Assalammualaikum April...
Salam sejahtera juga buat kalian,
Semoga april menjanjikan bulan yang penuh keberkatan untuk kita semua..

Berdikari,
Aku dididik menjadi insan yang berdikari sejak umur enam tahun lagi rasanya.
Dan seumur 7 tahun aku sudah betah menyiapkan diri ke sekolah dan bangun pagi.
Balik dari sekolah, mengemas rumah sementara menunggu nenek balik dari berniaga..
Hasilnya, seawal umur 8 tahun aku sudah mampu membuat kuih utk nenek jual dipasar...
ada juga yang tidak sempat dijual kerana permintaan kapal-kapal yang berlabuh dibelakang rumah..Alhamdulillah..rezeki.. :)

Nenek adalah insan yang mula-mula mengajar aku erti kehidupan,
erti berdikari untuk mendapat segala apa yang dimiliki,
dulu, aku pernah cemburu pada insan-insan yang mampu dapat apa sahaja yang dihajati tanpa perlu berdikari seperti aku yang terpaksa mengikat perut menabung demi mendapat apa yang dihajati,
tapi kini aku bersyukur, Sebab melalui sikap berdikari ini aku mampu hidup walau dimana jasad ini berdiri..

Semakin dewasa kini, semakin banyak yang aku hajati,
salah satunya gambar dibawah ni..Camera dslr nikon/canon...
aku dah usha-usha harga semalam.. So,aku decide untuk terima tawaran kerja daripada pusat zakat universiti aku walaupun secara part time..Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit kan....
Aku gembira sebenarnya, sebab walaupun terpaksa bersusah payah untuk dapatkan apa yang aku nak,
banyak yang dapat aku pelajari tentang kehidupan..
Pengalaman yang kau xakan dapat walau setebal mana pun buku yang kau baca..


Alhamdulillah, Perniagaan kecil-kecilan semakin berkembang sedikit demi sedikit,
jujur banyak yang terpaksa aku korbankan demi sesuap rezeki ini, Tp alhamdulillah.. Hasilnya berbaloi-baloi...
Terima kasih Ya Allah.. :)
Aku dah ada simpanan, walau masih xbanyak sekurang-kurangnya itu mampu menanmpung modal permulaan untuk bisness aku.. Rezeki itu ada dimana-mana..Yang penting rajin kan..hehe.. :)

Nasihat aku pada semua insan, Dalam mencari rezeki ni xperlu malu atau takut, 
berusaha sebab tanpa usaha kita xkan mampu utk kemana-mana,
Jadikan kesusahan hidup adalah pembakar semangat yang kita mampu berjaya dan tidak lagi merasai derita dan sengsara berada di takuk kemiskinan..Berani Mencuba & mengambil risiko..Itu kuncinya.. :)


Aja! aja ! Fighting.. :)





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...