Kalian, 
Takdir menemukan kami semula,
dalam keadaan yang sangat jauh berbeza,
Dia bersama isteri yang baru dinikahinya.

Mesej pengharapan itu aku tunaikan,
sebab aku tidak tahu apa yang takdir coretkan,
Mungkinkah ada lagi pertemuan,
selepas masing-masing membawa kehidupan.

aku memilih laut,
sebab kami bertemu kerana gambar siput,
yang membuatnya terpaut,
pada gadis yang sedang tersangkut,
dibawa sungai yang menghanyut.

Isterinya memeluk aku, erat..
aku membalas kuat,
Semoga ukhuwah kita rapat,
walau jarak kita bukan dekat.

Sesekali,
aku perasan sesuatu,
dia cuba mencuri pandang kearahku,
Membuat jiwa & hati menjadi sebu.

ada persamaan pada iras mereka,
yang aku rasakan perlu redha,
kerana takdir ini telah tercipta,
oleh yang maha esa.

pada saat ingin berpisah,
dia merenung aku lama,
ingin membuka bicara,
yang kaku terhalang daripada bersuara.

Pesannya,
Hidup bahagia alya,
dia pasti jejaka yang sempurna,
yang akan mencorakkan dunia,
gadis yang pernah derita sebab cinta.

Kekal begitu alya,
si gadis tabah yang suka membaca,
suka berfikir & melantun bicara,
menangis disebalik tawa.

pesanku,
jadi suami yang tulus mencintainya isterimu,
kerana syurganya terletak padamu,
lahirkan zuriat yang berilmu.

Alyamu sudah dewasa kawan,
yang masih mampu berjuang dan berlawan,
pada setiap hiba dan rawan,
pada setiap takdir dan dugaan,
yang mendewasakan.





Lambaian senja,
Pantai Takdir, Kedah
14 julai 2012 (1.16a.m)








0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...