Bismillah...
Assalammualaikum :)

••►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

Terbaca kata-kata ini di wall seorang rakan,  seolah- olah terkena batang hidung sendiri rasanya.. 

Kadang-kadang,
aku pelik dengan diri sendiri,
walau sukar manapun keadaan aku saat itu,
aku tetap mahu membantu,
tetap mahu membuat,
insan-insan sekeliling bahagia.

Walau kadangkala,
aku sebenarnya sedang sengsara,
aku masih mampu memberi tarbiyah 
yang kadangkala membuat insan lain mendapat cara dan mngalirkan airmata.

aku suka jika mereka yang aku sayang bahagia,
hidup ada arah,
ketawa tanpa ingat masalah.
nangis kerana gembira,
dan memeluk aku kerana berjaya.

walau aku kerap menyorok airmata,
walau aku sering menutup sebak didada,
walau kadang kecewa meraja,
tetapi dengan melihat mereka bahagia,
jujur, aku jadi sangat bahagia..

aku bukan mudah meluah rasa,
bukan mudah menyatakan masalah,
bukan mahu sengaja memendam derita,
cuma aku tidak selesa,
melihat mereka gusar kerana aku mahu selamanya
menjadi sumber kebahagiaan mereka..

Akukah?
Wanita hebat dimata mereka?
namun selemah-lemah makhluk dihadapan Allah.. :(



Syurga Airmata,
09/04/12 (3.44pm)

4 comments:

khir berkata...

Hujan deras dari malam yang pekat
sama dengan yang ada pada renungan itu
ada sedih bahagia silih berganti

Gumpalan awan oleh badai yang rakus yang menampar
sama dengan yang ada pada bibir itu
ada manis ada tawar tindih menindih

Kawan
kamu bukan pembawa bahagia
andai membaja duka
di laman sendiri.

Alya Sumayyah berkata...

Khir..
pesan seseorang padaku..
jika kau tidak mampu memberi sahabat mu ketawa,
jgn pernah beri airmata..
bukan mahu berlagak sufi..
tp bahagia ku rasa saat mampu membuat insan lain bahagia..

cuma aku yang tidak mahu khir,
berkongsi airmata,
sebab sudah terbiasa,
berendam sendiri dengan tangisan dalam luahan kepada pencipta..

dalam sebenarnya makna bahagia,
dan bahagiaku apabila mammpu berjasa pada sesama amnusia..

khir berkata...

Kalau aku jadi teman
ambillah semula gembira yang kau beri
kupulangkan semua bahagia
kerana aku juga ingin kamu
sama-sama menari lagu ria
bukan mengumpul sengsara
di balik tawa.

Alya Sumayyah berkata...

Semoga suatu hari nanti..
akan hadir bahagia menjengah,
menemani derita yang terkurung sekian lama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...