Assalammualaikum Tinta seorang hawa.. :)

Selamat membaca kalian2,terima kasih kerana sudi singgah disini.

Aku sering memandang ke luar jendela,sambil tersenyum melihat burung yang terbang bebas sepuasnya.
Bebas,luas & lapang.. Seakan ingin pergi terbang bersama merka melihat dunia yang cukup indah ini..
Oh,tanpa tersedar 2011 akan melabuhkan tirainya hanya tinggal beberapa jam lagi.Selamat berlalu pergi 2011.Bawalah setiap luka & derita ini bersamamu.jangan pernah kembali dan jangan pernah muncul lagi. Terima kasih Ya Rabbi kerana memberi aku kekuatan untuk terus melalui kehidupan ini dengan tabah,redha & pasrah.Terima kasih juga kerana dugaan-dugaanmu membuat aku matang untuk terus cekal melalui duniaMU.

Sambutan tahun baru kali ini amat berbeza sekali berbanding 21 tahun yang lepas,jika selalunya aku akan menyambut tahun baru dirumah,kali ini aku mnyambutnya di Universiti dengan mengulangkaji kerana aku akan menghadapi Final exam.Sejujurnya terasa begitu cepat berlalu dan aku akan meninggalkan sem 3.Selamat Tinggal sem 3 yang penuh airmata & garis2 luka.Moga keputusan masih mampu membuat aku tersenyum dan bersemangat meneruskan semester 4.InsyaAllah.Bercerita tentang sem 3,sedikit kekecewaan dengan sikap & perangai disemester ini membuat aku sangat kecewa meninggalkan semester ini.Maafkan diri ini Ya Allah,Maafkan lia ayah,ibu,kesayangan2ku,sahaabat2 yg sering mendoakan.Ampun yang teramat sangat kerana saya tidak menunujukkan komitmen yang sempurna disemester ini.Namun,dokanlah moga kejayaan itu masih milik saya & untuk semester 4 saya berjanji akan menjadi yang terbaik..InsyaAllah, Amin..

Jom,check it out wajah 2011 saya :


Wajah hujung tahun 2011

 sebelum terlupa,saya sudah berhijrah ke tudung yg besar sedikit dari sebelumnya..hehe

Pertandingan Busana Muslimah :)


Impian menjadi Dj termakbul,Alhamdulillah

Bercerita tentang percintaan,Alhamdulillah..hari ini sudah masuk 2tahun,4 bulan dan 11 hari perhubungan ini.Terima Kasih Ya Allah,kerana untuk beribu ujian yang dilalui,hubungan ini masih bertahan dan semakin mekar.Banyak sikap yang patut diubah.Aku bukan gadis belasan tahun lagi.Kedua-dua kami sudah memasuki 22 tahun pada tahun hadapan.Doakan saja moga hubungan ini kekal kerana aku yakin sungguh dengan pilihan kali ini.Maaf,aku sudah tidak mahu hidup dengan kenangan-kenangan lama yang menyeksa rasa.Pergilah dari hidup aku,kerana aku sudah berazam,lelaki ini adalah yang terbaik untuk diriku.Aku sudah tidak mahu derita kerana pernah hidup dengan rasa menderita kerana luka lama.Berlalulah dan jangan pernah kembali. Kepada sipencuri hati, MOHD ANWAR AZIZAN, terima kasih atas segalanya awak.Terima kasih kerana menjaga saya dengan baik sekali.Terima kasih kerana sehingga saat ini masih mampu menerima kekurangan diri ini. MAafkan segala khilaf2 saya pada awak. Bimbing dan didiklah saya menjadi sebaik2 wanita untuk kita bersama-sama melayari bahtera rumahtangga kelak.InsyaAllah. Saya mahu menjadi permaisuri awak didunia & diakhirat.Ayuh,sama-sama siapkan diri agar kita mampu mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Ayuh sama-sama mencari redha Illahi dalam cinta ini. Ayuh jadikan cinta ini membuat kita dekat pada Illahi.Ayuh sama-sama menyiapkan diri untuk menjadi suami-isteri,ummi-walid,anak2 yg soleh dan solehah untuk semua insan yang ditakdirkan dekat dengan kita.Ayuh awak..Bimbinglah saya & sama2 kita berubah kearah jalan yang lebih diredhai Allah.ayuh...


Bercerita tentang persahabatan & ukhuwah,Alhamdulillah..aku bersyukur kerana dalam meniti hidup ini aku masih dikurniakan dengan sahabat2 yang sangat hebat Dan baik sekali.Mereka hadir ketika aku ditinggalkan oleh 2 orang sahabat yang sangat aku sayangi.Namun,Allah maha adil kerana mengaantikan bukan 1 tapi ramai yang mengisi ruang kosong insan-insan itu.Tidak apala.Pergilah.kerana saya ini bukan sahabat yang layak untuk kalian.dan yang membuang saya dari hidup kalian itu,adalah kalian sendiri.Terima kasih sekali lagi.Terima kasih pada kalian yang sudi hadir dan berusaha mengisi hari-hari ini dengan senyuman dan kerana mengajar diri untuk memahami diri seorang aku ini.Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.Terima kasih sahabat2 yang masih setia disisi.terima kasih kerana masih sudi menerima diri ini seadanya.terima kasih kerana meminjamkan bahu & telinga saat saya memerlukan kalian disisi.Terima kasih kerana mnyambut tangan ini dari jatuh dalam ruang penderitaan yang sangat dalam.Terhutang budi rasanya pada kalian.Terima kasih..terima kasih..dan sekali lagi..terima kasih :

Nurizatie Sahid,Nuraimie,mahendra,ervinar,suriyanti- sahabat zaman kanak2ku.. :)
Noor Farhah,Ainun Nadia,Bella,Yana-Sahabat yg selalu disini..
Meera syamira,Mone-mone,norazrita,kak cik nonet-kerana diri kalian begitu berharga..
Terima kasih Untuk segalanya.. :)
I love You all because Allah Taala..Hingga Hujung nyawa..

ini kak cik nonet n mone2 saya.. :)

Mone,ita & meera

Ini Cik Ainun saya yg jelita :)

Sahabat saya,dari kecil2.. :)

 Si cantik yana..

Sebelum terlupa,ingin aku memohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala khilaf yang aku lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.Ampun yang teramat cangat.Kerana aku juga seperti kalian yang belajar dari kesilapan..Halalkan makan minum aku jua andai sepanjang mengenali aku,aku pernah termakan,terminum terambil apa jua dari kalian.Maaf yang teramat cngat dunia & akhirat yey..!

Selamat menjelma 2012,Semoga ada seribu kemanisan yang menanti aku dihadapan sana. InsyaAllah,amin :)

Nota Hati : ~..Dalam urusan dunia, jika kita BERKASUT..pandanglah orang yang BERSELIPAR..jika kita berselipar, pandanglah orang yang BERKAKI AYAM..ia akan menjadikan kita sentiasa BERSYUKUR atas apa yang kita MILIKI..~

~> Usah kamu dongakkan di atas, tundukklah ke bawah..nescaya kamu akan merasai ada orang yang LEBIH SUSAH darimu..(✿◠‿◠)





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...