Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Assalammualaikum w.b.t...



Hari terakhir 2012 , menjalani hari ini seperti biasa dengan menjawab paper komunikasi interpersonal. Alhamdulillah, tidak mahu berharap apa-apa kerana segalanya kusandarkan pada Allah. Semoga ada sinar kejayaan untuk semester 5 ku ini.Aku merenung semula 2012 yang bakal kutinggalkan, dan sungguh terlalu banyak rasanya perubahan yang perlu aku lakukan setelah mensia-siakan setahun yang berlalu begitu sahaja.. Ampunkan alya Ya Allah.. :'(

Perancangan 2013 ku atur dengan teliti kali ini,,
Ku tulis satu persatu dalam buku agar aku tidak lupa apa yang aku azamkan.
Aku mahu segala perancangan yang gagal pada tahun 2012 ni akan termakbul pada tahun 2013 nanti.. Tiada azam yang istimewa melainkan aku mahu sesuatu yang terbaik untuk menjadi bekalan buat dunia & akhiratku kelak.. 

Memasuki usia 23 tahun, aku mahu semakin matang dalam pemikiran, pergaulan dan segalanya. Cukup rasanya menjadi kanak-kanak. Semakin berusia, semakin banyak tangungjawab yang harus dipikul. Amanah Allah yang masih belum terlaksana. Allah, sungguh aku tahu getir untuk memilih jalanMU.. tapi aku mahu terus kuat & istiqamah dalam perjuanganku demiMU sebab aku sudah puas mensia-siakan usiaku selama ini. 23 tahun mencari, dan aku temui sendiri betapa indahnya agama yang aku anuti, betapa tenangnya bila aku yakin padaMU. Walau nanti, kau akan menguji.. tabahkanlah aku menghadapi hidup di duniaMU yang sementara ini.

setiap air mataku mengalir, 

Allah, 
aku lemah dan tak berarti.

setiap derai tangis membasahi,

Allah ,
jangan tinggalkan aku lagi.

Jangan tinggalkan aku lagi kali ini Ya Allah, 
aku ini hamba yang lemah tanpaMU.
Aku cuma mahu jadi muslimah yang berjuang dijalanMU..
Muslimah yang berazam untuk menghantarkan zuriat-zuriatnya untuk berjuang kerana agamaMU..
Muslimah yang berazam untuk menjadi yang terbaik disisMU..

walau aku tahu getirnya. pahitnya, sakitnya.. Tapi, aku tetap mahu.. 

Menjadi hamba yang taat pada PenciptaNYA
Menjadi anak yg solehah untuk kedua ibu-bapanya,
Menjadi isteri yang solehah untuk suaminya,
Menjadi ibu yang solehah demi anak-anaknya,
Aamin ya rabbal alamin..

Meski masa laluku gelap dan kelam, aku tak mahu selamanya begitu..


dan DIA, 
tak pernah melarang kita merancang.

dan DIA tak pernah menghalang,
kita merencana apa pun untuk hidup kita, 
masa hadapan kita dan kebahagiaan kita.
rencanakanlah apa yang kita mahu.


tapi,
DIA selalu mengingatkan bahawa perancangan adalah pilihan dan kemahuan kita,
namun penentuan adalah kehendak dan ketetapan DIA.

kita merancang dengan baik, namun Allah telah merancang untuk kita dengan lebih baik, melebihi kemahuan, perancangan dan pengetahuan kita.

Selamat tinggal dua kosong satu dua, 

Selamat datang dua kosong satu tiga,
Matahari, sinari langkah saya tanpa henti..



"Seiring masa, kamu akan memahami, bahawa terkabulnya semua harapan dan keinginan itu, Tidak akan sentiasa membuat kamu bahagia.Tidak semua bahagia datang dengan terkabulnya impian,kerana terkadang,dari luka dan duka,Tuhan menitipkannya"

p/s : Mereka merancang,Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.




Hujan, itu antara momen indah aku. Daripada sekalian memori yang kukumpul menjadi rantaian tak berpenghujung. Bagiku, hujan itu adalah satu makhluk Tuhan yang tak pernah jemunya menghikayatkan kisah-kisah syurga, buat aku terus tegar menjalani kehidupan. 

Iya, banyak sekali yang Tuhan ajarkan padaku lewat hujan. Misalnya hujan yang tetap dalam setianya melangsaikan tugas membawa rahmat Tuhan turun ke tanah bumi. Walau hujan tahu persis dia bakal berhadapan dengan kondosi-kondisi sulit berupa cercaan oleh manusia. Tapi, terbuktinya hujan masih tetap utuh. Maha Suci Allah, betapa akurnya hujan sebagai hamba dalam menurut tanpa sedikitpun keluhan. Dan barangkali karena taatnya hujan itulah yang bikin seluruh jiwaku merasa hampir pada-Nya terlebih saat halus seninya mulai menari-nari di kaca jendela.  Sambil dalam satu detik mencium romantis baunya yang tergaul mesra bersama tanah. Benarlah, bila sesuatu itu punya keterikatan antara Tuhan maka yang mendekat juga akan bisa merasakan hal yang sama — nyaman. 

Sebenarnya aku punya impian tentang hujan. Yang masih belum juga terlaksana hingga saat sekarang. Itu, Teringin sekali berbasah kuyup dalam getarannya, berlari-lari anak sambil bicara bersamanya tentang apa saja kecintaanku. Walau aku mengerti hujan takkan bisa ikut bicara bersama tapi setidaknya dia tetap setia sebagai pendengar yang baik bukan? Siapa tahu barangkali, di saat hujan kembali ke atas mereka sedang kisahkan cerita aku di hadapan Tuhan. Ah, aku kerap membayang seperti itu.


Kau tahu? Ada karakter mulia yang aku suka amat pada hujan — titis-titisnya yang beribu bahkan berjuta sekalipun takkan pernah mencedera pada tangan yang menadah buat merasakan hadirnya. Jadi tanpa sedar sebenarnya kitalah yang telah menyakiti hujan dengan caci makian sejak awal titisnya lagi. Tapi, kerana dia makhluk yang taat tetap saja dibiarkan dengan sabar. 

Cuba saja kau membayang andai Tuhan membuka hijab lalu diperdengarkan suara-suara alam bergema? Aku jamin pasti zikrullah oleh alam memenuhi segala frekuansi udara di bumi. Siang tanpa mengira malamnya, pagi tanpa menunggu sorenya berterusan dalam gemaan zikirnya. Persis yang terakam dalam kalamullah, “Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (As Saff, 1). 

Astaghfirullah, jadi malu aku sebagai manusia. Hujan saja lebih mengingati Tuhannya sedang kita yang siuman dianugerahi akal masih terus-menerus hanyut beralasan untuk ibadat. Nah, begitu banyaknya dosa-dosa tak terkira manusia hatta membuka mulut buat seringan-ringan zikrullah pun teranggap berat.

Hujan, yang tak pernah mengenal arti lelah melunaskan peranan selayak hamba dalam mencintai Tuhan dengan sebenar cinta. Dari awal proses kejadianmu sebagai titis-titis wap yang terbang ke atas menjadi gumpalan suci awan putih, lalu detik tetap sampai merelakan diri terpisah kembali dan merubah semula kepada tetes-tetes yang turun ke bumi, sampai penghujung hayatmu hilang tanpa jejak terserap ke tanah. Aku kagum,  begitu sekali kagum bagaimana kau bisa menjalani proses-proses yang kuketahui menuntut luka dan air mata. Proses yang berulang-ulang sampai usia dunia berakhir.


Hujan, bisa ajari aku segalanya tentang kerendahan hati? agar bisa kupunya peribadi mulia kurang lebih sepertimu. 

Aku mohon, dengan tersangat.

 Hujan,  
 aku hanya ingin kau tahu pada saat akhiran hidupmu  
 bersemadi dalam tanah, terhapus jejak  

 Masih,  
 adanya aku yang selalu merindu segala kenangan  
 tentangmu yang takkan hilang, ditiup waktu


video





dingin malam yang mencengkam

mengamit resah hati yg membungkam
tanpa sedar air mata menitis laju
menyedarkan diri pada setiap tragedi yg berlaku

biarpun jauh di hujung dunia
kemelut derita kalian kurasai jua
dlm resah gundah yang tdk berpenghujung
sekalung doa kudus ku utuskan buat kalian di sana...

gaza....tangisanmu 
menyentuh hati dan naluri ini
biarpun tiada dentuman dan bedilan yang nyata
namun...kerakusan manusia yang berhati tiada
merobek segala ketenangan dan kedamaian dunia
bumi gaza...bergelimpangan jasad2 manusia
yang terbujur kaku tidak berdosa
menjadi mangsa binatang bertopengkan manusia
tiada daya tiada upaya...
menentang dan melawan kerakusan mereka

gaza...tangisanmu
sedu sedan raungan anak2 kecil
terdengar di mana-mana
terkapar-kapar mencari perlindungan
lantaran ibu dan ayah dijemput kematian
tinggallah mereka sebatang kara tanpa belaian
tanpa kasihan dan tanpa perhatian...
Ya Tuhan,
di manakah simpati dan rasa kemanusiaan...

dari kejauhan ini..
dengan rasa sebak dan sesak di hati
aku khabarkan resahku ini
dalam puisi yang tidak sepertinya 
semoga...berakhirlah penderitaan mereka di sana

tangisanmu...gaza
menyedarkan aku tentang erti hidup dn kehidupan
dari kejauhan ini
sekalung doa yang kudus dan tulus
keutuskan buat kalian di sana...
semoga akan segera berakhir penderitaan dan kekejaman...
sama2 laa kita mendoakan....
Dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG...

Assalammualaikum w. b.t :)

Alhamdulillah, 24/12/12 lalu genaplah umurku yang ke 22 tahun. 
Seakan tidak percaya yang aku seakan sudah melepasi fasa remaja dalam hidupku.  dan aku seharusnya bersedia untuk ke fasa yang lebih mencabar. Fasa yang mana aku harus lebih bertanggungjawab dan tahu apa yang terbaik buat aku, agamaku, bangsaku dan insan sekelilingku..

Zaman jahiliyah yang kutinggalkan kebelakang demi mencari redha Allah.
Aku pernah lelah mencari identiti diri, mengubah sesuatu perlahan-lahan. Dari pemakaian, cara bertudung, pergaulan, pemikiran dan sebagainya sangat memerlukan aku kuat untuk istiqamah dengannya. Aku tidak berubah kerana siapa-siapa, cuma aku memang sedang mencari identiti diri dan ini yang ditakdirkan untuk aku. Alhamdulillah..


I am 22 years old now :)



----> Ibu & abah, terima kasih kerana sanggup bersusah payah membesarkan saya, jasa kalian tidak akan mampu saya bayar dengan wang berjuta-juta, semoga sahaja Allah redha dan memberkati hidup kalian seadanya :)

 ---->Adik beradik yang sudi menyokong apa jua, terima kasih kerana sebagai angah dirumah, mendidik aku menjadi penyayang dan tegas dalam mendidik kamu menjadi wanita muslimah yang solehah walau angah tidak sebaik mana.. 

----> guru-guru yang sanggup menjadi pembimbing setiap masa, Terutamanya Puan Hajah Juriah, kerana kamu itu bukan sahaja guru tapi umpama bonda bagi seorang aku.. Terima kasih cikgu untuk segalanya.. :)

----> sahabat yang tanpa lelah membawa ke jalan Allah, semoga kita sama-sama akan ke Jannah Allah.. AAminn.. 


----> Ujian yang mentarbiah erti kehidupan dunia, membuatkan aku tidak leka dengan kesenangan dunia yang sementara sedangkan kehidupan abadi disana lebih membahagiakan..



Terima Kasih Allah, 
kerana masih meminjamkan nyawa untuk aku yang berkalung dosa,
kerana masih memberi masa pada taubat yang sering terlewat,
kerana masih menerima pada aku yang selalu tidak taat.

Sering aku tertanya,
sudah tertunaikan janjiku,
sebagai khalifah dan HambaMU,
sepertimana jajnjiku sebelum lahir dulu.

Sesungguhnya YA RABBI,
kusandarkan kini,
SOLATKU, IBADATKU, HIDUPKU, MATIKU...
hanya padaMU..



P/sdan disebalik rasa ketidakmampuan ini,kita masih bertahan…
maka,benarlah,bahawa ujian, sesuai kemampuan.
senyumlah kerana kamu sedar, kamu ada DIA:)







...بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)

Kudedikasikan tulisan ini buatmu kak,
Seorang insan yg banyak mengajar aku segalanya... Terima kasih untuk itu :)

Pertemuan kita tanpa dijangka kan, hanya berkenalan di alam maya dan kemudian bertemu di dunia nyata. Siapa sangka, aku yang baru lepas habis spm ditakdirkan bertemu denganmu. pertemuan itu takdir kan kak?? dan ditakdirkan bertemu denganmu adalah anugerah terindah daripada Allah untuk seorang aku.

Kak, sebagai seorang yang kau panggil adik, jujur perkahwinan mu membuat aku terasa seperti kehilangan seorang kakak. Tugasmu pasti lebih sukar dan mencabar kini kak, dan pastinya aku adalah mereka yang rugi kerana tidak memanfaatkan sepenuhnya waktu bersamamu. Tapi, aku Redha kak, kerana perkahwinan ini adalah yang terbaik untukmu. Jujur, aku lelah apabila membaca setiap statusmu. Terasa ingin memelukmu tapi apakan daya, kita jauh..

Selamat Pengantin baru kak, semoga kau menjadi isteri, ibu yang solehah.. Aaminn.. :)



Kak, 
Maafkan alya atas tingkah yang menduga,
bicara yang menimbulkan nanah,
kekurangan diri yang pernah membuat kau berduka,
dan segala perbuatan yang membuat hati kecilmu berdarah.


Kak,
Sungguh aku menyayangimu sepenuh jiwa,
walau seketika hubungan yang dibina,
teruji kerana sikap yang tercela,namun, takdir Allah siapa menyangka,
kita tetap kuat dan masih ditakdirkan bersama.


Mengenalimu, saat itu kau masih sendiri,
masih mencari seorang habibi,
untuk menjadi suami,
bagi seorang wanita yang sering teruji.


kau memanggilku adik,
terasa menusuk saat aku pernah megherdik,
dirimu yang terlalu baik,
dan aku yang terlalu cepat mendabik..


Maafkan aku atas segalanya kak,
semoga deritamu berakhir.
semoga bahagia akan menjadi pengakhir,
kepada segala dugaan yang datang tanpa ada tanda akhir.


Hanya kini,
doa kugantikan, sebagai pengganti diri,
buat kau yang kusayangi,
kerana Illahi..




2113, blok kijang,
kosass upm serdang :)
1140 malam


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.....

Duduk dilatar siswa sambil mendengar alunan Zikrullah sedikit mengubat hati yg kecewa.. :'(

Sekarang langit menangis,
Dan hati ini juga menangis.



Kalaulah mereka mengerti,
aku ini wanita yang punya prinsip tersendiri,
dengan masa lalu yang ngeri,
sebelum mengenali cinta Illahi dengan sepenuh hati..

Kalaulah mereka mengerti,
bukan aku yg mahu mengerti tentang makna cinta,
cuma masa lalu mnjadikan aku hamba,
yang lupa cinta manusia bukanlah segalanya.

menghukum aku kerana masa laluku,
sedang Allah menerima aku,
siapa aku hingga akhir hayatku Kelak..
Kalian tidak sedar kan??

yang kudamba cinta halal & diredhai,
Supaya hati ini, 
tidak lagi mengkhianati segala janji kepada Illahi.
supaya hati ini,
tidak lagi hitam kerana dosa yang semakin meninggi...

Allah, dengarlah....
Sungguh, hamba belajar redha,
jika trpaksa melepaskan cintanya demi cinta kepadaMU..
jika hamba terpaksa jauh darinya, kerana JanjiMU.. 




 Dengan Nama Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. :)

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ke Hadrat Allah s.w.t kerana dengan Izinnya satu lagi ilmu dunia dapat saya pelajari.. Semoga ianya bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara kelak.. :)

Jutaan Terima kasih kepada tenaga pengajar yang memberi ilmu tanpa merasa lelah & bosan..
Semoga ilmu yang terus kalian alirkan itu menjadi tunggak kepada pembentukan generasi yang menjadikan wadah ilmu itu sebagai sesuatu dalam membantu agama & masyarakatnya kepada kebaikan.. In shaa Allah..

Prof Madya Dr Arbaie Sujud,

Terima Kasih atas segala ilmu yang dicurah.. Tiada apa yang mampu saya berikan demi membalas segalanya kepada Dr.. Hanya ucapan ribuan terima kasih tanpa henti.. tanpa Dr siapalah saya ini.. :)

Kakak Intan Zahariah,

Terima kasih kak, kerana akak itu bukan saja tutorial terbaik tetapi juga pendengar terbaik.. Selalu menawarkan diri menjadi pendengar saat status gusar saya muncul didinding facebook akak.. dan untuk itu, sejujurnya saya terharu dan ada sesuatu yang saya kagumi tentang diri akak sejak sesi luahan hati itu.. Semoga Allah permudahkan perjalanan akak dalam mengejar ilmu itu & semoga segala yang diimpikan tercapai.. Sayang erat-erat..

Kak wany Ariffin,

Kakak tutorial sy yg sgt comel, terima kasih sbb slalu beri tnjuk ajar tnpa penat.. walaupun trpaksa kehulu kehilir utk melayan karenah kami yang masih baru dlam ilmu itu, segaris senyuman tetap kau ukir. Semoga berjaya dalam apa jua yang kau ceburi kak.. Semoga akan datang seorang Adam yang kelak akan memberitahu kau betapa CINTA itu sesuatu yg istimewa bila mana kau menjaganya sehingga ia menjadi halal buatmu...

Last,

Kepada rakan lab 2.. :)

Maaf atas segala tingkah yang menggores dada,
segala bicara yang menimbulkan nanah,
Sesungguhnya saya hanya manusia biasa,
kadang tanpa sedar melukakan tanpa rela....




Nota Hati: Halalkan segalanya dunia & akhirat.. :)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. :)

 Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yg kukuh.” An-Nisa : 78

Pemergian seorang pelajar UPM yangkemalangan semasa ingin ke kuliah pagi tadi sedikit mengejutkan.. Terdiam seketika, Ya Allah.. Sungguh benar segala kalamMU.. 

Sedang aku saat ini terus leka dengan dosa yang tidak terkira banyaknya.. 
Sedang saat ini aku terus hanyut dan lupa kesementaraan dunia..
sedang saat ini aku lupa, bila-bila masa aku jua pasti akan menyusul tiba.....

Terlalu pincang langkahku sebagai kalifahMU YA Allah.. :'(
Aku lupas tugasku kerana nikmat dunia-MU.
aku lupa amanahku kerana terlalu cintakan duniaMU..

Terlalu banyak impian dunia yang aku senaraikan dalam buku satu persatu sehingga aku merasakan betapa kecilnya nikmat SyurgaMu.. Sedang aku tahu ya Allah, semuanya akan kutinggalkan kelak.. 



Ampunkan aku yang sering berdosa...... :'(
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha penyayang......


Pejam celik, pejam celik 2012 akan berlalu pergi hanya tinggal beberapa hari lagi. Kecewa mengingat detik demi detik yang aku sia-sia kan. terlalu banyak kelekaan dan aku akui aku hanyut dibawa arus deras nafsu yang tidak pernah mengenal erti kepuasaan. Ampuni aku Ya Allah.

Secara jujur, 2012 bukanlah tahun trbaik aku kerana setiap azam yang aku cipta tidak satu pun yang tertunai. Dan sebabnya tuding pada diri sendiri. Booooo pada diri sendiri. Kau gagal Alya. kAU gagal!!!

Aku tak tahu dimana silapnya kehanyutan aku ini. Hanyut tanpa dapat berpaut pada apa jua ranting. Terus leka, lalai tanpa sedar aku hampir ke lubuk kebinasaan yang paling dalam... Gagalnya aku Ya Allah.
Aku semakin jauh daripada buku-buku yg sering aku baca bg mengikat diri yg sering lemah pd godaan, kutinggalkan Usrah, kutinggalkan kawan2 yg lbh baik agamanya, kutinggalkan tahajud, al-quran sekian lama kerana kesibukan yang aku cipta sendiri.. Astagfirullah...... :'(
Betapa gagalnya aku ditahun ini.. betapa ruginya aku membiarkan 2012 terus berlalu dengan kosong tanpa belum mampu sujud taubat pada penciptaku.

Aku sedar, aku berada dalam kerugian.... Tapi, aku gagal melawan kemahuan.. :'(, lemahnya aku Ya Allah apabila aku menjauhi diriMU.. sedang KAU terus memberi kebahagiaan kepadaku tanpa henti.. Malunya aku dalam usia yang akan memasuki 23 tahun tapi aku masih jahil dalam mengenal agamaMU.. Masih jahil dalam segala-galanya..

Kebelakangan ini, hujan turun dengan lebat membuat aku terus berdoa semoga kau kabulkan permintaanku yang satu Itu.. Jujur, aku sangat memerlukannya untuk terus istiqamah YA Allah.. Wanita yg lemah seperti aku ini perlukan itu untuk terus membimbing aku daripada kehanyutan.. Semoga kau masih mahu kabulkan doaku yang penuh dosa ini.. Semoga....................
Nota hati : Ingatlah, bahawa akan ada satu hari Allah akan benar-benar marah. Hari DIA akan memalingkan wajah-NYA. Ketika itu , kita hanya menanti dilemparkan ke neraka sekiranya kita tidak mempersiapkan jiwa kita bermula saat ini.

Nota Jiwa: Selamanya tidak akan kubiarkan syaitan menguasai aku Ya Allah.. Terimalah aku.. Aku kembali bertaubat & patuh padamu.. :'(
How you see you have weakness, so do others. How you see others have specialness, so do you. The Almighty is Great and Fair, always.. 

I'm not perfect. You're not prefect. They're not perfect. We'r not perfect..

Sedih, terkilan & sedikit tertekan.. Membuat saya terasa amat penat. Bukan penat dgn segala perkara tetapi dgn sikap manusia. Pertanyaan yang membuat saya bertanya pada diri sekian lama. Orang melayu itu islam kan, tapi knpa perlakuan mereka bukan berlandaskan islam? Membenci, mengutuk, mempersenda orang lain yang seagama & sebangsa mereka sendiri??

Lemahnya islam & bangsa melayu, kerana kita sendiri kan?
Dan lagi menyedihkan jika insan-insan ini adalah mereka yg punya pendidikan yang tinggi. Dimana silap sisitem ilmu ini sehingga manusia-manusia ini tidak tahu membezakan antara yang baik dan buruk. Relevankah ilmu sehingga menara gading jika sepanjang hidup kau guna untuk lihat kesalahan dan kelemahan manusia lain. Jika kau tahu hukum tidak bertegur sesama umat islam tapi kau masih melakukannya. 

Aku memang banyak dosa, tapi maaf aku tidak perlukan pahala kalian untuk aku masuk syurga. Jadi, sedikit nasihat aku berhenti untuk terus menjadi aku bahan untuk diperbualkan sebab aku kasihan dengan melihat betapa mudahnya syaitan memasuki hati kalian. Betapa sia-sianya setiap kebaikan kalian jika akhirnya Allah menjadikan aku pemiliknya. Rugikan??

Aku dilahir & dibesarkan dengan sekeliling aku penuh dengan orang kristian. Aku tak nampak kawan aku yang beragama Kristian mengutuk & mmpersenda agama lain malahan mereka hanya fokus dalam mempertahankan agama mereka. Aku xnmpk kawan aku yang kristian ada sikap dengki pada rakan seagama mereka. Aku xnmpk mereka kutuk dan pentingkan rakan seagama macam apa yang aku nmpak org islam lakukan skrg. Aku xkata agama kristian itu bagus, tapi yg bagusnya adalah pganutnya dalam melakukan apa yang diajar oleh agama mereka. Aku pernah berdepan dgn situasi yang mana kawan aku tidak mahu menolong kawan yg lain hanya kerana dia bkn beragama islam? come on guys.. Islam x ajar kau untuk pntgkan diri & sesuatu yg prlu kau ingat islam mgajar kau untuk berbuat kebaikan kepada semua makhluk.. Aku ulang, semua makhluk..! Kau patut jadi role model , tunjukkan yang agama islam itu agama untuk semua dan seharusnya kau perlu adil kepada semua makhluk. 

Aku memang jahat.. dan aku akui. Tapi sebagai umat islam yg baik kau patut bimbing aku kembali kepada kebaikan.. dan bukan terus mghukum aku dgn selalu mngutuk & menjatuhkan maruah aku.

 Maaf kawan, kau lupa bumi ini sfera. 




Bismillahhirrahmannirrahim ...
Assalammualaikum & salam sejahtera.. :)



Langit yang kelam seakan memberi petanda sebentar lagi hujan pasti akan membasahi bumi serdang..
Aku sukakan Hujan,entah knpa..seringkali aku mahu berjalan dalam hujan..Alasannya,hnya sbb aku mahu mnyembunyikan tangisan disebalik titis-titis hujan..
Hujan juga mnjadikan aku seorang perindu..
pada masa lalu yg bnyak memberi erti.

R.I.N.D.U

Aku rindukan nenek..,Nenek yang telah kembali menyahut panggilan Illahi 5 tahun yang lalu (al-fatihah untukmu Mak)

Mak?ya..aku memanggil nenek dengan panggilan mak.. 
Nenek mnjaga aku semenjak kecil..sejak dari aku belum mengenal apa-apa tentang hidup..
Nenek lah yang banyak mendidik aku tentang hidup,tentang takdir dan tentang segalanya..
Berjauhan dari ibu mmbuat aku lebih rapat & selesa untuk terus hidup dengan nenek..Perasaan syg trhadap nenek,tdak mampu aku gmbarkan dengan kata2..

Aku menempuhi pahit jerih kehidupan bersama nenek dengan tabah..
Kemiskinan tidak menghalang utk aku terus menuntut ilmu..& pastinya yang plg byk brkorban adalah nenek..
Masih segar dalam ingatan aku tentang pesanan nenek..

                        "Lia, biaar kita miskin harta,tp jgn miskin dengan ilmu,Ilmu itu adalah tirai yg mnutup kejayaan mereka yg brjaya..Disebalik kejayaan mereka pasti ada cerita,sama ada bahagia atau derita,segalanya pasti mampu dihadapi andai ilmu penuh didada...:"

mak,saya lebih rela hidup dalam kemiskinan itu. 
Kemiskinan itu membuat saya dilimpahi kasih sayang, 
kemiskinan itu membuat saya bersyukur pada rezeki yang sedikit,
kemiskinan itu mengajar saya sikap berkongsi rezeki Illahi,
dan ya mak, saya rela miskin selamanya asal mak masih di dunia ini dan memeluk saya saban hari.. Saya sanggup!

Berehatlah dengan aman disana mak,
sudah cukup rasanya kau menderita demi seorang aku,
sudah cukup rasanya segala dukamu kerana kekejaman dunia.
berehatlah.. Doaku tidak pernah berhenti untukmu selagi jasad ini masih bernyawa..

al- fatihah buat arwah mamak.. 





Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

Ku atur langkah ke fakulti dengan lafaz Bismillah.. Melintasi seketika kesesakan jalan dimana setiap manusia berpusu-pusu untuk ke destinasi masing-masing.. Kadang-kadang kesesakan ini merimaskan, namun kuteruskan langkah dengan senyuman. Meneruskan langkah ke kafe fakulti untuk mengambil sarapan pagi, sementara menanti kelas yang akan bermula 40 mnit lagi.

Sengaja memilih ruang yang berdekatan pokok bunga, sebab angin selalu berhembus kuat disekitarnya. Tanpa sedar ada yang memerhati tingkahku dengan penuh minat. Semasa ingin mengambil makanan mata ku bertembung dengan si pemerhati yang tetap degil untuk terus menikmati setiap pergerakanku. Automatik senyuman aku lemparkan dan dia turut sama tersenyum. Dapat aku rasakan, wajah itu seperti pernah aku kenali namun ku abaikan kerana menganggap dia mungkin rakan sefakulti yang mungkin pernah sekelas tapi tidak pernah bertegur.

Sekembali dimeja, dengan tenang aku nikmati bee hoon gooreng dan tea panas. sesuap, dua suap.. dan suapan ketiga aku tersedak apabila tiba-tiba dia muncul didepanku dan memanggil aku sumayyah....
Sumayyah?? aku ketawa dan berkata,
 "itu nama facebook lama saya, panggil saya alya atau hawa".., dia terus merenung wajahku,
"sumayyah atau siti hawaliah? kamu kan??"..
aku tersentak apabila dia menyebut nama penuhku, lama aku terdiam dan memandang wajahnya sehinggalah airmataku menitik satu persatu dan aku terus memeluknya.. 
"ustazah Rahimah kan?".. dia mengangguk & terus memelukku..

Ustazah ini adalah ustazah semasa aku berada di tahun 6 sekolah rendah. Ustazah yang paling rapat & memahami aku. Yang selalu mengambil berat disebalik kenakalanku tanpa terus menghukum dan ustazah inilah yang memberi nama SUMAYYAH kepadaku.. Kerana harapannya semoga aku sekuat sumayyah dalam menghadapai apa jua takdir Allah kepadaku. Sepuluh tahun berpisah, akhirnya bertemu tanpa diduga.. Ya Allah, hanya kau yg tahu betapa bersyukurnya aku. Sungguh, selepas keluar daripada bumi sabah, aku teruskan hidup seperti biasa, cuma masa membuat aku lupa pada insan yang pernah berjasa. Maaf.

"ustazah buat apa disini?".. ajuku.
" Menyambung master sumayyah"..dia masih memanggilku sumayyah seperti zaman kecil sewaktu dia sering menasihati aku apabila aku memberontak dengan caraku apabila kawan-kawan sekelas sering menghina dan memanggil aku miskin.. Dia yang akan memeluk & mengusap kepalaku apabila aku menangis . Membawa aku kerumahnya setiap hujung minggu untuk belajar dengannya. Selalu dia memarahi mereka yang menghinaku dan kemudian akan memelukku sebelum membawa aku ke kantin.

" Ustazah cari kamu selama ni, pergi kerumah lama kamu tapi kosong disitu. Jiran-jiran kamu cakap kamu jarang pulang kesabah, lagi-lagi sejak kepulangan nenek kamu ke Rahmatullah.. Kamu pergi tanpa bagitahu Ustazah, saampailah ustazah tahu kamu berpindah ke semenanjung mengikut ibu kamu. Saban waktu ustazah tersasul menyebut nama kamu dikelas dan pernah suatu ketika, ustazah menangis bila terlalu rindukan kamu.Begitu juga kawan-kawan yang sering membuat kamu menangis, mereka mengadu yang mereka sangat rindukan kamu....."

Aku bersuara dalam tangisan....
" maaf, xsempat jumpa ustazah.  Segala-galanya terlalu cepat.."

Ustazah menyeka airmataku, jangan menangis.. "Ustazah bersyukur masih diberi peluang jumpa kamu, berubahnya sumayyah ustazah yang dulu dengan sekarang.. kamu tahu kenapa ustazah berikan nama sumayyah kepada kamu... Sebab nama itu adalah doa ustazah supaya kelak kamu itu tetap tabah dengan takdirmu dan kamu akan dewasa menjadi sumayyah yang solehah.. Siapa sangka, doa ustazah seakan nyata bila Allah temukan sumayyah ustazah dengan penampilan yang sangat menyejukkan mata..

Allah, terima kasih untuk semuanya.. Takdirmu untukku terlalu indah.. :'(

SUMAYYAH :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...