Assalammualaikum Tinta seorang Hawa.. :)
Juga pada kalian yang selalu singgah pada tarian tinta seorang gadis biasa ini..Terima Kasih.. :)

Hujan membasahi bumi serdang lagi.Kesejukan yang menggigit membuat aku memilih untuk terus diam disini.Aku sukakan hujan kerana hujan seringkali membuat aku menjadi seorang perindu sepi.Hujan juga sering membuat aku insan yang selalu bermuhasabah diri.Kadangkala airmata yang turun apabila mengenang dosa semalam sama lebat dengan hujan yang seakan tidak mahu berhenti.Tuhan,bimbing langkah kaki ini kejalan yang kau redhai.. :(

Kenapa rindu ku kali ini pada pemilik rusuk kiri sedangkan aku tidak tahu siapa empunya diri..?
Ya Rabbi..apakah petanda ini...Pemilik rusuk kiri ada sedikit kata-kata untuk anda disini..


Wahai pemilik Rusuk kiri..Aku kini sedang berusaha untuk menjadi hawamu yg akan membahagiakanmu suatu hari nanti..Aku juga sedang berusaha mempelajari segala ilmu agar aku mampu mnjadi isteri yang akan selalu mampu untuk menolongmu dan sebagai bekalan agar aku akan menjadi isteri yang kau redhai..juga ibu yang akan mendidik anak-anaknya untuk membesar menjadi pejuang agama islam..Wahai pemilik rusuk kiri,apa yang sedang kau lakukan sekarang..Semoga Allah selalu merahmati & kau juga seperti aku yg mempersiapkan dirimu untuk membimbing aku kejalan Allah s.w.t.. :)


Pemilik Rusuk kiri....
saya belajar untuk ubatkan hati yang menderita.
saya belajar untuk tahu bahawa menunggu itu bukan sengsara.
saya belajar untuk setia pada yang Esa..Kerana hanya dia yang mengetahui rasa didada.. :)





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...