Bismillah.

Assalammualaikum semua.. :)



Menangis.
Peritnya ujian datang tanpa berhenti,
Terjatuh, disepak, diterajang tanpa simpati,
tidakkah mereka punya hati,
Tidakkah mereka punya sikap manusiawi,
menjatuhkan hukuman tanpa mengadili.

Ya Rabbi,
aku buntu dalam langkah,
seolah sibuta yang meraba-raba,
gelap, malap, kelam, malam,
tiada pelita yang mahu menerangi,
sebagai petunjuk arah,
buat aku yang sedang termanggu kecewa,
pada derita ciptaan manusia.

Aku meminta,
hadirkan seseorang yang mahu mendengar,
aku bercerita dan menunjukkan aku arah,
dimana harus aku melangkah,
sebab aku bangun,
namun masih tersadung oleh gelapnya gelita.. :(


Bismillah..


Assalammualaikum semua :)
Selamat bercuti pada yang sedang bercuti,
selamat mengulangkaji pada yang akan menghadapi peperiksaan,
selamat bersengkang mata pada yang terpaksa menyiapkan tugasan..
Semoga, segala sesuatu yang dilakukan dengan niat kerana Allah itu akan memberi sesuatu manfaat kepada kita semua.. InsyaAllah.. ^.^

"PRETENDING TO BE HAPPY WHEN YOU'RE IN PAIN,
IS JUST AN EXAMPLE OF HOW STRONG YOU ARE AS A PERSON"


saat jatuh begini,
aku hanya rasa ingin berlari.
jauh dari kemelut ini,
meninggalkan semua pergi, 
tanpa memikirkan apa lagi.

Tapi,
aku tidak mahu begini,
lari dari masalah yang membelenggu diri,
tanpa mencari cara,
menghalau ia pergi.

ya, hanya satu cara..

muhasabah diri,
renung kembali,
dimana bermulanya semua ini,
pasti ada langkah yang menyimpang lagi..

ya Illahi,
maafkan hamba yang hina ini,
ampunkan hamba yang daif ini,
terlalu leka denga permainan duniawi,
hingga hampir menggadaikan iman dihati..

Maafkan aku ya rabbi.. 

P/s :Bila jatuh sebenarnya kau ada dua pilihan,Menerima segala tekanan dan putus harapan, atau kau bangkit berdiri menerima cabaran,Semuanya kau yang harus tentukan...







Bismillah.




Assalammualaikum semua :)
Selamat berhujung Minggu, maaf sebab kesibukan membuat alya jarang menjenguk blog disini.. :)

Menulis blog sambil melihat singapura daripada jauh, eh tetibe?..hehe. Sebenarnya skrg alya berada di pasir gudang, ada program disini selama 3 hari.

kalian,
pernahkah keperitan hidup membuat kalian putus asa dalam meneruskan hidup ini?
pernahkah kesempitan hidup membuat kalian ragu untuk terus meneruskan hidup ini?
pernahkan penghinaan dan herdikan membuat kalian menyumpah, kenapa kalian dilahirkan didalam dunia ini?
pernahkah??

Kalian,
Dulu saya pernah berkata, andai diberi pilihan saya mahu hidup sebagai anak orang kaya, 
hidup mewah seperti puteri raja,
ada pembantu rumah,
mendapat apa saja yang disuka,
dan tidak perlu bersusah payah.

tapi takdir yang dipilih,
saya hanya dilahirkan dari keluarga sederhana,
yang segalanya sederhana,
dan perlu bekerja keras untuk hidup mewah...

Kalian... Jika dulu saya memilih sebagai anak orang kaya, 
sesuatu yang saya lupa,
kaya harta membuat kita alpa,
kaya bukan penentu bahagia,
kaya bukan segala-galanya.

sederhana membuat kita lebih bersyukur,
lebih akur,
tiada apa yang lebih makmur,
tiada apa yang bersifat takbur,
pada dunia yang sederhana,
yang mengajar kita tentang erti syukur.



Ibu, abah terima kasih untuk segalanya.. Lia syg sgt2..
dia kecil, tapi berjiwa besar.. My kak cik.. :) (baju hijau)
dia gembira, tapi hatinya mnanggung duka.. My mone (tudung putih)

Sebaik-baik sahabat yang saya ada, Alhamdulillah.. :)






Kesayangan saya, Hingga hujung nyawa, InsyaAllah.. :)


satu-satunya adik yang saya sayang sepenuh hati.. :)



Selain abah, Dia yang terhebat dihati ini.. :)





Kalian, bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada hari ini kerana bagi aku :

Cara untuk merasa bahagia dan gembira,adalah bersyukur 
dengan apa yang kita ada.. :)
Bismillah..
Assalammualaikum semua,
syukur alhamdulillah kerana aku baru saja selesai menyiapkan assignment yang akan disubmit esok.. Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah mempermudahkan segalanya..

 sahabat,
Kita tidak selalu benar dalam pendirian dan tindakan…
kita hanya manusia. Walaupun sungguh hati kita ingin mengikut jalan Allah, tetapi kerana kealpaan dan kejahilan kita tersasar jua. 
kita ingin tenang, tetapi oleh kerana ketipisan iman dan zikir, pendirian kita goyah jua. 
Ada rasa marah, ada rasa resah..
tetapi semua itu adalah ‘bayaran tol’ di lebuh raya mujahadah.

Ya Allah, ampunkanlah kami. Berilah kami kekuatan untuk memaafkan diri kami sendiri dan juga orang lain. Kami masih tidak pandai mensyukuri nikmatMu kerana kami masih mendidik hati dalam menerima ujian-Mu.

Ya Allah, cuma satu… cuma satu… janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata. Kutiplah kami ya Allah untuk selalu dibimbing oleh hidayah dan taufik Mu!

Ya Allah, kami sentiasa yakin bahawa kejujuran itu kemenangan dan pilihlah kami untuk menjadi orang yang jujur dan benar… walau apa jua keadaan dan cabarannya! Amin.. :(


P/s: Ya Allah, ampunkan aku atas kelalaianku menunaikan suruhanmu kerana kadangkala aku seakan dihambat waktu yang tidak pernah cukup.. Ampunkan aku..



Bismillah.

Assalammualaikum semua,
semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t.. :)
cuti mid sem sudah sampai ke penghujungnya, alya xpasti samaada alya akan mampu kerap singgah berceloteh disini lagi atau tidak sebab assignment tersangat la bnyak menanti due untuk dihantar. Tapi insyaAllah, blog ni tidak akan lama-lama dibiarkan sunyi.. hehe..

Aku selalu memujuk diri,
agar selalu tabah dengan sikap insani,
kerana sekeping hati ini,
selalu mereka sakiti.

Kau tahu apa masalah mereka,
mereka dengki dan cemburu buta,
pada kelebihan yang mereka tiada,
tapi ada pada kau insan yang dipandang rendah.

Mereka memendang yang berharta,
punya rupa yang menjadi pujaan jejaka,
punya body secantik agnes monica,
dan menghina kau yang gemuk tiada rupa.



Mereka lupa,
setiap ciptaan itu punya kelebihan berbeza,
dia tiada apa yang kau ada,
tapi kau tiada apa yang dia ada.

pesan pada diri,
hanya jadi diri sendiri,
kita tidak hidup untuk menikmati cacian insani,
tapi menikmati setiap kurniaan illahi..

see.. aku buktikan, aku mampu berdiri sebelah adam.. :)


P/s : aku selalu memujuk diri dengan kata-kata ini.. :

" alya sayang, u can face anything in this world dear,
If u want to be happy, be grateful for what u have" :)



hanya kerana mata dia tidak mengalirkan air mata,

jangan kau sangka hatinya tidak menangis,

hanya kerana dia cukup kuat untuk berdiri dengan kuat dan tabah,

jangan kau sangka dia anggap semuanya baik belaka.

Bismillah..
Assalammualaikum semua..
Selamat berhujung minggu :)

korang RINDU x?
eh.. bukan rindu alya taw...
 maksud alya rindu pada insan yang korang sayang?
mestilah kan...

alya rindu sangat,
tapi alya pendam.. sebab alya mengalah,
alya jauhkan diri,
sebab alya xnak sakitkan hati dia lagi..
xnak buat dia menangis sebab alya lagi,
walau sudah tidak bersama, doa alya selalu ada,
untuk dia yang pernah memberi sinar bahagia..

KAK SYA, alya rinduuuu... :(



Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir..

alya tak tahu macam mana nak luahkan,
alya rindu akak,
tapi alya pendam kak, sebab alya tak nak akak terluka lagi..
alya jahat! alya jijik ! alya hina!
alya tak layak untuk akak,
akak terlalu baik..

jaga diri baik-baik,
hidup bahagia taw,
sampai bila-bila, alya sayang akak,
hingga hujung nyawa.. :(

Hingga hujung nyawa..... :(






Bismillah..
assalammualaikum semua,
sekali lagi aku berkongsi rasa,
moga warkah ini mampu membuat kita membuka minda juga jiwa pada erti redha dan pasrah.

Pertama sekali cuba kita fahami fitrahnya alam dunia ini.  Tiada satu pertemuan pun yang berlaku tanpa di sudahi dengan perpisahan.  Ini menandakan bahawa apa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Dia.
Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang.  Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.  Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang. Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan bukanlah seperti apa yang kita bayangkan.  Di saat pertemuanmu dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.

Sakitnya kehilangan tiapa siapa mampu ungkapkan dengan perkataan.  Hanya airmata menjadi jawapan.  Tambahan pula perpisahan melibatkan insan yang disayang.  Perpisahan dengan ibu bapa, saudara, sahabat-sahabat dan mungkin isteri/suami tercinta tentunya akan mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas kembali di minda fikiran.

Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk di habiskan dengan memikirkan segala jam yang telah lepas.  Mungkin kalaupun tidak terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat, nanti akan terpisah jua oleh maut yang pasti sedang mendekat.  Apa yang penting, sesakit apa pun perasaan yang mencucuk di dalam.  Jangan lupa kembali mengingati Allah.  Segala apa yang kita ada hanya pinjaman.  Segala yang termiliki akan dipulangkan.

Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya.  Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia.  Untuk kita belajar berkasih sayang.  Untuk kita saling menebarkan peringatan.
Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam kesedihan.  Kita masih ada peluang untuk bertemunya lagi.  Masih ada!  Iaitu di alam abadi.  Di tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan ke dua kali.  Kerana itu kita perlu saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita sekali lagi di sana nanti.  Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya.



 Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar di tafsirkan, didiklah hati kami dan jadikan kami hambaMu yang Kau redhai, maka dari itu, ku mohon bawalah kasih sayang kami ini sehingga ke syurgaMu, Ya Allah.






p/s : Kadangkala air mata kita ada orang lain yang akan kesat :)


Bismillah..


Assalammualaikum semua..
aku mulakan entry dengan helaan nafas yang panjang sekali..
bukan ingin mengeluh, cuma mahu menenangkan hati,
agar pasrah dan redha mendengar segala hinaan dan caci maki.. :)

Katanya, Aku berpura-pura disebalik tudung labuhku, Memperdayakan manusia & mempergunakan manusia sesuka hatiku.. berhati busuk dan jijik sekali..

Balasanku hanya ini, kalau kau sudah terlalu baik untuk menilai, mungkin aku akui itu diri aku.. Tp maaf, aku hanya percaya penilaian dari Allah s.w.t.. Yang mengetahui & maha melihat itu hanyalah Allah s.w.t dan walau sejahat manapun aku, kau tidak sama sekali layak untuk menilai..! Mengaku aku berpura-pura beriman tapi kau kononnya menyebut kalimah-kalimah Allah tanpa menjaga batas pergaulan antara kau dengan lelaki bukan muhrim itu.. Nah! sepatutnya kau harus memandang cermin dulu sebelum melihat dan mangatakan orang lain itu busuk dan jijik..!

Aku malas mahu melukakan hati dengan sikap-sikap kau yang semakin banyak melukakan aku tanpa kau sedar sebab aku percaya, masih ada insan lain yang sayang dan percaya aku dalam hidup mereka. Kawan, jangan terlalu mudah menyayangi sebab tidak mustahil kau juga akan mudah membenci.. jangan pula terlalu mudah menghakimi kerana apa yang terzahir tidak semestinya yang pasti..

Sejahat manapun aku dimata kau, aku percaya masih ada yang memandang aku sebaik-baik manusia.. 
Aku redha sebab ini bukan kali pertama aku dihina dan dicaci sedemikian rupa,
biarlah.. Aku masih ada Allah.. yg terima aku walau sejijik mana dan sehina manapun aku..



Kadangkala aku rasa aku bukan kawan yang baik..

aku tidak mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kawan-kawan aku yang hebat, tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya mereka hadir dalam hidup aku- memberikan aku sebab lebih kuat untuk jadi manusia.. #dsz

Bismillah..
Assalammualaikum semua..
Sedikit perkongsian rasa,
moga kalian lebih tabah,
InsyaAllah.. :)

Kerap yang diperhatikan manusia adalah kegembiraan zahiriah. 
Namun keretakan sekeping hati itu siapa yang tahu?

Biasanya apa yang terzahir, itulah yang manusia akan imani.

Dalam kehidupan, pasti kita bertemu dengan ramai orang. Macam-macam tafsiran yang boleh dibuat berdasarkan apa yang terzahir di depan mata. Orang itu begini, orang ini begitu. Ada saja tamsilan yang boleh dibuat dengan sekilas cuma.

Dan saya, saya tertarik untuk belajar daripada manusia yang ditimpa masalah dan bebanan yang banyak, tapi tetap selamba dan biasa-biasa meneruskan kehidupan seharian. Sepertinya dirinya tidak punya apa-apa masalah. Segala fitnah dan tohmahan oleh masyarakat sekeliling, tidak dihiraukan jika tiada kepentingan untuk dibahaskan.

Hei, tidak mudah untuk berlapang dada meneruskan kehidupan setelah ditimpa ujian dan dugaan yang banyak. Kan? Mengaku sajalah. Malah kadang-kadang, hatta diberi motivasi yang macam-macam pun, tidak menusuk ke hatinya kerana asyik memikirkan masalah yang timbul dalam hidupnya. Biasa, kita manusia biasa.

Maka saya jadi terfikir. Ya saya lihat orang seperti yang dinyatakan tadi kelihatan begitu tabah. Tetap tersenyum mesra dengan sesiapa hatta dengan orang yang menyakiti hatinya. Begitu bodohkah dia untuk bersabar selepas maruahnya seperti dipijak-pijak dengan rakusnya melalui fitnah? Hai Rabbaa!

Dari jauh memerhati; dalam hati kecilnya itu, siapa yang tahu sakitnya!


Siapa Tahu Isi Hatinya

Waktu ini, saya cuba menerobos alam.

Pada waktu yang sunyi sebegini, siapa tahu di suatu tempat, di dalam sebuah bilik, di suatu sudut, terdapat seseorang yang menanggung beban ujian yang berat dan banyak. Semasa menjalani hari siangnya, mungkin saja dia kelihatan antara orang yang tabah mempamerkan riak wajah yang menyenangkan. Tetapi, semasa solatnya, baru sahaja takbiratul ihram, sudah berliter-liter airmata yang mengalirkan tanpa paksaan.

Dia berusaha tabah di hadapan manusia bukan kerana mahu mendapat pujian. Tapi kerana dia tidak mahu mengumpil simpati. Dia tidak mengadu kepada semua orang, bukan kerana dia ego menahan sendiri. Tapi dia tahu, apa yang sedang dilaluinya hanyalah ujian dari-Nya. Sebab itu apabila menghadap Tuhan Yang Esa, airmatanya mencurah-curah mengadu dan memohon kekuatan untuk menempuh segalanya.

Pun begini bayangan yang saya dapat, saya masih belum tahu sebenar-benarnya kondisi hatinya. Mungkin kita cuma boleh melahirkan rasa empati. Namun tidak akan pernah sesekali merasa sebagaimana yang dirasainya. Betul?

Kita tidak tahu di waktu begini, ada seseorang yang bergelar pelajar bersengkang mata menyiapkan tugasan yang terlalu banyak, mengulangkaji pelajaran kerana musim peperiksaan akan bertandang tidak lama lagi. Dalam rasa hampir berputus-asa dengan semua itu, ada yang menjadi tunjang kekuatannya; ibu dan ayah di rumah.

Kerana wajah kasih yang terbit di ingatan, terbit sebuah kekuatan dalam kepayahan. Baginya, dia mesti tabah untuk meneruskan perjuangan. Dia kena tamatkan apa yang dia mulakan meskipun sering berendam airmata dengan kerenah manusia di sekeliling. Dia harus menjaga segala-galanya; hubungan dengan ALLAh Ta’ala, dan menjaga pergaulan sesama manusia hatta di alam maya sekalipun.

Siapa yang tahu isi hatinya yang sebenar-benarnya? Hanyalah Dia!

Di saat ini, mungkin saja ada ahli kepada sebuah keluarga yang sedang nazak. Ahli keluarga yang lain menanti saudaranya pergi dengan aman menghembuskan nafas terakhir. Hatta jiwa bagai dirobek-robek kerana tidak sanggup untuk berpisah, namun kerana merasa diri itu sebagai hamba yang percaya kepada ketentuan takdir ALLAh Ta’ala, harus merelakan pemergian ahli yang sedang nazak jika itu adalah yang terbaik.

Bukan mudah melepaskan seseorang yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Dan tiba-tiba, harus menerima kenyataan bahawa rumahnya yang seterusnya adalah sebuah liang lahad. Bertilamkan dan berbantalkan tanah, di dalam kegelapan dengan pelbagai haiwan yang ada. Sendirian tidak berteman melainkan amal semasa di dunia.

Nastaghfirullahal’adzim.
Bagaimanakah tanggungan hati terhadap situasi-situasi di atas?

Sekali lagi, mungkin kita boleh membayangkan pelbagai situasi yang meruntun jiwa. Juga boleh melahirkan rasa empati serta merta. Tapi kita tidak akan pernah tahu dengan setepat-tepatnya, apa rasa yang terkubur dalam hati kecil seseorang itu.

Kan?

Lihat Diri Kita Sendiri

Memang ALLAh Ta’ala berikan ujian yang berlainan pada setiap hamba-Nya yang ada di muka bumi ini. Walaupun kelihatan ada yang sama, tentulah rasanya berbeza kerana perbezaan latar belakang keluarga, tempat dan masa memainkan peranan penting terhadap ujian yang ALLAh turunkan. Tidak akan pernah sama!

Melihat kepada diri sendiri. Walaupun kita berada dalam jasad yang ada sekarang, kita dipinjamkan dengan seketul hati dan sebuah jiwa yang dengannya kita hidup sekarang, tapi kerap kali kita juga sering keliru dan tidak tahu dengan kondisi hati kita sendiri.

Betul?

Dalam riak wajah ini, kita mungkin boleh berlakon ceria dengan tersenyum mesra. Dengan suara yang ada ini, kita mungkin boleh bergelak tawa bersama keluarga, sahabat dan rakan-rakan yang ada. Padahal, tanpa orang sekeliling ketahui, hati kita sedang menangis, menangis dan menangis.

Tiada manusia mendengar tangisan hati kita, kadang-kadang. Kalau ada pun sahabat yang merasai kesuraman jiwa kita, sungguhpun kita berkongsi rasa hati, pasti dengan kelemahannya yang ada sebagai manusia biasa, dia tidak dapat memahami sepenuhnya. Tetapi, sekurang-kurangnya sahabat tadi itu ada untuk mendengar cerita hati yang tidak seberapa. Bersyukur atas rasa kebersamaan itu.

Saat merasa hati tidak berupaya menanggung derita, benar-benar wujud satu harapan besar dan mendalam. Lalu kita mendongak langit di suatu tempat dengan bersendirian, mengadu dengan sangat-sangat kepada Tuan Punya Dunia..

“Wahai Tuhanku, jangan biarkan aku lemah pada segala dugaan-Mu. Jangan biarkan aku kalah sebelum berhabis-habisan berjuang dengan kudrat yang Engkau berikan. Biarkan aku menjadi seorang hamba-Mu yang tetap berdiri hatta dihambat ujian seribu. Wahai Tuhanku, berikanlah ketenangan jiwa kepadaku. Jangan Engkau biar aku hidup dengan keresahan jiwa semata-mata dunia….”

Airmata laju mengalir. Bukanlah airmata itu mengalir kerana marahkan Tuhan. Tetapi airmata itu mengalir kerana merasai kelemahan diri, tidak berupaya. Mengakui bahawa diri penuh dosa dan lalai dengan segala yang ada di dunia. Tidak dipaksa untuk mata menangis, tanda mahu mengadu kepada Dia Yang Maha Tahu.

Sungguh, hanya orang yang kembali kepada Tuhan,
beroleh kekuatan dan ketenangan jiwa.

Bukanlah ALLAh Ta’ala itu zalim terhadap kita dengan membiarkan kita merasai kesakitan yang ditanggung sekarang ini. Namun cubalah hisab diri, dan pandanglah sekilas kepada masa-masa yang telah berlalu serta tanyalah diri sendiri, dosa apakah yang sering kita anggap ringan. Dan perbuatan apakah yang kita merasa tidak diperhatikan oleh Yang Maha Memerhati?

Hati ini, sangat berbolak-balik. Kerana itu perlu sentiasa dekat dengan Tuhan!

Bukan kerana kebencian,
cuma memberi secebis kesedaran,
untuk saya yang penuh dosa,
untuk anda yang dikasihi ALLAh.

Semoga ALLAh merahmati...
Bismillah.
Assalammualaikum semua,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya kita masih lagi mampu bernyawa hari ini dan menebus dosa-dosa silam yang pernah menghambat perasaan.. :)

Pagi tadi, aku ke bukit ekspo UPM.. berjalan perlahan- lahan sambil menikmati dingin pagi yang sangat mendamaikan. Aku tenang begini, berjalan seorang diri ditemani kicauan burung yang seolah-olah mengerti bahawa seorang aku ini tengah mencari kedamaian hati disebalik keajaiban alam ciptaan Illahi.

bukit ekspo, UPM..

Aku tersenyum sendiri, saat melihat sang burung bebas terbang kesana sini, keluar mencari rezeki dan pulang kala matahari mahu berlalu pergi. Rasanya mahu menjadi seperti burung, bebas terbang tanpa ada yang menghalang. Namun, takdir melahirkan aku menjadi manusia yang mesti melalui setiap apa yang takdirkan. Melalui kehidupan didunia sementara ini demi mendapat syurga yang hakiki. 



kata seseorang kepadaku jika aku bersedih, Ingat x, ustazah pernah berkata, orang yang paling banyak ketawa didunia ini adalah manusia yang paling banyak menangis diakhirat sana.. Sebaliknya juga pada mereka yang banyak menangis disini, pasti disana bahagia menanti. Tabahlah, disini hnya persinggahan sementara, manakala disana selamanya. Mahu yang sementara atau yang abadi. dan kemudiannya dia pasti akan memeluk erat diri ini.. seeratnya sehingga aku merasa ada titisan yang membasahi tudung yang aku pakai.
Ya Allah, rindunya padamu sahabat.. Baik2 dinegeri orang taw.. :)


Aku kesini, mencari semangat yang baru pergi, dan Alhamdulillah semangat baru kutemui. Andai umur masih panjang, aku harus bersedia untuk menghadapi apa jua takdir Allah.. Kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.. Sedikit perkongsian buat kalian, satu kem yang aku sertai mengkehendaki kami berjalan seorang diri dalam hutan yang gelap sunyi.. ketakutan menghimpit dan aku menangis dalam kegelapan itu. Tiada apa yang aku ingat melainkan Allah.. Keluar daripada hutan itu, satu pengajaran yang ingin aku katakan, lampu yang berwarna- warni membuat kita alpa pada dunia yang melekakan dan lupa pada mati. Tapi kegelapan mengingatkan kita pada keadaan kubur yang gelap lagi sempit dan disitu kita terpaksa menghadapinya seorang diri.. Selagi masih sempat, Jom bertaubat.. InsyaAllah..


Assalammualaikum.. :)
Cheer up and moving on..

It's very clear now for you not to

 giving any more chance and start
 
believing SHE's the PAST.. :)



Assalammualaikum..

Bismillah...

Berdegup laju degupan jantung ini,
Menggigil tubuh ini,
Ya Allah, dugaan apa lagi ini? 
Kenapa harus aku baca catitan nya yang melukai hati?

Cacian dan hinaan tentang diri bersilih ganti,
tanpa rasa dan belas,
walau dulu kami pernah saling menyayangi,
namun saat benci meraja hati,
cacian dan makian diberi..

Aku dituduh membalas dendam dalam diam,
sedangkan doa kupanjatkan dalam tafakur malam,
buat insan yg pernah menghiasi siang dan malam,
walau sudah lama hubungan atas nama persahabatan itu tertanam.

Ya Allah,
Aku terima takdirmu dengan redha,
kerana aku percaya,
pasti ada hikmahnya..
setiap kejadian yang menimpa..

hati..
belajarlah untuk menerima,
redha dengan segalanya,
walau kadangkala kau semakin pasrah,
dan bertemankan airmata setiap masa..

Ya Rabbi, aku memohon kekuatan.. :(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...