Bismillah.

Assalammualaikum semua,
semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t.. :)
cuti mid sem sudah sampai ke penghujungnya, alya xpasti samaada alya akan mampu kerap singgah berceloteh disini lagi atau tidak sebab assignment tersangat la bnyak menanti due untuk dihantar. Tapi insyaAllah, blog ni tidak akan lama-lama dibiarkan sunyi.. hehe..

Aku selalu memujuk diri,
agar selalu tabah dengan sikap insani,
kerana sekeping hati ini,
selalu mereka sakiti.

Kau tahu apa masalah mereka,
mereka dengki dan cemburu buta,
pada kelebihan yang mereka tiada,
tapi ada pada kau insan yang dipandang rendah.

Mereka memendang yang berharta,
punya rupa yang menjadi pujaan jejaka,
punya body secantik agnes monica,
dan menghina kau yang gemuk tiada rupa.



Mereka lupa,
setiap ciptaan itu punya kelebihan berbeza,
dia tiada apa yang kau ada,
tapi kau tiada apa yang dia ada.

pesan pada diri,
hanya jadi diri sendiri,
kita tidak hidup untuk menikmati cacian insani,
tapi menikmati setiap kurniaan illahi..

see.. aku buktikan, aku mampu berdiri sebelah adam.. :)


P/s : aku selalu memujuk diri dengan kata-kata ini.. :

" alya sayang, u can face anything in this world dear,
If u want to be happy, be grateful for what u have" :)

4 comments:

khir berkata...

kalau kamu mahu lihat syukur itu
cubalah tangkap hujan yang turun
setitik yang dapat kamu tangkap di tapak tangan
adalah syukur yang selalu kamu ucapkan padaNya

selebihnya
yang kamu terlepas itu
adalah riak ujub takabur dan amarah
ketika rezeki bahagia melimpah ruah
yang akhirnya bertakung
membiak nanah neraka

Alya Sumayyah berkata...

Khir
maaf andai coretan ini mengundang perasaan tidak selesa,
aku cuba menghindar takbur,
tapi tanpa sedar, ia selalu bertandang dengan cara yang paling halus.

moga dalam apa jua,
aku cuma mahu jadi hamba yang bersyukur.. :)

dan semoga dirimu selalu berada dalam rahmat Allah s.w.t..InsyaAllah.. amiinn..

khir berkata...

pesanan aku terbangkan ke serata alam
buat diriku sendiri
tetapi kamu adalah pesanan paling berharga
kepada aku yang tolol
dan terima kasih aku hulurkan
kerana berjabat salam
meski cuma dengan kata-kata.

Alya Sumayyah berkata...

Terima kasih juga kerana komen anda selalu melahirkan inspirasi untukaku bercerita disini.. Yang selalunya aku tulis kerana pengalaman dir isendiri dan berkongsi sesuatu yang aku harap mampu memberi inspirasi kpda org lain.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...