Pada pemilik hati kini,
sedikit pesanan dari hati,
buat kamu yang aku sayangi,
Yang hadir kerana takdir Illahi..

Pemilik hati,
aku memilih untuk terus pergi,
jika diri dikhianati lagi,
kerana tidak mahu terus menyeksa hati.

biarlah nanti,
hati ini sepenuhnya milik Illahi,
kerana satu yang pasti,
Janji dariNYA adalah pasti.

Bukan mahu menolak cinta manusiawi,
tapi apa gunanya jika hanya menjauhi,
cinta Illahi,
yang kadang tersasar kerana cinta insani.

Pemilik hati kini,
Jika benar kau yang tercipta
sebagai pemilik rusuk kiri,
terpisah sejauh manapun,
hati kita pasti bertaut kembali.

pemilik hati kini,
Moga kaulah lelaki,
yang dicipta illahi,
untuk menjaga seorang wanita ini,
yang mahu menjadi seorang isteri solehah,
buat suami yang dihormati..

InsyaAllah,
satu hari nanti...

Allah maha mengetahui.. :)



ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala Is the Only One Who can turn our hearts. Don’t even let anyone believe they have the key to your heart and never believe that you have the key to someone else’s heart. One moment you’re madly in love, the next moment you’re falling for other people. 

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala knows what you know not. Just trust Him.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...