Assalammualaikum Tinta seorang hawa.. :)

Selamat membaca kalian2,terima kasih kerana sudi singgah disini.

Aku sering memandang ke luar jendela,sambil tersenyum melihat burung yang terbang bebas sepuasnya.
Bebas,luas & lapang.. Seakan ingin pergi terbang bersama merka melihat dunia yang cukup indah ini..
Oh,tanpa tersedar 2011 akan melabuhkan tirainya hanya tinggal beberapa jam lagi.Selamat berlalu pergi 2011.Bawalah setiap luka & derita ini bersamamu.jangan pernah kembali dan jangan pernah muncul lagi. Terima kasih Ya Rabbi kerana memberi aku kekuatan untuk terus melalui kehidupan ini dengan tabah,redha & pasrah.Terima kasih juga kerana dugaan-dugaanmu membuat aku matang untuk terus cekal melalui duniaMU.

Sambutan tahun baru kali ini amat berbeza sekali berbanding 21 tahun yang lepas,jika selalunya aku akan menyambut tahun baru dirumah,kali ini aku mnyambutnya di Universiti dengan mengulangkaji kerana aku akan menghadapi Final exam.Sejujurnya terasa begitu cepat berlalu dan aku akan meninggalkan sem 3.Selamat Tinggal sem 3 yang penuh airmata & garis2 luka.Moga keputusan masih mampu membuat aku tersenyum dan bersemangat meneruskan semester 4.InsyaAllah.Bercerita tentang sem 3,sedikit kekecewaan dengan sikap & perangai disemester ini membuat aku sangat kecewa meninggalkan semester ini.Maafkan diri ini Ya Allah,Maafkan lia ayah,ibu,kesayangan2ku,sahaabat2 yg sering mendoakan.Ampun yang teramat sangat kerana saya tidak menunujukkan komitmen yang sempurna disemester ini.Namun,dokanlah moga kejayaan itu masih milik saya & untuk semester 4 saya berjanji akan menjadi yang terbaik..InsyaAllah, Amin..

Jom,check it out wajah 2011 saya :


Wajah hujung tahun 2011

 sebelum terlupa,saya sudah berhijrah ke tudung yg besar sedikit dari sebelumnya..hehe

Pertandingan Busana Muslimah :)


Impian menjadi Dj termakbul,Alhamdulillah

Bercerita tentang percintaan,Alhamdulillah..hari ini sudah masuk 2tahun,4 bulan dan 11 hari perhubungan ini.Terima Kasih Ya Allah,kerana untuk beribu ujian yang dilalui,hubungan ini masih bertahan dan semakin mekar.Banyak sikap yang patut diubah.Aku bukan gadis belasan tahun lagi.Kedua-dua kami sudah memasuki 22 tahun pada tahun hadapan.Doakan saja moga hubungan ini kekal kerana aku yakin sungguh dengan pilihan kali ini.Maaf,aku sudah tidak mahu hidup dengan kenangan-kenangan lama yang menyeksa rasa.Pergilah dari hidup aku,kerana aku sudah berazam,lelaki ini adalah yang terbaik untuk diriku.Aku sudah tidak mahu derita kerana pernah hidup dengan rasa menderita kerana luka lama.Berlalulah dan jangan pernah kembali. Kepada sipencuri hati, MOHD ANWAR AZIZAN, terima kasih atas segalanya awak.Terima kasih kerana menjaga saya dengan baik sekali.Terima kasih kerana sehingga saat ini masih mampu menerima kekurangan diri ini. MAafkan segala khilaf2 saya pada awak. Bimbing dan didiklah saya menjadi sebaik2 wanita untuk kita bersama-sama melayari bahtera rumahtangga kelak.InsyaAllah. Saya mahu menjadi permaisuri awak didunia & diakhirat.Ayuh,sama-sama siapkan diri agar kita mampu mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Ayuh sama-sama mencari redha Illahi dalam cinta ini. Ayuh jadikan cinta ini membuat kita dekat pada Illahi.Ayuh sama-sama menyiapkan diri untuk menjadi suami-isteri,ummi-walid,anak2 yg soleh dan solehah untuk semua insan yang ditakdirkan dekat dengan kita.Ayuh awak..Bimbinglah saya & sama2 kita berubah kearah jalan yang lebih diredhai Allah.ayuh...


Bercerita tentang persahabatan & ukhuwah,Alhamdulillah..aku bersyukur kerana dalam meniti hidup ini aku masih dikurniakan dengan sahabat2 yang sangat hebat Dan baik sekali.Mereka hadir ketika aku ditinggalkan oleh 2 orang sahabat yang sangat aku sayangi.Namun,Allah maha adil kerana mengaantikan bukan 1 tapi ramai yang mengisi ruang kosong insan-insan itu.Tidak apala.Pergilah.kerana saya ini bukan sahabat yang layak untuk kalian.dan yang membuang saya dari hidup kalian itu,adalah kalian sendiri.Terima kasih sekali lagi.Terima kasih pada kalian yang sudi hadir dan berusaha mengisi hari-hari ini dengan senyuman dan kerana mengajar diri untuk memahami diri seorang aku ini.Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.Terima kasih sahabat2 yang masih setia disisi.terima kasih kerana masih sudi menerima diri ini seadanya.terima kasih kerana meminjamkan bahu & telinga saat saya memerlukan kalian disisi.Terima kasih kerana mnyambut tangan ini dari jatuh dalam ruang penderitaan yang sangat dalam.Terhutang budi rasanya pada kalian.Terima kasih..terima kasih..dan sekali lagi..terima kasih :

Nurizatie Sahid,Nuraimie,mahendra,ervinar,suriyanti- sahabat zaman kanak2ku.. :)
Noor Farhah,Ainun Nadia,Bella,Yana-Sahabat yg selalu disini..
Meera syamira,Mone-mone,norazrita,kak cik nonet-kerana diri kalian begitu berharga..
Terima kasih Untuk segalanya.. :)
I love You all because Allah Taala..Hingga Hujung nyawa..

ini kak cik nonet n mone2 saya.. :)

Mone,ita & meera

Ini Cik Ainun saya yg jelita :)

Sahabat saya,dari kecil2.. :)

 Si cantik yana..

Sebelum terlupa,ingin aku memohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala khilaf yang aku lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.Ampun yang teramat cangat.Kerana aku juga seperti kalian yang belajar dari kesilapan..Halalkan makan minum aku jua andai sepanjang mengenali aku,aku pernah termakan,terminum terambil apa jua dari kalian.Maaf yang teramat cngat dunia & akhirat yey..!

Selamat menjelma 2012,Semoga ada seribu kemanisan yang menanti aku dihadapan sana. InsyaAllah,amin :)

Nota Hati : ~..Dalam urusan dunia, jika kita BERKASUT..pandanglah orang yang BERSELIPAR..jika kita berselipar, pandanglah orang yang BERKAKI AYAM..ia akan menjadikan kita sentiasa BERSYUKUR atas apa yang kita MILIKI..~

~> Usah kamu dongakkan di atas, tundukklah ke bawah..nescaya kamu akan merasai ada orang yang LEBIH SUSAH darimu..(✿◠‿◠)





Assalammualaikum.. ^.^



Melalui detik kehilangan saat aku mula mengenal erti remaja membuat aku mulai takut pada apa yang bernama kehilangan.Apatah lagi kehilangan insan yang amat kita sayang.Tempat untuk aku menumpang kasih,mengadu,menangis dan sebagainya.Hanya yang pernah melalui kehilangan dapat mengerti apa itu erti kehilangan.yang hilang tetap hilang dan yang hilang itu cuma ada satu didunia ini..
walaupun kadang-kadang mungkin ada yang mengganti,akan samakah dengan yang telah hilang itu?jawapannya tidak bukan...!inilah hakikat alam..sampai satu ketika,yang bermula akan ada akhirnya,yang datang pasti akan pergi & yang bertemu pasti akan berpisah.. :(

Kehilangan itu adalah takdir,ada kehilangan yang menyebbkan seorang anak tanpa ayah atau ibu..menjadi yatim piatu,ada yang ditakdirkan hidup dalam kenangan arwah suami atau isteri dan ada pula yang berpisah untuk selama2nya sebelum sempat mengikat kasih..Hanya Allah yang tahu betapa peritnya kehilangan insan yang amat kita sayang,.kesakitan yang tidak mampu digambarkan dalam apa jua bentuk kata sekalipun..

Kehilangan itu membuat aku menjadi perindu sepi,kadangkala bila terasa pedih & sedih aku menangis kerana terlalu merindui..
Khilangan itu juga membuat aku belajar untuk lebih menghargai..menghargai setiap apa yang Allah hadirkan dalam hidup ini..Namun,perasaan kehilangan yang menghantui kadangkala membuat aku rasa ingin berlari & menjauhlan diri..sebab aku takut,saat aku sepenuhnya mnyayangi aku akan ditinggal pergi lagi..

Hampir beberapa tahun aku tidak mahu kembali ke Sabah..Aku tidak mahu melalui tempat-tempat kenangan itu..sama ada suka atau duka,aku tidak mahu melaluinya..bukan aku takut,cuma aku masih merasa arwah nenek itu masih sangat dekat dengan aku..dan sehingga kini pelukan dan ciuman hangatnya masih aku terasa..Melalui keperitan hidup di tempat itu bersama arwah nenek membuat aku takut kembali ke teratak berwarna biru itu..Teratak yang banyak mengajar aku erti hidup..Teratak yang meninggalkan 1001 kenangan bersama arwah nenek yang telah pergi tapi masih hidup dihati ini..Aku tidak mahu melalui kenangan itu lagi..sebab ianya sangat menyeksa & menyesakkan dada.. :(

Aku terkilan,kehilangan seorang yang amat aku sayangi saat aku mahu menempuh peperiksaan terbesar dalam hdup ku..
saat aku mahu mmbuktikan pada nenek yang aku akan berjaya dalam hidupku..ya,nenek pergi..
ya,ramai yang berkata teruskan kehidupan..tp dusta andai aku katakan aku mampu teruskan kehidupan tanpa membawa kenangan arwah nenek bersama..
Arwah itu yang menjaga dan mendidikmu aku sejak kecilku..
arwah itu yang melalui keperitan hidup demi sesuap nasi untukku..
arwah itu yang mendidik aku menjadi manusia yang sederhana dalam hidup..
arwah itu tempat aku menangis bila aku benci dan marahkan sesuatu..
arwah itu yang melayan karenah manja & kedegilanku..
arwah itu tempat aku bergaduh saat kenakalan meraja hati..
Ya,arwah itu pergi tanpa sempat aku membalas segalanya..

Perasaan kehilangan itu..apa rasanya?rasanya seperti apabila kau merindu namun kau tidak dapat memeluknya,menciummnya & mendengar suara pujukannya..umpama kau mengejar pelangi dikaki langit..sejauh mana dan sekuat manapun kau berlari..kau pasti tidak akan dapat menggapainya..

kepada yang pernah merasai kehilangan...
pernah tak..
tengah malam kite terjaga dari tidur..kita tiba2 terasa rindu..rindu yang sangat2 mencengkam..namun rindu itu tak pernah dapat diluahkan..

pernah tak..kita terasa seperti baru semalam dia ada disisi kita..seperti semalam kita baru bercakap dengannya..seperti semalam kita mendengar tawanya..namun bila kite tersedar dari mimpi..rupanya dah lama dia pergi...

pernah tak..kite terasa seperti mahu mencari carinya..namun bila kita teringat dia sudah pergi..kita tiba2 rasa sunyi dan kosong..semakin kita melupakan..semakin kenangan bersama dia datang menggila..

pernahkah???

Pada saat itulah kadangkala penyesalan kadangkala singgah & menyesali segalanya..
Tapi bergunakah penyesalan kita pada saat itu..
Kenangan bersama mereka itu kadangkala pahit,kadangkala perit..Tapi hanya itulah yang tinggal.. :(



Ingat janji kita~~ sanggup datang, sanggup pulang. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi.. tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.



Bismillahirrahmanirrahim..


Assalammualaikum Tinta seorang hawa,
juga salam pada kalian yang sudi menjengah disini.

Maaf kerana masa untuk ruangan ini semakin terhad aku rasakan.
dengan Alasan yang sama,asignment bertimbun.teeeheee..
dan itu jawapan yang jujur sebenarnya.

Banyak benda yang ingin aku luahkan pada tintaseoranghawa,namun terpaksa aku pendam sebab ada yang lebih memerluakan komitmen aku disaat ini,yer,tugasan aku..Maaf.. :(

Terima kasih kepada sahabat, Hidayu haron sebab sudi tag Alya dalam ruangannya..InsyaAllah,alya berusaha untuk menjawab segala soalan ayu dengan sejujurnya & seikhlasnya..InsyaAllah.. :)

Dengan Nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang,


1) seronok tak kena tag macam ni??hehehe

Teehee..alhamdulillah rasa seronok jugak..Tag la lagi yer lain kali :)

2)boleh tau tak, pandangan anda mengenai 'kahwin muda'?

Bagi alya,kahwin muda dapat mengelakkan berlakunya maksiat.Maksiat dari segi hati atau yg sebaliknya yang kadangkala tanpa kita sedar.Namun,niat kahwin muda tu haruslah betul niatnya kerana Allah s.w.t dan sekaligus ingin menjauhkan maksiat .Disamping itu,kena tanya diri dan hati,mampu ke kita nak hadapi alam rumahtangga yang sangat-sangat memerlukan komitmen sekaligus memegang tanggungjawab yang besar.Kahwin bukanlah sesuatu yang mudah semudah kita menyebutnya.Dunia perkahwinan yang kita impikan selalunya tidak seindah yang kita bayangkan.(ceh,macam ada pengalaman kan?)xla,ini berdasarkan perkongsian rakan2 sebenarnya..Ramai yang mengatakan alam perkahwinan itu tidak seindah seperti yang kita lihat dalam drama2 melayu atau cerita2 cinta yang lain,dan situasi bercinta sebelum dan selepas kahwin adalah sangat2 berbeza sebenarnya.bagi Alya,nak kahwin muda xpee..baik sangat,asalkan dah penuh ilmu didada dan tanya diri,mampukah kita melayarinya..alya memilih untuk kahwin dalam usia sederhana muda around 24-25..sebab alya nak jalankan tangunggjawab bagi ibu & ayah naik haji dulu & jaga masa tua mereka..bila dah kahwin,alya tkot komitmen pada suami & anak2 mmbuat alya lupa tangunggjawab pada mereka.apapun,semuanya brgantung pada pendapat dan takdir masing-masing kan.... :)



Bak kata Ustazah Fatimah Syarha,

Apa yang Allah haramkan sebelum kahwin, sekejap saja. Sabarlah sekejap! Dah kahwin nanti, yang halal amatlah luas. Yang halal lebih indah kerana benaungkan redha Allah :)

3)apa kata-kata motivasi yang menarik buat anda?


“Man jadda wa jada!” - Sesiapa yang berusaha, pasti dan pasti, dia akan mendapatkannya~ Pasti!



4)siapakah artis nasyid kegemaran anda?

U.N.I.C




5)nama2 Islam yang paling anda rasakan cantik dan mempunyai makna yang baik?

ANWAR-cahaya (ceihhh)
Aliya ===Tinggi, yang paling mulia
Hawaliah - pemelihara
cehhh...Pulun x?

6)pekerjaan yang paling anda kagumi selain tenaga pengajar?

Pendakwah,pakar motivasi (cita2 saya)



7)satu perkataan yang terbaik utk anda describe mengenai kawan baik/tunang/suami/isteri anda?

Terhebat!

8)cara anda merajuk macamana ye?hehe

Mendiamkan diri,teeehheeee... :)


9) 2 benda yang paling penting dalam hidup anda?

1. Al-quran,
2. ILmu :)

10) antara sejarah dan matematik, mana pilihan anda?

Sejarah..teeehheee,..pnah brcita2 mnjadi lawyer kot.. :)
xbape suka math sbb memg xsuka main angka,suka baca2 ja..tp,bila pregnant nnti nak blajar math bnyak2..nak anak pandai dlam semua bidang..insyaAllah(pesanan khidmat msyarakat dari ibu)

11) kata-kata semangat utk ayu??hehe

Your are responsible for Your own success!!

sorry ayu if Jawapan xmemuaskan hati..maaf cangat2..apepon tankz tag al..
assalammualaikum :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...