Bersangka baik, walaupun terkadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Kerana orang yang berburuk sangka akan tersiksa dua kali, hakikat dan hati :)


Lalu, diketika saat-saat dirimu dan diriku diuji~ sudi apalah kiranya kita rehatkan hati :)


Assalammualaikum Tintaseoranghawa...
Aku kembali ke ruang ini menghela nafas berat sekali.. 
aku masih mencari kekuatan hati dari kekusutan demi kekusutan
yang kulalui saban hari..
Kekangan masa & assigment yg bertimbun membuat aku terpaksa melupakan hasrat untuk berkongsi cerita disini..
Hati jangan mengada-ngada sangat boleh X?
kehidupan mana yang tidak pernah ada kesulitan bukan?
Jadi Hati..bersabarlah..

pada kalian yang sudi membaca dan meninggalkan jejak disini,terima kasih..
maaf andai terlalu banyak kisah duka disini.. 
pada kalian yang ingin berkongsi..Terima kasih,moga kalian diberkati.. :)

Tintaseoranghawa,
Sepanjang bulan ini..aku diuji dengan hebat sekali.
Kehilangan sahabat baik...
dikhianati oleh insan yg sangat aku hormati
Mangsa keadaan kawan sekelas sendiri..
Serta insan sekeliling yang menguji hati...

Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya rasa ini..
Hanya Allah yang tahu betapa pedihnya hati ini..
Hanya Allah yang tahu betapa aku terjatuh & aku gagahkan diri bangkit kembali..sebab aku tahu,tiada siapa akan menyambut tangan ini untuk bangkit melainkan diri sendiri..

Malam yang kulalui berteman airmata & doa yang panjang kepada sang pencipta membuatkan aku terus tabah meneruskan hidup demi insan yang masih memerlukan diri ini..
kadangkala,walau betapa sakit hati ini..aku sudah gagal untuk menitisan airmata..knpa?
sebab..airmata sudah kering dengan perbuatan-perbuatan manusia.
Adakalanya sementara menunggu subuh tiba,aku tertidur diatas sejadah...
& aku disajikan dengan mimpi yang indah sekali..
sebab itu sekarang aku sangat memilih untuk terus tidur diatas sejadah..Aku mahu mimpi2 indah itu lagi..
wajah-wajah bersih & bersinar didalam mimpi itu sangat menenangkan.. tersangat & teramat.. :)


sebelum terlupa,ingin aku mengucapkan salam awal muharram kepada semua..
apa azam tahun baru anda?hehe..
Aku tidak mengharapkan apa-apa cukup andai aku menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya..
dan cukup andai aku btul-betul berubah mnjadi sebaik-baik muslimah walau tidak sesempurna srikandi-srikandi pejuang agama..
dan aku mahu mlupakan segala kisah duka itu..
memulakan segalanya seperti sediakala dan brharap akan ada sinar bahagia walau sekelumit untuk aku.. :)
insyaAllah...
melupakan segalanya bermakna aku harus melupakan mereka..biarlah..biar Allah mengadili segalanya..
andai memg benar aku yg bersalah aku mahu terus bertaubat & bertaubat..
tp jika mereka,aku mohon semoga Allah mnjaga mereka & mgampuni segala silap mereka sebab mereka adlh insn yg pernah mnjadi sebahagian daripada nadi hidupku suatu ketila dahulu..


Mereka2 yg aku sayangi,
aku memilih untuk pergi kerana aku memg ditakdrkan bukan untuk bersama kalian..
aku memilih untuk menjauh sebab aku bukanlah insan yang layak untuk berdiri & duduk sama tinggi dengan kalian..
izinkan langkah kaki ini..& kalian hduplah dengan aman & penuh kebahagiaan..
padamu sahabat,hidup ini kita dihadapkan & diuji dengan melihat pintu-pintu yang tertutup,berjuanglah untuk membuka satu pintu jika kau yakin pintu itu adalah yang terbaik untukmu..Doa dari kejauhan ikhlas selalu untukmu..
padamu kakak,terima kasih kerana pernah membawa erti kasih sayang seorang kakak buat diri ini,yang membuat aku pernah berasa bahagia seketika kerana Allah memberi aku peluang untuk punya kakak dalam seumur hidupku..Terima kasih yang tidak terhingga..Doa setulus hati aku panjatkan pada Illahi moga Allah mempermudahkan segalanya untukmu dalam hidup ini.. insyaAllah.. amin.. :)


saya pergi kali ini..Tanpa dendam...
mohon doa daripada sesiapa yang sudi untuk mendoakan agar Allah selalu membimbing diri ini kejalan yg Allah s.w.t redhai..Saya bercita-cita mahu membela Agama & bangsa..dan saya sedang mempersiapkan diri kesitu..amin... :)






BICARA HATI :pernahkah kalian rasa seperti ingin membuang jauh keinginan untuk mengambil tahu kerana bimbang hati lebih terdera melihat semua itu?Ya...itu aku barangkali.. ^.^



Assalammualaikum...



Tinta seorang hawa..Terima kasih kerana masih memberi hati dan jemari ini untuk terus mencurahkan isi hati disini.
Juga pada kalian yang sudi singgah dan berkongsi rasa ini seterusnya...
Doakan saya menjadi seorang hawa yang kuat dalam hidup ini..InsyaAllah..

Mengahadiri ujibakat sebagai Dj radio baru-baru ni memberi satu pengalaman baru dalam hdup aku..aneh rasanya berada di konti..Mengharap moga aku terpilih..InsyaAllah..amin..

Tintaseoranghawa.. :)

dugaan demi dugaan yang menyapa diri kebelakangan ini membuat aku menjadi queen of sleep untuk seketika..kusangkakan bekerja di tapak pembinaan itu amat penat,namun kini aku sedar..menjadi seorang pemikir masalah itu sebenarnya lagi memenatkan.hasilnya,aku sering saja tidur & mghabiskan masa yg brlalu dgn memikirkan setiap masalah2 yg menerpa.Mungkin dugaan yang menimpa kali ini terlalu sukar kurasakan.apatah lagi bila ianya melibatkan insan-insan yang pernah aku sayang dan hormati dlam hdup aku.salah siapa?

aku tidak ingin menuding jari kepada siapa-siapa.Puncanya mungkin kerana diri sendiri atau mereka.Ahhhh!tidak guna rasanya menuduh siapa-siapa.aku rasa andai aku tegakkan kebenaran sekalipun.mereka tidak akan percaya dan aku memilih untuk diam dan mengalah.Itu yang terbaik rasanya.Aku tidak tahu mengapa manusia sering buta kerana cinta dan seterusnya menuduh insan yang menyayangi anda cemburu kononnya.Sebagai sahabat,aku hanya mengadu,aku rasa tersisih.Dan akhirnya itu menjadi punca berakhirnya sebuah cerita kita.Mudah kan.Mudahnya membuang seorang sahabat dalam hdup dan kemudiannya kau menulis tentang dia seolah-olah dia tidak pernah menjadi sesuatu yang berharga dalam hidupmu.

Bila aku mintak masa untuk menyendiri,aku dikatakan memberi alasan.Sedangkan berapa kali aku tegakkan aku ingin kembali mencari jalan.Mencari jalan setelah simpang kehidupan yang melalaikan aku masuki dan aku ingin pulang ke pangkal jalan.Adakah mencari Allah itu alasan?sungguh aku tidak paham sebenarnya.Kau sebenarnya yang tidak sedar,kau terlalu memuja lelaki itu tanpa kau belajar dari pengalaman masa lalu mu.Tanpa kau ingat seorang lelaki itu terlalu pandai menabur  janji dan pergi setelah apa yang dia ingini dikecapi.

sewenangnya kau menyakiti seakan kau begitu pasti yang lelaki itu tak akan menyakiti.Sewenangnya kau membiarkan aku pergi tanpa kau ingat kau pernah berjanji.Sewenangnya kau melepaskan status sahabat kerana merasakan dia yang terhebat.Aku terkedu kawan..!aku berjalan tanpa arah dan mencari jalan bagaimana harus aku jelaskan semuanya..Aku berhenti disuatu persimpangan dan menangis disitu semahunya.Semahunya sehingga ketika ini airmata ini sudah kering untuk mengalirkan airmata lagi.Bukan mudah menerima.bukan mudah menelan hakikat sahabat yang satu ketika dahulu adalah segalanya pergi begitu sahaja tanpa rasa apa-apa.

CEMBURU..?untuk apa aku harus cemburu..Tersisih dan cemburu adalah berbeza kawan..!
berapa kali harus aku ulang..Perbuatanmu membuat aku berasa begitu tersisih..Lihat sahaja tulisan dilaman hati mu..Segalanya tentang cinta dia..Kau terlalu memuja cinta manusia itu sedang berapa kali ingin aku katakan dahului cinta Allah dalam hatimu.Kelak kau tidak akan terluka lagi.Aku sakit melihat kelukaanmu membuat aku takut bila melihat kau terlalu memuja dia.Hanya kerana itu.Bukan aku cemburu..Terpulang andai kau katakan ini alsan lagi..Terpulang kawan..!
Dan aku masih disini..Tertidur saat aku terlalu penat menangis.. :( Rindu yang teramat padamu kawan.. 
Doa mnjadi pengganti diri ini untukmu..Wasalam..












p/s:Bila kau senyum dengan anggapan semuanya baik, maka simpanlah senyuman itu kerana senyuman itu sebenarnya yang menjadikan apa yang dilalui adalah baik dan terbaik.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...