Bismillah..

Assalammualaikum semua..
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon ampun segala khilaf , makanan atau apa jua hak kalian yang pernah saya ambil tanpa izin, atau hati yang saya sakiti tanpa sedar ataupun tidak.. Maaf, sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang tidak pernah sempurna. Secebis puisi saya lakarkan buat pemilik hati yang telah mencecah tiga tahun kini.




Perjalanan cinta kita,
sudah menjangkau angka tiga,
Terima kasih untuk segalanya cinta,
Kau hadir mengubat luka.

Takdir selalu menduga,
menguji kesetiaan kita,
harapku, tetaplah teguh berdiri setia,
kerana aku tidak betah, hidup tanpa anda.

perjalanan cinta kita,
mendapat restu keduanya,
moga Takdir Allah memihak kepada kita,
bahawa kaulah adam tercipta,
untuk aku, seorang hawa yang mendamba,
cinta yang mampu membawa aku ke jannah.

Mohd Anwar,
Terima kasih untuk segalanya,
menjadi pendengar kala suka dan duka,
menjadi pencerita yang suka membuat aku ketawa,
walau kadangkala ada tingkah yang menduga,
dan ada laku yang menitiskan airmta,
semuanya membuat kita teguh dalam mempertahankan cinta.

Untuk selamanya, saya akan tetap bersama anda,
dalam suka atau duka,
dalam derita atau mewah,
dalam sengsara atau kecewa,
ayuh sama-sama...
bercinta kerana Redha Allah.. :)



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...