Bismillah.


Assalammualaikum w.b.t.. :)

Cinta...
itu selalu aktif dan kreatif.
  Kreativiti pada dasarnya memerlukan waktu,usaha dan tenaga.

Waktu,usaha dan tenaga yang dicurahkan
umtuk meluahkan cinta akan menghasilkan 
rasa kasih sayang yang sangat mendalam
cinta itu tidak pernah berhenti.
cinta adalah sebuah lingkaran .


Menulis dikala hujan membasahi bumi adalah satu kegilaan aku.Sebab hujan menjadikan aku manusia yang penuh dengan idea juga cetusan rasa.Moralnya,jangan dekati aku apabila hujan menjelma.Takut batin kau akan sengsara dengan kata-kata membelah jiwa.Teeeheee... :)

Tersepit.

Kadang-kadang aku memilih mahu menjadi anak kecil lagi,  sebabnya..
aku tidak perlu berfikir & membuat keputusan.
aku tidak perlu memilih & melukakan.

Aku bukanlah pelakon terkenal dengan wajah kacukan.
bukan juga model dalam bidang peragaan,
buka ratu cantik dunia yang penuh dengan sanjungan,
cuma seorang gadis biasa yang penuh dengan angan-angan.

Puas mencari kelebihan diri,
namun tidak aku temui,
tapi kenapa aku yang dipilih menjadi pilihan hati,
walau berkali aku tegaskan,hatiku sudah dimiliki..



lantas,
aku disuruh memilih,
memilih apa lagi,
hati ini sudah dimiliki,
dan sukar untuk berpaling lagi.

si dia,
dia insan yg paling memahami,
dia insan yg paling mengenali,
setiap sikap diri ini,
yang kadang-kadang menguji hati.

si dia,
yang mampu menerima seadanya,
disisi saat suka & duka,
dan sejujurnya dia adalah segalanya.

Si SS,
sahabat lama yg sllu memndam rasa,
menyembunyikan hasrat jiwa,
katanya ada yang lebih utama,
daripada cinta iaitu cita-cita,

masa bergerak seperti biasa,
bagiku dia sahabat suka duka,
senang berkongsi apa saja,
melainkan hal cinta.

pernah aku cuba bercerita,
tentang cinta aku & si dia,
katanya aku berpura,
kerana aku ditakdirkan untuk dia.

setiap masa dan ketika dia berpesan,
jangan buka hati pada insan lain,
terus bertahan & bertahan,
kerana kita pasti mampu melawan.

TERSEPIT..

Si ss,
kau itu lelaki igauan,
cukuplah kita menjadi teman,
kerana aku yakin jodohmu pasti seorang rupawan.

perasaan cinta itu dimulai dari mata,
sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.
Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang,cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai,
cinta itu berubah menjadi titisan airmata dan terus tinggal
dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama..


P/s: Membuat hantaran pertunangan buat seorang insan yang aku kecewakan dihari pertunangannya adalah satu ujian yang sangat mengujikan. Aku ikhlaskan hati, menyiapkan hantaran atas dasar sebuah persahabatan.






1 comments:

iedchan berkata...

u tulis ke ni..sajak ke ni..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...