Sering saya ungkapkan takdir sentiasa mengatasi tadbir. Justeru takdir itu daripada Allah Yang Maha Perkasa manakala tadbir daripada manusia yang lemah tidak berdaya.


Assalammualaikum Tintaseoranghawa,
salam juga buat readers yang selalu meninggalkan jejak disini,terima kasih.

Seringkali dalam hidup, kita selalu cuba menjadi manusia yang ikhlas kan.Tanpa kita sedar sebenarnya menuturkan perkataan ikhlas itu sebenarnya lebih mudah daripada menjadi ikhlas seikhlasnya.Entri ini aku tujukan pada mu teman.Teman yang pernah menjadi sahabat dalam meneruskan perjuangan hidup.

Jujur,aku terluka.Namun aku pasrah pada takdir yang menyapa.



Teman,
untuk setiap kebaikan yang pernah kau lakukan,
Terima kasih yang tidak terhingga.
Untuk setiap pertolongan yang kau hulurkan,
doaku moga Allah akan membalasnya dengan beribu kebaikan. InsyaAllah.

Terluka sebenarnya,
kau memburukkan aku sewenangnya,
dihadapan ibu & bapa,
juga ahli keluarga,
menuding jari kononnya aku yang bersalah,
Tanpa sekelumit rasa bersalah,
melihat dirimu yang semakin alpa.

Kecewa,
Kau memburukkan aku semahunya,
tanpa kau sedar,
yang keburukan itu akan kembali kepada dirimu.

Teman,
Berkatalah semahunya,
jika itu mampu untuk menutup setiap kesalahanmu.
Aku redha...

Kerana kebencian manusia kerana sikapmu memburukkan aku,
langsung tidak mengundang gentar dihatiku,
selagi kasih Allah itu masih bersamaku.

Doa dari kejauhan,
semoga HIDAYAH Allah akan akhirnya milikmu jua,aku & mereka. :)


nota kaki : Kita tidak boleh terus menyalahkan orang lain di atas apa yang menimpa kita. Hidup kita adalah tanggung jawab kita justeru apa yang berlaku dalam kehidupan adalah pilihan kita sebenarnya.


Nota hati : Janji untuk membawa mu ke tanjung dawai,masih sebati dihati ini.Kerana janji tetap janji kan. Biarlah masa yang berlau mengubah segalanya (:


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...