Bismillah.

Alhamdulillah.

Alhumma sholli 'ala sayyidina muhammad.

Assalammualaikum Tinta Seorang Hawa,

Selamat tahun baru,Moga 2012 menjanjikan hari-hari yang terbaik untuk aku,juga untuk insan sekelilingku.Amin.

Entry kali ini berkisar kepada hidup seorang insan,
Seorang insan yang aku kagumi dalam diam,
seorang insan yang kadangkala banyak memberi aku inspirasi dalam meruskan hidup melalui tulisannya.
Pernah dulu aku merasakan,betapa terseksanya hidup kerana cemuhan,kritikan,dan pandangan-pandangan serong manusia ketika aku bangkit untuk menegakkan kebenaran.
bukan saja dalam erti kemanusiaan,penulis ini juga membuat aku bangkit dalam mengejar cinta yang tidak kesampaian.
Menunuggu setiap entry wanita ini hari demi hari adalah rutin harianku.Seawal subuh contohnya aku bangun dan akan memeriksa senarai updated blog.Pastinya melihat ada tulisan baru dari wanita ini membuat hati begitu terkinja-kinja untuk membacanya.Ada kala tulisannya membuat aku memulakan hari dengan azam baru,membuat aku berfikir dan duduk dalam dunia aku sendiri. 

Pensyarah ku pernah berkata,nilai tulisan seseorang itu melalui hati.
Kerana setiap penulis itu cenderung menulis melalui hati. 
Bait-bait tulisannya membuat aku begitu kagum dengan wanita itu,lalu memaksa diri menyelongkar siapakah gerangan penulis.Oh,rupanya dia seorng guru. Tidak mustahil kata-katanya begitu menusuk sukma.


Berkecimpung dalam dunia penulisan dan sastera adalah satu cara bagaimana kita melepaskan barah yang terkandung dihati kan?
Seseorang pernah memberitahu kepadaku, seseorang yang selalu menulis isi hatinya melalui tulisan atau dalam bentuk apa sekalipun adalah manusia yang paling bahagia. Kerana apa?
Kerana mereka meluahkan apa yang mereka rasa tanpa perlu menyakiti siapa-siapa.
Mereka meluahkan segalanya tanpa perlu memendam rasa yang mampu menjadi barah.
Ya, saya kagumi anda berdasarkan tulisan anda tentang perasaan,tentang cinta dan tentang kehidupan yang jika dilihat seakan sama tapi mungkin cara setiap manusia menghadapinya berbeza.
Ada banyak kisah hidup kita yang serupa.
Ada kisah cinta sama ada suka atau duka pernah aku lalui juga.
Ada perasaan yang dipaparkan seakan sama dengan jasad seorang aku ini.Ya,perasaan terlalu menjaga hati manusia sehingga yang menanggung deritanya adalah aku.

Aku pernah mengalami keadaan ini, dimanakah aku dinilai kerana saiz badan dan bukannya kerana bakat yang aku ada. Namun,terus tersenyum kerana memegang kata-kata dari tulisanmu yang berbunyi :

'aku cuma menganggap mereka cemburu kerana mereka terlalu kurus'

kata-kata ini yang membuat aku terus meneruskan hidup dengan keadaan sederhana ini. Keadaan yang mana aku yakin,tidak semua manusia itu meletakkan saiz badan sebagai ukuran untuk segala benda dalam dunia ini.

Entry Percintaan,
Jujur aku akui,aku lebih menggemari bahagian-bahagian ini :)




Entry-entry ini sejujurnya begitu tepat dengan rasa hati ini. Aku merasakan begitu dekat dengan entry-entry ini mungkin kerana aku berada dalam situasinya dan pernah merasa titik deritanya.Entah,Bila bercerita tentang cinta atau perasaan aku dapat merasakan yang aku tersangat emosional. Pernah merasai kehilangan paling dahsyat dalam hidup membuat kadang-kadang aku hanyut dalam dunia penulisan tentang perasaan. Bukan selamanya aku mahu melayan perasaan sedih,derita ini,Tidak cuma pengalaman masa lalu membuat aku kadang-kadang terpaksa menoleh kebelakang seketika demi mengenang masa lau yang semakin jauh aku tinggalkan.Walau setiap hari aku berazam untuk terus melupakan kisah -kisah penderitaan itu.Tapi mana mungkin semudah itu lagi-lagi bila insan-insan itu pernah mempunyai nilai dalam kamus hidup seorang aku.

Teruskan menulis,kerana setiap tulisan anda sebenarnya memberi inspirasi kepada setiap manusia itu untuk terus hidup,Bukan sahaja aku,malahan ramai yang lain.Yang punyai jiwa,kisah,cerita seperti aku,kau dan dia.


Jutaan terima kasih Dunia Sebelah Zahra kerana ,

:: Aku masih kuat menghadapi manusia dan dunia kerana Tulisan dan lakaran kamu di DUNIA SEBELAH ZAHRA ::

:: Maaf,andai tanpa kebenaran aku mempromosi  DUNIA SEBELAH ZAHRA apabila mengupas fenomena e-sastera dan aku mendapat pujian daripada pensyarah ku kerana nilai tambah itu.Jutaan terima kasih.

wasalam. 











5 comments:

✯Miz Purple Violet✯ berkata...

Saya suka cara penulisan awak. Saya juga selalu dihina kerana saiz badan. :)

Alya Sumayyah berkata...

Miz purple,berjalanlah dengan penuh yakin dan percayalah setiap manusia itu sudah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing :)

AmirahSM berkata...

xperlulah peduli kata org lain, yg pnting kite sntiasa bersyukur krn masih disygi oleh org lain dn bukan mrka yg mhina kita =)

✯Miz Purple Violet✯ berkata...

I know. Paling best tengok muka meluat mereka apabila mereka tengok kita langsung tak terasa hati dengan kata-kata hinaan mereka. ahahaha!! :)

missina berkata...

entri yang sangat bagus,,suka baca,,teringin nak join jugk contest ni tp takde idea lg,,neway dtg sni dan follow skali,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...