Aku insan lemah…

 Yang sering lelah dalam nafasku sendiri.. 
Yang sering terhambat oleh batasnya waktu dinihari... 
Yang sering tersungkur dalam ranjau berduri.. 
Yang sering rebah tak terdaya bangun berdiri... 
yang sering sesat dalam hembusan kabus tak bertepi.. 
yang masih tercari-cari hidayahMu ya Ilahi.. 

Aku insan lemah…

 Ingin aku mengadu padaMu,Ya Allah.. 
Dengarkanlah rintihan lemahku ini.. 
Sujudku menghambakan diri dalam sunyi.. 
Dalam heningnya suasana malam... 
Dalam dinginnya embun pagi.. 
Agar diaminkan oleh jutaan malaikat.. 
Agar segala pintaku Engkau berkat..
 “Ya Allah,berikan daku ketenangan hati. Sepertimana yang aku harapkan.. 
Sepertimana yang Engkau janjikan”.. 

Kerana aku insan lemah…

Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.



Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

--> Macam tu lah pada aku juga , kalau aku sendiri tahu aku tak mampu menyenangkan mereka2 yang aku sayang , lebih baik aku biarkan dan lepaskan mereka kejar apa yang membahagiakannya . Janganlah aku menjadi batu penghalang buatnya sehingga dia sendiri rasa tersekat . Pada aku , apa yang membahagiakannya adalah yang membahagiakan aku , tapi andai kata apa yang membahagiakannya belum mengundang rasa bahagia dihati aku .. aku tak sepatutnya berkata " TIDAK " untuknya .. Biarkan .. lepaskan .. mungkin pada masa itu , aku bukan disampingnya .. tapi mereka2 itu perlu tahu yang aku  mungkin nampak tidak menyokong tetapi yang pastinya aku akan mendoakan apa yang terbaik buat mereka2 yang aku sayang . 

P/s: Off to pasir gudang again for 4 days..  :)


Bismillah.

Assalammualaikum semua :)
Maaf sebab terlalu lama meninggalkan ruangan suka duka ini,
Kesibukan menyiapkan asignment dan komitmen dalam pementasan untuk subjek sastera rakyat,
membuat alya terpaksa melupakan seketika hasrat untuk berkongsi banyak benda bersama kalian.

Alhamdulillah,
selepas pementasan pada 20 mei baru-baru ini,
terasa ringan sekali bahu ini sebab, berakhirnya teater bermakna berakhirlah semua asignment alya.
Alhamdulillah, setiap tugasan Allah permudahkan jalan untuk aku menyiapkan tanpa sebarang tekanan walaupun ditekan dalam komitmen untuk teater.

MTSR ke 27 telah berlalu, banyak yang aku pelajari dalam mencapai matlamat yang akan memungkinkan sesuatu itu terjadi sama ada berjaya atau gagal. komitmen atau tanggunggjawab adalah satu yang amat penting dalam menentukan sesuatu yang kau buat itu akan berjaya atau sebaliknya. komitmen memerlukan kau menjadi  seseorang yang berdisiplin. menepati masa, mengorbankan apa yang kau suka, mengorbankan waktu tidur, waktu makan dan sebagainya.. namun yang manisnya adalah apabila komitmen itu mengajar kau untuk menjadi manusia yang berjaya.

Bila dalam kelompok yang besar, dimana kau dipilih menjadi pemimpin yang akan menguruskan organisasi.. kau akan sedar satu perkara. Pemimpin itu bukan dilahirkan.. tapi yang lahir dan dibentuk untuk menjadi pemimpin. Lumrah dunia, apabila manusia lebih melihat kepincangan kau dalam kepimpinan daripada melihat kejayaan yang kau bawa semasa memimpin. Namun, teruslah memimpin, kerana kadangkala kepincangan yang sedikit akan membuat kau belajar erti kematangan yang menggunung tinggi. Bukan mudah menjadi ketua yang mampu puaskan hati semua orang. Tapi, berpuas hatilah andai segala tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan telah kau pikul sebaiknya bukan kerana sesiapa.. tetapi kerana Amanah Allah s.w.t.. :)

Memegang tangunggjawab sebagai Ajk protokol sekaligus memegang tanggungjawab sebagai pengacara majlis membuat aku terasa diberi penghargaan yang sangat tinggi. Jujur, aku sangat mencintai dunia pengacaraan bukan sahaja melalui majlis formal, tetapi juga majlis-majlis yang bersifat tidak formal.  Walaupun pada mulanya, aku dipilih atas dasar aku seorang penyampai radio universiti, tetapi penghargaan daripada rakan-rakan yang selalu memberi pujian tidak kurang cacian membuat aku lebih bersemangat dalam menjadi pengacara. Menjadi pengacara dalam satu majlis bangsawan mengajar aku erti protokol dan kali ini aku rasakan begitu berbeza majlis ini berbanding majlis yang pernah aku acarakan.

Terima kasih pada yang datang memberi sokongan, kawan2 sekolah masa STPM, kesayangan-kesayangan yang melalui suka duka zaman universiti bersama-sama, kawan-kawan fakulti, Ummi khodijah yang masih memberi sokongan walaupun saya ini menantu xjadi ummi, adi yang sudi bawak ummi untuk menyokong pementasan teater ini dan semua yang menyokong samaada secara langsung atau tidak langsung.. :)

Rasanya, cukup setakat ini perkongsian bersama kalian.. Mari layan seketika sedikit memoir atau santapan mata buat kalian dalam malam tradisi sastera rakyat ke -27 ini.



Aku sebagai Mc :)










sesungguhnya,
Yang baik itu dari Allah...
dan segala kekurangan itu adalah dari diri saya sendiri.. :)





Bismillah...
Assalammualaikum semua,

Dedikasi tulisan buat para guru yang pernah mendidik tanpa jemu,
Juga buat para guru yang selalu berbakti,
demi harga sebuah ilmu..



setitik budi, sejuta kasih.. Terima kasih :)

1997-2001-  Sk.Kg titngan, Tawau sabah.
2002-          Sk. seri selamat
2003-2005-  Smk Tok Perdana, sitiawan Perak.
2006-          Smk. Methodist A.c.s Sitiawan,perak.
2006-2007   Smk. Teknik Sungai petani 2, Kedah
2008-2010   Smk Bedong, Kedah
2010-2013   Universiti Putra Malaysia, serdang Selangor 
                 ( Pensyarah jabatan bahasa & komunikasi)


Cikgu, guru, teacher..
Terima kasih,
kerana memberi aku ilmu,
tanpa rasa jemu.

Cikgu,
jika hari ini aku berdiri sebagai pembaca berita,
itu hasil didikanmu tanpa mengenal putus asa,
jika hari ini aku bangkit sebagai pejuang bangsa dan agama,
itu adalah jasamu yang selalu mendidik tanpa lelah.

namun cikgu,
jika hari ini aku jatuh sebagai sampah dunia,
jika hari ini aku adalah pengkhianat bangsa dan negara,
jika hari ini aku adalah manusia yang keji lagi dina,
bukan kau yang salah, tetapi aku yang lemah & gagal dalam menimba,
selaut ilmu yang kau beri dengan rasa cinta pada anak bangsa.

cikgu,
untuk selautan ilmu yang kau beri,
untuk segunung impian yang kau hamparkan,
untuk setiap titik peluh yang tidak mengharapkan balasan,
ku hanya mampu berdoa dari kejauhan,
semoga dirimu akan selalu dalam rahmat Tuhan.

seketika melewati kenangan sekolah rendah,
aku kesana semula saat kembali ke sabah,
melewati wajah-wajah yang semakin dimamah usia,
tapi masih gagah menabur jasa,
pada anak bangsa yang diharap agar mampu membela,
membela nasib agama,bangsa dan negara,
yang dimana suatu masa,
mereka akan bersara dari terus memerah tenaga.

Zaman sekolah menengah yang dihambat hormon remaja,
kau begitu tabah,
mendidik aku yang hanyut dalam cinta,
memberi inspirasi saat aku hampir jatuh dalam ruang gelita,
menyuluh saat terang tidak mahu kunjung tiba,
memberi semangat saat diri sudah rebah,
menghulur tangan saat aku jatuh dan tidak ada apa-apa.

zaman PPU penetu segala,
saat aku kecundang semasa ditingkatan Lima,
kerana hambatan perasaan yang terlalu kecewa,
pada sebuah kehilangan ibunda tercinta, yang kembali ke Rahmatullah..

Disinilah cikgu,
kau mendidik tanpa putus asa,
memeluk saat aku lemah,
meniup obor semangat saat aku mahu undur segala.
saat aku hampir mengalah pada makna susah.
saat aku hampir membunuh impian ibu dan ayah.

Tiada kata yang mampu aku tintakan,
untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga,
atas segala jasa dan penat lelah,
menjulang aku ke menara.

Terima kasih juga buat pensyarah,
yang membuka mata dan minda,
agar aku harus terus berjaya,
menakluki bukan sahaja ilmu dunia,
tapi yang kekal abadi disana jua..

Untuk selaut budi, segunung kasih tanpa henti, 
Semoga Allah memberkati, 
Kalian guru-guruku bukan sahaja didunia ini.. 
Tapi juga di akhirat yang menanti.. :)






Bismillah..

Assalammualaikum semua.. :)


Dedikasi buat arwah nenek yang aku panggil mak, telah kembali ke rahmatullah pada 15 mei 2007.


Mak,
sudah 5 tahun kau pergi,
meninggalkan aku sendiri,
saat aku bakal menghadapi,
Spm yang bakal menjengah beberapa minggu lagi.

Ibu datang ke sekolah saat aku baru menyudahkan sembahyang zohor sebelum ke dewan besar untuk raptai hari guru. Ibu menangis dan memeluk aku yang seakan terpinga-pinga.. Kenapa?

Tiada kata yang mampu terucap saat ibu memberitahu, mak sudah kembali ke Rahmatulllah. Aku terduduk dan diam terpaku. Saat melangkah ke kereta dengan airmata yang mengalir tanpa henti, kawan-kawan dtg memeluk dan memberi semangat. Berjumpa pengetua untuk menunda peperiksaan percubaan kerana aku akan bertolak ke sabah pada 16 mei dan akan berada seminggu disana.

Hati seakan mati, nafas seakan terhenti. Aku tidak tahu bagaimana mahu memberitahu kalian bagaimana rasanya mendengar khabar berita itu. Yang pastinya aku rasa teramat longlai dan tidak bermaya. Ya Allah, insan itu insan yang paling aku sayang.. Insan itu segalanya bagi aku.. Kenapa biarkan dia pergi tanpa mampu aku membalas segalanya.. tanpa sempat menunaikan segala janji-janjiku.. Tanpa sempat dia melihat kejayaanku.. 

Saat kembali ke Sabah tanpa sempat melihat jasadnya buat kali terakhir, aku sekali lagi terkilan.
 Mak,.. apa dosa lia sampai lia tidak sempat mencium dirimu buat kali terakhir..

Aku ke teratak biru itu sekali lagi..
Lama aku berdiri diluar pintu, satu persatu kenangan bersama arwah kembali menjelma..
satu persatu kenangan zaman kecil bermain di corong mata,
hingga akhirnya aku terduduk dan menangis semahunya..

aku gagahkan diri melangkah masuk,
ruang tamu besar yang kosong, aku tutup jendelanya satu persatu,
ke ruang tengah, disitu bilik tempat aku bersama arwah tidur bersama,
berjanji akan manjadi insan berjaya,
tempat aku meluah rasa saat ada yang menghina,
tempat aku bermanja saat jiwa kecil ingin dibelai manja..

Di kamar itu juga,
aku melihat derita,
melihat airmata sengasara,
melihat erti sabar dan tabah,
melihat erti kuat dan gagah,
seorang wanita yang sangat aku cinta..!

Mak,
lihatlah kini,
Lia sudah dewasa, lia sudah berjaya,
Menggapai menara yang selalu kau pinta,
agar aku tidak lagi kenal makna derita.

Mak, 
Lihatlah kini,
anak kecil mak kini,
sudah menjadi wanita yang berilmu,
yang selalu tabah dalam hidupnya,
yang selalu redha dengan ketentuanNya..

Mak,
Semoga tempatmu disana,
dikalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan beriman..
al fatihah buat arwah Kamsiah Binti Saberan

















Ibu,mama,mak, Bonda,mummy... :)


Luasnya hamparan jerih lelah

Membesarkan anakmu yang penuh salah

Yang selalu kau buka celah

Pintu maaf untuk anakmu yang goyah



Ibu, kau tak pernah berdesah

Dalam kehidupan penuh gelisah

Kau sedih bila ku menyerah

Kau berdoa agar ku terarah



Walau kelak Syurga mengarah

Selamanya hati takkan berpisah

Cinta ada di setiap langkah

Kasih mengalir di dalam darah



Ibu, kau matahari yang bersinar cerah

Membuat hari-hariku terasa indah

Menuntunku agar tak salah melangkah

Menjagaku hingga tiba di tanah



Sebuah puisi dari anakmu terkasih

Dari sungai kehidupan cinta kasih

Bermuara di lautan terima kasih

Untuk pengorbanan Ibunda terkasih



Terima kasih Bonda,

Segala jerih perih yang aku lalui

membuat aku berdiri sebagai aku hari ini

berkat doa mu yang tanpa henti

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Bismillah..

Assalammualaikum semua.. :)

"Ada kesakitan & kekecewaan yang saya simpan jauh-jauh disudut hati... ":(



Tekanan yang dihadapi sepanjang bulan ini menjadikan batuk & selesma terlalu cepat menyerang..
terlalu penat sebenarnya.. lagi2 dengan sikap2 manusia yang menganggap aku tidak mengerti dan tidak memahami setiap tingkah yang aku rasakan terlalu hipokrit..

aku bukan budak-budak yang tidak faham bila...

--> aku cakap, lpas aku brpaling kau keluarkan hp & tulis sesuatu bagi kwan sebelah ko baca..! 

--> kau senyum dgn snyuman yang paling tidak ikhlas.. hnya semata-mata aku cerewet dengan keselesaan aku..! itu hak aku..

--> kau tipu aku dengan pura-pura adakan audition sedangkan kau dah pilih siapa untuk dijadikan Mc..!

Hipokrit.. hipokrit... hipokrit...!!

Jujur.. aku kepenatan bukan sebab asignment yang bertimbun.. tapi sebab kehipokritan anda, anda dan anda..!


P/s: Batuk & selesema yang semakin teruk.. 
       Mak, dtglah walau dalam mimpi dan peluk diri ini.. Lia rindu.. :'(







Anak : ”Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”
Ibu : ”Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting dari itu iaitu pensel ini.”
Anak : ”Apa yang istimewa tentang pensel ini?”
Ibu : ”Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. mahu tahu?.”
Anak : “Ya, Ibu.”

Pertama.

Pensel Ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dlm hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu ALLAH S.W.T. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-NYA.


Kedua.

Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahkannya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut. tetapi hasilnya ia menjadi tajam & bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.


Ketiga.

Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula, Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.


Keempat.

Tahukah anak ibu, mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.


Kelima.

Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri kamu atau orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Bismillah..



Assalammualaikum w.b.t....

Selamat datang bulan MeI,.
Bulan yang sangat padat dalam hidup kurasakan ,
Asignment sini sana memanggil2 untuk disubmit dan disiapkan..,
presentation itu, ini yang hendak dibentangkan...
Haiiissssshhhh.... teater yang menenti tayangan dalam masa 17 hari lagi.. semuanya dalam keadaan kelam kabut.. hampir 5 bulan tiada hujung minggu dalam diari hidup aku since ada teater ni.. nasibla kan...

apapun, entry kali ni alya bukanlah nak merapu dengan bercerita kesibukan sebagai pelajar ini, sebab alya tahu kalian juga sedang melalui dan pasti sedang merasanya kan..:)

cuma mahu berkongsi sedikit rasa tentang makna setia.. :)



kalian,
apa yang lebih menyakitkan selain dikhianati,
apa yang lebih mnyakitkan selain dicurangi,
oleh insan yang bernama lelaki,
yang pernah berjanji mahu sehidup semati,

dia meninggalkan kau pergi,
dengan alasan kau tidak memahami,
dengan bangga mengangkat kaki,
tanpa menoleh kau yang menangis tanpa henti.

kau mengambil langkah,
terus bertanya,
apa salah & puncanya, 
namun dia memilih untuk diam seribu bahasa.

kau menyelidik satu persatu,
dan apa yang kau jumpai sesuatu yang sangat pilu,
dia telah curang sejak berbulan yang dulu,
saat kau masih meletakkan dia no satu dihatimu.

kau lupa hukum tuhan barangkali,
setiap apa yang kau beri kau pasti akan dapat kembali,
sama ada disini,
atau disana yang sedang menanti.

Harus bagaimana saya mahu katakan, mendengar luahan seorang sahabat saat dicurangi dan dkhianati,membuat hati wanita ini turut sama menangis melihat airmata yang seakan tiada tanda mahu berhenti itu. Sakitnya dicurangi dan dkhianati oleh insan yang kita sayangi itu hanya Allah saja yang tahu betapa deritanya menanggung beban itu. aku cuma percaya, setiap apa yang ditakdirkan Allah pasti ada hikmahnya.. sebab Allah tetap sayang pada setiap hambanya walau sebesar manapun dosa kita. Dan alhamdulillah, dugaan itu menjadikan sahabat saya itu wanita yang memilih cinta Allah kini dalam hidupnya. Saat melihat dirinya kini, satu lafaz syukur terucap dihati.. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.. takdirmu begitu hebat.. ! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...