Bismillah,


Assalammualaikum semua.. :)




tak perlu MENANGIS kepada orang yang telah MENYAKITI hatimu..

Tak perlu KECEWA kepada orang yang telah MEMUSNAHKAN harapanmu..

kenapa perlu LEMAH kepada orang yang telah MENJATUHKANMU?

Kenapa perlu IKUT perasaanmu yang terlampau SEDIH?

KAMU seharusnya perlu belajar untuk SENYUM bila orang menyakitimu,
 
KAMU seharusnya belajar untuk BANGUN tika orang memusnahkan harapanmu, 

KAMU seharusnya belajar untuk KUAT bila orang telah menjatuhkanmu, 

dan kamu seharusnya belajar untuk LAWAN perasaan SEDIH, jangan mudah mengikut 

perasaan yang akhirnya akan menjerat dirimu sendiri..

Berusahalah untuk redha dlm setiap perkara, 

meskipun adakalanya rebahnya jiwa, tp bangkitlah semula.. 

Bersedih itu tak salah, kerana itu lumrah. 

Cuma jgn sampai menyalahkan ketentuan Allah...

Kesedihan itu x dpt dielakkan.tp andai kt melihat dari sudut positif,pasti ia akan menjadi 

pengalaman berharga yg mendewasakan kita..

Sesungguhnya Allah jadikan ssuatu tidak sia2,meskipun air mata. Kekdg dgn menitiskan air 

mata krn derita,mampu menenangkan kembali jiwa. Menangis bukan bererti jiwa lemah,

tp  mugkin sudah lama jiwanya tabah....
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. :)




Bicara mimpi itu

Mengheretku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tanganku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambutku kembali

Dan ku mengerti
Mengapa masih berdiri
Hadirnya siang berteman mentari
Dan ku bersama
Bintang malammu mencari kasihku

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu di sini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita

Hatiku
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya ♥



Semoga Apa sahaja harapan yang aku sandarkan.. Mendapat redhaMU Tuhan.. :)
Bismillah..
segala puji hanya Untukmu Ya Allah :),

Buat Mohd Anwar Azizan,
Selamat Ulangtahun Yang Ke 22,
Tiada hadiah yang mampu saya berikan,
Hanya setulus doa dan secebis puisi,
Buat kamu yang saya hormati Dan cintai,
Kerana Illahi.. InsyaAllah.. :)







setiap jam yang berlalu..

setiap detik yang pergi..
dan setiap waktu yang berlaku tanpa berulang lagi,
jadilah manusia yang bererti,
yang terus mencari cinta Illahi,
dan menghargai setiap nikmat yang diberi..


semoga hari ini engkau semakin dewasa..
semakin mampu mengenal dirimu siapa..
tak perlu menangis sedu jika terluka…
dan tak perlu tertawa bangga saat bahagia..



hidup ini untuk memberi..
memberi sesuatu yang beerti,
beerti yang tak akan pernah diminta kembali..
Melainkan Ikhlas dalam segala milik Illahi



selamat ulang tahun cinta..
aku akan selalu ada disisimu,
Selagi nafas masih terhela,
kan kita lalui bahagia dan derita bersama,
Hingga hujung nyawa..





Antara perkara terindah pemberian Allah kepadaku, Adalah menjadi sebahagian dari hidupmu. Kalau bukan kerana hubungan kita, Aku tak akan menjadi aku.. :)














































Bismilah..
Assalammualaikum semua, semoga kalian sentiasa berada dalam redha Allah s.w.t , InsyaAllah :)




Dear Husband ♥

I will cook. I will clean. I will shop. I will be the best wife, ever, InsyaALLAH..

I will dress up for you. I will maintain my appearance for you. I will make sure to be the best

 wife I can be, InsyaALLAH..

I will have children with you & I will raise them to be the best they can be. I will be the best

 mother, InsyaALLAH..

All this - as long as you promise me one thing..

♥ Help me, accompany me in getting to Jannah! ♥
Bismillah..

Assalammualaikum semua..
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon ampun segala khilaf , makanan atau apa jua hak kalian yang pernah saya ambil tanpa izin, atau hati yang saya sakiti tanpa sedar ataupun tidak.. Maaf, sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang tidak pernah sempurna. Secebis puisi saya lakarkan buat pemilik hati yang telah mencecah tiga tahun kini.




Perjalanan cinta kita,
sudah menjangkau angka tiga,
Terima kasih untuk segalanya cinta,
Kau hadir mengubat luka.

Takdir selalu menduga,
menguji kesetiaan kita,
harapku, tetaplah teguh berdiri setia,
kerana aku tidak betah, hidup tanpa anda.

perjalanan cinta kita,
mendapat restu keduanya,
moga Takdir Allah memihak kepada kita,
bahawa kaulah adam tercipta,
untuk aku, seorang hawa yang mendamba,
cinta yang mampu membawa aku ke jannah.

Mohd Anwar,
Terima kasih untuk segalanya,
menjadi pendengar kala suka dan duka,
menjadi pencerita yang suka membuat aku ketawa,
walau kadangkala ada tingkah yang menduga,
dan ada laku yang menitiskan airmta,
semuanya membuat kita teguh dalam mempertahankan cinta.

Untuk selamanya, saya akan tetap bersama anda,
dalam suka atau duka,
dalam derita atau mewah,
dalam sengsara atau kecewa,
ayuh sama-sama...
bercinta kerana Redha Allah.. :)





Allah tahu hatimu perit menahan luka..

Allah mendengar doa-doa dan tangisanmu meminta...
namun bukan kerana Dia tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya..
tetapi sebenarnya Dia sedang memberikanmu yang terbaik...



walau kamu sebenarnya yang tidak menyedari..
bukan senang untuk redha dan pasrah...
hati perlu kuat dan tabah. yang pasti,
"setiap yang berlaku ada hikmah"




# Jaga hati hiasi peribadi, bimbing jiwa dekati Rabbi… :)


P/s :Ada orang, ujiannya pada percintaan~dua tiga kali bercinta,tapi tidak bertemu jodoh. Bukan kerana tidak laku. Tapi kerana itu ujiannya~

Pada pemilik hati kini,
sedikit pesanan dari hati,
buat kamu yang aku sayangi,
Yang hadir kerana takdir Illahi..

Pemilik hati,
aku memilih untuk terus pergi,
jika diri dikhianati lagi,
kerana tidak mahu terus menyeksa hati.

biarlah nanti,
hati ini sepenuhnya milik Illahi,
kerana satu yang pasti,
Janji dariNYA adalah pasti.

Bukan mahu menolak cinta manusiawi,
tapi apa gunanya jika hanya menjauhi,
cinta Illahi,
yang kadang tersasar kerana cinta insani.

Pemilik hati kini,
Jika benar kau yang tercipta
sebagai pemilik rusuk kiri,
terpisah sejauh manapun,
hati kita pasti bertaut kembali.

pemilik hati kini,
Moga kaulah lelaki,
yang dicipta illahi,
untuk menjaga seorang wanita ini,
yang mahu menjadi seorang isteri solehah,
buat suami yang dihormati..

InsyaAllah,
satu hari nanti...

Allah maha mengetahui.. :)



ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala Is the Only One Who can turn our hearts. Don’t even let anyone believe they have the key to your heart and never believe that you have the key to someone else’s heart. One moment you’re madly in love, the next moment you’re falling for other people. 

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala knows what you know not. Just trust Him.

Bismillah..

Assalammualaikum semua,



KEBAHAGIAAN bersama yang tulus bukanlah hanya 

dengan kehadiran di saat gembira dan ceria tetapi 

tatkala dirimu cuba merangkak bangun dari rebah,

 terjatuh dan tersungkur akibat kesilapan lalu dalam  kepayahan dan 

di saat semua orang memalingkan wajah darimu

tetapi orang yang tulus bersamamu tidak akan tergamak membiarkanmu bersendirian menangisi 

kesilapan dan kejatuhan semalam.


Allah Maha Mengetahui.
Kawan,

hampir setahun rasanya tidak bersua,
sehingga aku hampir tidak kenal pada susuk tubuhmu,
yang satu ketika dahulu sangat aku sayang.

seakan mimpi rasanya,
melihat kau hanya jarak satu tapak,
dengan segaris senyuman,
mahu rasanya memeluk kau yang aku rindu,
yang selalu aku sebut dalam doa.

entah mengapa,
kaku rasanya seluruh anggota,
mengapa aku tidak mampu menyapa,
mahukan berkata, selamat berpuasa.

Ya Allah,
terima kasih masih menemukan kami,
walau tiada patah yang mampu dibicara,
sekurang-kurangnya aku masih diberi kesempatan,
melihat dia dari jarak tidak sampai sehela.

Aku sudah hampir nekad melupakan,
setelah hampir setahun berendam kedukaan,
setelah sukar menerima knyataan,
yang dia tidak menganggap aku kawan.

kawan,
bagaimana mampu aku memeluk,
sedangkan masih segar diingatan,
aku sudah kau benci, kan??

Semoga ramadhan,
akan memberi makna pada kehidupan 
kita sebagai insan.



Aku yg dibuang,
Village Mall, sP.
01 august 2012 (06.20pm)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...