Kadang-kadang saya sedar..Senyuman saya sudah tidak mampu menutup rasa hati.. :)




Tak ada kebahagiaan yang sempurna di dunia ini .. hanya rasa syukur saja yang kan membuat kita mampu untuk  menjalani dan menikmati ..
Tak ada pelangi yang terindah .. selama hujan badai belum menerpa bumi ..meski cinta sejati tak termiliki .. namun kan selalu terjaga di hati ..
Disebalik Tawa ada kesedihan, 
di balik sedih ada juga tawa 
semua kehidupan di dunia ini hanyalah fana… selalu ada sebuah kerahsiaan , 
besok, ataupun nanti kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi…. yang penting 
jalani hidup dengan keyakinan dan tak kenal putus asa….


Terkadang,,kesepian datang dalam hidup dan tak kunjung pergi.
 Hidup terasa hampa tak punya arah. Semua yg datang hanya singgah sebentar lalu pergi.
 Dalam kesepian kita terus termenung sebelum akhirnya menemukan kebahagiaan..


Lamunan senja dalam derita,, 
seakan menumpuk luka dalam remangnya reruntuhan cinta,, 
yang terbalut oleh kelamnya puing-puing kerinduan,
sehingga! Kasih sayang yang terbina,, seakan hancur dan terdampar bagaikan pohon 
yang rapuh termakan oleh usia....

Pegang tanganku,. tetap iringi setiap langkah kakiku….
Jika ,
suatu saat di perjalanan nanti kau temukan yang lebih baik dariku,Jangan ragu 
untuk tinggalkan aku…….


Bila bulan & bintang itu indah, katakanlah dia indah.
Bila malam & siang itu ada katakanlah,mereka itu ada.
Bila Adam & Hawa Itu Tercipta sebagai sepasang kekasih,katakanlah 
AkU…………..TERCIPTA UntuK Mu…………..

P/s:rindu yang teramat Padamu Pemilik rusuk kiri.. :)




Assalammualaikum Tinta seorang Hawa.. :)
Juga pada kalian yang selalu singgah pada tarian tinta seorang gadis biasa ini..Terima Kasih.. :)

Hujan membasahi bumi serdang lagi.Kesejukan yang menggigit membuat aku memilih untuk terus diam disini.Aku sukakan hujan kerana hujan seringkali membuat aku menjadi seorang perindu sepi.Hujan juga sering membuat aku insan yang selalu bermuhasabah diri.Kadangkala airmata yang turun apabila mengenang dosa semalam sama lebat dengan hujan yang seakan tidak mahu berhenti.Tuhan,bimbing langkah kaki ini kejalan yang kau redhai.. :(

Kenapa rindu ku kali ini pada pemilik rusuk kiri sedangkan aku tidak tahu siapa empunya diri..?
Ya Rabbi..apakah petanda ini...Pemilik rusuk kiri ada sedikit kata-kata untuk anda disini..


Wahai pemilik Rusuk kiri..Aku kini sedang berusaha untuk menjadi hawamu yg akan membahagiakanmu suatu hari nanti..Aku juga sedang berusaha mempelajari segala ilmu agar aku mampu mnjadi isteri yang akan selalu mampu untuk menolongmu dan sebagai bekalan agar aku akan menjadi isteri yang kau redhai..juga ibu yang akan mendidik anak-anaknya untuk membesar menjadi pejuang agama islam..Wahai pemilik rusuk kiri,apa yang sedang kau lakukan sekarang..Semoga Allah selalu merahmati & kau juga seperti aku yg mempersiapkan dirimu untuk membimbing aku kejalan Allah s.w.t.. :)


Pemilik Rusuk kiri....
saya belajar untuk ubatkan hati yang menderita.
saya belajar untuk tahu bahawa menunggu itu bukan sengsara.
saya belajar untuk setia pada yang Esa..Kerana hanya dia yang mengetahui rasa didada.. :)





Assalammualaikum Tinta seorang Hawa.. :)

Juga pada semua yang sudi singgah pada ruangan Tinta hati ini..Terima kasih..

Kalian,apa yg aku rasai sekarang,tidak semua orang pernah melaluinya..Aku dihina,diperli & terus-terusan disakiti oleh insan-insan yang aku sayang hanya kerana aku bersaiz XL.Hanya Allah yang tahu rasa ini namun segalanya aku simpan kemas-kemas dan pendam didalam hati.Aku sedih sebab mereka lebih menghargai kecantikan daripada kebaikan.Aku sebak sebab mereka butakan mata betapa bahagianya aku begini.Pernah satu ketika aku dihina dengan dahsyat sekali sehingga aku terduduk menangis.Ingin sahaja aku menjerit & meraung pada mereka.."aku tidak pinta untuk jadi begini lah..Tapi aku yakin Allah ada sebab mengapa Allah takdirkan untuk aku bersaiz XL pada hari ini..YA..!aku percaya Allah ada sebabnya..
 
 
Dengan keyakinan itulah aku terus hidup.Dengan perasaan menghargai dan sekurangnya aku sempurna anggota. Aku harus kuat dan tabah sebab ada yang lebih teruk dari aku.Bukan aku tidak pernah berusaha tapi aku sudah puas mencuba.Tapi Allah masih tidak makbulkan doa ini.Kerap aku merintih,kerap aku memasang angan-angan sehingga kadang-kadang aku tersentak dari lamunan yang aku tidak berpijak dibumi yang nyata.. :(.Dan seterusnya aku hanya mampu menangis.Bohong andai aku cakap aku mampu pekakkan telinga dengan setiap hinaan manusia..Bohong andai aku ckap aku akan selamanya tabah jika berterusan dihina..Aku xmgkn mampu sebab aku manusia biasa yang punya naluri & perasaan..!

Kenaikan berat mendadak sejak aku berhenti sukan..Jujur..aku terlalu rindukan padang..Sebab aku pernah memgang gelaran ratu padang..Aku rindukan trek..Aku rndu nak berlatih macam dulu2..Tapi dengan berat badan sekarang..Aku tak pikir aku mampu.. :(.Tapi....
 
 
Kali ini aku nekad...
Nekad untuk menurunkan berat badan Ini..
bukan untuk nampak cantik...
bukan untuk nampak bergaya...
bukan untuk berbangga-bangga..
Tapi hanya dengan satu harapan Moga masalah yang aku alami sekarang dapat diatasi..
Moga Allah dengar doa aku kali ini..InsyaAllah amin..
 
Pada yang sudi mendoakan..Doakan saya..Terima kasih..
It's ME.. :) (now)    

moga ada sinar untuk saya selepas ini.. :)
Ya Allah..dengarlah doa hambaMU ini.. 

P/s :Start berdiet hari ini 26 october 2011 (rabu)








Assalammualaikum...


Lega satu asignment sudah berjaya disiapkan dengan jayanya.Asignment historiografi melayu.Satu subjek yang betul-betul mencabar mata aku apabila berada dikelas.Sebabnya bait-bait katanya selalu membuat mata ku berasa sangat-sangat terbuai..Ngeee..Alhamdulillah..Nak lupakan seketika asignment lain yg masih bertimbun nun..Nak meluahkan sedikit rasa disini Sebelum melelapkan mata & andai dipanjangkan umur aku mahu tetap menempuhi hari esok dengan tabah...

Ramai yang bertanya..Tidak kurang yang seakan kurang percaya.,Kenapa gadis yang suatu ketika dahulu tersangat nakal,tersangat bising,tersangat jahat mampu menjadi seorang gadis yang pendiam,berpendidikan,dan seperti yang kalian lihat sekarang.Mungkin mereka-mereka ini tidak pernah mengenali satu ayat ini..

"Manusia itu mampu berubah sekelip mata"

Dulu masa zaman sekolah aku bukan dalam kategori wanita yang HOT dalam kalangan lelaki..Tapi aku HOT sebab selalu naik pentas ambil hadiah..Classmate aku masa form 4 & form 5 semuanya perempuan dan aku akui mereka semua cantik-cantik belaka.Aku hnya gadis comot yang tak kenal pun pencuci muka ataupun cream muka..Tapi secomot-comot aku,aku gadis yang paling tinggi impiannya dalam kalangan mereka sebab aku yakin tidak semua perkara didunia ini kan terjadi dengan hanya sebab & ukurannya cantik.

Siapakah aku pada zaman itu janganlah jadikan ukuran untuk mengenali siapa aku untuk ketika ini.Aku tetap sama seperti dulu,mengakui kalian sebagai kenalan jika memang pernah aku mengenali kalian..Aku mula perasan sedikit sikap mereka..Dulu masa aku tiada apa-apa aku bukanlah antara insan yang penting dalam diri mereka..Tapi bila melihat aku pada hari ini mereka begitu ramah dengan aku.Memuji aku melambung-lambung sampai satu saat aku hampir perasan hidung aku besar sebelah.Terkejut sebenarnya sebab kalian satu ketika dulu adalah insan-insan yang pernah memperlekehkan aku.Mungkin secara jujurnya aku sudah ikhlas memaafkan kalian tapi untuk memadam bekas torehan yang pernah kalian tinggalkan aku masih perlu mengambil masa.Ikhlaskah aku?

Dengan impian aku teruskan hidup aku.Sejujurnya jugak siapa aku pada hari ini adalah selepas aku bangun daripada jatuh kerana kalian.Terima kasih sebab kalian juga adalah penyumbang terbesar untuk berdirinya aku pada hari ini. Pengalaman yang kalian berikan membuat aku terus gagah meneruskan langkah dan mencapai impian aku sedikit demi sedikit.Sedikit bicara ingin aku katakan pada pembaca blog ini..Kalian jangan terkejut andai kawan yang satu ketika dahulu kalian hina dan caci semahunya akan berdiri dihadapan kalian sebagai perdana menteri suatu hari nanti..Kalian jangan terlalu bangga dengan kepandaian kalian sebab tidak mustahil insan yang kalian pandang rendah suatu ketika dahulu adalah pengarah dalam syarikat kalian..Sebab Allah itu telah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya..

Pembaca tinta seorang hawa..
Yang mampu mengubah nasib Dan keadaan diri kita pada hari ini hanyalah kita sahaja..Jika ada yang memandang rendah pada kalian hari ini,jadikan ia sebagai pendorong untuk kalian buktikan pada dia yg dia telah silap dalam menilai kalian..Berpijaklah atas kaki sendiri tanpa mengharap bantuan sesiapa melainkan Allah s.w.t.. :)


~Allah tidak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu,matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan KEMUDAHAN bersama kesulitan, RAHMAT dalam ujian, GANJARAN buat kesabaran, KETEGUHAN dalam perjuangan..Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan...~







RINDU...

Ibu,abah,adeq era,Farah amira,Kak sya,cikgu juriah..

Alya rindu...  :(

Maaf sangat sebab kesibukan sebagai pelajar menghalang Alya untuk kembali ke kmpung halaman..
Lia pendam rindu dalam hati ini demi masa depan lia..
Lia Tabah hadapi kehidupan disini..walau kadangkala lia terpaksa pendam penderitaan disini..
walau kadangkala lia terpaksa nangis sorang-sorang sebab terlalu perlukan kalian & rindukan kalian..
walau kadagkala lia terpaksa sambut panggilan kalian dengan suara paling ceria di semesta dengan harapan kalian akan gembira..Dan menangis sebaik kalian menamatkan kalian...


Penting dirikah alya?


IBU...
Ampunkan alya sebab kadangkala alya takut nak angkat panggilan dari ibu..Lia sedih dengar suara sebak ibu dihujung talian..
Lia takut ibu dengar lia menangis..lia xnak susahkan ibu dan buat ibu risaukan lia..Lia rasa mcam nak meraung bila ibu selalu bertanya bila lia nak balik..Ibu..ampunkan lia..Doakan langkah kaki lia disini..Semuanya untuk ibu & abah..Doakan agar lia berjaya dan semoga Allah akan selalu menjaga lia disini..Lia rindu ibu..lia rindu sangat pada suara ibu,bebelan ibu..lia rindu.. :(


Farah amira..
Sayu bila awak call petang tadi dan cakap awak rindukan saya..lagi sebak bila awak cakap bila nampak pantai awak akan rindukan saya..rasa macam nak berlari malam ni jugak peluk awak dan nangis puas-puas..saya seorang pemendam kan sekarang..saya sayang awak taw taw..sebab tue saya suka pendam..saya tak suka orang yang saya sayang nanges sebab saya..hnya itu alasannya..awak jage diri baik-baik kat cane taw..jgn nakal-nakal..nanti saya balik..kita pergi jlan-jalan lagi ya..saya rndu awak tersangat-sangat..

kak sya..
Kak..maafkan adik yer..adik selalu xde masa dengan akak..akak dengar penjelasan adik taw..adik sekarang ada bnyak sangat masalah..adik sedang diuji dengan hebat kak..tp alhamdulillah adik mampu hadapinya walaupun sukar..adik tak penah lupakan akaktaw..akak selalu ada dalam doa adik..akak jangan terasa taw if adik dah x macam dulu lagi..Adik xpenah berubah..adk tetap syangkan akak..sampai bila-bila..Akak jaga diri baik-baik yer..nanti bila adik dah stabil sikit..kita sembang puas2 taw..adk rndu akak.. :(

Moga saya tetap tabah disini..Ya Allah..Lindungi & berkati setiap langkah kaki ini..amin.. ^^
Assalammualaikum Tinta seorang hawa..

Juga untuk pembaca blog usang hamba..Terima kasih kerana sudi menjejakkan diri kesini.. :)

Tinta seorang Hawa..

aku ingin mengadu..sedikit terasa dengan beberapa sikap manusia sejak kebelakangan ini..

Baru-baru ni aku post sesuatu dekat group satu persatuan yang mewakili anak-anak sabah..aku bercakap bahasa Keyhell..!sedikit kesilapan..itu saja dan aku dikutuk semahunya oleh mereka..

Yer..!aku sentap..sedikit terasa dengan perlakuan-perlakuan mereka..menghukum aku hanya kerana slank Keyhell ku..Adakah slank itu mnjadi kayu pngukur kesetiaan ku terhadap sabah..Cubalah berdiri diatas tapak kaki ini dan rasakan perasaan aku ketika itu..Perasaan yang adakalanya aku tersepit antara sabah dan kedah..








Tak perlu nak kutuk aku sebab aku masih sedar siapa diri aku bila aku join kelab permasa sabah..

Tak perlu nak kutuk aku sebab aku masih bangga mengakui sebagai anak orang sabah walau siapa pun yg bertanya..

Tak perlu nak kutuk aku bila aku masih tahu untuk bertutur  dalam bahasa sabah..

Tak perlu nak kutuk aku bila aku masih ingat masakan kesukaan ku semasa di sabah..!

Tak perlu nak kutuk aku sebab korg bukanlah sehebat mana dalam mengharumkan nama sabah..

Sebab selamanya jasad & jiwa ini hnya mahu mengaku..AKU ANAK SABAH..!


Gadis sabah.. :)



hnya Tuhan yang tahu betapa kuatnya perasaan ini terhadap sabah walau hmpir berbelas tahun mnggalkannya..

Hnya Tuhan yg tahu rasa rindu ini...

Hnya Tuhan yang tahu betapa gembiranya hati ini bila dpat berkumpul bersama-sama anda semua..

Hnya Tuhan yg tahu Rasa cinta ini terhadap negeri kelahiran ku itu..

so... 

Tak payah nak kutuk aku hnya sebab aku ckap keyhell..!
Sebab hati & rasa ini hnya aku & Tuhan yg tahu..

Simpan rasa ini & biarkan hnya dia yg mengetahui...

Lastly,
Saya anak sabah & sy bangga menjadi anak sabah.. :)


p/s:Pesan ibu,Sayangnya kita terhadap sesuatu perkara itu apabila kita masih setia mengingati tentangnya  walau ianya ditelan arus masa bertahun lamanya..Renung-renungkan.. :)



Gembira..
:
:
Itu perasaan aku apabila melihat nama tersenarai sebagai bakal pelatih PLKN.Mungkin tidak bagi orang lain.Yang pastinya aku berdoa agar tersenarai sebagai pelatih PLKN.Ye.Doa aku dimakbulkan.Terima Kasih YA Allah.Walaupun pelbagai cerita kurang enak menyelubungi semasa mempersiapkan diri untuk kesana.Aku gagahkan diri & menanti hari-hari untuk melapor diri dengan perasaan yang tidak sabar.KEM REKREASI BELIA BALING,kedah adalah tempat latihanku.

Apabila hari yang dinanti tiba,aku menaiki bas dari terminal bas sungai petani untuk ke kem baling.Selepas mendaftar,aku menaiki bas yang dikhaskan untuk menghantar aku ke pusat latihanku.Perasaan sedih menyelubungi saat berjauhan daripada keluarga.Dan sebenarnya aku sedikit gementar dengan kehidupan baru yang bakal aku tempuhi sebenarnya.Hidup ala-ala tentera seperti yg aku bayangkan.Sesampainya di disitu,kami diminta sekali lagi mendaftar diri dan diberi bilik.Aku telah disenaraikan untuk berada di bawah kompeni BRAVO.Kompeni yang sedikit sebanyak membuat aku berasa bangga kerana diberi tangunggjawab menjadi sarjan wirawati.Walaupun aku sebenarnya xsehebat sarjan-sarjan lain.

Pengalaman jangan cakapla.Segalanya terlalu indah untuk diungkapkan.Pengalaman yang ditempuh membuatkan aku rasa bersyukur terpilih sebagai pelatih PLKN.Daripada aktiviti lasak sehinggalah aktiviti kemasyarakatan semuanya menjanjikan kenangan-kenangan yang tidak mungkin dapat aku lupakan.Barisan jurulatih yang punya gaya tersendiri membuatkan mereka tetap segar dalam ingatan walaupun hampir beberapa tahun ianya sudah berlalu.Paling tidak dapat aku lupakan adalah ketua jurulatih kami.Iaitu encik yusoff yg sangat tegas tp sebenarnya dia adalah semulia-mulia insan.Moga engkau berkati dia Ya Allah.
Berkati juga jurulatih-jurulatih ku yang lain atas segala ilmu yang telah mereka curahkan.amin..



Untuk anak-anak buah saya semasa dibawah kepimpinan saya..:

Kalian,Sejuta maaf saya pohon andai sepanjang menjadi sarjan kalian..saya itu bukan sarjan yang terbaik..bukan yang terhebat dan bukan yang kalian mahukan..Maaf andai saya tidak mampu memberi kepuasan dan tidak menjalankan tangunggjawab dengan baik.Andai peristiwa itu boleh diundur semula,saya ingin kembali memimpin kalian dan menjadi yang terbaik untuk kalian.Saya rindukan kalian.Rndu sebab kalian itu menerima saya seadanya sebagai sarjan kalian.Sokongan kalian yang tidak putus-putus membuatkan saya terus meneruskan langkah menjadi sarjan kalian sehingga penghujung latihan.Kalian itu rakan seperjuangan yang sangat-sangat baik.Terima kasih untuk segalanya dan maafkan segala khilaf saya sepanjang memimpin kalian.Kepincangan semasa menjadi pemimpin kalian adakalanya membuat saya kesal kepada diri ini.Juga buat penghulu dan sarjan wira kompeni Bravo.Maaf,sebab sy tidak pernah sebulu dengan anda berdua.














Untuk sahabat Alpha,charlie,delta:

Kalian sahabat perjuangan yang hebat. kalian pesaing yang sangat hebat.Kita bermusuh dalam setiap perlawanan untuk menjadi kompeni terbaik Tapi kita adalah keluarga dalam pusat latihan itu.Mengenali dan bersaing dengan kalian adalah kenangan & momen terindah dan yang paling indah dalam hidup saya.Serius.saya jadi sangat rindu pada kalian-kalian sepanjang menaip entry ini.Terlalu bnyak nama untuk disebut.Jadi,sy mngambil langkah untuk tidak mnyebut nama siapa-siapa kerana ingin menjaga hati semua.Untuk kalian juga,maafkan khilaf ini kerana saya akui saya pernah mlakukan kesilapan sepanjang perlawanan menjadi kompeni terbaik.NGeeee..!



Untuk pelajar kelas 3...:
Rndu setengah mati pada kalian.. :(
kalian yang sporting,kelakar & paling banyak karenah...
Rndu cikgu shatirah & cikgu mie...


Kalau nak masuk PLKN sekali lagi boleh??hehe.. :)

:
:

Betul cakap ibu,Setiap peluang yang Allah beri seharusnya dihargai...


Assalammualaikum...
~Allah tidak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu,matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan KEMUDAHAN bersama kesulitan, RAHMAT dalam ujian, GANJARAN buat kesabaran, KETEGUHAN dalam perjuangan..Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan...~
 

Membawa diri untuk seketika..Mungkin ini yang terbaik untuk kita & hubungan ini.Maaf,bukan niat untuk melepaskan hubungan yang dah terbina dua tahun ini.langsung sy tidaak pernah terniat untuk lepaskan malahan membiarkan ia terus hancur.selama dua tahun hidup dengan awak membuatkan saya tabah untuk terus mempertahankan hubungan kita.bertahan dan terus bertahan hingga kini saya terpaksa mengalah dan membawa diri seketika.Biarlah untuk kali ini saya bawak hati saya.Hati saya dah terlalu penat bertahan.Benteng yang saya bina dalam hati itu akhirnya kalah dengan setiap perbuatan-perbuatan awak.


Awak lelaki yang baik.terlalu baik untuk sy.Mungkin sbb sy xlayak untuk awak kan.seharusnya sy akur dengan ketentuan ini.Saya sendiri xtahu mana saya dpatkan kekuatan untuk pergi dari hdup awak setelah dua tahun bertahan.setelah dua tahun menyemai kasih bersama awak.bersama-sama mengharungi suka duka.bersama-sama dalam susah & senang.Percayalah.bukan mudah untuk saya buat keputusan ini.Saya tak tipu awak bila saya ckap sy syg awak.saya tak pernah tipu bila sy selalu ckap sy cintakan awak.Maafkan sy sbb saya dah xkuat untuk terus berdiri & mempertahankan hubungan ini.saya dah berusaha untuk bahagiakan awak.saya pegang janji saya untuk tetap bersama awak..sebab itu walau teruk macam mana pun awak layan saya,saya tetap berdiri disitu.tapi kini..maaf sebab saya betul-betul sudah tidak punya kekuatan untuk terus terima semuanya.


saya gagahi langkah kaki untuk pergi walaupn kenangan-kenangan indah bersama awak terus-terusan bersama saya..terusan-terusan bermain diminda saya.Untuk kesekian kalinya airmata sy jatuh jua.Tipu andai saya kata saya relakan semua ini.Saya tidak pernah relakan semuanya tapi saya harus kuat demi kehidupan saya.Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya semua ini.Saya harus kuat sebab kehidupan saya tak seindah orang lain.saya harus kuat sebab ramai yang perlukan saya.Saya x bahagia tidak mengapa tapi jika orang lain bahagia,lagi2 insan yg saya syg saya akan rasa tempiasnya.saya bersyukur pernah mengenali awak.walau sekejap awak juga pernah bahagiakan saya.terima kasih untuk segalanya.


Pesanan untuk diri..
Teruskanlah kehidupan ini alya..walau dihadapan seribu ranjau lagi akan kau lalui...Tabah & redhakanlah segalanya..Selagi kasih syg Allah itu ada..selagi itu Bernafaslah dengan bahagia & gembira..hidup hanya sekali untuk kau teus berendam dengan duka ini..Doakanlah dia bahagia..


pesanan untuk dia..
Hidup baik-baik yer..Teruskan perjuangan awak..andai perhubungan ini bermula sebagai sahabat baik..seharusnya ia juga harus berakhir sebagai sahabat baik kan...Dikesempatan ini,Saya memohon ampun atas segala salah & silap saya  pada awak dari hujung rambut sampai hujung kaki..Percayalah..andai jodoh itu memg milik kita..sejauh manapun sy berlari..sy takkan pernah jauh dari awak..


Hidup ini kembarnya ujian.Datang dan datang tanpa perhentian. Hanya dengan keimanan kau mampu bertahan.Jangan kau jatuh hari ini kerana hanya selepas mati baru ujian berhenti.Jika rasa berduka, alihkan matamu
...
ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya Allah
saja yang tahu rahsia didalamnya.
Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai , airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.
Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, maka kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersam
amu.
 
 
 
Takdir kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang, memberi apa yang tidak dirancang, memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan.
Selagi kita hidup, langkah mesti diteruskan. Jangan sesekali kesal dengan nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk Allah yg sedang di uji oleh-NYA.
"La Tahzan". Jangan Bersedih. InsyaAllah Allah ganti lebih baik.
Allah merancang sesuatu buat kita, ya.




S e b a k...



Itu yang aku rasakan saat mendapat panggilan daripada sahabatku..Suara tangisannya dihujung talian yg menangis teresak-esak seolah merentap hati & naluriku..Knpa dengan sahabatku Ya Rabbi...Ku tahan sebak suara & kuatkan hati walau aku tahu sesaat lagi airmata ini akan gugur jua..


s e p i ...
Kubiarkan hnya esakannya yg menyelubungi kami saat itu..biar dia melepaskan segala penderitaan itu..mungkin tangisan itu akan membuat dia merasa lega..tangisan itu satu terapi bagi segala derita.ya..!itu kajian sesetengah pihak & aku prcaya..sbb bila aku rasa sakit yg tersangat..aku akan menangis..kadangkala menangis shgga aku tertidur sndri..& aku akan bangkit dari derita & kesakitan itu..itu aku..tp dia..Ya Allah..ingin rasanya memeluk dia & mngis brsama..Mgknkah ia akan lebih mengurangkan derita dia.. :(

seminit...

dua minit...

Dia mula bersuara...

Sy rndukan Alya...
Sy rndukan nasihat Alya...
Sy sedih sangat..sy xtaw knpa..?

Ya Allah..bersama kata-kata itu mengalir airmata ini satu persatu..namun aku cuba mengawal suara..

Awak sihat?awak ada masalah...?
knpa nie...cuba cite...


Bagi dia alya sahabat yg memahami..sbb alya slalu dpat rasakan perasaan dia..memahami keadaan dia..mungkin sebab itu dia selesa berkongsi segalanya bersama alya..
alya sayangkan dia..
dia sahabat alya..sama-sama berjuang mengejar kejayaan..
kami suka berkongsi apa jua pandangan..
sama-sama mengajar diri untuk berubah kearah kebaikan..
dia sahabat alya yang sangat baik..
sedia berdiri dibelakang dalam apa jua situasi..
siapa diri alya pada hari ini adalah sedikit sebanyak daripada dia..
dia yang mengajar alya erti wanita solehah..
menegur tika alya leka & terus lalai dengan mainan dunia..

Mendengar setiap luahan hatinya bersama esak tangis itu membuat alya terlalu sebak..
deraian airmata semakin laju membasahi pipi..
dalam hati alya x putus-putus berdoa moga Allah tabahkan dia...
Dia diam...& alya mula bersuara...

Syg (bersama suara yg sangat2 yakin)
Andai cita sesama manusia itu hanya mengajar kamu erti derita & airmata...
Carilah cinta yg akan membawa kamu ke gerbang bahagia (cinta Illahi)..
Janji Allah adalah benar syg...
Allah telah menyediakan seseorang yg terbaik untuk kamu..&
dia sedang menanti kamu..
wanita yg baik untuk lelaki yang baik..itu pasti..
Hidup kita masih panjang ..masih bnyak lagi jalan & ranjau yg perlu kita lalui..
Yang lemah bukannya badan tetapi Hati...
dan..
yang kuat bukannya badan tetapi juga hati.. :)

Di hujung talian aku mndengar dia menarik nafas...Lega..!
dia tergelak..Sy rndukan alya..sy rndukan nasihat alya..terima kasih alya..saya dah senyum.. :)

mendengar dia ketawa sekali lagi airmata ini jatuh..

Terima kasih ya Allah..terima kasih..Lindungilah sahabatku ini dlam setiap langkahnya..kerana hnya kau yg mengetahui segalanya..Andai kau uji dia..berilah dia kekuatan untuk menghadapinya.. amin..ya rabbal alamin.. :)













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...