S e b a k...



Itu yang aku rasakan saat mendapat panggilan daripada sahabatku..Suara tangisannya dihujung talian yg menangis teresak-esak seolah merentap hati & naluriku..Knpa dengan sahabatku Ya Rabbi...Ku tahan sebak suara & kuatkan hati walau aku tahu sesaat lagi airmata ini akan gugur jua..


s e p i ...
Kubiarkan hnya esakannya yg menyelubungi kami saat itu..biar dia melepaskan segala penderitaan itu..mungkin tangisan itu akan membuat dia merasa lega..tangisan itu satu terapi bagi segala derita.ya..!itu kajian sesetengah pihak & aku prcaya..sbb bila aku rasa sakit yg tersangat..aku akan menangis..kadangkala menangis shgga aku tertidur sndri..& aku akan bangkit dari derita & kesakitan itu..itu aku..tp dia..Ya Allah..ingin rasanya memeluk dia & mngis brsama..Mgknkah ia akan lebih mengurangkan derita dia.. :(

seminit...

dua minit...

Dia mula bersuara...

Sy rndukan Alya...
Sy rndukan nasihat Alya...
Sy sedih sangat..sy xtaw knpa..?

Ya Allah..bersama kata-kata itu mengalir airmata ini satu persatu..namun aku cuba mengawal suara..

Awak sihat?awak ada masalah...?
knpa nie...cuba cite...


Bagi dia alya sahabat yg memahami..sbb alya slalu dpat rasakan perasaan dia..memahami keadaan dia..mungkin sebab itu dia selesa berkongsi segalanya bersama alya..
alya sayangkan dia..
dia sahabat alya..sama-sama berjuang mengejar kejayaan..
kami suka berkongsi apa jua pandangan..
sama-sama mengajar diri untuk berubah kearah kebaikan..
dia sahabat alya yang sangat baik..
sedia berdiri dibelakang dalam apa jua situasi..
siapa diri alya pada hari ini adalah sedikit sebanyak daripada dia..
dia yang mengajar alya erti wanita solehah..
menegur tika alya leka & terus lalai dengan mainan dunia..

Mendengar setiap luahan hatinya bersama esak tangis itu membuat alya terlalu sebak..
deraian airmata semakin laju membasahi pipi..
dalam hati alya x putus-putus berdoa moga Allah tabahkan dia...
Dia diam...& alya mula bersuara...

Syg (bersama suara yg sangat2 yakin)
Andai cita sesama manusia itu hanya mengajar kamu erti derita & airmata...
Carilah cinta yg akan membawa kamu ke gerbang bahagia (cinta Illahi)..
Janji Allah adalah benar syg...
Allah telah menyediakan seseorang yg terbaik untuk kamu..&
dia sedang menanti kamu..
wanita yg baik untuk lelaki yang baik..itu pasti..
Hidup kita masih panjang ..masih bnyak lagi jalan & ranjau yg perlu kita lalui..
Yang lemah bukannya badan tetapi Hati...
dan..
yang kuat bukannya badan tetapi juga hati.. :)

Di hujung talian aku mndengar dia menarik nafas...Lega..!
dia tergelak..Sy rndukan alya..sy rndukan nasihat alya..terima kasih alya..saya dah senyum.. :)

mendengar dia ketawa sekali lagi airmata ini jatuh..

Terima kasih ya Allah..terima kasih..Lindungilah sahabatku ini dlam setiap langkahnya..kerana hnya kau yg mengetahui segalanya..Andai kau uji dia..berilah dia kekuatan untuk menghadapinya.. amin..ya rabbal alamin.. :)













0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...