Bismillah.


Assalammualaikum w.b.t.. :)

Cinta...
itu selalu aktif dan kreatif.
  Kreativiti pada dasarnya memerlukan waktu,usaha dan tenaga.

Waktu,usaha dan tenaga yang dicurahkan
umtuk meluahkan cinta akan menghasilkan 
rasa kasih sayang yang sangat mendalam
cinta itu tidak pernah berhenti.
cinta adalah sebuah lingkaran .


Menulis dikala hujan membasahi bumi adalah satu kegilaan aku.Sebab hujan menjadikan aku manusia yang penuh dengan idea juga cetusan rasa.Moralnya,jangan dekati aku apabila hujan menjelma.Takut batin kau akan sengsara dengan kata-kata membelah jiwa.Teeeheee... :)

Tersepit.

Kadang-kadang aku memilih mahu menjadi anak kecil lagi,  sebabnya..
aku tidak perlu berfikir & membuat keputusan.
aku tidak perlu memilih & melukakan.

Aku bukanlah pelakon terkenal dengan wajah kacukan.
bukan juga model dalam bidang peragaan,
buka ratu cantik dunia yang penuh dengan sanjungan,
cuma seorang gadis biasa yang penuh dengan angan-angan.

Puas mencari kelebihan diri,
namun tidak aku temui,
tapi kenapa aku yang dipilih menjadi pilihan hati,
walau berkali aku tegaskan,hatiku sudah dimiliki..



lantas,
aku disuruh memilih,
memilih apa lagi,
hati ini sudah dimiliki,
dan sukar untuk berpaling lagi.

si dia,
dia insan yg paling memahami,
dia insan yg paling mengenali,
setiap sikap diri ini,
yang kadang-kadang menguji hati.

si dia,
yang mampu menerima seadanya,
disisi saat suka & duka,
dan sejujurnya dia adalah segalanya.

Si SS,
sahabat lama yg sllu memndam rasa,
menyembunyikan hasrat jiwa,
katanya ada yang lebih utama,
daripada cinta iaitu cita-cita,

masa bergerak seperti biasa,
bagiku dia sahabat suka duka,
senang berkongsi apa saja,
melainkan hal cinta.

pernah aku cuba bercerita,
tentang cinta aku & si dia,
katanya aku berpura,
kerana aku ditakdirkan untuk dia.

setiap masa dan ketika dia berpesan,
jangan buka hati pada insan lain,
terus bertahan & bertahan,
kerana kita pasti mampu melawan.

TERSEPIT..

Si ss,
kau itu lelaki igauan,
cukuplah kita menjadi teman,
kerana aku yakin jodohmu pasti seorang rupawan.

perasaan cinta itu dimulai dari mata,
sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.
Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang,cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai,
cinta itu berubah menjadi titisan airmata dan terus tinggal
dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama..


P/s: Membuat hantaran pertunangan buat seorang insan yang aku kecewakan dihari pertunangannya adalah satu ujian yang sangat mengujikan. Aku ikhlaskan hati, menyiapkan hantaran atas dasar sebuah persahabatan.






Bismillah.

Assalammualaikum semua,
Semoga apa saja yang kalian lalui kala ini menjadikan kalian itu manusia yg tabah dalam kehidupan.

Alhamdulillah,Perjalanan mendapat segulung ijazah sudah hampir mncapai kemuncaknya..Ya sem 4 sekarang,bermakna hanya tinggal 2 sem sebelum perjalann ini berakhir.Alhamdulillah...Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan segalanya walau kadangkala aku hampir rebah kerana nafsu semata.


Assalammualaikum semester 4,
Semoga kau akan sangat cemerlang pada semester ini.

Hati,kuatlah.
Hati,berjuanglah.
Hati,jangan lemah.
Hati,tolong ya..!

P/s: Doakan saya  >.<








Mereka adalah NADI
Mereka adalah Nafas
Mereka adalah Erti sebuah PERSAHABATAN :)

Aku pernah ditinggal pergi

oleh insan yang pernah menawan hati

Hingga seketika hidup terasa sepi.
Terasa matahari tidak menyinari.
juga Bulan yang seakan kelam menggelapi,
malam yang begitu sunyi.

Aku pernah berjalan sendiri.
Membawa sekeping hati yang dilukai
menyusuri hari-hari
yang sungguh aku rasakan sunyi & sepi.

Namun,
Bila kini matahari kembali menyinari,
bulan kembali membingit di malam hari,
tiada lagi sepi,tiada lagi sunyi,
dia datang menuntut janji,
yang dulu mahu sehidup semati.

Kau memang pernah hidup dihati ini,
tapi saat kau melangkah pergi,kau termaktub sudah mati dihati ini.
sudah mati di jiwa ini.
sudah mati di raga ini.

Walau tanpa nisan,
walau tanpa pesan,
Kau sudah tidak wujud dalam khayalan.

Teratak kasih bonda,
7/7/12 




Assalammualaikum semua.. :)
Salam Maulidur Rasul untuk kalian juga..
Semoga ada sesuatu keberkatan milik kita sempena hari kelahiran Rasulullah s.a.w tahun ini..
InsyaAllah..

Kali ini sedikit perkongsian ingin aku ceritakan tentang cuti semester 3 aku..
Tiada yg menarik sbnrnya..cuma cuti yg sangat memenatkan & padat bagi aku..
Mungkin sbb aku masih memilih dengan mengisi masa cutiku dengan bekerja..Alhamdulillah..\Walau sementara,pelbagai pengalaman dpat aku lalui..
Menjadi pembantu pensyarah di Uitm Merbok bukanlah satu tugas yang mudah sebenarnya.sedikit kepenatan sebenarnya cukup membebani aku...Dibebani dengan tajuk research yg bnyak mmbuat aku trpksa mengorbankan masa untuk aku mencipta puisi walaupun idea mencurah-curah saban ketika..
namun,puisi itu terus bermain-main di sudut hati..

Waktu malamku, aku sibukkan diri dengan kertas kerja,
aku sesuatu yang aku dipertangungjawabkan...
Mudah-mudahan kertas kerja ini sempurna & diterima,
Semoga hasrat murni yang terkandung disebaliknya juga terlaksana..Amin..

Hanya tinggal beberapa hari lagi dan cuti sem ni akan berakhir,
Tiada azam lain yg ingin aku katakan,
cuma membuat yang terbaik dan berjuang sehabis mungkin untuk semester ni..
Ya,Aku akan fight habis-habisan..!
Ya rabbi,tolong aku.. :)
Tiada pengharapan yang ingin aku sandarkan melainkan pengharapan dan pergantungan yang hanya padamu Ya Rabbi.. :)

Dan aku bernasib baik,sebab aku fikir..aku memg akan terperap je kat rumah cuti sem ni..
malas nak kluar tnpa kawan..hehe.
Sepupu aku sangat baik hati untuk bermalam dirumah sepanjang cuti maulidur Rasul ni..
Alhamdulillah,dialah peneman untuk aku keluar & melupakan seketika kepenatan.. Jom,layan muka bahagia aku..
Muka tetap bahagia walau aku sebenarnya menanggung duka yg tersembunyi disebalik ketawa...
Bukankah itu dikatakan Tabah.. :)

Yer,tabah...

Nerd gila kan...Sepupu aku gelak terkekeh tengok aku buat muka cmni..
Tp spek 2 sweet.. :)


Tersipu malu..bila ada org ckap muka aku mcm budak-budak lagi..aKU da 22 tahun taw.. :)


Bahagia x? Bahagia u olls..hehe.


ni lagi buat aku bahagia...Sedapp yg teramat..Berbaloi dengan harga dia..


Million tankz to my cousin..sbb blanja..!sukaaaa....


Tgok..berseri2 kena blnja aiskrim...feberettt....


Masa untuk blik..Oyye.. :)

Terima kasih untuk cousin saya yang baik hati..Jgn serik2 layan karenah saya lagi taw...teehee..

Nota kaki : Muka 2012 sy?amacam......









Kerana aku di sapa ujian.  Aku belajar mengenal kehidupan.  Bahawasanya hidup bukan sahaja berteman suka dan bahagia.  Tetapi di corak hampa dan air mata.  Maka, aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.

Ketika kehendakku tidak bisa di genggam.  Aku belajar menjadi insan matang.  Mensyukuri segala yang ditakdirkan.  Bukan merungut mencipta sesalan.  Kerana ku tahu bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku.  Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.

Ku sedari aku bukanlah sempurna.  Aku belajar menjadi diri aku apa adanya.  Tidakku cemburu menatap kelebihannya dia.  Kerana ku yakini bahawa.  Allah itu menjadikan kita tidak sama.  Dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa.

Kegagalan semalam telah menghancurkan impian.  Namun kerana kegagalan itulah aku mengikat suatu kesimpulan.  Bahawa tidak semua yang kita kehendakkan, akan berjaya berada di tangan.  Kegagalan itulah yang menjadi guru memberi pengajaran.

Menyedarkan aku bahawa walaupun kita merancang,  Jangan pernah lupa bahawa Allah juga merancang.  Dan perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.
Kehilangan yang terjadi sememangnya menebuk lubang terdalam dihatiku.  Namun kerana kehilangan itu aku belajar sesuatu.  Bahawa setiap yang datang akan berlalu.  Tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu.  Lalu ku isikan pecahan-pecahan yang telah terjadi di hatiku.  Dengan cintanya Dia yang mengukuhkan kembali hatiku yang layu.



Dunia telah mengajarkan aku memilih untuk selalu berasa kecewa dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali menyedari dan redha.  Bahawa segalanya adalah ketentuanNya dan akhirnya akan belajar dari segenap peristiwa.

Terima kasih, Ya Allah.


Sumber :aku+islam :)

Assalammualakum Tintaseoranghawa,
Salam ukhuwah juga buat kalian yang sudi singgah disini,

Alhamdulillah..februari sudah menjelma.
dan sekali lagi Alhamdulillah kerana permulaan februari aku mulakan dengan sesuatu yang positif.
Iaitu melupakan segala kisah lalu yang menyakitkan hati dengan memaafkan segala kesilapan yang mereka lakukan pada hati ini..Juga berharap moga Allah juga kan membuka pintu hati orang lain untuk memaafkan aku.InsyaAllah :)

utk memulakan sesuatu yg baru, you got to let go the past :)



bepegang kepada kata-kata ini,aku dengan rela melepaskannya segalanya pergi.
ya,setelah bertahun aku menanggung derita kerana sikap yang terlalu degil.
Degil pada mereka yang telah kononnya merobek hati ini.
Degil untuk memaafkan & melepaskan walaupun berkali aku katakan aku sudah memaafkan dan melupakan.
Sehinggalah pemrmulaan februari aku sujud pada illahi memohon ampun atas khilaf diri dan melepaskan segalanya.
dan Alhamdulillah..Sungguh aku merasa sangat tenang.
Tenang yang memang selama ini aku inginkan.

Untuk semua ini,ribuan terima kasih pada seorang insan yang mungkin aku mahu panggil abang.
Terima kasih kerana hampir bertahun aku meminta pada Allah agar buang sikap dan perasaan ini,Allah hadirkan abang untuk membuka mata & hati ini.Terima kasih sekali lagi Abang Fadzli.

"just move on with your life"

tak perlu nak semakkan kepala dgn byk benda yg nobody would give hand to help

just live your life

there's long way ahead

don't live in dogma, result from someone's else opinion



Yup,just live your life.. :)

Aku mahu teruskan hidup ini,terima kenyataan atas apa yang berlaku dengan redha.Pasti ada hikmahnya.aku yakin.Melepaskan segala yang berlalu pergi dan menerima kenyataan yang siapapun yang datang dan pergi dalam hidup aku adalah jalan hidup yang tertulis untukku sejak azali lagi.Memang perit menerima kenyataan insan yang pernah bermakna dalam hidup kau dulu kini umpama insan yang tidak pernah kau kenali..Namun itu adalah kenyataan yang harus aku terima dengan pasrah dan belajar daripada setiap apa yang berlaku.Aku sudah cuba menjernihkan keadaan.Sudah cuba membuang ego demi menyelamatkan sebuah persahabatan,tetapi nampaknya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami.Dan aku ikhlas merelakan kenyataan ini,yang dia bukan lagi sahabat aku.Teruskan hidup.......



Aku ada kenangan yang menyakitkan hati,sampai bertahun aku tak boleh lupa perbuatan-perbuatan insan itu..Tapi aku kini harus akur,kenapa aku perlu membuang masa dan sakitkan hati sendiri dengan membenci dia.Kenapa aku harus fikir pasal insan yang entah datang dari mana dan hancurkan kegembiraan aku.Kenapa?Sedangkan adalah lebih baik aku teruskan hidup dan buktikan pada mereka siapa aku sebenarnya.Terlalu bodoh rasanya jika aku terus bertengkar hanya untuk pulihkan nama aku. Dan kini aku memilih untuk memaafkan dan sekali lagi teuskan hidup....

Kalau dengan bertengkar & bergaduh akan dapat kembalikan nama baik aku atau menang dalam pergaduhan itu,aku kena akur..aku akan selamanya kalah..
atau aku maafkan dan teruskan hidup sambil buktikan aku bukanlah seperti apa yang mereka katakan.Bukankah ini pilihan terbaik..Bercakap sahaja tak mungkin akan mampu mengubah semuanya..Tetapi buktikan siapa diri kita sebenarnya..sebab aku punya maruah yang hendak dibawa..!

Aku mahu teruskan hidup kerana insan-insan ini :


ibu & abah yg selalu menerima aku seadanya.. :)
terima kasih ibu & abah,
lia syg ibu & abah hgga hujung nyawa..


cikgu/ibu keduaku yang aku akan berkongsi segalanya pada dia..
yang sering mendoakan & menasihati aku,
cikgu...alya syg cikgu sangat2..
2006-now

Jantung hati yang semakin dewasa dan cantik :)



insan-insan ini selalu menyokong aku dalam apa jua keadaan..Terima kasih yang tidak terhingga
2008-now

cikgu-cikgu yang sangat aku hormati,
mereka yang sering mendoakan aku dalam hidup..terima kasih yang tidak terhingga cikgu!

sahabat yang menyusurui hari-hari di universiti bersamaku..
yang sudi berkongsi susah senang,
lapar & dahaga bersamaku selalu..
kalian terbaik..!

p/s : 6 billion people on planet, why 1 would bring you down?

nota hati :
kadang2 kitakena berfikir secara realistik dari berfikir secara positive,
sebb tu salah satu cara utk terima kenyataan :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...