Bismillah..
Assalammualaikum semua,
Selamat berhujung minggu.. Weee..!
Menulis entry ini dirumah dengan sangat selesa sambil memeluk bantal.. Hehe

Cuti midsem bermula, menghabiskan cuti dirumah dan menyiapkan segala asginment yg menanti due utk dihantar seawal pembuka mid sem..Gigih kan..!
Ok, pembuka entry, Semalam aku geledah almari buku sebab nak cari buku sejarah form 6, anak cikgu sekolah lama nak pinjam..geledah2 aku terjumpa satu kotak yang aku sorok dari ibu sebab takut ibu bakar. Kotak tu, aku namakan kotak kenangan yang didalamnya ada bnyak kad daripada ex- boyfriend aku dulu..Eh, yg mana? jgn tnya..biarlah rahsia.. gambar xdpt nak pamer sbb usb trtggl dkat upm..Nnti aku pamer k.. :)



dah terjumpa xkan aku nak simpan balik kan, aku bukak dan belek satu persatu semula semua kad-kad tu.. Jujur aku sebak sangat, sebab insan ini pernah buat aku bahagia dan derita satu ketika dulu. Dan walaupun begitu, aku xpernah benci dia. Jujur, insan ini bukan manusia yg romantik, tp mungkin dia belajar dari aku yang suka bagi dia kad & poskad dia mula hantar bermacam-macam kad yang comel2 dekat aku saat hubungan kami semakin jauh. Dia berusaha untuk jernihkan hubungan tapi jujur hati aku tawar sebab aku dikhianati. 





Aku tak nak tulis panjang-panjang, sebab penat nak kenang masa lalu. Lagipun sekarang masing-masing dah bahagia dengan hidup masing-masing. Dia atau aku, masing-masing dah ada pasangan walaupun dulu kemain lagi berjanji sehidup semati. So, aku decide untuk bakar semua kad-kad tu and DONE. Semua dah hangus terbakar.


Aku tinggalkan kalian dengan kata-kata ini,
Sesetengah orang datang dalam hidup kita, dan walaupun mereka telah berlalu pergi meninggalkan kita, kita masih mengingati mereka disebabkan kesan yang mereka tinggalkan dalam hidup kita. Kadangkala, mereka yang kita tidak pernah jangka.. (SZ)




4 comments:

khir berkata...

Memori

hari ini
terjaga oleh belaian angin pagi
yang mengusap manja
rindu yang semakin kosong

dia bawa bersama kata-kata
yang harum sekali

ke marilah angin
ambil semua rindu ini
terbangkan jauh-jauh
supaya terang jalan cita
menuju jaya.

Alya Sumayyah berkata...

sangat bermakna sekali madah diatas encik khir..
Ajarkan saya berkata sebegitu, agar suatu masa nanti saya mampu menjadi penyusun bahasa yang mampu membahagiakan sesiapa.. :)

khir berkata...

Alya...

bagaimana akan kuberitahu
puja puji umpama api
yang menyalakan riak
takabur sombong diri.

cuma ingin kukatakan
memang payah mengahwinkan idea dengan kata-kata!

Alya Sumayyah berkata...

seseorang pernah memberitahu, kata-kata indah itu lahir bersama rasa & pengalaman yg bermakna..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...