Bismillah...

Assalammualaikum semua.. :)
Lama meninggalkan blog tanpa entry kan, walaupun banyak benda nak dikongsikan disini.. Maaf kawan2, cuti sem adalah masa untuk mencari duit shopping..hehe :)
Kata orang tua-tua, jauh perjalanan, luas pemandngan kan..
Bagi aku bekerja part time masa cuti sem ni jugak satu perjalanan.. sebab melalui kerja aku jumpa ramai manusia n pastilah ramai banyak ragamnya kan..
banyak cerita..
banyak kisah...
dan pastinya kau perlu belajar apa yang dtg dlm hdup kau dgn tabah.. 

Sebagai manusia biasa, 
aku belajar memandang semua manusia itu sama..
melainkan ada yang aku kagumi kerana kelebihan mereka yang tersendiri..
melalui pembacaan, aku didik untuk tidak memandang manusia hanya dari luaran mereka semata-mata..
kerana yang kadang kita nmpak buruk sebenarnya, adalah lbh baik disisi Allah..
dan yang dulunya kau kenal sbgai manusia yang jahat ,jelik, dan kejam hatinya juga boleh berubah melalui masa.. Siapa kita untuk menilai manusia sedangkan kita tidak pernah sempurna..dan apa hak kita untuk menghukum mereka, sedangkan seadil-adil pemberi hukuman adalah Allah s. w. t..

Dalam hidup aku, bukan sekali dua manusia menilai aku dengan pandangan yang berbeza..
ada yang mmbuat penilaian dari hanya mendengr cerita,
ada yang membuat penilaian dari hanya memandang tnpa mengenal aku siapa..
dan terus menghukum untuk memandang aku jahat , keji, kejam , hati busuk dan sebagainya tanpa kenal pun aku siapa..

Dulu, memang aku rasa lemah bila ada yang menghukum sewenangnya sedangkan apa yang diperkatakan tidak benar sama sekali.. Apa gunanya bertekak, bertikam lidah mempertahankan siapa kau sebenarnya sedangkan keadaan tidak akan berubah melainkan kau patut berusaha untuk buktikan siapa kau sebenarnya.. kadang2 bertindak adalah lbh baik daripada bersuara sedangkan manusia seperti mereka tidak akan mendengar apa pun yang cuba kau perkatakan..

Pesanku pada kalian yang ditimpa nasib yang sama, kadang2 dalam hidup kita kena belajar untuk membutakan mata, memekakkan telinga dan keraskan hati serta teruskanlah kehidupan. Kerana Allah s.w.t itu telah merencenakan takfdir yang terindah buat kita.. Pasrah, allah kan ada.. :)


Manusia ini, tidak pernah gentar dengan penilaian manusia,
kerana baginya.. siapa dia disisi penciptanya adalah yang lebih utama :)


"Selagi mampu berlari, berlarilah. Jika tak mampu berlari, cukuplah sekadar berjalan. Jika hanya itu yang mampu dilakukan. Yang penting belajarlah untuk menghargai setiap nikmat yang ALLAH berikan dalam setiap fasa kehidupan. Belajarlah untuk mentafsir dengan akal yang ALLAH kurniakan disebalik kejadian.. ^__^ "


12 tahun berlalu,
Ramadhan ku masih seperti selalu,
Di bumi yang dulunya asing bagiku.
Tapi kini, makin sebati dengan jiwaku.

12 tahun berlalu,
aku masih menjadi perindu,
pada negeri bawah bayu,
saksi zaman kanak-kanakku.

12 tahun berlalu,
tanpa nenek,
yang aku rindu,
Kusimpan padu, biar hanya Allah yang tahu.

ada sendu pada terawihku,
dua puluh dua tahun sudah,
dua belas tahun berlalu,
aku lemas dalam rindu..

Masihkah ada waktu,
untuk kembali menatap bawah bayu,
yang disana tersimpan sejuta kenanganku,
yang aku himpun berbelas tahun,
kerana redha pada takdirMU..

Masihkan ada ruang,
untuk aku pulang,
berpuasa, bersahur berterawih bersama mereka,
insan tersayang yang sekian lama menanti kepulangan.

Sungguh aku rindu Ya rabbi,
Sungguh rindu ini membuat separuh jiwa ini pergi,
Pada tanah yang pernah menjadi saksi,
sebuah penderitaan yang xterperi.

Dengarlah rintihan ini Rabbi,.
aku ingin kembali lagi,
walau hanya sekali,
Keteratak biru itu ,
kerana ada kenangan ,
yang mampu mengubat kerinduan.. :(



P/s: Tuhan, Kubisikkan kerinduan... :(

Ramadhan pertama,
kanvas putih kehidupan,
21 julai 2012, (sabtu)
12:23 a.m





Bismillah..

Assalammualaikum semua, 
Semoga Selalu berada dalam rahmat dan lindungan Allah s.w.t.. InsyaAllah.

Meninggalkan dan ditinggalkan itu satu perkara biasa,
bezanya cuma meninggalkan tidak akan menjadi derita seperti orang yang ditinggalkan..

Lumrah, manusia itu akan datang dan pergi dari hidup kita dan  cara dia pergi akan meninggalkan kesan yang positif atau negatif kepada diri kita. Sakit yang pernah aku lalui sebab ditinggalkan oleh cinta pertama membuat aku takut untuk membuka hati pada insan bernama lelaki. Bertahun rasanya aku memperuntukkan masa untuk menerima lelaki lain dalam hidup aku. Bertahun untuk mengubat jiwa dan hati yang dirabak tanpa rasa simpati.

Kali kedua ditnggalkan oleh sahabat baik sendiri. Aku korbankan ego diri untuk memperbaiki ukhuwah kami walaupun xkan seindah yang aku hajati sekurang-kurangnya dia tidak berlalu pergi. Lantas aku menghulur tangan demi sebuah persahabatan yang sangat aku sayangi dan hargai. Walaupun aku tahu ada kemungkinan tangan itu akan ditepis pergi dan aku pastinya akan malu tidak terperi namun apalah harganya malu itu demi sebuah persahabatan yang telah bertahun-tahun tersemi. kerisauan nyata terjadi apabila tangan ini ditepis pergi walau aku tidak berharap untuk dia mengenggami huluran tangan yang aku beri seikhlas hati.

Pedih mengenangkan perginya mereka yang pernah aku sayangi. Mungkin tidak banyak  kegembiraan yang kita kongsi tapi bukan kah terlalu banyak jerih perih yang kita lalui.. Dia kawan baik aku, tidak tergamak aku meminta sesuatu yang nista berlaku. Namun jauh disudut hati aku masih berharap hatinya merasa apa rasa hatiku.

Tuhan, jika dia pergi.. jadikan hatiku redha dengan kehendakmu..
jika ditakdirkan dia kembali, kembalikan kami seperti dahulu.. :(


:: Saya yang kehilangan ::




p/s: kan best Kalau jadi bawang, setiap kali orang sakitkan kita, dialah yang menangis! Seronoknya~~..hehe
Kalian, 
Takdir menemukan kami semula,
dalam keadaan yang sangat jauh berbeza,
Dia bersama isteri yang baru dinikahinya.

Mesej pengharapan itu aku tunaikan,
sebab aku tidak tahu apa yang takdir coretkan,
Mungkinkah ada lagi pertemuan,
selepas masing-masing membawa kehidupan.

aku memilih laut,
sebab kami bertemu kerana gambar siput,
yang membuatnya terpaut,
pada gadis yang sedang tersangkut,
dibawa sungai yang menghanyut.

Isterinya memeluk aku, erat..
aku membalas kuat,
Semoga ukhuwah kita rapat,
walau jarak kita bukan dekat.

Sesekali,
aku perasan sesuatu,
dia cuba mencuri pandang kearahku,
Membuat jiwa & hati menjadi sebu.

ada persamaan pada iras mereka,
yang aku rasakan perlu redha,
kerana takdir ini telah tercipta,
oleh yang maha esa.

pada saat ingin berpisah,
dia merenung aku lama,
ingin membuka bicara,
yang kaku terhalang daripada bersuara.

Pesannya,
Hidup bahagia alya,
dia pasti jejaka yang sempurna,
yang akan mencorakkan dunia,
gadis yang pernah derita sebab cinta.

Kekal begitu alya,
si gadis tabah yang suka membaca,
suka berfikir & melantun bicara,
menangis disebalik tawa.

pesanku,
jadi suami yang tulus mencintainya isterimu,
kerana syurganya terletak padamu,
lahirkan zuriat yang berilmu.

Alyamu sudah dewasa kawan,
yang masih mampu berjuang dan berlawan,
pada setiap hiba dan rawan,
pada setiap takdir dan dugaan,
yang mendewasakan.





Lambaian senja,
Pantai Takdir, Kedah
14 julai 2012 (1.16a.m)








Ada Persimpangan,

dimana aku ditemukan erti bahagia,
yang mengajar aku cara utuk ketawa,
sehingga aku lupa, airmata itu turut dicipta.

Ada persimpangan,
dimana aku ditemukan erti kecewa,
lalu aku bangkit dengan gagah,
walau kerap berteman airmata.

Ada persimpangan,
dimana aku ditemukan erti tabah,
menghadapi setiap hari yang tersisa,
pada kesementaraan dunia.

Ada persimpangan,
aku ditemukan pada erti perpisahan,
yang mana aku tiada pilihan,
melainkan rela atau redha.

Persimpangan-persimpangan dunia,
selama mana aku bergelar Khalifah,
selagi nafas masih terhela,
aku cuma minta...
Agar iman tidak goyah.

Biar seketika disimpang bahagia,
biar terkadang disimpang derita,
biar sesekali diambang sengsara,
Padamu Ya Allah Ku berserah..

Hanya padamu YA ALLAH.. :)



Teratak Inspirasi,
09 julai 2012, (07.01pm)
sUngai Petani, Kedah.

Awak,
Bulan dan bintang menyepi malam ini,
Dan, disini aku berteman hujan,
sendiri, kosong, sunyi dan sepi..

Dulu,
kala hujan turun menemani,
awak pasti ada disisi,
menemani walau hanya dari corong telekomunikasi,
sehingga aku terlena sendiri.

kini,
yang menemani hanya bunyi-bunyi unggus,
yang mentertawakan aku mungkin,
atau turut bersama melayani rintik huajn ini.

Kisah kita tidak lama,
lebih kurang 5 tahun rasanya,
kau menyapa saat aku bergelumang dengan makna derita.
kau hadir saat aku bertarung dengan sengsara.

Kita kenal,
saat aku sudah lupa makna ketawa,
saat airmata peneman disetiap masa,
saat ubat peneman setia.

sehinggalah,
kau menjadi pengkritik setia,
pada setiap bait kata yang aku lontarkan dialam maya,
pasti ada saja jenakamu untuk membidas bicara kecewa

Dalam diam kau menaruh rasa cinta,
tapi takut untuk meluah,
kerana alasanmu takut andai aku tidak menerima,
kerana selalu saja aku menolak cinta jauh dari jiwa..

tahun ketiga persahabatan kita,
Aku disunting jejaka yang datang menyapa,
kukenal dari kawan sekolah,
dan takdir membuat kami saling jatuh cinta.

kau menyambut berita itu dengan gembira,
katamu aku sudah sembuh dari luka,
sudah tidak sakit jiwa,
sudah tidak merana.
walhal, tanpa sedar kau mula derita & sengsara.

kau pergi tanpa pamit,
membuat aku sedikit nanar menelan pahit,
Mencari disegenap pelusuk bukit,
namun, kau memilih hilang dan meninggalkan luka yang sudah berjahit.

januari 2012,
kau menghantar pesanan,
katamu, sudah berjumpa nisan,
seorang kau yang telah terkubur dari ingatan.

sepi kembaliiii.....

July 2012,
Email yang kuterima,
menyentap rasa, membuat aku tersadung lemah,
pada setiap bait kata yang kau lontar sepenuh jiwa, 
menyuarakan hasrat yang kau kubur tanpa mahu bertanya,
mengapa aku menerima dia, sedangkan kau yang dulu menyapa salam mesra?

 melalui emel itu,
aku mencari laman sosialmu,
bertemu, dan yang paling mengharukan,
kau dibumi kedah bersama isterimu.

awak, 
jarak kita hanya sebatu cuma kini,
namun hati kita jauh beribu batu, 
sedang dulu, jarak kita beribu batu..
tapi hati kita bersatu.

Kau percaya pada takdirkan?

Kita tidak bertemu untuk bersama,
melainkan kita bertemu untuk saling mengenal apa itu UKHUWAH.

Selamat Pengantin Baru Sahabat,
Isterimu itu pasti wanita hebat,
Yang telah Allah pilih untuk..
membuat kau menjadi Lelaki terhebat.. InsyaAllah.. :)



Teratak Redha,
09 july 2012 (12.01 a.m)




Dulu..

Jarak kita jauh,
Tapi hati kita Dekat..

Kini,
Jarak kita dekat,
Tapi hati kita jauh..

Siapa sangka,
akhirnya kita mampu melihat bulan ditempat yang sama,
cuma bezanya, kau bersama dia dan bukannya aku.

siapa sangka,
kita akhirnya melalui jalan yang sama,
bezanya kau ke hulu dan aku ke hilir.

Aku cuma meneka,
kita menjauh bukan sebab bergaduh,
cuma mungkin kau & aku,
cuma mahu menjaga hati sendiri.

Jadi, sepanjang kau berada di bumi kedah,
aku cuma ingin melihat langit, bintang dan bulan,
walau malam akan kelam tanpanya,
tapi aku pasti kita tetap akan melihat langit yang sama.

juga, biarlah aku melalui pantai ini sendiri,
walau pantai itu juga akan kau lalui nanti, 
bazanya aku sendiri.. 
tapi kau membawa puteri.


Jika aku mampu melihat kau bahagia,
dengan lapang dada,
doakan moga ada juga cinta,
yang menanti untuk membawa aku ke Jannah.. :)




Teratak Airmata,,
08 julai 2012 (5.45pm)
Kedah.
Bismillah.

Assalammualaikum semua.
Semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah.

" Kepenatan itu harus dilupakan demi sebuah kehidupan"

Walaupun hanya beberapa hari di batu pahat, banyak yang aku pelajari dan ambil sebagai iktibar disini.Walau tidak kaya, aku bersyukur sebab aku masih mampu meneruskan pelajaran ke menara gading. Ibu & abah masih tidak pernah halang aku untuk belajar dan menggapai impian. Abah, walaupun sudah beberapa tahun hanya memakai baju yang sama setiap tahun tidak pernah mengeluh. Sedangkan aku saban tahun mahu berbaju baru.

Disini, ada seorang remaja yang mahu belajar, terpaksa menanam impian & melempar jauh makna cita-cita demi kehidupan adik-adik yang lain katanya. Ada sendu disetiap bait kata yang dilontarkan membuat alya terpaku seketika daripada berbicara. Jika dilihat pada tangannya, ada parut-parut yang melekat. Mungkin terkena oven yang panas semasa bekerja. Jika selama ini, alya merasakan alya serba kekurangan, alya sepatutnya bersyukur.. sebab kekurangan itu tidak pernah menghalang alya untuk menanam erti cita-cita. Terima kasih Ya Rabbi & alhamdulillah atas takdir terindah ini. Menginsafi seketika diri yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang kadangkala terhijab oleh makna ketidak puasan.



Disini, ada seorang ibu tua.. wajahnya polos melemparkan senyuman kala aku membantu dia mengisi kuih yang telah siap didalam balang. Berbasa-basi bertanya tentang dirinya. Ibu tunggal dan ibu kepada anak lingkungan umur 6 tahun- 15 tahun. Lima orang anak semuanya yang terdiri daripada 3 perempuan dan 2 lelaki. Bertanya, "yang kecil tu siapa jaga kak"?. Dengan senyuman dia menjawab, dia sudah terbiasa menjaga dirinya sendiri sejak berumur 4 tahun. Kalian tahu apa yang aku rasa, aku ingin memeluk wanita dihadapanku ini. Mata yang kuyu itu sudah mampu menceritakan kepadaku betapa peritnya kehidupan ibu tua ini. seketika membayangkan kanak-kanak kecil yang berusia 6 tahun itu mengurus dirinya sendiri.  Sedangkan kalian, dalam umur 6 tahun ditatang bagai minyak yang penuh. segalan-galanya diberi dan disediakan tapi tidak bagi anak kecil itu. Dia hilang apa yang sepatutnya dia miliki kerana kesusahan hidup.  Dan kalian tahu, wanita itu tidak sedikit pun mengeluh!



Disini, aku juga melihat kebahagiaan itu sebenarnya datang dalam definisi yang berbeza dalam diri setiap manusia. 
Mungkin ada yang merasa bahagia dengan berharta,
bahagia dengan membuat manusia lain gembira,
bahagia bila ada keluarga yang sempurna,
dan mungkin bahagia bila hidup kaya-raya.

Tapi, bagi sesetengah mereka, bahagia adalah bilamana tenaga mereka masih boleh diguna demi sesuap nasi buat insan yang mereka cinta. :)



Sesuatu yang ingin aku tinggalkan, adalah sesuatu yang aku ingin kalian fikirkan..

Adakah kalian merasa bahawa kekurangan hidup kalian sekarang adalah beban??



sekian dulu buat seketika,
salam sayang.



Bismillah.

Assalammualaikum semua,
masih ingat last entry alya,
Tentang cerita alya ke batu pahat selama sebulan..

Dan, baru 4 hari alya da kembali menjejaki bumi kedah.
Ada beberapa masalah yang xdapat dielakkan.
Membuatkan perjuangan alya terhenti daripada menabur bakti.
Next entry alya cerita pengalaman alya dibatu pahat ok.

Dulu.. masa mula2 ibu hantar alya belajar di UPM serdang,
jujur, alya xde plak nak rasa cengengg2 ni. Cool je sampai ibu balik.
nangis bila tension atau ada yang xkena ja..
mungkin sebab, masih ada seseorang yang dekat and selalu jenguk2 alya kan..
sebab 2 rindu kat ibu rasa terubat jugak, sbb ada orang jaga dari dekat..hehe..

tapi kan, masa kat batu pahat, 
hari-hari alya nangis, xbole nak dengar lagu feeling2 sikit..
bertakung la airmata.. nasib xbanjir je adunan kuih & kek tue..
Jauh rasanya daripada ibu & abah membuat alya sedar sesuatu..

Alya masih manja dengan mereka :) (blushing)

malam-malam jer hantar mesej:

"ibu, abah, adeq era... Lia rindu"..

ibu pun akan reply:

Rindu lia jugak, goodnight.

walaupun ringkas, tapi mesej ibu cukup buat alya senyum dan tertidur dengan sendirinya..

dan walaupun setiap pagi & tengah hari ibu akan call, airmata mesti nak turun jugak.. mulalah cover suara dan terkekek ketawa yang sengaja dibuat-buat * palsu..

walaupun kat rumah, alya selalu buat ibu membebel,
selalu buat ibu panggil kuat-kuat sebab bila da mghadap facebook  automotik jadi pekak..haha
selalu buat ibu cakap, cepat-cepatlaaa balik U.. kat rumah pun asyik nak gaduh dengan ibu jaaa...
Tapi, bila jauhhhhhh.. ibu mesti paksa balik walaupun baru 2 minggu sampai U..
Ibu mestii call tiap-tiap hari tanya itu ini..
ibu mesti akan call bila-bila untuk mengadu...
ibu mesti mesej romantik-romantik bila rinduuu... :)

dah umur 22 tahun, belajar-belajarlah jauh dari ibu alya oiii...
nanti dah kawen xkan nak duduk dengan ibu jugak, *eh kahwin, tetibaa...

Bila pagi tadi smpai kedah, tengok muka ibu teruss senyummm selebar-lebarnyaaaa...
bahagiaaaa taww tengok ibu makin sihat & cantik..
tengok Abahhhh pon sihat,..
tengok budak kurus yang kuat makan tue  makin bertambah-tambah sihattt...

alya dah umur 22 tahun, tapi bila dgn family automotik jadi 12 tahun? korang plak mcam mana? Teeheee...



manjala kononnya..** sila pengsann..

sekian dulu buat seketika,
goodnyte all.. :)





Assalammualaikum...




Lamanya xupdate blog.. 
Sebenarnya baru hbs final exam 23 hb ari 2.. :)
lpas 2 terus ke damansara melepakk-lepakk melepaskan tekanan.. 
28 hb kembali semula untuk ke um pada 29 hb nya.. :)

Starting 29 hb - 1julai di um untuk program WISE (women in social Enterprise)
dan esokk 2hb aku akan ke Batu Pahat, Johorr :)
tak pernah mimpi untuk dapat mak angkat sejauh ini, tp sesuatu yang telah ditakdirkan itu pasti ada hikmahnya kan.. Mak angkat alya buat perniagaan kek, bahulu, kuih raya & kerepek. Lepas nii makin bertambah-tambah la KG nampaknyaaaa.. alahai!!

Sebenarnya alya xminat sangat bidang -bidang membuat kek, kuih raya atau kerepek ni sebab 1st choice alya hari tu kecantikan dan spa. Tapi aku yakin, ALLAH xselalu akan beri apa yang alya mahu, tetapi apa yang sebenarnya alya perlukan. semoga Ada kebaikan yang menanti disana nanti.. InsyaALLAH.


Seorang kawan bertanya, jauhnya bawak diri.. aku tersenyum dan menafikan. walaupun sebenarnya apa yang dikatakan oleh dia sedikit sebanyak betul. Melarikan diri bukan bermakna aku lari dari masalah, tapi biarlah moga pembawaan diri sedikit sebanyak membuat aku lupa pada erti sakit dan kcewa ini..


Ok lah, nak kemas-kemas barang sebab esok nak bertolak awal pagi.. :)
nanti kalau kat batu pahat ada internet, alya hupdate kat korg taw.. Bnyak sebenarnya nak cerita, InsyaAllah moga ada waktu untuk alya berkongsi cerita dengan kalian.. :)

salam sayang ^.^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...