Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.....


Bila bercakap pasal sahabat, aku sebak. Sebab aku ini manusia yang mudah jatuh sayang. Sekali kau datang dalam hidup dan bahagiakan aku walau sebesar zahrah sekalipun aku akan jatuh sayang dan anggap kau sahabat. Tapi, satu hakikat yang pasti setiap manusia yang datang dalam hidup kau akan pergi. Kemudian akan muncul insan lain dan dia juga kan pergi. Hakikat yang tidak dapat diubah sampai bila-bila. 


Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah-ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan, minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela.


Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh temeh?...

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menghargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi...

Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata kata takkan bermakna jika dibiarkan kata kata itu begitu sahaja.. tanya hati dan diri masing masing.. adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia,  dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa, dia juga ada kelemahan dan juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Kita selalu lihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Assalammualaikum w. b.t....

Aku masih keliru & seakan tidak percaya pada apa yang tertulis untukku....
Ya Rabbi, saat aku mencari & seakan lelah dlm pencarianku, Kau seakan tunjukkan aku arah....




Yang dimana sehingga kini aku masih buntu dan keliru dengan pencarianku... Layakkah aku??? Berat hati masa nak buat keputusan untuk hadiri ujibakat ni.. satu persoalan yang berlegar tanpa henti...

Layakkah aku..

layakkah aku..

layakkah aku...

Aku ini wanita yang datang daripada masa lalu yang kelam,
Wanita yang sering berusaha istiqamah mengejar kebaikan,
sering tersadung dalam penghijrahannya..
Adakalanya begitu bersemangat waja,
adakalanya leka dan hanyut bersama arus dunia...

Pagi sebelum melangkah pergi, aku buntu lagi..
Menangis sbb tertekan sendiri.. dan terlelap didepan laptop tanpa aku sedari..
Rumate berkali-kali kejutkan aku... "kak lia, pergilah.. itu bicaranya sebelum dia melangkah ke kelas..

Aku akui, walau sering kali berbicara didepan smua orang tanpa gagap, walau sering berleter di radio dengan yakinnya...tetapi adakalanya keyakinan aku boleh menjunam tinggi, adakalanya jatuh sampai menyembah bumi.. Serius, aku menggigil.. 

Aku ajak murni ( adk angkat aku) pergi ukm.. sbb dgn kaki mngigil dan fikiran yang berserabut ni aku tak yakin aku mampu drive ke ukm.. malam sebelum pergi tu, aku mesej coursemate aku yang paling rapat untuk teman dan Alhamdulillah dia ON je. Atas pujukan murni, aku kuatkan juga hati pergi. Dalam kereta, dahlia & murni ni tak putus-putus bagi kata semaangat.. Million tankz korang. 

Sampai ukm.. terus isi borang untuk ujibakat. Krew-krew kat situ sporting sangat dan turut bagi semangat. 
Sampailah giliran aku kena interview, masa masuk blik tu ada org lain kenaa interview.. seriusly aku dengar dia kena hentam dengan juri mcm nak lari keluar dr bilik tu pun ada. Sampai giliran aku, juri-juri suruh perkenalkan diri. Juri yang aku ingat Ustazah Fairuz la.. Hehe. 



Kemain lagi aku menjawab soalan-soalan juri. Jadi jwpnnya biarlah antara aku dan juri je yg tahu apa yang aku melalut dalam ujibakat tu. Tapi oleh sbb aku budak sastera, juri mintak aku berpuisi. Aku pun berpuisi lah dengan sepenuh hatinya. Nak tengok aku berpuisi, korang carilah kat tonton. . :)

Sejujurnya, aku sertai program ni bukan sebab nak famous, nak kejar populariti atau sebagainya. Tapi sejujurnya aku ini insan yang serius mahu memperbaiki diri. Bagi aku, mungkin melalui platform ini, aku dapat belajar banyak perkara tntang agamaku. Makin aku mendalami islam, makin jauh aku ketinggalan. Banyak perkara yang aku masih tidak tahu. Bayangkan dalam usia 23 tahun, aku masih kosong tentang agamaku. Masa dalam kelas sastera islam, aku menangis bila check diri aku dan amanah Allah kepadaku. Aku masih sambil lewa sedang janji sbgai hamba & khalifah masih belum terlaksana. Allah.... :(

Kata Cikgu Juriah, kalau perlukan orang yang betul-betul baik sahaja untuk jadi pendakwah, maka siapa yang mahu jadi pendakwah. Kalau niat kamu ikhlas, InsyaAllah Allah akan bantu.. Sayang cikgu!




Dakwah itu bukan sahaja daripada berbicara, tapi juga daripada mata pena.. Mungkin ada Hikmahnya aku berada di jurusan sastera dan komunikasi. Allah maha mengetahui.. :)












setiap orang
Akan ada sesuatu yang dia simpan.Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.

Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.


Kerana dia juga manusia.

Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.


Ada.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.


Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.


Tersenyum melihat langit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...