Assalammualaikum...
~Allah tidak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu,matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan KEMUDAHAN bersama kesulitan, RAHMAT dalam ujian, GANJARAN buat kesabaran, KETEGUHAN dalam perjuangan..Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan...~
 

Membawa diri untuk seketika..Mungkin ini yang terbaik untuk kita & hubungan ini.Maaf,bukan niat untuk melepaskan hubungan yang dah terbina dua tahun ini.langsung sy tidaak pernah terniat untuk lepaskan malahan membiarkan ia terus hancur.selama dua tahun hidup dengan awak membuatkan saya tabah untuk terus mempertahankan hubungan kita.bertahan dan terus bertahan hingga kini saya terpaksa mengalah dan membawa diri seketika.Biarlah untuk kali ini saya bawak hati saya.Hati saya dah terlalu penat bertahan.Benteng yang saya bina dalam hati itu akhirnya kalah dengan setiap perbuatan-perbuatan awak.


Awak lelaki yang baik.terlalu baik untuk sy.Mungkin sbb sy xlayak untuk awak kan.seharusnya sy akur dengan ketentuan ini.Saya sendiri xtahu mana saya dpatkan kekuatan untuk pergi dari hdup awak setelah dua tahun bertahan.setelah dua tahun menyemai kasih bersama awak.bersama-sama mengharungi suka duka.bersama-sama dalam susah & senang.Percayalah.bukan mudah untuk saya buat keputusan ini.Saya tak tipu awak bila saya ckap sy syg awak.saya tak pernah tipu bila sy selalu ckap sy cintakan awak.Maafkan sy sbb saya dah xkuat untuk terus berdiri & mempertahankan hubungan ini.saya dah berusaha untuk bahagiakan awak.saya pegang janji saya untuk tetap bersama awak..sebab itu walau teruk macam mana pun awak layan saya,saya tetap berdiri disitu.tapi kini..maaf sebab saya betul-betul sudah tidak punya kekuatan untuk terus terima semuanya.


saya gagahi langkah kaki untuk pergi walaupn kenangan-kenangan indah bersama awak terus-terusan bersama saya..terusan-terusan bermain diminda saya.Untuk kesekian kalinya airmata sy jatuh jua.Tipu andai saya kata saya relakan semua ini.Saya tidak pernah relakan semuanya tapi saya harus kuat demi kehidupan saya.Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya semua ini.Saya harus kuat sebab kehidupan saya tak seindah orang lain.saya harus kuat sebab ramai yang perlukan saya.Saya x bahagia tidak mengapa tapi jika orang lain bahagia,lagi2 insan yg saya syg saya akan rasa tempiasnya.saya bersyukur pernah mengenali awak.walau sekejap awak juga pernah bahagiakan saya.terima kasih untuk segalanya.


Pesanan untuk diri..
Teruskanlah kehidupan ini alya..walau dihadapan seribu ranjau lagi akan kau lalui...Tabah & redhakanlah segalanya..Selagi kasih syg Allah itu ada..selagi itu Bernafaslah dengan bahagia & gembira..hidup hanya sekali untuk kau teus berendam dengan duka ini..Doakanlah dia bahagia..


pesanan untuk dia..
Hidup baik-baik yer..Teruskan perjuangan awak..andai perhubungan ini bermula sebagai sahabat baik..seharusnya ia juga harus berakhir sebagai sahabat baik kan...Dikesempatan ini,Saya memohon ampun atas segala salah & silap saya  pada awak dari hujung rambut sampai hujung kaki..Percayalah..andai jodoh itu memg milik kita..sejauh manapun sy berlari..sy takkan pernah jauh dari awak..


Hidup ini kembarnya ujian.Datang dan datang tanpa perhentian. Hanya dengan keimanan kau mampu bertahan.Jangan kau jatuh hari ini kerana hanya selepas mati baru ujian berhenti.Jika rasa berduka, alihkan matamu
...
ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya Allah
saja yang tahu rahsia didalamnya.
Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai , airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.
Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, maka kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersam
amu.
 
 
 
Takdir kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang, memberi apa yang tidak dirancang, memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan.
Selagi kita hidup, langkah mesti diteruskan. Jangan sesekali kesal dengan nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk Allah yg sedang di uji oleh-NYA.
"La Tahzan". Jangan Bersedih. InsyaAllah Allah ganti lebih baik.
Allah merancang sesuatu buat kita, ya.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...