Assalammualaikum Tintaseoranghawa,


Juga pada readers,moga kalian dirahmati Allah.
Sedikit persoalan,boleh kalian ambil masa seketika,
tanya diri,Sudahkah anda menghargai erti sebuah persahabatan?

Buat Tatapanmu Farah Amira Ishak ,


Buat tatapan sahabat yang ku kasihi kerana Allah,


✿ Maaf, mungkin selama ini aku bukanlah TEMAN yang baik..
✿ Maaf juga, mungkin selama ini aku sering MELALAIKANMU..
✿ Maaf lagi, mungkin selama ini aku membuatmu rasa SEDIH TERSISIH..
✿ Maaf juga, mungkin selama ini ada bicaraku yang PEDIH..
✿ Maaf sungguh, mungkin selama ini aku sering TIDAK MEMAHAMI..
✿ Maaf aku hanya hamba yang biasa, kerana KELEMAHANKU itu seringku panjatkan doaku padamu di kesempatan yang ada..

♥♥ Moga Allah selalu MENYAYANGIMU kerana siapa pun kamu, kamu itu adalah temanku di dunia dan di akhirat..tidak ada apa-apa yang ku pinta dari mu, hanya KEMAAFAN yang tulus ikhlas..♥♥





~✿..Saat tiada lagi WAKTU untuk kita berjalan seiring, saat tiada lagi waktu untuk kita BERKONGSI cerita girang..cukup saja aku RAPATKAN jari jemariku, menangkupkannya lalu MENDOAKAN untuk dirimu di sana..dengan cara itu aku selalu mendoakan dirimu..selalu..hanya dengan izin Allah s.w.t✿~








>>> Ya Allah, ku MOHON jagakan dia buat diriku..BERHARAP moga kita saling mendoakan...♥♥
Sering saya ungkapkan takdir sentiasa mengatasi tadbir. Justeru takdir itu daripada Allah Yang Maha Perkasa manakala tadbir daripada manusia yang lemah tidak berdaya.


Assalammualaikum Tintaseoranghawa,
salam juga buat readers yang selalu meninggalkan jejak disini,terima kasih.

Seringkali dalam hidup, kita selalu cuba menjadi manusia yang ikhlas kan.Tanpa kita sedar sebenarnya menuturkan perkataan ikhlas itu sebenarnya lebih mudah daripada menjadi ikhlas seikhlasnya.Entri ini aku tujukan pada mu teman.Teman yang pernah menjadi sahabat dalam meneruskan perjuangan hidup.

Jujur,aku terluka.Namun aku pasrah pada takdir yang menyapa.



Teman,
untuk setiap kebaikan yang pernah kau lakukan,
Terima kasih yang tidak terhingga.
Untuk setiap pertolongan yang kau hulurkan,
doaku moga Allah akan membalasnya dengan beribu kebaikan. InsyaAllah.

Terluka sebenarnya,
kau memburukkan aku sewenangnya,
dihadapan ibu & bapa,
juga ahli keluarga,
menuding jari kononnya aku yang bersalah,
Tanpa sekelumit rasa bersalah,
melihat dirimu yang semakin alpa.

Kecewa,
Kau memburukkan aku semahunya,
tanpa kau sedar,
yang keburukan itu akan kembali kepada dirimu.

Teman,
Berkatalah semahunya,
jika itu mampu untuk menutup setiap kesalahanmu.
Aku redha...

Kerana kebencian manusia kerana sikapmu memburukkan aku,
langsung tidak mengundang gentar dihatiku,
selagi kasih Allah itu masih bersamaku.

Doa dari kejauhan,
semoga HIDAYAH Allah akan akhirnya milikmu jua,aku & mereka. :)


nota kaki : Kita tidak boleh terus menyalahkan orang lain di atas apa yang menimpa kita. Hidup kita adalah tanggung jawab kita justeru apa yang berlaku dalam kehidupan adalah pilihan kita sebenarnya.


Nota hati : Janji untuk membawa mu ke tanjung dawai,masih sebati dihati ini.Kerana janji tetap janji kan. Biarlah masa yang berlau mengubah segalanya (:


Assalammualaikum..

Hye readers...
selamat bercuti,manfaatkan cuti anda sebaiknya okeh...
Entry kali ini,Alya tinggalkan korang dengan dua hantaran yang berbeza warna...
Kalau baik hati,tolong pilihkan ya yang mana sesuai dan lebih cantik..Pliss..Hehe (:



Ni warna feberet alya..Merah + putih...



OR


Hat ni menusuk kalbu....
Mana 1 nie...


Nota kaki : entry ni xdak makna apa2..abaikan.k bai.
Bismillah..



Assalammualaikum TintaSeorangHawa,
Terima kasih juga pada kalian yang sering singgah disini..
Moga ada sesuatu yang aku beri melalui luahan hati ini,
Dan dapat kalian aplikasikannya dalam hidup setiap hari..

Final exam baru belalu & berakhir setengah jam tadi,
Aku melangkah keluar dari dewan exam dengan tenang ,
walau aku gusar dengan keputusannya nanti,
walau sudah terbentang tentang berita kegagalan satu paper yang aku masih belum pasti,
dan sejujurnya aku masih berharap,ada keajaiban yang bakal terjadi,
InsyaAllah,redha & tawakal..

Aku bukan manusia yang takut pada kegagalan sebenarnya..
tp,aku ini manusia yang teramat takut mengecewakan,
lagi-lagi pada mereka yang terlalu banyak memberi doa & pengharapan,
Ibu,abah,cikgu2 yg aku sayangi,terutamanya puan Hajjah Juriah n Tuan haji Hassan Baseri,si dia yg tersayang,adikku,serta rakan2 yg selalu bersama diri ini..

Sejujurnya aku akui,kesalahan ini kesalahan diri,
hanyut dengan Nikmat pointer yang agak membanggakan di sem 1 & sem 2
Aku mula lupa diri..
Aku mula Gagau sendiri,
Lupa,yang Ujian Allah akan datang tanpa henti,
Dan syukur,Allah masih menyayangi..
Disaat aku leka dalam angan sendiri,aku diterajang,ditampar dan disepak bertubi-tubi..
Walau tidak terasa peritnya di anggota,cukuplah hati yang merasa kecewanya.
Terima Kasih Ya Allah,kerana kau masih mahu mengasihi sedangkan aku semakin lupa diri,
semakin jauh langkah kaki tersilap pergi,
Kau tarik aku kembali,
Ke jalan yang hakiki lagi abadi..
Tanpa rasa sakit hati,juga dendam yang berapi-api,

Teringat perbualan di Skype bersama sahabatku kelmarin.. Sahabat yang mengenali aku 10 tahun lamanya,

sahabat : Maaf,aku baru membaca emailmu, Kau marah pada pensyarah itu?

aku:Tidak,kenapa perlu aku marah pada beliau?

Sahabat: Marah kerana sebab sikap degilnya kau terpaksa menerima kegagalan.

aku:  Tidak, Aku malah berterima kasih..Kau lupa seperti kataku selalu, Manusia kadangkala adalah perantara antara Allah dengan kita dalam menyampaikan kasih-sayangnya. Kalau aku menuding satu jari kearah beliau,kau lupa 4 jari lagi menuding kearahku. Aku harus muhasabah diri agaknya kan?Aku terlalu hanyut dengan pointer yang menyelesakan sampai aku lupa,Allah lagi suka pada manusia yang berusaha dengan ikhlas. Mungkin aku terlalu sombong ,lupa diri & sebagainya.

sahabat: Kau semakin dewasa bersama usia,syabas.Semakin hari emailmu dan tulisanmu semakin membanggakan aku.Kau banyak menulis tentang redha. Kau tidak ingin menangis?

aku : Tidak,aku sudah puas menangis dulu.

sahabat: Ya,aku tahu. 
Baru dua bulan tidak mendengar khabarmu,kau begitu jauh melangkah kearah kebaikan. Jadi,pasti nanti aku akan rindu pada kecengenganmu (suka menangis)

aku: Ketawa, ah,kau kenal aku lebih sepuluh tahun..kau masih tidak muak dengar tangisanku?

Sahabat: tidak,tangisanmu membuat aku lupa yang kau sudah berusia 22 tahun sekarang.Bukan 13 tahun.hahaha. Kau yakin tidak mahu menangis?

aku : Ya, aku yakin,airmata aku perlu disimpan,mungkin masih ada sisa bahagia untuk aku menangis kerana gembira. Aku kena selalu redha,redha maksudnya aku rela..Rela dengan segala takdir Allah,itu lebih baik sebenarnya.

Sahabat : Kau semakin membanggakan aku.Kau terlalu tabah.

Aku : kenapa kau menangis? Teringin nak ganti tempat aku?

sahabat: Tidak,cuma mengakui kata ustazah napisah dulu, Antara kita semua..yang akan paling cepat berubah adalah kau.Dan seisi kelas ketawa,kerana mana mungkin budak manja dan cenggeng seperti kau menjadi cepat dewasa. 

Aku: (ketawa), sudahlah.Kau buat aku rindu.

Sahabat : Aku pulang ke Malaysia 6 bulan lagi,tunggu aku.

Aku: Baik,jangan lupa bawak calon suami amsterdam untuk aku.

Sahabat : Cari orang Malaysia,sudah!

aku: (ketawa) Baekklaahh..

Perbualan berakhir apabila aku meminta diri untuk solat subuh..



Sedikit kata aku buat kalian, Dalam hidup apa yang penting dan paling pnting adalah apabila kita belajar untuk redha, redha atau dalam makna lain merelakan segala apa yang ditakdirkan Allah itu dengan ikhlas dan tabah.

wasalam.


Bismillah.


Assalammualaikum..
Artikel ini adalah perkongsian dari sebuah blog yang aku baca,dan aku kongsikannya disini bersama kalian :)


Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”
Sahabatku,  ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yg kau alami .. Setelah sekian lama kau bertahan Setelah sekian lama kau memendam luka Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu…
Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan …. Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.


Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi  yang dapat dipertahankan”.
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!


“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu
yang memberatkan punggungmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)
Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …




--> setiap pertemuan yang ada, persiapkan diri menghadapi perpisahan yang akan tiba. kerana tiada yang akan kekal di dunia ini melainkan Dia satu-satunya. Samaada kau terlalu cinta, terlalu bahagia atau terasa ingin selalu bersamanya...kau perlu sedar suatu ketika perpisahan akan menoktahkan segala. perpisahan yang datang mungkin atas sebab kematian, atau mungkin jua kerana kehilangan harapan. walau apa pun yang mengisi ruang kehidupan, terima lah segalanya sebagai jalan takdirmu yang harus di lalui... segalanya berlangsung kan seiring takdir yang telah lama ditetapkan. redhalah..


Bismillah.




Assalammualaikum Tintaseoranghawa,


Tuhanku....
Sememangnya aku sayangkannya. ..
Terlalu kasihkannya. .
Hingga wujud rasa cinta untuknya....
Bukan mainan rasa...
Tapi lahirnya ikhlas dari hati ....
Tetapi...
Betapa berat segala permintaan perpisahan.. .
Mengatakan aku dengan seburuk2nya tidak layak untuk mu. .
Tidakkah dia sedar betapa aku perlukan dia...
Tidakkah dia sedar betapa aku sayangkannya. .
Tidakkah dia sedar betapa rindunya aku pada gurauannya..
Tapi ku tahu ku tak sempurna untuk diri mu ...







...Tuhanku.. .
Andai inilah kemahuannya. ..
Bawalah dia pergi sejauhnya dariku...
Kerana aku bukan dilahirkan untuknya...
Biar sekuat mana cinta di hati..
Biar sekuat mana rindu di dada..
Sememangnya dia bukan di lahirkan untuk ku..
Bawalah dia sejauhnya dari diriku
Bawalah dia sejauhnya dari cintaku..
Matikan ingatanku terhadapnya...






p/s: Kenapa masih ada rindu untuk dia?bukankah aku sudah menanamnya dalam2 :(
Bismillah.
Assalammualaikum Tinta seorang hawa,


Tertanya-tanya?kenapa aku kerap menaip entry sekarang? hehe.
Sekarang aku dalam minggu study week.Exam start 3hb nie..doakan aku,

Tintaseoranghawa,
Tadi aku menangis lagi,terhinjut-hinjut sehingga aku terpaksa menggigit bibir agar tangisan ku tidak akan didengar oleh rakan sebilik. Malas mahu menganggu tidur lenanya dan takut kerisauan meraja hatinya saat melihat tangisan kerinduan itu.

Seawal pukul 1 tadi,aku memilih untuk tidur.Namun,seperti biasa,aku perlukan buku untuk mendodoi mata aku supaya cepat tidur.Maaf,itu sudah kebiasaan sebenarnya,tidur sambil memeluk buku itu wajib. Entah mengapa, mata seakan berat untuk tidur dan aku terus meneruskan pembacaan sambil mendengar ikim f.m.

Pembacaan aku terhenti pada tajuk Kehilangan, Sejujurnya aku adalah insan yang begitu takut pada kehilangan. Kehilangan insan-insan yang sangat aku sayang membuat aku menjadikan senyuman sebagai rahsia hatiku. Dan kehilangan seorang sahabat yang sangat aku sayangi tahun lalu membuat aku mengalirkan airmata membaca bait demi bait tentang kehilangan itu. Seksa. Menyesakkan dada.


Sahabat, (FAI)
entry kali ini untuk kamu,
maaf,sebab tanpa kebenaran saya merindui kamu,
Maaf tanpa kebenaran saya masih mendoakan kamu seperti selalu.
Maaf,tanpa kebenaran sudut hati kecil saya masih mahu menyayangi kamu.

Tahun 2012 menjelang tiba,
tiada lain yang saya harapkan melainkan kamu akan berubah,
menjadi sebaik2 wanita dan manusia,
walau tidak sehebat serikandi pejuang agama,
yang penting kamu harus belajar mengenal dunia,wanita & segalanya. :)
Hidayah itu milik allah,
Berdoalah moga kita sama2 menjadi insan yang terpilih untuk mendapat hidayahnya.

Aku masih tetap setia disini,
melihat kamu dari jauh,
dengan doa dan pengharapan,
Moga Allah hadirkan insan yang mulia untuk membimbing kamu pulang kembali ke jalan Allah..
kerana langkah kaki itu sudah tersangat jauh tersasar langkahnya..

Nota hati: Aku sedang berusaha memenuhkan diri dengan hal2 yg berkaitan akhirat tahun ini..doakan hati dan jiwa yang kosong dan jahil sejahilnya ini kuat berdepan hasutan2 syaitan..amin :)





Bismillah.

Alhamdulillah.

Alhumma sholli 'ala sayyidina muhammad.

Assalammualaikum Tinta Seorang Hawa,

Selamat tahun baru,Moga 2012 menjanjikan hari-hari yang terbaik untuk aku,juga untuk insan sekelilingku.Amin.

Entry kali ini berkisar kepada hidup seorang insan,
Seorang insan yang aku kagumi dalam diam,
seorang insan yang kadangkala banyak memberi aku inspirasi dalam meruskan hidup melalui tulisannya.
Pernah dulu aku merasakan,betapa terseksanya hidup kerana cemuhan,kritikan,dan pandangan-pandangan serong manusia ketika aku bangkit untuk menegakkan kebenaran.
bukan saja dalam erti kemanusiaan,penulis ini juga membuat aku bangkit dalam mengejar cinta yang tidak kesampaian.
Menunuggu setiap entry wanita ini hari demi hari adalah rutin harianku.Seawal subuh contohnya aku bangun dan akan memeriksa senarai updated blog.Pastinya melihat ada tulisan baru dari wanita ini membuat hati begitu terkinja-kinja untuk membacanya.Ada kala tulisannya membuat aku memulakan hari dengan azam baru,membuat aku berfikir dan duduk dalam dunia aku sendiri. 

Pensyarah ku pernah berkata,nilai tulisan seseorang itu melalui hati.
Kerana setiap penulis itu cenderung menulis melalui hati. 
Bait-bait tulisannya membuat aku begitu kagum dengan wanita itu,lalu memaksa diri menyelongkar siapakah gerangan penulis.Oh,rupanya dia seorng guru. Tidak mustahil kata-katanya begitu menusuk sukma.


Berkecimpung dalam dunia penulisan dan sastera adalah satu cara bagaimana kita melepaskan barah yang terkandung dihati kan?
Seseorang pernah memberitahu kepadaku, seseorang yang selalu menulis isi hatinya melalui tulisan atau dalam bentuk apa sekalipun adalah manusia yang paling bahagia. Kerana apa?
Kerana mereka meluahkan apa yang mereka rasa tanpa perlu menyakiti siapa-siapa.
Mereka meluahkan segalanya tanpa perlu memendam rasa yang mampu menjadi barah.
Ya, saya kagumi anda berdasarkan tulisan anda tentang perasaan,tentang cinta dan tentang kehidupan yang jika dilihat seakan sama tapi mungkin cara setiap manusia menghadapinya berbeza.
Ada banyak kisah hidup kita yang serupa.
Ada kisah cinta sama ada suka atau duka pernah aku lalui juga.
Ada perasaan yang dipaparkan seakan sama dengan jasad seorang aku ini.Ya,perasaan terlalu menjaga hati manusia sehingga yang menanggung deritanya adalah aku.

Aku pernah mengalami keadaan ini, dimanakah aku dinilai kerana saiz badan dan bukannya kerana bakat yang aku ada. Namun,terus tersenyum kerana memegang kata-kata dari tulisanmu yang berbunyi :

'aku cuma menganggap mereka cemburu kerana mereka terlalu kurus'

kata-kata ini yang membuat aku terus meneruskan hidup dengan keadaan sederhana ini. Keadaan yang mana aku yakin,tidak semua manusia itu meletakkan saiz badan sebagai ukuran untuk segala benda dalam dunia ini.

Entry Percintaan,
Jujur aku akui,aku lebih menggemari bahagian-bahagian ini :)




Entry-entry ini sejujurnya begitu tepat dengan rasa hati ini. Aku merasakan begitu dekat dengan entry-entry ini mungkin kerana aku berada dalam situasinya dan pernah merasa titik deritanya.Entah,Bila bercerita tentang cinta atau perasaan aku dapat merasakan yang aku tersangat emosional. Pernah merasai kehilangan paling dahsyat dalam hidup membuat kadang-kadang aku hanyut dalam dunia penulisan tentang perasaan. Bukan selamanya aku mahu melayan perasaan sedih,derita ini,Tidak cuma pengalaman masa lalu membuat aku kadang-kadang terpaksa menoleh kebelakang seketika demi mengenang masa lau yang semakin jauh aku tinggalkan.Walau setiap hari aku berazam untuk terus melupakan kisah -kisah penderitaan itu.Tapi mana mungkin semudah itu lagi-lagi bila insan-insan itu pernah mempunyai nilai dalam kamus hidup seorang aku.

Teruskan menulis,kerana setiap tulisan anda sebenarnya memberi inspirasi kepada setiap manusia itu untuk terus hidup,Bukan sahaja aku,malahan ramai yang lain.Yang punyai jiwa,kisah,cerita seperti aku,kau dan dia.


Jutaan terima kasih Dunia Sebelah Zahra kerana ,

:: Aku masih kuat menghadapi manusia dan dunia kerana Tulisan dan lakaran kamu di DUNIA SEBELAH ZAHRA ::

:: Maaf,andai tanpa kebenaran aku mempromosi  DUNIA SEBELAH ZAHRA apabila mengupas fenomena e-sastera dan aku mendapat pujian daripada pensyarah ku kerana nilai tambah itu.Jutaan terima kasih.

wasalam. 











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...