Bismillah.

Assalammualaikum w.b.t :)

Pernah x kalian ,melihat wajah pasangan kalian kini, dan bertanya didalam hati..
Ya Allah,diakah jodohku?
Diakah yang ditakdirkan untuk aku?

Tengah hari tadi, aku ke kajang bersama hencik yayunk,
keadaan dia yang batuk membataskan aku untuk bercerita itu ini dengannya..
Jadi sepanjang perjalanan aku memilih untuk berdiam diri dan mendengar lagu..
Hujan yang turun perlahan-lahan menarik perhatian aku untuk terus memandang ke luar jendela..Kebosanan yang melanda membuat aku menoleh seketika kepada wajah hencik yayunk...
Aku lupa lagu apa yang sedang berkumandang masa tue, Tp lama aku tatapi wajah hencik yayunk tanpa dia sedari..Perlahan-lahan menitis air mata ini..

Dalam hati aku berkata-kata,
Ya Allah, diakah takdir ku?
Diakah lelaki yang kau pilih untukku bahagiakan atau persiakan?
Diakah insan yang akan menjadi ayah kepada zuriat-zuriat yang telah aku wasiatkan untuk menjadi pejuang agama?
diakah Ya Allah...
Hencik yayunk ini,insan yang kau pilih untuk hadir & menemani aku hampir 3 tahun...
Hencik yayunk ini yang kau pinjamkan melalui hari2 suka & duka bersama hampir 3 tahun..
Dan boleh aku meminta, Pinjamkan dia hingga hujung nyawa.. :(

Pinjamkan dia, Hingga hujung Nyawa...... 


p/s :
I don’t ask for much from you if I’m with you. I just want to be the one that can make you happy when you are feeling down and the one you can confide in when you need someone to talk to. I want to be the reason you smile , I want you to know how lucky I am to have you in my life and most of all, I want you to know that I’ll always be there for you no matter what and I will never give up on “Us” because you’re worth the fight . Lastly, I just want to be the one that changes your life for the better ever since you’ve met me. ♥
 


Bismillah.

Assalammualaikum..


encik yayunk,
strong... i will always by your side..
Forever.. :)
InsyaAllah,
I love u.. :)



again, I love u :)
BISMILLAH..
Assalammualaikum semua.. :)

Hanya kerana mata dia tidak mengalirkan air mata.

Jangan kau sangka hatinya tidak menangis..

Hanya kerana dia cukup kuat untuk berdiri dengan gagah dan tabah.

Jangan kau sangka dia anggap semuanya baik belaka.. 

Kehidupan tanpa ujian itu umpama masakan tanpa garam kan..Tiada rencah & rasa. Sebab itu bila diuji dengan dugaan yang menyakitkan aku selalu belajar untuk redha. Belajar untuk berbaik sangka meski jauh disudut hati aku merintih hiba. Pengalaman hidup & dugaan yang aku lalui banyak mengajar aku tentang tabah. Sampai satu masa aku merasakan hati ini semakin keras dek sikap manusia. 

Aku sudah tidak menangis bila dicerca.
aku sudah tidak meraung bila difitnah.
aku sudah tidak gelabah bila ada yang mahu melangkah.
aku sudah tidak kalah dengan rasa yang menyeksa.

aku letih sebenarnya. Bergelumang dengan manusia yang aku akur penuh dengan karenah. Penuh dengan hati juga sikap yang berbeza. Penuh dengan prasangka dan penuh dengan sifat yang membuat jiwa ini selalu gundah. Walau seringkali yang aku pilih hanyalah dengan mengalah & berbaik sangka. Tapi harus aku akur,aku juga manusia biasa yang allah kurniakan hati untuk merasa kecewa dan juga duka. Memendam rasa kononnya sebab manusia itu perlu dijaga hatinya. Akhirnya aku kalah bila terus mengalah..Seolah-olah mereka semakin memijak kepala..

aku menangis sendiri.. Melangkah mencari ketenangan diri, mencari kekuatan agar aku kembali kuat setelah dugaan datang lagi.. 
dan seperti selalu, Aku yakin dan pasti, Allah mahu mendidik hati dan diri ini untuk lebih merdhai setiap yang terjadi...
Terima kasih YA RABBI :)

aku mahu jadi wanita, yang merakam setiap detik kehidupan,
dalam suka atau duka namun tetap berwajah tabah dan gagah.







Bismillah.

Assalammualaikum Tintaseoranghawa.
Salam juga buat kalian yang selalu singgah disini, apa khabar?
Semoga jiwa & hati masih kuat dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan..

Mengeluh...
Sudah lama tidak meluahkan rasa disini..
bukan tiada rasa yang ingin dikongsi,
tapi ada beberapa tanggungjawab yang perlu aku tangani.

Memegang jawatan dalam komuniti yang besar membuat aku hampir pitam memikirkan sesuatu agar ada yang mampu aku sumbangkan dengan jawatan yang dipertangunggjawabkan ini. Aku memegang ini sebagai amanah Allah,bukan mudah menjadi pemimpin dalam komuniti yang besar & terpilih sedangkan yang lebih layak masih banyak. Alhamdulillah, perlahan-lahan aku belajar duduk dalam kelompok pemimpin-pemimpin mahasiswa dan bergerak seiring pemikiran mereka. 

Hebat...!
Satu yang aku mampu perkatakan tentang insan-insan ini..
Mereka ada perancangan yang jelas,
mereka ada pengalaman yang mengajar,
mereka ada komitmen yang mantap.
mereka ada gerak kerja yang sungguh aku kagumi..
rasanya,sepanjang aku menjadi pemimpin masa sekolah rendah & menengah dengan jawatan ketua kelas, penolong, ketua pengawas n pen ketua pgwas aku gagal..!
gagal sbb aku tidak seamanah & sejujur mereka dalam menggalas tangunggjawab Allah..
Gagal,sbb aku tdak tinggalkan apa-apa buat sekolah melainkan nama yang terpapar sebagai ketua pengawas.
sebak...yer,aku gagal... :(

Kegagalan yang buat aku celik,
kegagalan yang buat aku bangkit...
sesuatu perlu ditebus..,Allah masih beri aku peluang..
Dan insyaAllah,ada sesuatu yang akan kulakukan demi jawatan yang dipertangungjawabkan.. :)
Ya rabbi,tunjukkan jalannya...aammiinnn.. :)

ok, saya harus mengulangkaji,
mid term menanti.. doakan kejayaan saya..

walau apapun yang terjadi dalam takdir hidup ini,
satu yang aku pelajari, mengubah diri menjadi lebih baik dari hari ke hari atau tetap ditakuk lama & tidak sedar diri..!



Assalammualaikum.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...