Gembira..
:
:
Itu perasaan aku apabila melihat nama tersenarai sebagai bakal pelatih PLKN.Mungkin tidak bagi orang lain.Yang pastinya aku berdoa agar tersenarai sebagai pelatih PLKN.Ye.Doa aku dimakbulkan.Terima Kasih YA Allah.Walaupun pelbagai cerita kurang enak menyelubungi semasa mempersiapkan diri untuk kesana.Aku gagahkan diri & menanti hari-hari untuk melapor diri dengan perasaan yang tidak sabar.KEM REKREASI BELIA BALING,kedah adalah tempat latihanku.

Apabila hari yang dinanti tiba,aku menaiki bas dari terminal bas sungai petani untuk ke kem baling.Selepas mendaftar,aku menaiki bas yang dikhaskan untuk menghantar aku ke pusat latihanku.Perasaan sedih menyelubungi saat berjauhan daripada keluarga.Dan sebenarnya aku sedikit gementar dengan kehidupan baru yang bakal aku tempuhi sebenarnya.Hidup ala-ala tentera seperti yg aku bayangkan.Sesampainya di disitu,kami diminta sekali lagi mendaftar diri dan diberi bilik.Aku telah disenaraikan untuk berada di bawah kompeni BRAVO.Kompeni yang sedikit sebanyak membuat aku berasa bangga kerana diberi tangunggjawab menjadi sarjan wirawati.Walaupun aku sebenarnya xsehebat sarjan-sarjan lain.

Pengalaman jangan cakapla.Segalanya terlalu indah untuk diungkapkan.Pengalaman yang ditempuh membuatkan aku rasa bersyukur terpilih sebagai pelatih PLKN.Daripada aktiviti lasak sehinggalah aktiviti kemasyarakatan semuanya menjanjikan kenangan-kenangan yang tidak mungkin dapat aku lupakan.Barisan jurulatih yang punya gaya tersendiri membuatkan mereka tetap segar dalam ingatan walaupun hampir beberapa tahun ianya sudah berlalu.Paling tidak dapat aku lupakan adalah ketua jurulatih kami.Iaitu encik yusoff yg sangat tegas tp sebenarnya dia adalah semulia-mulia insan.Moga engkau berkati dia Ya Allah.
Berkati juga jurulatih-jurulatih ku yang lain atas segala ilmu yang telah mereka curahkan.amin..



Untuk anak-anak buah saya semasa dibawah kepimpinan saya..:

Kalian,Sejuta maaf saya pohon andai sepanjang menjadi sarjan kalian..saya itu bukan sarjan yang terbaik..bukan yang terhebat dan bukan yang kalian mahukan..Maaf andai saya tidak mampu memberi kepuasan dan tidak menjalankan tangunggjawab dengan baik.Andai peristiwa itu boleh diundur semula,saya ingin kembali memimpin kalian dan menjadi yang terbaik untuk kalian.Saya rindukan kalian.Rndu sebab kalian itu menerima saya seadanya sebagai sarjan kalian.Sokongan kalian yang tidak putus-putus membuatkan saya terus meneruskan langkah menjadi sarjan kalian sehingga penghujung latihan.Kalian itu rakan seperjuangan yang sangat-sangat baik.Terima kasih untuk segalanya dan maafkan segala khilaf saya sepanjang memimpin kalian.Kepincangan semasa menjadi pemimpin kalian adakalanya membuat saya kesal kepada diri ini.Juga buat penghulu dan sarjan wira kompeni Bravo.Maaf,sebab sy tidak pernah sebulu dengan anda berdua.














Untuk sahabat Alpha,charlie,delta:

Kalian sahabat perjuangan yang hebat. kalian pesaing yang sangat hebat.Kita bermusuh dalam setiap perlawanan untuk menjadi kompeni terbaik Tapi kita adalah keluarga dalam pusat latihan itu.Mengenali dan bersaing dengan kalian adalah kenangan & momen terindah dan yang paling indah dalam hidup saya.Serius.saya jadi sangat rindu pada kalian-kalian sepanjang menaip entry ini.Terlalu bnyak nama untuk disebut.Jadi,sy mngambil langkah untuk tidak mnyebut nama siapa-siapa kerana ingin menjaga hati semua.Untuk kalian juga,maafkan khilaf ini kerana saya akui saya pernah mlakukan kesilapan sepanjang perlawanan menjadi kompeni terbaik.NGeeee..!



Untuk pelajar kelas 3...:
Rndu setengah mati pada kalian.. :(
kalian yang sporting,kelakar & paling banyak karenah...
Rndu cikgu shatirah & cikgu mie...


Kalau nak masuk PLKN sekali lagi boleh??hehe.. :)

:
:

Betul cakap ibu,Setiap peluang yang Allah beri seharusnya dihargai...


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...