Bismillah.
Assalammualaikum Tinta seorang hawa,


Tertanya-tanya?kenapa aku kerap menaip entry sekarang? hehe.
Sekarang aku dalam minggu study week.Exam start 3hb nie..doakan aku,

Tintaseoranghawa,
Tadi aku menangis lagi,terhinjut-hinjut sehingga aku terpaksa menggigit bibir agar tangisan ku tidak akan didengar oleh rakan sebilik. Malas mahu menganggu tidur lenanya dan takut kerisauan meraja hatinya saat melihat tangisan kerinduan itu.

Seawal pukul 1 tadi,aku memilih untuk tidur.Namun,seperti biasa,aku perlukan buku untuk mendodoi mata aku supaya cepat tidur.Maaf,itu sudah kebiasaan sebenarnya,tidur sambil memeluk buku itu wajib. Entah mengapa, mata seakan berat untuk tidur dan aku terus meneruskan pembacaan sambil mendengar ikim f.m.

Pembacaan aku terhenti pada tajuk Kehilangan, Sejujurnya aku adalah insan yang begitu takut pada kehilangan. Kehilangan insan-insan yang sangat aku sayang membuat aku menjadikan senyuman sebagai rahsia hatiku. Dan kehilangan seorang sahabat yang sangat aku sayangi tahun lalu membuat aku mengalirkan airmata membaca bait demi bait tentang kehilangan itu. Seksa. Menyesakkan dada.


Sahabat, (FAI)
entry kali ini untuk kamu,
maaf,sebab tanpa kebenaran saya merindui kamu,
Maaf tanpa kebenaran saya masih mendoakan kamu seperti selalu.
Maaf,tanpa kebenaran sudut hati kecil saya masih mahu menyayangi kamu.

Tahun 2012 menjelang tiba,
tiada lain yang saya harapkan melainkan kamu akan berubah,
menjadi sebaik2 wanita dan manusia,
walau tidak sehebat serikandi pejuang agama,
yang penting kamu harus belajar mengenal dunia,wanita & segalanya. :)
Hidayah itu milik allah,
Berdoalah moga kita sama2 menjadi insan yang terpilih untuk mendapat hidayahnya.

Aku masih tetap setia disini,
melihat kamu dari jauh,
dengan doa dan pengharapan,
Moga Allah hadirkan insan yang mulia untuk membimbing kamu pulang kembali ke jalan Allah..
kerana langkah kaki itu sudah tersangat jauh tersasar langkahnya..

Nota hati: Aku sedang berusaha memenuhkan diri dengan hal2 yg berkaitan akhirat tahun ini..doakan hati dan jiwa yang kosong dan jahil sejahilnya ini kuat berdepan hasutan2 syaitan..amin :)





1 comments:

beloved yan berkata...

~Sahabat itu membuatkan kehidupan kita bermakna. Kehilangannya sememangnya agak menyedihkan bagi yang mengenal arti sahabat. Namun, dari kehilangan itu sebenarnya mengajar kita arti untuk betapa pentingnya seorang sahabat. Kadangkala setiap yang berlaku itu ada sebab dan musabab yang tidak perlu kita ketahui.Sementara nafas kita masih bernyawa, teruskan langkah mengerti arti sahabat agar kita tidak berasa takut untuk kehilangan yang kedua kali..
~apa pun, hidup biar terus,biar obak bertali arus...hehe
~thenz for the songs..make me sad~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...