BISMILLAH..
Assalammualaikum semua.. :)

Hanya kerana mata dia tidak mengalirkan air mata.

Jangan kau sangka hatinya tidak menangis..

Hanya kerana dia cukup kuat untuk berdiri dengan gagah dan tabah.

Jangan kau sangka dia anggap semuanya baik belaka.. 

Kehidupan tanpa ujian itu umpama masakan tanpa garam kan..Tiada rencah & rasa. Sebab itu bila diuji dengan dugaan yang menyakitkan aku selalu belajar untuk redha. Belajar untuk berbaik sangka meski jauh disudut hati aku merintih hiba. Pengalaman hidup & dugaan yang aku lalui banyak mengajar aku tentang tabah. Sampai satu masa aku merasakan hati ini semakin keras dek sikap manusia. 

Aku sudah tidak menangis bila dicerca.
aku sudah tidak meraung bila difitnah.
aku sudah tidak gelabah bila ada yang mahu melangkah.
aku sudah tidak kalah dengan rasa yang menyeksa.

aku letih sebenarnya. Bergelumang dengan manusia yang aku akur penuh dengan karenah. Penuh dengan hati juga sikap yang berbeza. Penuh dengan prasangka dan penuh dengan sifat yang membuat jiwa ini selalu gundah. Walau seringkali yang aku pilih hanyalah dengan mengalah & berbaik sangka. Tapi harus aku akur,aku juga manusia biasa yang allah kurniakan hati untuk merasa kecewa dan juga duka. Memendam rasa kononnya sebab manusia itu perlu dijaga hatinya. Akhirnya aku kalah bila terus mengalah..Seolah-olah mereka semakin memijak kepala..

aku menangis sendiri.. Melangkah mencari ketenangan diri, mencari kekuatan agar aku kembali kuat setelah dugaan datang lagi.. 
dan seperti selalu, Aku yakin dan pasti, Allah mahu mendidik hati dan diri ini untuk lebih merdhai setiap yang terjadi...
Terima kasih YA RABBI :)

aku mahu jadi wanita, yang merakam setiap detik kehidupan,
dalam suka atau duka namun tetap berwajah tabah dan gagah.










0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...