar. percaya setiap yang berlaku ada hikmah. berlapang dadalah dengan ketentuan Tuhan. apa pun perkara yang terjadi, pasti ada hikmah disebaliknya. saya percaya itu. sebab saya yakin, Tuhan janjikan bahagia untuk semua.”

lama komen itu dibiar tak berbalas. setelah 10 minit, dia mendapat satu notifikasi.

“terima kasih :’) tapi kali ni awak terlalu fakta. simpulkan semua ni dalam satu ayat putis. kalau tidak saya merajuk :P” si gadis mula kelihatan ceria.

ada-ada saja. si lelaki menggeleng kepala. lalu teringat satu antara ayat kegemarannya :

“Lovers don’t finally meet somewhere, they’re in each other all along. - Rumi

kekasih itu tidak akhirnya bertemu di suatu tempat, sebaliknya telah ditakdirkan bersama dari azali lagi (okay ini terjemahan hentam).”

“close enough. selamat malam jiwa-jiwa yang berbahagia ;)”

SEDERHANA INDAH :)
“Kalau ada seseorang yang kau cintai, suruh kau lupakan dia, kau buat apa?”

“Doa.”

“Doa supaya dia buka hati untuk kau?”

“Tak.”

“Dah tu?”

“Aku akan doa ; Ya Allah temukanlah dia dengan seseorang yang baik akhlak, iman dan taqwanya. Aku mahu dia gembira, Ya Allah walaupun bukan kerana aku. Aku mahu dia dicintai dengan selayaknya tidak seperti mana aku mencintainya, dan aku mahu dia ditemukan dengan seseorang yang melihat dirinya bukan dengan pandangan nafsu manusia dan syaitan, tetapi pandangan dari-Mu, ya Allah.”

[be the light, eventhough your own heart is not bright enough]

Kalau betul kita sayang pada seseorang, pray for his/her happiness. Doakan dia cepat-cepat kahwin. Bukan doakan yang tak baik seperti minta putus atau apa. Tak elok ketawa atas kesedihan orang lain, kan? :)




Ketika kaki tersesat tak tentu arah

Ketika bahu melemah tiada sandaran
Ketika hati perih tiada pengubat

♥ Hasbunallah wanikmal wakil

Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami

♥ La Tahzan Innallaha Ma’ana

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita

♥ Innallaha ma’asshobirin

Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar

~Jangan pernah mengira kita sempurna dalam bersendirian, 

kerana Allah akan senantiasa ada, menjadi petunjuk, 
penenang, tempat bersandar, pengubat luka..:)
"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...