Ada satu rasa,
yang dari dulu membuat aku menderita,
apabila dia menjengah,
tanpa sengaja atau secara tiba-tiba.


Rasa RNDU,
ya, rasa rindu itu,
kerapkali membuat aku mentiskan airmata,
dan kadangkala sakit menahan dada,
kerana aku tiada daya, untuk melepaskannya.
Walau tidak semua cerita indah ada disana,
walau kepahitan pernah menjadi saksi dibuminya,
aku tetap mahu kembali disana,
kerana, disanalah aku belajar segala makna & mehnah dunia.


Disana,
ada pusara insan yang sangat aku cinta,
yang pernah menjaga dan mendidik aku menjadi tabah,
pusara insan yang pernah mengahadapi derita,
demi melihat aku dewasa dan berjaya,
walau tanpa harta tapi penuh ilmu didada.


Disana,
ku tinggalkan jejak zaman kanak-kanak,
walau tidak seindah cerita kanak-kanak lain,
tetapi disana aku rasa bahagia,
dan ianya kini mengajar aku,
bahagia itu bukan bila kau punya segala-galanya, 
tapi bila kau ada bersama orang yang sangat kau cinta,
walau dalam keadaan derita.


Disana,
Ada kisah,
suka dan duka,
namun akhirnya mengajar aku,
bahawa suka atau duka, itu tarbiyah.
Rindu pada bumi sabah,
Bilakah aku mampu melepaskan rasa yang semakin lama,
semakin mencengkam dada...
Rasa RINDU itu sangat MENYAKITKAN... :'(


Kampungku.. :)
p/s: Allah is listening to u.HE will.No matter what.Even if u don't tell it.Be positive about things happened,be grateful.Allah is with u,always.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...