Assalammualaikum...



Tinta seorang hawa..Terima kasih kerana masih memberi hati dan jemari ini untuk terus mencurahkan isi hati disini.
Juga pada kalian yang sudi singgah dan berkongsi rasa ini seterusnya...
Doakan saya menjadi seorang hawa yang kuat dalam hidup ini..InsyaAllah..

Mengahadiri ujibakat sebagai Dj radio baru-baru ni memberi satu pengalaman baru dalam hdup aku..aneh rasanya berada di konti..Mengharap moga aku terpilih..InsyaAllah..amin..

Tintaseoranghawa.. :)

dugaan demi dugaan yang menyapa diri kebelakangan ini membuat aku menjadi queen of sleep untuk seketika..kusangkakan bekerja di tapak pembinaan itu amat penat,namun kini aku sedar..menjadi seorang pemikir masalah itu sebenarnya lagi memenatkan.hasilnya,aku sering saja tidur & mghabiskan masa yg brlalu dgn memikirkan setiap masalah2 yg menerpa.Mungkin dugaan yang menimpa kali ini terlalu sukar kurasakan.apatah lagi bila ianya melibatkan insan-insan yang pernah aku sayang dan hormati dlam hdup aku.salah siapa?

aku tidak ingin menuding jari kepada siapa-siapa.Puncanya mungkin kerana diri sendiri atau mereka.Ahhhh!tidak guna rasanya menuduh siapa-siapa.aku rasa andai aku tegakkan kebenaran sekalipun.mereka tidak akan percaya dan aku memilih untuk diam dan mengalah.Itu yang terbaik rasanya.Aku tidak tahu mengapa manusia sering buta kerana cinta dan seterusnya menuduh insan yang menyayangi anda cemburu kononnya.Sebagai sahabat,aku hanya mengadu,aku rasa tersisih.Dan akhirnya itu menjadi punca berakhirnya sebuah cerita kita.Mudah kan.Mudahnya membuang seorang sahabat dalam hdup dan kemudiannya kau menulis tentang dia seolah-olah dia tidak pernah menjadi sesuatu yang berharga dalam hidupmu.

Bila aku mintak masa untuk menyendiri,aku dikatakan memberi alasan.Sedangkan berapa kali aku tegakkan aku ingin kembali mencari jalan.Mencari jalan setelah simpang kehidupan yang melalaikan aku masuki dan aku ingin pulang ke pangkal jalan.Adakah mencari Allah itu alasan?sungguh aku tidak paham sebenarnya.Kau sebenarnya yang tidak sedar,kau terlalu memuja lelaki itu tanpa kau belajar dari pengalaman masa lalu mu.Tanpa kau ingat seorang lelaki itu terlalu pandai menabur  janji dan pergi setelah apa yang dia ingini dikecapi.

sewenangnya kau menyakiti seakan kau begitu pasti yang lelaki itu tak akan menyakiti.Sewenangnya kau membiarkan aku pergi tanpa kau ingat kau pernah berjanji.Sewenangnya kau melepaskan status sahabat kerana merasakan dia yang terhebat.Aku terkedu kawan..!aku berjalan tanpa arah dan mencari jalan bagaimana harus aku jelaskan semuanya..Aku berhenti disuatu persimpangan dan menangis disitu semahunya.Semahunya sehingga ketika ini airmata ini sudah kering untuk mengalirkan airmata lagi.Bukan mudah menerima.bukan mudah menelan hakikat sahabat yang satu ketika dahulu adalah segalanya pergi begitu sahaja tanpa rasa apa-apa.

CEMBURU..?untuk apa aku harus cemburu..Tersisih dan cemburu adalah berbeza kawan..!
berapa kali harus aku ulang..Perbuatanmu membuat aku berasa begitu tersisih..Lihat sahaja tulisan dilaman hati mu..Segalanya tentang cinta dia..Kau terlalu memuja cinta manusia itu sedang berapa kali ingin aku katakan dahului cinta Allah dalam hatimu.Kelak kau tidak akan terluka lagi.Aku sakit melihat kelukaanmu membuat aku takut bila melihat kau terlalu memuja dia.Hanya kerana itu.Bukan aku cemburu..Terpulang andai kau katakan ini alsan lagi..Terpulang kawan..!
Dan aku masih disini..Tertidur saat aku terlalu penat menangis.. :( Rindu yang teramat padamu kawan.. 
Doa mnjadi pengganti diri ini untukmu..Wasalam..












p/s:Bila kau senyum dengan anggapan semuanya baik, maka simpanlah senyuman itu kerana senyuman itu sebenarnya yang menjadikan apa yang dilalui adalah baik dan terbaik.. :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...