Anak : ”Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”
Ibu : ”Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting dari itu iaitu pensel ini.”
Anak : ”Apa yang istimewa tentang pensel ini?”
Ibu : ”Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. mahu tahu?.”
Anak : “Ya, Ibu.”

Pertama.

Pensel Ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dlm hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu ALLAH S.W.T. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-NYA.


Kedua.

Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahkannya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut. tetapi hasilnya ia menjadi tajam & bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.


Ketiga.

Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula, Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.


Keempat.

Tahukah anak ibu, mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.


Kelima.

Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri kamu atau orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

1 comments:

khir berkata...

meaningful for parents...but i dont think its realy useful in a way to talk to children...its to poetic and analogic...in real life. But it can be used as a written message and hopefully they would understand the moral value. Keep it up, thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...