Bismillah.

Assalammualaikum Tintaseoranghawa.
Salam juga buat kalian yang selalu singgah disini, apa khabar?
Semoga jiwa & hati masih kuat dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan..

Mengeluh...
Sudah lama tidak meluahkan rasa disini..
bukan tiada rasa yang ingin dikongsi,
tapi ada beberapa tanggungjawab yang perlu aku tangani.

Memegang jawatan dalam komuniti yang besar membuat aku hampir pitam memikirkan sesuatu agar ada yang mampu aku sumbangkan dengan jawatan yang dipertangunggjawabkan ini. Aku memegang ini sebagai amanah Allah,bukan mudah menjadi pemimpin dalam komuniti yang besar & terpilih sedangkan yang lebih layak masih banyak. Alhamdulillah, perlahan-lahan aku belajar duduk dalam kelompok pemimpin-pemimpin mahasiswa dan bergerak seiring pemikiran mereka. 

Hebat...!
Satu yang aku mampu perkatakan tentang insan-insan ini..
Mereka ada perancangan yang jelas,
mereka ada pengalaman yang mengajar,
mereka ada komitmen yang mantap.
mereka ada gerak kerja yang sungguh aku kagumi..
rasanya,sepanjang aku menjadi pemimpin masa sekolah rendah & menengah dengan jawatan ketua kelas, penolong, ketua pengawas n pen ketua pgwas aku gagal..!
gagal sbb aku tidak seamanah & sejujur mereka dalam menggalas tangunggjawab Allah..
Gagal,sbb aku tdak tinggalkan apa-apa buat sekolah melainkan nama yang terpapar sebagai ketua pengawas.
sebak...yer,aku gagal... :(

Kegagalan yang buat aku celik,
kegagalan yang buat aku bangkit...
sesuatu perlu ditebus..,Allah masih beri aku peluang..
Dan insyaAllah,ada sesuatu yang akan kulakukan demi jawatan yang dipertangungjawabkan.. :)
Ya rabbi,tunjukkan jalannya...aammiinnn.. :)

ok, saya harus mengulangkaji,
mid term menanti.. doakan kejayaan saya..

walau apapun yang terjadi dalam takdir hidup ini,
satu yang aku pelajari, mengubah diri menjadi lebih baik dari hari ke hari atau tetap ditakuk lama & tidak sedar diri..!



Assalammualaikum.. :)

1 comments:

ayu berkata...

bersemangat!!yeah..nice entry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...