How you see you have weakness, so do others. How you see others have specialness, so do you. The Almighty is Great and Fair, always.. 

I'm not perfect. You're not prefect. They're not perfect. We'r not perfect..

Sedih, terkilan & sedikit tertekan.. Membuat saya terasa amat penat. Bukan penat dgn segala perkara tetapi dgn sikap manusia. Pertanyaan yang membuat saya bertanya pada diri sekian lama. Orang melayu itu islam kan, tapi knpa perlakuan mereka bukan berlandaskan islam? Membenci, mengutuk, mempersenda orang lain yang seagama & sebangsa mereka sendiri??

Lemahnya islam & bangsa melayu, kerana kita sendiri kan?
Dan lagi menyedihkan jika insan-insan ini adalah mereka yg punya pendidikan yang tinggi. Dimana silap sisitem ilmu ini sehingga manusia-manusia ini tidak tahu membezakan antara yang baik dan buruk. Relevankah ilmu sehingga menara gading jika sepanjang hidup kau guna untuk lihat kesalahan dan kelemahan manusia lain. Jika kau tahu hukum tidak bertegur sesama umat islam tapi kau masih melakukannya. 

Aku memang banyak dosa, tapi maaf aku tidak perlukan pahala kalian untuk aku masuk syurga. Jadi, sedikit nasihat aku berhenti untuk terus menjadi aku bahan untuk diperbualkan sebab aku kasihan dengan melihat betapa mudahnya syaitan memasuki hati kalian. Betapa sia-sianya setiap kebaikan kalian jika akhirnya Allah menjadikan aku pemiliknya. Rugikan??

Aku dilahir & dibesarkan dengan sekeliling aku penuh dengan orang kristian. Aku tak nampak kawan aku yang beragama Kristian mengutuk & mmpersenda agama lain malahan mereka hanya fokus dalam mempertahankan agama mereka. Aku xnmpk kawan aku yang kristian ada sikap dengki pada rakan seagama mereka. Aku xnmpk mereka kutuk dan pentingkan rakan seagama macam apa yang aku nmpak org islam lakukan skrg. Aku xkata agama kristian itu bagus, tapi yg bagusnya adalah pganutnya dalam melakukan apa yang diajar oleh agama mereka. Aku pernah berdepan dgn situasi yang mana kawan aku tidak mahu menolong kawan yg lain hanya kerana dia bkn beragama islam? come on guys.. Islam x ajar kau untuk pntgkan diri & sesuatu yg prlu kau ingat islam mgajar kau untuk berbuat kebaikan kepada semua makhluk.. Aku ulang, semua makhluk..! Kau patut jadi role model , tunjukkan yang agama islam itu agama untuk semua dan seharusnya kau perlu adil kepada semua makhluk. 

Aku memang jahat.. dan aku akui. Tapi sebagai umat islam yg baik kau patut bimbing aku kembali kepada kebaikan.. dan bukan terus mghukum aku dgn selalu mngutuk & menjatuhkan maruah aku.

 Maaf kawan, kau lupa bumi ini sfera. 




Bismillahhirrahmannirrahim ...
Assalammualaikum & salam sejahtera.. :)



Langit yang kelam seakan memberi petanda sebentar lagi hujan pasti akan membasahi bumi serdang..
Aku sukakan Hujan,entah knpa..seringkali aku mahu berjalan dalam hujan..Alasannya,hnya sbb aku mahu mnyembunyikan tangisan disebalik titis-titis hujan..
Hujan juga mnjadikan aku seorang perindu..
pada masa lalu yg bnyak memberi erti.

R.I.N.D.U

Aku rindukan nenek..,Nenek yang telah kembali menyahut panggilan Illahi 5 tahun yang lalu (al-fatihah untukmu Mak)

Mak?ya..aku memanggil nenek dengan panggilan mak.. 
Nenek mnjaga aku semenjak kecil..sejak dari aku belum mengenal apa-apa tentang hidup..
Nenek lah yang banyak mendidik aku tentang hidup,tentang takdir dan tentang segalanya..
Berjauhan dari ibu mmbuat aku lebih rapat & selesa untuk terus hidup dengan nenek..Perasaan syg trhadap nenek,tdak mampu aku gmbarkan dengan kata2..

Aku menempuhi pahit jerih kehidupan bersama nenek dengan tabah..
Kemiskinan tidak menghalang utk aku terus menuntut ilmu..& pastinya yang plg byk brkorban adalah nenek..
Masih segar dalam ingatan aku tentang pesanan nenek..

                        "Lia, biaar kita miskin harta,tp jgn miskin dengan ilmu,Ilmu itu adalah tirai yg mnutup kejayaan mereka yg brjaya..Disebalik kejayaan mereka pasti ada cerita,sama ada bahagia atau derita,segalanya pasti mampu dihadapi andai ilmu penuh didada...:"

mak,saya lebih rela hidup dalam kemiskinan itu. 
Kemiskinan itu membuat saya dilimpahi kasih sayang, 
kemiskinan itu membuat saya bersyukur pada rezeki yang sedikit,
kemiskinan itu mengajar saya sikap berkongsi rezeki Illahi,
dan ya mak, saya rela miskin selamanya asal mak masih di dunia ini dan memeluk saya saban hari.. Saya sanggup!

Berehatlah dengan aman disana mak,
sudah cukup rasanya kau menderita demi seorang aku,
sudah cukup rasanya segala dukamu kerana kekejaman dunia.
berehatlah.. Doaku tidak pernah berhenti untukmu selagi jasad ini masih bernyawa..

al- fatihah buat arwah mamak.. 





Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

Ku atur langkah ke fakulti dengan lafaz Bismillah.. Melintasi seketika kesesakan jalan dimana setiap manusia berpusu-pusu untuk ke destinasi masing-masing.. Kadang-kadang kesesakan ini merimaskan, namun kuteruskan langkah dengan senyuman. Meneruskan langkah ke kafe fakulti untuk mengambil sarapan pagi, sementara menanti kelas yang akan bermula 40 mnit lagi.

Sengaja memilih ruang yang berdekatan pokok bunga, sebab angin selalu berhembus kuat disekitarnya. Tanpa sedar ada yang memerhati tingkahku dengan penuh minat. Semasa ingin mengambil makanan mata ku bertembung dengan si pemerhati yang tetap degil untuk terus menikmati setiap pergerakanku. Automatik senyuman aku lemparkan dan dia turut sama tersenyum. Dapat aku rasakan, wajah itu seperti pernah aku kenali namun ku abaikan kerana menganggap dia mungkin rakan sefakulti yang mungkin pernah sekelas tapi tidak pernah bertegur.

Sekembali dimeja, dengan tenang aku nikmati bee hoon gooreng dan tea panas. sesuap, dua suap.. dan suapan ketiga aku tersedak apabila tiba-tiba dia muncul didepanku dan memanggil aku sumayyah....
Sumayyah?? aku ketawa dan berkata,
 "itu nama facebook lama saya, panggil saya alya atau hawa".., dia terus merenung wajahku,
"sumayyah atau siti hawaliah? kamu kan??"..
aku tersentak apabila dia menyebut nama penuhku, lama aku terdiam dan memandang wajahnya sehinggalah airmataku menitik satu persatu dan aku terus memeluknya.. 
"ustazah Rahimah kan?".. dia mengangguk & terus memelukku..

Ustazah ini adalah ustazah semasa aku berada di tahun 6 sekolah rendah. Ustazah yang paling rapat & memahami aku. Yang selalu mengambil berat disebalik kenakalanku tanpa terus menghukum dan ustazah inilah yang memberi nama SUMAYYAH kepadaku.. Kerana harapannya semoga aku sekuat sumayyah dalam menghadapai apa jua takdir Allah kepadaku. Sepuluh tahun berpisah, akhirnya bertemu tanpa diduga.. Ya Allah, hanya kau yg tahu betapa bersyukurnya aku. Sungguh, selepas keluar daripada bumi sabah, aku teruskan hidup seperti biasa, cuma masa membuat aku lupa pada insan yang pernah berjasa. Maaf.

"ustazah buat apa disini?".. ajuku.
" Menyambung master sumayyah"..dia masih memanggilku sumayyah seperti zaman kecil sewaktu dia sering menasihati aku apabila aku memberontak dengan caraku apabila kawan-kawan sekelas sering menghina dan memanggil aku miskin.. Dia yang akan memeluk & mengusap kepalaku apabila aku menangis . Membawa aku kerumahnya setiap hujung minggu untuk belajar dengannya. Selalu dia memarahi mereka yang menghinaku dan kemudian akan memelukku sebelum membawa aku ke kantin.

" Ustazah cari kamu selama ni, pergi kerumah lama kamu tapi kosong disitu. Jiran-jiran kamu cakap kamu jarang pulang kesabah, lagi-lagi sejak kepulangan nenek kamu ke Rahmatullah.. Kamu pergi tanpa bagitahu Ustazah, saampailah ustazah tahu kamu berpindah ke semenanjung mengikut ibu kamu. Saban waktu ustazah tersasul menyebut nama kamu dikelas dan pernah suatu ketika, ustazah menangis bila terlalu rindukan kamu.Begitu juga kawan-kawan yang sering membuat kamu menangis, mereka mengadu yang mereka sangat rindukan kamu....."

Aku bersuara dalam tangisan....
" maaf, xsempat jumpa ustazah.  Segala-galanya terlalu cepat.."

Ustazah menyeka airmataku, jangan menangis.. "Ustazah bersyukur masih diberi peluang jumpa kamu, berubahnya sumayyah ustazah yang dulu dengan sekarang.. kamu tahu kenapa ustazah berikan nama sumayyah kepada kamu... Sebab nama itu adalah doa ustazah supaya kelak kamu itu tetap tabah dengan takdirmu dan kamu akan dewasa menjadi sumayyah yang solehah.. Siapa sangka, doa ustazah seakan nyata bila Allah temukan sumayyah ustazah dengan penampilan yang sangat menyejukkan mata..

Allah, terima kasih untuk semuanya.. Takdirmu untukku terlalu indah.. :'(

SUMAYYAH :)



Ada satu rasa,
yang dari dulu membuat aku menderita,
apabila dia menjengah,
tanpa sengaja atau secara tiba-tiba.


Rasa RNDU,
ya, rasa rindu itu,
kerapkali membuat aku mentiskan airmata,
dan kadangkala sakit menahan dada,
kerana aku tiada daya, untuk melepaskannya.
Walau tidak semua cerita indah ada disana,
walau kepahitan pernah menjadi saksi dibuminya,
aku tetap mahu kembali disana,
kerana, disanalah aku belajar segala makna & mehnah dunia.


Disana,
ada pusara insan yang sangat aku cinta,
yang pernah menjaga dan mendidik aku menjadi tabah,
pusara insan yang pernah mengahadapi derita,
demi melihat aku dewasa dan berjaya,
walau tanpa harta tapi penuh ilmu didada.


Disana,
ku tinggalkan jejak zaman kanak-kanak,
walau tidak seindah cerita kanak-kanak lain,
tetapi disana aku rasa bahagia,
dan ianya kini mengajar aku,
bahagia itu bukan bila kau punya segala-galanya, 
tapi bila kau ada bersama orang yang sangat kau cinta,
walau dalam keadaan derita.


Disana,
Ada kisah,
suka dan duka,
namun akhirnya mengajar aku,
bahawa suka atau duka, itu tarbiyah.
Rindu pada bumi sabah,
Bilakah aku mampu melepaskan rasa yang semakin lama,
semakin mencengkam dada...
Rasa RINDU itu sangat MENYAKITKAN... :'(


Kampungku.. :)
p/s: Allah is listening to u.HE will.No matter what.Even if u don't tell it.Be positive about things happened,be grateful.Allah is with u,always.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.. :)

Assalammualaikum kalian,
maaf sebab terlalu lama menghilangkan diri disini.
Pelbagai masalah dan kesibukan membuat aku terlebih dahulu mengutamakan apa yang penting dalam hidup ini.

Kembali disini dengan luahan hati,
baca jika sudi, & pangkah jika benci...

Aku perasan, satu sikap aku yang berubah sejak dewasa ini ialah aku sudah tidak mudah menangis didepan sesiapa pun. Aku kuatkan hati & tahan airmata daripadaa mengalir sbb aku tidak mahu menimbulkan rasa gusar pada insan sekeliling. Mereka pasti bertanya mengapa & aku pastinya tidak bersedia untuk berkongsi rasa. Aku lebih suka simpan & muhasabah diri sbb aku yakin dgn adanya Allah disisi dugaan & rasa sakit ini akan pergi.

Tangisan adalah pengubat rasa. Membuat aku lega apabila brbicara dlm airmata secara diam tanpa suara dan terus terlena seolah-olah tiada apa. Bangun semula dengan penuh rasa syukur, sebab Allah masih bagi masa untuk perbaiki diri yang penuh dosa dek kerana alpa.Aku manusia biasa, kebiasaan itu membuat aku punya rasa marah, benci pada mereka yang sewenangnya memberi makna kecewa.

Terasa ingin menempelak setiap perbuatan mereka. Sewenangnya melukakan hati seorang hamba Allah yang kau tidak tahu betapa peritnya dia untuk menempuh segala mehnah dunia yang sementara dan kau dengan sewenangnya melukakan tanpa rasa bersalah..! Kau boleh megah dengan jawatan yang kau ada sekarang, tapi kau lupa gadis ini akan dewasa dan takdir Allah akan membawa dia menjadi siapa? mungkin seorang perdana menteri wanita pertama? Mungkin satu hari nanti kau ditakdirkan akan berada dibawah seliannya.. Kau lupa!

Aku tak harap untuk kau memberi layanan mesra, tapi aku kecewa dengan cara kau menghukum tanpa mahu percaya setiap bait kata yang keluar dari mulut dia. Siapa kau untuk menghukum sedangkan silapnya hanya sekelumit cuma.. Ah, bagi aku kau saja mereka masalah. Kau bahagia bila mnyakiti hatinya sedangkan kau lupa dunia ini ada takdir yang kalau kau tidak bernasib baik, satu hari nanti kau akan turut merasa apa yang dia rasa. Itu pasti..!

Aku tidak berdendam wahai kerani pejabat yang cantik,
cuma aku jengkel dengan sikap & cara kalian melakukan kerja,
berjanji kemudian memungkiri dengan alasan yang langsung buat aku ingin memaki..
menghukum & mengumpat seolah kalian itu manusia maksum yang suci..
Tidak mengapa, aku ada ya Rabbi..
semoga kalian terus dirahmati.

Semoga juga kau tidak lalui apa yang aku lalui..


P/s : La Tahzan.When the time comes & With Allah's will.It will happen.HE's saving the best for u.HE knows what u deserve & when u should have it.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...