Bismillah..

Assalammualaikum semua. 
Alhamdulillah penantian sebagai penganggur berakhir apabila ditawarkan bekerja sebagai editor buku. Terima kasih Allah, terima kasih kalian yang selalu mendoakan.

Hampir beberapa bulan aku menanti untuk mendapat kerja setaraf dengan kelayakan. Bukan memilih, tapi mungkin rasanya berbaloi perjuangan tiga tahun dalam ijazah di Universiti Putra Malaysia. Tapi, selalu aku ingatkan diri untuk bersyukur dengan sedikit kerana kalau terdapat keberkatannya didalamnya ia kadang lebih daripada mencukupi. Alhamdulillah.

Bercakap pasal rezeki, aku teringat kata- kata dalam buku menjemput rezeki. Yang mana kata-kata itu sebenarnya membuat aku tersentak dengan sikap aku yang terlalu lemah imannya. Sebelum mendapat kerja, sering aku mengeluh berkali-kali dengan rezeki yang susah menghampiri. Selalu merasakan bahawa Allah menguji aku terus tanpa henti. Ampunkan alya Ya Allah.  Sedangkan apa yang tertulis dalam buku itu mengatakan bahawa rezeki yang paling hebat sekali adalah rezeki Kesihatan. Mampu tersenyum , ketawa, menghirup udara bersih, makan makanan yang sedap itu juga rezeki yang jarang kita sedar. Apabila bercakap pasal rezeki, fikiran dan minda lebih tertumpu rezeki itu berbentuk wang dan harta semata-mata.

Sedangkan memiliki kawan yang baik, insan sekeliling yang baik itu juga rezeki. Allah. Allah. Allah.


ruang kerja saya :)


p/s:  Jom, sama-sama kita jadi manusia yang selalu bersyukur.
Assalammualaikum...

Ada benda dalam hidup ini aku nak betul-betul lupa..
Ada benda yang aku nak selalu ingat..

Tapi yang aku nak lupa sangat tu lah yang akan selalu menjelma,
yg patut aku selalu ingat, aku akan lupa... :'(

Surat tawaran sambung master daripada UPM aku pandang sepi. Bukan tidak ternanti-nanti. Tapi apa yang pernah aku lalui sebelum berakhirnya pengajian disitu buat aku rasa jauh hati, tawar hati. Betapa sedaya upaya aku cuba lupa, tapi bayangan setiap kejadian itu semakin-makin menjelma.. Allah....

Dan bila mengimbasnya semula, airmata tidak pernah berhenti menemani. Sakit. Sangat sakit.

Selalu dalam doa aku minta, lupakanlah aku segala yang membuatmu aku benci pada mereka Ya Allah,
Lupakanlah aku pada segala rasa yang akan membuat aku tidak mampu mendengar jauh sekali melihat muka mereka Ya Allah.. Kerana aku lemah. Lemah untuk melawan rasa daripada membenci mereka. dan sesungguhnya, aku masih belum sepenuhnya redha pada kemaafan yang mereka pinta lewat hari-hari terakhir disana.

"Hati kalau dah tawar untuk segala rasa.
Letaklah macam-macam perisa.
Tetap tak akan sama seperti asal semula."

Sesungguhnya, apa yang aku perlukan adalah MASA. 
Masa yang akan buat aku lupa dan redha pada segalanya. In Shaa Allah.
Bismillah.

Kesiannya blog alya ni.. bersawang-sawang. Almaklumlah sejak tinggalkan universiti ni kesibukan adalah faktor utama. Sibuk apa? sibuk nak cari kerja. Kumpul duit. Banyak benda nak share dengan korang dekat sini. In shaa Allah lepas ni nak jugak cari-cari masa update blog. Lebih kerap lagi.. Ok.  Bye-bye.


Bismillahirrahmanirrahim..

Aturan hidup Allah penuh rahsia. Siapalah kita untuk menduga apa yang bakal terjadi hari ini, esok atau seterusnya. Merancang memang semudah petik jari, tapi tak semua  perancangan kita berjalan macam yang kita nak. Tak okay. Tak.

DALAM SABAR ADA HIKMAH

Hati ini acapkali melafaz kalimah ini. Mama always said, orang yang sabar itu disayangi Tuhan. Deras airmata ini bila mengenang setiap derap langkah perjalanan hidup ni. Terasa menyesal bila perkara yang buruk diagung-agungkan, yang baik ditinggal-tinggalkan.. APAKAH INI YANG AKU MAHU DALAM HIDUPKU??... Tak...Tak…

Hidup is a endless struggle. Berjuang tanpa henti. Semua berebut-rebut nak PENUHI impian sendiri, sedangkan AMANAH Tuhan kau pandang sepi. Allah ajar kita supaya berjuang dan bertabah demi DIA, bukan demi KITA! Bukan!

Betullah orang cakap, "Berkata-kata memang mudah, tapi bila nak buat, senyap sepi kecuali HATI-HATI yang BERANI".. Yela, berani tanggung risiko setiap apa yang awak sebut. Huh! BERANI??

Currently, condition hati tak berapa nak stabil. Payahnya menjaga amanah Tuhan yang satu ini. Letih, Pedih. Sedih. Tak terungkap rasanya…. Bila orang ada masalah tentang hati pandai pulak bagi nasihat macam-macam,  suggestion macam-macam, tapi bila diri sendiri kena tamparan hebat, terus jatuh terjelepok. Tak tau nak berpaut kat mana. Rasa tak kuat. Down. Stress tahap petala kelapan. 

Heyyyy! Kau lupa kau ada Tuhan? Kita bukan macam popeye yang makan bayam je boleh jadi kuat. Jangan lupa, kita ini sebenarnya sentiasa didakap kasih sayang Allah. Kalau mahu diberi kekuatan, minta lah sungguh sungguh. Allah mesti beri. Kau tercongok depan softboard, termenung tepi tingkap, memangla satu apa pun kau tak dapat.  Bagi sikit rohani awak tu makanan BERKHASIAT. Barulah tenang, tenteram, aman dan damai. HOYEAHHH!! :))

Beruntunglah bagi awak, awak dan awak yang diuji Allah, sebab awak makin dekat dgn DIA! Ohhh, seronoknyaaaaaa… tengoklah betapa concernnya Allah dgn awak, bila awak makin lalai, diberinya ujian supaya awak kembali pada DIA. Tapi awak sangatla mudah lupa dengan DIA kan..jangan ingat semua nikmat Allah itu satu bonus untuk awak, sebab kadang-kadang nikmat itula yang MENDUGA kita siapa DIA dihati kita. Sebab apa jua yang kita dapat, bukan sebab kita ni hebat, kita ni bagus, kita ni kaya, kita ni terer.. Wateverrrrr,tapi kita dapat semua tu sebab DIA. Ya! DIA laa! Allah izin kita dapat semua-semua tu.. Jadi jangan nak bangga sangat bila dapat something, tapi takutla andai pemberian itu MEMAKAN kita. Ouch!…

Teruslah minta yang baik-baik darinya. Tak kiralah jodoh ke, pelajaran ke, perancangan hidup ke. Buat la istikharah.. Istikharah la bukan time nak pilih pasangan je cik kak oiii.. One of my friend pernah cakap.

"Istikharah bukan time nak pilih jodoh je. Buatlah istikharah bila nak buat pilihan dalam hidup. Kita ni bukannya bagus sangat pun nak buat pilihan sendiri. Kadang-kadang tersasar jugak. Dah nama pun manusia. Tak sempurna. " -someone-

Jadinya.. Jadinya setakat ini sajalah coretan kali.  Sungguh yang baik itu datang dari Allah, dan yang kurang datang dari khilaf diri ini.

Jaga diri, jaga iman.
Till then.
Assalamualaikum…. :))
Bismillah.. 

Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.

Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.

Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
 Just beside you.
 Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.

" Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)" [Yusuf: 18]

Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.

"Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati." [Al-Maidah:7]

Dan ingatlah,

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-

La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)

Alhamdulillah, you're the chosen one!


Hujan di luar bagai mengerti hujan di hati...

Benar..
kadang-kadang kita tak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan. Tapi percayalah, suatu saat  kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya..

Hidup kita bukan seperti siri telenovela yang indah-indah belaka. Bukan. Pasti ada ketika kita diuji dengan sebenar-benar ujian. Even 'superheroes' pun ada ujiannya. Akan kalah dulu dan bangkit semula pada akhirnya kan. Biarpun kita tiada kuasa sakti. Tiada superpower yang kita miliki, untuk hilangkan segala keresahan hati. Tapi ingatlah, kita punya Allah. Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Setiap dari kita pasti pernah diduga. Saya. Awak. Dia. Mereka.
Allah uji ikut kemampuan kita. Allah tahu kita siapa.

And at the time HE takes everything from you, masa itulah Allah mahu kita kembali pada Dia.
Itulah tanda cinta Dia. Dia tahu kita sudah jauh dari Dia. Jauh.
Mungkin saja kita terlalu asyik dengan urusan dunia hingga kita lupa tentang Dia.

Nah..

Bila dah terjatuh, baru sibuk nak cari sejadah. Baru kenal erti tabah. Baru rasa menyesal tak sudah.
Tepuk dahi. Inilah padahnya bila hilang pertimbangan diri. Tak mahu dekatkan diri pada Ilahi.

Maka, sebab itulah Allah hadiahkan kita ujian. Supaya kita kembali dekat. Bertambah dekat. Dan selalu dekat dengan Dia. Janganlah ditangisi apa yang dah berlalu dan berlaku. Itulah yg menjadikan kita sekarang. Sama ada lebih baik atau lebih buruk, itu kita yg  tentukan. Perjalanan kita sebagai hamba belum berakhir.. Mungkin ini sekadar permulaan. Ambil iktibar dari apa yg berlaku.. Setiap orang buat silap dan setiap kesalahan yg kita buat, kita ambil iktibar darinya, itulah yg menjadikan kita lebih sempurna. Beruntunglah dan bersyukurlah.

Alhamdulillah, you're the chosen one!

Redhalah dengan apa yg diberi Ilahi, agar Allah juga redha denganmu. "Wahai jiwa yg tenang (iaitu jiwa yg beriman). Kembalilah kepada Tuhanmu dgn hati yg redha dan diredhaiNya". (Al Fajr: 27-28)

Remember this, hayat kita belum tentu panjang. Amal kita belum tentu diterima oleh Allah. Just makesure apa jua yang kita buat niat kerana Allah. Lillahi Taala. Jangan pernah sombong dengan kebaikan yang kita buat. Silap-silap tiada nilai. Ingat, hanya redhaNya yg kita mahu . Kita tak selamanya di atas. Kalaupun kita sentiasa dikurniakan harta yang banyak, mewah, syarikat yang maju, tapi tak akan ada makna kalau hidup kita tak bahagia dan hati tak tenang. Semua itu bergantung pada redha Allah terhadap kehidupan kita.

And suddenly found this words dalam buku Kisah Cinta dalam Al-Quran, karya Misbah Em Majidiy, saya petik kata-kata Asiyah, isteri Firaun:

"Seksaanmu tidak akan menggoyahkan diriku. Tuhan menjaga keimananku. Aku telah mengikrarkan keimananku kepadaNya, kasihNya telah memenuhi relung kalbuku. Kau boleh saja membakar seluruh jasadku, tapi kau tidak akan dapat membakar imanku. Imanku ada dihatiku, dan aku tidak akan bisa membakar hatiku. Kalau kau paksakan penyeksaanmu terhadapku, meski tubuhku terpotong-potong, cintaku kepada Tuhan tidak akan pernah pudar."

Subhanaallah, hebat sungguh ujian Allah padanya. 
Hadiah Syurga menjadi ganjarannya. 

Huh. 
Kita baru diuji sedikit sudah rebah tak mampu bertahan
Bagai hilang segala kekuatan.
Namun Syurga pula yang kita idamkan.
Rasa kerdil disisi Tuhan.
Fuhh..peluh besar. 

Teringat seorang sahabat pernah kata,

"Semua orang akan dikurniakan nikmat, tapi belum tentu semua diberikan rahmat. Ingat, nikmat itu ujian. Hidup itu pun ujian. Ujianlah yang menjadikan kita hambaNya yang lebih baik. Siapa percaya, dia berjaya. " -bff-

Jadikan setiap ujian itu hadiah dari Allah. All of difficulties yang kita tempuh ada hikmah. Semua itu untuk preparation for our future. Setiap ujian buat kita kuat. Man jada wa jada!

Percayalah, kamu istimewa dipandanganNya cause YOU'RE THE CHOSEN ONE!


Syukur.
Alhamdulillah.
Fi hifzillah ya.

_ bittersweetjourney_

Bismillah :)
Pepatah ada mengatakan, saat kau memilih cinta adalah saat dimana kau memilih airmata. Kenapa?? kerana cinta itu samaada bahagia atau derita, ianya sangat sinonim dengan airmata.. :) 

❥ Sakit memang sakit! Saat ketika kita berharap seseorang menemani hidup kita sepanjang hidup kita akan tetapi takdir berkata lain, hanya terlahir rasa sakit dan pedih

❥ Akan tetapi percayalah ia sesuatu yang terbaik dari Allah. Ada sebab dan kenapa untuk segalanya

❥ Kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan, hakikatnya dirancang oleh manusia tapi ketentuannya Allah dah rancang untuk kita

❥ Jangan terlalu sedih sehingga gagal untuk meneruskan hidup

❥ Namun dalam tangisan kesedihan ingatlah Allah

❥ Segala perit di hati akan hilang pada waktu nya, dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak

❥ Percaya lah pada kebesaranNya

❥ Bahwa Dia tahu mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya

❥ Jangan pernah anggap putus cinta adalah hukuman Allah buat kita

❥ Percayalah, ada rahsia di sebalik rahsia

❥ Di balik semua peristiwa pasti ada hikmah untuk kita kembali kepadaNya

P/S :teringat lagu Landon Pigg, Can’t Let Go tajuknya. dalam liriknya ada sebut : it’s not that our love die, just never really bloom. hehehe. betul la tu kut. cinta tu bukan mati, tapi tak berpeluang untuk mekar. jadi tak ada istilah gagal. mungkin itu, tak ada peluang. ya, tak ada peluang. dan tak ada peluang, maksudnya akan ada peluang lain, dengan orang lain, di tempat lain, pada masa lain. jangan terlalu sedih. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik :)
Apa perasaan kita, bila buah atau bunga yang kita tanam, yang kita jaga, yang kita sayang, tiba-tiba esoknya bila dah ranum, bila dah mekar, ada orang petik, ada haiwan ambik. marah tak? mesti marah sikit. mesti kecewa sikit. mesti sedih sikit. kenapalah susah payah aku jaga, orang lain yang dapat manfaatnya?

Mungkin boleh disamakan macam berperasaan. katakanlah ada seorang yang kita suka, bila dia sedih, kita jadi tempat dia berkongsi kesedihan. kita pun bagi semangat pada dia, kita pun jaga hati dia baik-baik. bila dia dah kembali bersemangat, dah kembali ceria, kembali tenang, tiba-tiba suatu hari, dia jatuh cinta pada orang lain. kecewa tak? mesti kecewa sikit. mesti marah sikit. mesti sedih banyak. kenapa aku yang susah payah jaga perasaan dia, orang lain yang dapat meraih cinta dia?
Tarik nafas. sebut nama Allah sejenak. pejam mata.
Kita lupa sesuatu yang penting kat sini. bunga dan buah yang kita tanam tu, tanahnya milik siapa? orang yang kita sayang dan jaga perasaannya tu, hatinya siapa yang pegang?
Tak ada yang lain kecuali Allah, pemilik segala apa yang ada dilangit dan dibumi.
Jadi ikhlaslah dalam berbuat kebaikan. mungkin Allah nak ajar sesuatu. Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu tanpa keihklasan segala perbuatan akan mendatangkan penat lelah. Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara. Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.
Maka berlapang dadalah. sesuatu yang akan jadi milik kita, walau sukat mana pun, kalau Allah kata jadi milik kita, pasti akan jadi milik kita akhirnya. tapi kalau sesuatu tu bukan milik kita, walau datangnya sesenang apa pun, kalau Allah kata takkan jadi milik kita, maka tak akan pernah jadi milik kita.
Ikhlaslah. Ikhlas itu melegakan! :)



P/s: PRAY FOR SABAH.. :'( , JADIKAN KAMI IKHLAS DENGAN TAKDIRMU YA ALLAH..

SEDERHANA INDAH
dan aku tahu,

tanpa doa ku,
kamu masih akan berbahagia.

Tuhan akan masih memberikan yang terbaik untuk kamu.
Tuhan akan masih menentukan takdir terindah buat kamu.
kerana aku percaya,
walau tanpa aku minta,
Tuhan masih akan memberikan yang terbaik buat hambanya,
Apatah lagi buat seorang yang baik dan sedang memperbaiki diri.

ketahuilah.
rasa ini, akan akhirnya pudar nanti.
doa ku, mungkin juga tak lagi aku titipkan.
harapanku, mungkin juga akan aku terlupakan.

jujur, kerana itulah sebenarnya yang lebih selalu aku doakan,
untuk melupakan, menghapus dan mengusir segala rasa dan kenangan yang tersisa.
ya, melupakan memang tak mudah,
namun terus mengingat dan mengenang juga tak selalu indah.

namun,
ingatlah suatu perkara yang akan selalu membuatmu bahagia,
itulah DIA,
rahmat-NYA, kasih sayang-NYA.
bukan aku. mungkin bukan doaku. mungkin bukan lagi harapan aku.

lantas,
mengapa masih ada ragu,
bahawa, tanpa aku,
kamu masih akan berbahagia?

Saya masih mngs sbb rindukan sahabat itu (kakcik). saban malam & ada ketika sy rasa begitu kehilangan.

sesuatu buat kamu, yang tak pernah tahu. 
“senyumlah kerana kamu sedar, dia ada dia.
senyumlah kerana kamu sedar, kamu ada DIA.”
 sederhanaindah :)

Assalamualaikum. Bismillah. Assolatuwassalam ala Rasulillah.

Alhamdulillah dalam dunia yang semakin berputar ligat dan kehidupan yang semakin rumit setiap hari, sempat kita saling bertukar salam dan mendoakan kesejahteraan diantara satu sama lain. Diharap awak sentiasa sihat sejahtera dan diberkati-Nya.


Kehadapan awak yang sentiasa dalam doa saya,
Kita berkenalan kerana ada sesuatu yang menggerakkan kita  Tuhan dan takdir. Kita berkenalan kerana dalam hati ada sesuatu yang bercambah , ukhwah. Kita berkenalan kerana berkongsi satu persamaan ; minat kita terhadap tulisan-tulisan lewat alam maya. Alhamdulillah bersyukur saya kerana kita ditemukan dan bersahabat. Kerana nikmat yang paling berharga sesudah iman dan kesihatan adalah memiliki sahabat yang soleh/solehah. Saya harap persahabatan ini berkekalan, walau saya sedar tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Allah.
Awak, ada banyak perkara yang saya ingin tanya, yang saya ingin tahu, yang saya ingin dengar dari awak berkenaan tulisan-tulisan berkenaan kekecewaan dan kesedihan yang selalu awak paparkan. Maaf bukan niat saya untuk menyibuk tetapi saya terlalu ingin tahu kenapa tulisan-tulisan itu yang awak pilih untuk dipaparkan.
Adakah awak dihantui masa silam yang memedihkan? Ceritakan pada saya awak, saya ingin jadi pendengar awak yang setia, walau saya tahu pendengar yang paling setia bagi setiap manusia adalah Tuhan. Saya ingin berkongsi kepedihan awak.
Adakah kesedihan itu adalah kerana awak tidak mendapat bahagia yang awak impikan? Kerana manusia, saya juga tidak terkecuali, sememangnya akan bersedih, kecewa dan terluka dalam proses mencari kebahagiaan.
Awak nak dengar cerita berkenaan bahagia? Tapi sebelum tu izinkan saya bertanya apa erti bahagia bagi awak? Adakah ia sejenis peluang dan nasib baik dalam kehidupan? Adakah ia adalah rasa kepuasan dalam jiwa kerana berjaya memiliki apa yang diingini? Adakah ia boleh diertikan dengan keadaan gembira yang dirasai diri?
Jujurnya saya juga tidak mengetahui apa sebenarnya erti bahagia. Kerana terlalu banyak perbezaan pendapat berkenaan bahagia diantara seseorang dan seseorang yang lain. Dan benarkan saya berkongsi apa yang saya rasa tentang bahagia.
Saya faham awak, kebahagian itu mungkin adalah ketika kita mengenali seseorang, menjadi teman seseorang, dan memesrai seseorang membuatkan kita berusaha untuk mengejar kebahagiaan yang kita impikan bersama dia. Namun saya tertanya-tanya, adakah bahagia itu tidak tetap kedudukannya dan sentiasa berubah bentuk hingga perlu dikejar?
Rupanya jawapan itu ada pada diri sendiri. Bahagia itu ada dalam hati. Kita cuma perlu mengubah sedikit sudut pandang maka bahagia itu akan terpantul dari dalam diri.
Awak, kekecewaan dan kesedihan akibat keinginan untuk mencapai bahagia yang tidak kesampaian yang kita inginkan itu bukanlah atas hukuman Allah atau kesilapan kita sendiri. Semua itu sebenarnya adalah ujian buat kita dan manusia yang ingin merasai makna kebahagiaan sebenar di dunia ini. Kerana kebahagiaan itu bukanlah kepuasan fizikal mahupun kepuasan jiwa, bukan juga pengalaman indah yang diciptakan minda, dan kebahagiaan itu juga bukanlah bagaimana sesuatu perasaan yang bermula itu berahkir seperti apa yang kita inginkan.
kebahagiaan hanyalah dapat dikecapi apabila kita kembali kepada fitrah. Kebahagiaan itu bukan berakhir dengan kepuasan diri sendiri tetapi harus berakhir dengan tujuan utama penciptaan manusia di muka bumi ini ; iaitu kembali kepada Allah. Dan manusia punya banyak cara untuk meraih bahagia namun pilihan terbaik adalah melakukan penyerahan kepada Allah. Kerana dengan kembali kepada Allah, kita akan mengenali diri sendiri dan tujuan utama kenapa kita diciptakan.
Bahagia itu tafsirlah dalam erti apa sekalipun, ia akan menemui satu titik yang sama iaitu bahagia itu adalah apabila kita redha kepada apa jua yang Allah beri dan Allah kembali meredhai kita.
Maka janganlah terlalu berduka tentang terlepasnya bahagia pada masa lalu, awak. Kerana Allah sebenarnya sedang menilai awak untuk memerhatikan apa usaha yang awak akan lakukan untuk mencapai redha-Nya.
Awak juga selalu mengatakan betapa berdosanya awak pada masa lalu. Dan sebenarnya dalam jiwa saya, sentiasa ada perasaan mendesak untuk bertanya kenapa awak menggelar diri awak begitu. Namun bila difikirkan itu urusan rahsia awak bersama Allah, maka saya menahan diri. Cuma saya hendak katakan, dalam dunia ini sentiasa ada ruang untuk manusia kembali diterima dan memperbetulkan diri. Adam dan Hawa yang melakukan dosa diberi peluang bertaubat dan akhirnya diterima semula oleh Allah. Awak sangat beruntung sebenarnya, Allah menyedarkan awak tentang dosa awak dan dengan itu awak kembali berusaha untuk mentaati-Nya. Mintalah keampunan dan hidayah dari-Nya.
Juga, saya tahu awak takut dengan masa depan. Takut akan sesuatu yang tak pasti. Dan lebih-lebih lagi lewat dari tulisan-tulisan awak, awak takut untuk terputus hubungan dengan orang yang awak sayangi. Itu normal kerana kita adalah manusia biasa. Tapi ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa akan kembali tenang. Maka marilah kita membaiki iman dan amal, kerana dengan imanlah kita tidak akan takut terhadap sesuatu yang tak pasti. Dengan imanlah kita akan diberi kekuatan dan ketabahan untuk menempuh masa hadapan.
Awak, lupakanlah kesedihan masa lalu. Kerana hidup bukan untuk mengenang masa silam sebaliknya untuk mencipta masa hadapan yang baik. Saya sayangkan awak, dan ketahuilah sedikit demi sedikit hati saya menangis apabila melihat atau membaca tulisan awak yang mengandungi kesedihan.
Bahagia itu datang dengan keredhaan dan ketaqwaan pada Ilahi. Moga kita sentiasa dijagakan hati agar tidak berpaling dari-Nya dan moga kita diredhai. InshaAllah.
Yang menyayangi awak,
saya.
sederhana indah
dan kadang kala,

akan ada duka, yang tak akan mampu kita kongsi,
walau ada seribu telinga yang mahu mendengar,
walau ada seribu mulut yang bertanya,
hatta,
walau ada begitu banyak bahu untuk kita sandarkan,
dan menangis.

akan ada duka yang masih terbungkam dan tersimpan.
disimpan rapi dalam hati.
tersembunyi dalam senyum dan tawa.

bukan kita tak mahu,
tapi kita tak mampu.
dan bukan kerana tak percaya,
cuma kerana kita tahu bagaimana harus kita mula.
kerana terkadang,
bahasa memang gagal menzahirkan rasa.
;’) dan ada duka, yang akan tetap menjadi rahsia kita dengan DIA.
“ketika duka, kebisuan lebih berkata-kata dari bahasa dan air mata.” :)

SEDERHANA INDAH
sujudlah sebagai seorang hamba, bukan seorang tuan.
apa bezanya?
sujud sebagai seorang hamba, apabila dia sujud hatinya berkata “ya Allah aku ini hamba-Mu yang lemah dan hina, aku memohon petunjuk dan hidayah dari-Mu, aku memohon hanya dari-Mu segala yang baik, dan apa yang Engkau berikan padaku, itulah yang terbaik buatku, dan jika aku mendapat yang bukan aku inginkan, aku redha kerana aku tahu Kau punya rancangan yang lebih baik untukku.”
sujud sebagai seorang tuan, apabila dia sujud hatinya berkata “ya Allah, aku ni dah banyak beribadah pada-Mu, dah letih dah buat kebaikan, tapi kenapa Kau tak bagi kesenangan? ya Allah, aku mahu dengan ibadah ini, Kau berikanlah aku kesenangan dan ganjaran, berilah apa yang aku mahu ya Allah, sebab aku dah banyak ikut perintah-Mu maka perkenankanlah apa jua yang aku minta.”
kita di tahap mana? fikir-fikirkan dan selamat bermuhasabah :)



“Kau tak kisah?”

“Kisah apa?”

“Kalau orang yang kau suka, berjodoh dengan orang lain?”

“Jodoh itu Tuhan yang tuliskan. Aku sebagai hamba yang sudah dituliskan takdir, nak tak nak, kena akur.”

“Tapi ini soal rasa. Dan rasa itu sekali membekas, sampai bila-bila.”

“Jadi?”

“Takkan tak rasa kecewa sikit pun?”

“Tuhan tak suruh kita mencintai yang lain, sebaliknya mencintai DIA. Memang rasa suka tu fitrah, kita boleh je pilih untuk tak letak harapan.”

[Harapan itu akar kepada masalah sakit hati. Expectation is the root of all heartache.]


SEDERHANA INDAH :)


“di mata tangis kering,
di hati berendam duka.”

si lelaki yang sedang melayari facebook, tersentak seketika dengan status si gadis. eh? masih duka lagi? laju tangannya menaip komen.

“kenapa? si lelaki bertanya.

tak sampai 30 saat komennya dibalas si gadis ;

“dalam berkasih, sesaat adalah abadi.”

lalu si lelaki membuat kira-kira dalam kepalanya yang penuh imaginasi. sesaat = abadi. kalau dua saat? dua abadi. kalau tiga saat, tiga abadi. si gadis bercinta dengan bekas kekasihnya selama 3 tahun. berapa puluh ratus ribu juta abadi aganya? lalu dia menepuk kepala. saat-saat begini pun otaknya boleh melawak.

tenang, tenang. tangannya mula menaip komen.

“masa bukanlah penentu cinta. takdir Tuhan mengatasi segalanya.” si lelaki mengerutkan dahi. lirik lagu mana aku rembat ni!

“bukti?”

“Qada dan Qadar. Qada Mubram. ketentuan yang tak boleh diubah. salah satunya adalah jodoh.” mujur juga si lelaki pernah mendengar kuliah subuh berkenaan hal ini, walau dia tersengguk-sengguk menahan kantuk.

“jadi?”

“awak, jatuh cinta dengan orang yang salah, tak semestinya berakhir dengan sepi. cinta tak pernah datang sekali.”

“maka?”


“rukun iman keenam, beriman kepada Qada dan Qadar. percaya setiap yang berlaku ada hikmah. berlapang dadalah dengan ketentuan Tuhan. apa pun perkara yang terjadi, pasti ada hikmah disebaliknya. saya percaya itu. sebab saya yakin, Tuhan janjikan bahagia untuk semua.”

lama komen itu dibiar tak berbalas. setelah 10 minit, dia mendapat satu notifikasi.

“terima kasih :’) tapi kali ni awak terlalu fakta. simpulkan semua ni dalam satu ayat putis. kalau tidak saya merajuk :P” si gadis mula kelihatan ceria.

ada-ada saja. si lelaki menggeleng kepala. lalu teringat satu antara ayat kegemarannya :

“Lovers don’t finally meet somewhere, they’re in each other all along. - Rumi

kekasih itu tidak akhirnya bertemu di suatu tempat, sebaliknya telah ditakdirkan bersama dari azali lagi (okay ini terjemahan hentam).”

“close enough. selamat malam jiwa-jiwa yang berbahagia ;)”

SEDERHANA INDAH :)
“Kalau ada seseorang yang kau cintai, suruh kau lupakan dia, kau buat apa?”

“Doa.”

“Doa supaya dia buka hati untuk kau?”

“Tak.”

“Dah tu?”

“Aku akan doa ; Ya Allah temukanlah dia dengan seseorang yang baik akhlak, iman dan taqwanya. Aku mahu dia gembira, Ya Allah walaupun bukan kerana aku. Aku mahu dia dicintai dengan selayaknya tidak seperti mana aku mencintainya, dan aku mahu dia ditemukan dengan seseorang yang melihat dirinya bukan dengan pandangan nafsu manusia dan syaitan, tetapi pandangan dari-Mu, ya Allah.”

[be the light, eventhough your own heart is not bright enough]

Kalau betul kita sayang pada seseorang, pray for his/her happiness. Doakan dia cepat-cepat kahwin. Bukan doakan yang tak baik seperti minta putus atau apa. Tak elok ketawa atas kesedihan orang lain, kan? :)




Ketika kaki tersesat tak tentu arah

Ketika bahu melemah tiada sandaran
Ketika hati perih tiada pengubat

♥ Hasbunallah wanikmal wakil

Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami

♥ La Tahzan Innallaha Ma’ana

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita

♥ Innallaha ma’asshobirin

Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar

~Jangan pernah mengira kita sempurna dalam bersendirian, 

kerana Allah akan senantiasa ada, menjadi petunjuk, 
penenang, tempat bersandar, pengubat luka..:)
"
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.....


Bila bercakap pasal sahabat, aku sebak. Sebab aku ini manusia yang mudah jatuh sayang. Sekali kau datang dalam hidup dan bahagiakan aku walau sebesar zahrah sekalipun aku akan jatuh sayang dan anggap kau sahabat. Tapi, satu hakikat yang pasti setiap manusia yang datang dalam hidup kau akan pergi. Kemudian akan muncul insan lain dan dia juga kan pergi. Hakikat yang tidak dapat diubah sampai bila-bila. 


Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah-ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan, minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela.


Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh temeh?...

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menghargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi...

Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata kata takkan bermakna jika dibiarkan kata kata itu begitu sahaja.. tanya hati dan diri masing masing.. adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia,  dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa, dia juga ada kelemahan dan juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Kita selalu lihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...