Bismillah.

Assalammualaikum semua.
Semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah.

" Kepenatan itu harus dilupakan demi sebuah kehidupan"

Walaupun hanya beberapa hari di batu pahat, banyak yang aku pelajari dan ambil sebagai iktibar disini.Walau tidak kaya, aku bersyukur sebab aku masih mampu meneruskan pelajaran ke menara gading. Ibu & abah masih tidak pernah halang aku untuk belajar dan menggapai impian. Abah, walaupun sudah beberapa tahun hanya memakai baju yang sama setiap tahun tidak pernah mengeluh. Sedangkan aku saban tahun mahu berbaju baru.

Disini, ada seorang remaja yang mahu belajar, terpaksa menanam impian & melempar jauh makna cita-cita demi kehidupan adik-adik yang lain katanya. Ada sendu disetiap bait kata yang dilontarkan membuat alya terpaku seketika daripada berbicara. Jika dilihat pada tangannya, ada parut-parut yang melekat. Mungkin terkena oven yang panas semasa bekerja. Jika selama ini, alya merasakan alya serba kekurangan, alya sepatutnya bersyukur.. sebab kekurangan itu tidak pernah menghalang alya untuk menanam erti cita-cita. Terima kasih Ya Rabbi & alhamdulillah atas takdir terindah ini. Menginsafi seketika diri yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang kadangkala terhijab oleh makna ketidak puasan.



Disini, ada seorang ibu tua.. wajahnya polos melemparkan senyuman kala aku membantu dia mengisi kuih yang telah siap didalam balang. Berbasa-basi bertanya tentang dirinya. Ibu tunggal dan ibu kepada anak lingkungan umur 6 tahun- 15 tahun. Lima orang anak semuanya yang terdiri daripada 3 perempuan dan 2 lelaki. Bertanya, "yang kecil tu siapa jaga kak"?. Dengan senyuman dia menjawab, dia sudah terbiasa menjaga dirinya sendiri sejak berumur 4 tahun. Kalian tahu apa yang aku rasa, aku ingin memeluk wanita dihadapanku ini. Mata yang kuyu itu sudah mampu menceritakan kepadaku betapa peritnya kehidupan ibu tua ini. seketika membayangkan kanak-kanak kecil yang berusia 6 tahun itu mengurus dirinya sendiri.  Sedangkan kalian, dalam umur 6 tahun ditatang bagai minyak yang penuh. segalan-galanya diberi dan disediakan tapi tidak bagi anak kecil itu. Dia hilang apa yang sepatutnya dia miliki kerana kesusahan hidup.  Dan kalian tahu, wanita itu tidak sedikit pun mengeluh!



Disini, aku juga melihat kebahagiaan itu sebenarnya datang dalam definisi yang berbeza dalam diri setiap manusia. 
Mungkin ada yang merasa bahagia dengan berharta,
bahagia dengan membuat manusia lain gembira,
bahagia bila ada keluarga yang sempurna,
dan mungkin bahagia bila hidup kaya-raya.

Tapi, bagi sesetengah mereka, bahagia adalah bilamana tenaga mereka masih boleh diguna demi sesuap nasi buat insan yang mereka cinta. :)



Sesuatu yang ingin aku tinggalkan, adalah sesuatu yang aku ingin kalian fikirkan..

Adakah kalian merasa bahawa kekurangan hidup kalian sekarang adalah beban??



sekian dulu buat seketika,
salam sayang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...