Bismillah..
segala puji hanya Untukmu Ya Allah :),

Buat Mohd Anwar Azizan,
Selamat Ulangtahun Yang Ke 22,
Tiada hadiah yang mampu saya berikan,
Hanya setulus doa dan secebis puisi,
Buat kamu yang saya hormati Dan cintai,
Kerana Illahi.. InsyaAllah.. :)







setiap jam yang berlalu..

setiap detik yang pergi..
dan setiap waktu yang berlaku tanpa berulang lagi,
jadilah manusia yang bererti,
yang terus mencari cinta Illahi,
dan menghargai setiap nikmat yang diberi..


semoga hari ini engkau semakin dewasa..
semakin mampu mengenal dirimu siapa..
tak perlu menangis sedu jika terluka…
dan tak perlu tertawa bangga saat bahagia..



hidup ini untuk memberi..
memberi sesuatu yang beerti,
beerti yang tak akan pernah diminta kembali..
Melainkan Ikhlas dalam segala milik Illahi



selamat ulang tahun cinta..
aku akan selalu ada disisimu,
Selagi nafas masih terhela,
kan kita lalui bahagia dan derita bersama,
Hingga hujung nyawa..





Antara perkara terindah pemberian Allah kepadaku, Adalah menjadi sebahagian dari hidupmu. Kalau bukan kerana hubungan kita, Aku tak akan menjadi aku.. :)














































0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...