Assalammualakum Tintaseoranghawa,
Salam ukhuwah juga buat kalian yang sudi singgah disini,

Alhamdulillah..februari sudah menjelma.
dan sekali lagi Alhamdulillah kerana permulaan februari aku mulakan dengan sesuatu yang positif.
Iaitu melupakan segala kisah lalu yang menyakitkan hati dengan memaafkan segala kesilapan yang mereka lakukan pada hati ini..Juga berharap moga Allah juga kan membuka pintu hati orang lain untuk memaafkan aku.InsyaAllah :)

utk memulakan sesuatu yg baru, you got to let go the past :)



bepegang kepada kata-kata ini,aku dengan rela melepaskannya segalanya pergi.
ya,setelah bertahun aku menanggung derita kerana sikap yang terlalu degil.
Degil pada mereka yang telah kononnya merobek hati ini.
Degil untuk memaafkan & melepaskan walaupun berkali aku katakan aku sudah memaafkan dan melupakan.
Sehinggalah pemrmulaan februari aku sujud pada illahi memohon ampun atas khilaf diri dan melepaskan segalanya.
dan Alhamdulillah..Sungguh aku merasa sangat tenang.
Tenang yang memang selama ini aku inginkan.

Untuk semua ini,ribuan terima kasih pada seorang insan yang mungkin aku mahu panggil abang.
Terima kasih kerana hampir bertahun aku meminta pada Allah agar buang sikap dan perasaan ini,Allah hadirkan abang untuk membuka mata & hati ini.Terima kasih sekali lagi Abang Fadzli.

"just move on with your life"

tak perlu nak semakkan kepala dgn byk benda yg nobody would give hand to help

just live your life

there's long way ahead

don't live in dogma, result from someone's else opinion



Yup,just live your life.. :)

Aku mahu teruskan hidup ini,terima kenyataan atas apa yang berlaku dengan redha.Pasti ada hikmahnya.aku yakin.Melepaskan segala yang berlalu pergi dan menerima kenyataan yang siapapun yang datang dan pergi dalam hidup aku adalah jalan hidup yang tertulis untukku sejak azali lagi.Memang perit menerima kenyataan insan yang pernah bermakna dalam hidup kau dulu kini umpama insan yang tidak pernah kau kenali..Namun itu adalah kenyataan yang harus aku terima dengan pasrah dan belajar daripada setiap apa yang berlaku.Aku sudah cuba menjernihkan keadaan.Sudah cuba membuang ego demi menyelamatkan sebuah persahabatan,tetapi nampaknya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami.Dan aku ikhlas merelakan kenyataan ini,yang dia bukan lagi sahabat aku.Teruskan hidup.......



Aku ada kenangan yang menyakitkan hati,sampai bertahun aku tak boleh lupa perbuatan-perbuatan insan itu..Tapi aku kini harus akur,kenapa aku perlu membuang masa dan sakitkan hati sendiri dengan membenci dia.Kenapa aku harus fikir pasal insan yang entah datang dari mana dan hancurkan kegembiraan aku.Kenapa?Sedangkan adalah lebih baik aku teruskan hidup dan buktikan pada mereka siapa aku sebenarnya.Terlalu bodoh rasanya jika aku terus bertengkar hanya untuk pulihkan nama aku. Dan kini aku memilih untuk memaafkan dan sekali lagi teuskan hidup....

Kalau dengan bertengkar & bergaduh akan dapat kembalikan nama baik aku atau menang dalam pergaduhan itu,aku kena akur..aku akan selamanya kalah..
atau aku maafkan dan teruskan hidup sambil buktikan aku bukanlah seperti apa yang mereka katakan.Bukankah ini pilihan terbaik..Bercakap sahaja tak mungkin akan mampu mengubah semuanya..Tetapi buktikan siapa diri kita sebenarnya..sebab aku punya maruah yang hendak dibawa..!

Aku mahu teruskan hidup kerana insan-insan ini :


ibu & abah yg selalu menerima aku seadanya.. :)
terima kasih ibu & abah,
lia syg ibu & abah hgga hujung nyawa..


cikgu/ibu keduaku yang aku akan berkongsi segalanya pada dia..
yang sering mendoakan & menasihati aku,
cikgu...alya syg cikgu sangat2..
2006-now

Jantung hati yang semakin dewasa dan cantik :)



insan-insan ini selalu menyokong aku dalam apa jua keadaan..Terima kasih yang tidak terhingga
2008-now

cikgu-cikgu yang sangat aku hormati,
mereka yang sering mendoakan aku dalam hidup..terima kasih yang tidak terhingga cikgu!

sahabat yang menyusurui hari-hari di universiti bersamaku..
yang sudi berkongsi susah senang,
lapar & dahaga bersamaku selalu..
kalian terbaik..!

p/s : 6 billion people on planet, why 1 would bring you down?

nota hati :
kadang2 kitakena berfikir secara realistik dari berfikir secara positive,
sebb tu salah satu cara utk terima kenyataan :)



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...