Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Assalammualaikum w.b.t...



Hari terakhir 2012 , menjalani hari ini seperti biasa dengan menjawab paper komunikasi interpersonal. Alhamdulillah, tidak mahu berharap apa-apa kerana segalanya kusandarkan pada Allah. Semoga ada sinar kejayaan untuk semester 5 ku ini.Aku merenung semula 2012 yang bakal kutinggalkan, dan sungguh terlalu banyak rasanya perubahan yang perlu aku lakukan setelah mensia-siakan setahun yang berlalu begitu sahaja.. Ampunkan alya Ya Allah.. :'(

Perancangan 2013 ku atur dengan teliti kali ini,,
Ku tulis satu persatu dalam buku agar aku tidak lupa apa yang aku azamkan.
Aku mahu segala perancangan yang gagal pada tahun 2012 ni akan termakbul pada tahun 2013 nanti.. Tiada azam yang istimewa melainkan aku mahu sesuatu yang terbaik untuk menjadi bekalan buat dunia & akhiratku kelak.. 

Memasuki usia 23 tahun, aku mahu semakin matang dalam pemikiran, pergaulan dan segalanya. Cukup rasanya menjadi kanak-kanak. Semakin berusia, semakin banyak tangungjawab yang harus dipikul. Amanah Allah yang masih belum terlaksana. Allah, sungguh aku tahu getir untuk memilih jalanMU.. tapi aku mahu terus kuat & istiqamah dalam perjuanganku demiMU sebab aku sudah puas mensia-siakan usiaku selama ini. 23 tahun mencari, dan aku temui sendiri betapa indahnya agama yang aku anuti, betapa tenangnya bila aku yakin padaMU. Walau nanti, kau akan menguji.. tabahkanlah aku menghadapi hidup di duniaMU yang sementara ini.

setiap air mataku mengalir, 

Allah, 
aku lemah dan tak berarti.

setiap derai tangis membasahi,

Allah ,
jangan tinggalkan aku lagi.

Jangan tinggalkan aku lagi kali ini Ya Allah, 
aku ini hamba yang lemah tanpaMU.
Aku cuma mahu jadi muslimah yang berjuang dijalanMU..
Muslimah yang berazam untuk menghantarkan zuriat-zuriatnya untuk berjuang kerana agamaMU..
Muslimah yang berazam untuk menjadi yang terbaik disisMU..

walau aku tahu getirnya. pahitnya, sakitnya.. Tapi, aku tetap mahu.. 

Menjadi hamba yang taat pada PenciptaNYA
Menjadi anak yg solehah untuk kedua ibu-bapanya,
Menjadi isteri yang solehah untuk suaminya,
Menjadi ibu yang solehah demi anak-anaknya,
Aamin ya rabbal alamin..

Meski masa laluku gelap dan kelam, aku tak mahu selamanya begitu..


dan DIA, 
tak pernah melarang kita merancang.

dan DIA tak pernah menghalang,
kita merencana apa pun untuk hidup kita, 
masa hadapan kita dan kebahagiaan kita.
rencanakanlah apa yang kita mahu.


tapi,
DIA selalu mengingatkan bahawa perancangan adalah pilihan dan kemahuan kita,
namun penentuan adalah kehendak dan ketetapan DIA.

kita merancang dengan baik, namun Allah telah merancang untuk kita dengan lebih baik, melebihi kemahuan, perancangan dan pengetahuan kita.

Selamat tinggal dua kosong satu dua, 

Selamat datang dua kosong satu tiga,
Matahari, sinari langkah saya tanpa henti..



"Seiring masa, kamu akan memahami, bahawa terkabulnya semua harapan dan keinginan itu, Tidak akan sentiasa membuat kamu bahagia.Tidak semua bahagia datang dengan terkabulnya impian,kerana terkadang,dari luka dan duka,Tuhan menitipkannya"

p/s : Mereka merancang,Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...