Assalammualaikum..
Sem 3 da nak masuk sebulan..namun baru hari ini aku terasa rajin hendak menghupdate entry..itupun atas alasan aku terlalu bosan..hehe..
Pejam celik..pejam celik..pejam xcelik2 pon ade jugak..hehe..itupun kalo aku da terlalu pnat krna mgulangkaji hgga ke pagi..yer..!seriously aku mgulangkaji..Aku xtahu apa dugaan yang menanti aku semester ni..namun,harus selalu aku pesan pada diri ini..walau apapun yg terjadi hadapi dgn matang & redhakan segalanya..doaku moga segalanya berjalan lancar & baik..insyaAllah amin..Semester dua yg brliku aku lalui dgn tabah..yer,,sngat2 berliku..belajar dari apa yg brlaku mmbuatkan aku smakin matg dlam mghadapi manusia & karenah rakan seperjuangan..mgkn sebab itu juga aku semakin pendiam disemester ini.. Toink2..(kdgkala shja..)

Kumulakan langkah sem 3 ni dengan semangat yang membara2 dan azam baru...walaupun aku da beberapa kali ponteng kelas sebenarnya..maaf aku btol2 xtrjaga..& masalah yg menimpa aku..xdak siapa yg boleh tolg sign untuk aku coz sign aku cgt2 susah utk ditiru..(bajet hebat)..yer2..jnji xponteng lagi..insyaAllah..hehe.. :)
Alhamdulillah sem ni dpat aras 1..seronok x trhgga rasanya..xpnat la nk menapak mcam dulu2..tp serius aku rndu blik 2309 aku..aku rndu angin & pndngn waktu mlam juga ketika subuh..blik baru ni xleh bkak tgkp..sebab seberang nun blok lelaki..yer..rasa trkurung bgni..Ayuh..singgah dirumah baru sy seketika.. :)

ok..ini katil sy..cadar 2 pemberian ibu masa mula2 nak masuk cni..xnak pkai cadar lain dah..
strawberry n ptung smiley 2 pmberian hencik anwar masa sem 1 & sem 2.. :)
abaikan batal bayi itu.. ^.^










hencik anwar belikan beg ni masa mlam raya..Tq yayunk.. :)

cara aku hias blik aku memg org akan ckap aku ni ceria orgnya..warna warni & sangat keanak-anakkan..yer..inilah cara aku & aku suka begitu..Agak2nya bila khwin nanti laki aku nak time ke if aku hias blik warna warni cam ni?dengan bunga2..gmbar katun2..mesti dye rasa dye kahwin dgn pmpuan xckup umur kan..hehee...aku cuma berharap..agar semester ni akan berwarna warni seperti bilik aku juga..insyaAllah..

SAWADIKAP....

tetiba terbang ke thailand plak..apasal aku ni..dah xbetul ke..
demam??eh xla..sbnrnya aku nk cerita..aku dpat classmate budak thailand..seronok rasanya dpat  sekelas ngan international student ni..dengar diorg ckap..memg lembut sngat..dengan nada2 & intonasi lagi..kdg2 nk tergelak juga tp aku kagum..diorg mmpu sesuaikan diri dgn org lain..jom kenal2 ngan diaorg.. :)

comel x?comel x?comel kan...2 la jejaka & gadis2 thailand..sangat lembut & berbudi bahasa..



Ukhuwah...Tiada bnyak beza kan antra org malaysia & thailand?


abg2 malaysia sila jgn trgugat dgn abg thailand ini..hehe..

Rasanya cukup dulu entry untuk kali ini..pada semua..doakan semoga semester 3 ini aku berjaya mendapat 4.00..insyaAllah...kalau da kelas pon ponteng  bkan setakat 4.00,3.00 pon xdpat cik alya oii...sudah2..jgn mlas2..YOUR ARE RESPONSIBLE 4 UR OWN SUCCESS..!




 ok2..sila lihat wajah saya disemester 3..


bagaimana agaknya wajah sy di semester 4 nanti??



Selamat malam semua..moga hari esok lebih baik dari hari ini...Assalammualaikum.. :)









Dengan mencintaimu aku sedar bahawa cinta itu mengubah pahit menjadi manis..debu menjadi emas,penyakit menjadi sembuh, derita itu nikmat..dan segala yang buruk itu baik..

Kekadang aku menidakkan kebenaran..aku mempercayai segala kebohongan.kerana sungguh cinta itu buat aku alpa dan buta..

Dengan mencintaimu juga aku sedar bahawa cinta itu membuat aku yang sihat jadi sakit..gemuk menjadi kurus..normal menjadi gila..
nescaya ketika aku sedang enak dilamun cinta..buanglah aku kelaut.di padang pasir mahupun hutan rimba...pasti aku akan belajar untuk hidup dan takkan mati kelemasan...
dikala aku sedang berduka kerana cinta..lemparkanlah aku ke gudang roti..nescaya pasti aku akan mati kelaparan..

Dengan mencintaimu bukan bermakna aku tidak mencintai tuhan..namun kelemahan aku adalah kerana aku manusia.segagah gagah manusia die lunak dengan cinta..besi mampu lebur..jahat menjadi baik..malah raja menjadi budak..

aku tahu..dan ramai yang memberitahu..
cintailah seseorang kerana tuhan..
cintailah tuhan kerana sesungguhnya cinta pada tuhan hakiki..
cinta pada manusia itu sakit, pedih dan melalaikan..
tapi sang pemberitahu juga tidak mampu menahan dirinya daripada mencintai..
aku juga tidak mampu menahan dari mencintai walaupun diri sendiri selalu diingatkan untuk tidak mencintai seseorang itu dengan sesungguh hati..
manusia itu rapuh..
aku itu lemah..
cinta itu parah..

cinta itu kekadang membuat aku hilang pertimbangan..kekadang aku sanggup untuk kehilangan apapun kerana cinta asalkan aku tidak kehilangan orang yang aku cinta..
cinta itu kekadang membuat aku seperti sang tiada akal..cinta itu membuat aku sanggup bekorban apa saja walhal selama ini untuk diri sendiri pon tidak sanggup bekorban apatah lagi untuk orang lain..

cinta itu menjadikan aku seperti sebuah kereta kebal..mengubah aku menjadi kayu dan patung..
kerana setiapkali dia menyakiti hati aku..aku sentiasa mengulang2 bahawa..aku bukan tunggul kayu..aku bukan patung yang kau boleh perlakukan sesuaka hati..
anehnya..aku sendiri yang berkata akan kayu-kayu dan patung-patung itu..aku sendiri yang bertahan dan membiarkan diri sendiri menjadi seperti patung dan kayu..
nah bukankah aku berkata tadi aku persis sebuah kereta kebal yang sangat tahan pada asakan?

cinta itu adalah seperti aku mahu mengusir kau jauh2..aku mahu tinggalkan kau berbatu batu..aku membenci kau sehinggakan seperti sanggup meludah diatas muka kau..dan disaat kau pergi dan tidak kembali-kembali..aku seperti mahu mati..

dan pada akhirnya..aku sedar bahawa jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan aku..lebih baik cinta itu tidak pernah hadir..

p/s: Credit 4 kak nurulbadiah 4 sharing this entry wif me..Tankz  a lot sis.. :)
Siapakah Wanita Solehah?

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya.
"Ayah..ceritakanlah kepadaku perihal muslimah yang sejati?"

Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu..

Anakku.......

Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat daripada kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan susuk tubuh kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu.. "
(Hadis Riwayat Muslim)

Si ayah terus menyambung...

Muslimah sejati juga tidak dilihat daripada bentuk tubuh badannnya yang mempersonakan, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersonakan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dilihat daripada keikhlasan ketika dia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejatibukan dilihat daripada keahliannnya berbahsa, tetapi dilihat daripada bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran.

Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibnAbbas, Ibn Omar, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat:


"Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya"
(As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Ass Fit Tafsir)

"Wahai-wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik"
(Surah Al-Ahzab : 32)

Si ayah diam sejenak sambil melihat wajah manis puteri kecilnya itu...

Lantas apa lagi ayah..? sahut puteri kecil terus ingin tahu...

Ketahuilah wahai puteriku......

Muslimah sejati bukan dilihat daripada keberaniaannya dalam berpakaian 'grand' tetapi dilihat daripada sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat daripada kekhuatiran dirinya yang mengundng orang lain jadi tergoda.

Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada beberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat daripada sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Allah..Dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.

Dan ingatlah anakku......

Muslimah sejati bukan dilihat daripada sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat daripada sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.


"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"
(Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Setelah itu, si anak kembali bertanya, siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya..? Mampukah dan layakkah saya, ayah..?

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, pelajarilah mereka!
Supaya kamu berjaya nanti. INSYAALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita solehah kelak. Malah semua wanita boleh....Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkatan berbunyi...

"ISTERI RASULULLAH S.A.W"


"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklha dia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang dia kehendaki."
(Riwayat Al-Bazzar)


"...Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahuinya? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna."
(Surah Az-Zumar:9)

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi S.A.W, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang) :

"Aku berkata: "Wahai Rasulullah ! Adakah wanita di dunia lebih baik daripada bidadari?"

Baginda menjawab; "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."

Aku berkata: "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?"

Baginda menjawab:"Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning...(hingga akhir hadis)"
(Riwayat al-Tabrani)





Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.
Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.
Pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.
Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.
Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.
Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.
Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar dirimu dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.
Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.
Pernahkah kau terfikir?
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertimu,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.
Buat kau yang bernama diri,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.
Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertimu?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh.
Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.
Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki.


Terkilan.


Harus dalam bahasa apa untuk aku terangkan maksud terkilan diatas.dalam bahasa jerman,sepanyol atau mungkin bangladesh.Bertegur tidak pernah.Bercakap jauh sekali.Namun seringkali dia melemparkan jelingan setiap kali senyuman aku lemparkan.sekali dua tidak apa.aku tidak kisah.Tapi ni da masuk tahun 2 dan sem 3 aku disini.Perangai yg sama tetap kekal bersama dia.Teringin bertanya.Adakah aku pernah merampas suami ibumu.atau suami kakakmu sehingga sesinis itu kau memandang aku.

Kalau ikutkan hati,terasa mahu saja bersemuka dan bertanya.Namun aku malas mahu mencari musuh disini.Bukan kalian tidak tahu manusia abad ini.,bila ditegur mulalah menafikan hakikat sampai terkeluar ank gigi & anak tekak sekali.sebab tu aku malas.cukup sekadar mluahkan disini dengan doa moga satu hari nanti Allah buka pintu hatimu untuk tersenyum padaku.

Sebenarnya aku tidak heran langsung samaada dia mahu senyum atau tidak padaku.mungkin juga senyumannya terlalu mahal atau dia tidak kenal erti senyuman.mungkin.itu monolog dalaman bila aku cuba menyedapkan diri sendiri.Namun,yg mmbuat aku sedikit terkilan..dia memndangku dengan sinis sekali bersama jelingannya.amoih3..bnyak jelita jelingan ko.Sebab jelingan ko lah aku tetiba jadi lapar maggi asam laksa dan terpaksa menapak ke blik org lain semata-mata mengidam maggi asam laksa dek tusukan jelingan itu.



nenek selalu pesan.kalau rasaa takde sangat duit nak sedekah.cukuplah kau sedekahkan senyuman.walaupun senyuman kau tu akan menampakkan plak2 gigi kau yg berkilat.akan menampakkan rompang2 gigi kau kerana terlalu bnyak menelan gula-gula.Namun,jgn sesekali kau tunjukkan raut wajah yang akan melukakan hati org lain.sudahlah wajah kau kurang kalsium bertambah kurangla zat2 besi dek kerana jelingan mnggoda jiwa kau tu.Sebab itulah aku mengamalkan pesan nenek.Kerana kata nenek lagi selain sedekah..senyuman itu juga mmpu mgubat jiwa yg lara mnjadi bahagia.awet muda sentiasa. :)



Asam laksa sudah siap sedia untuk dijamah.maaf entry kali ini tak berniat nak mengata.cuma mluahkan rasa didada.daripada mengata yg mndatgkan dosa.hehe..arigato..!

p/s:Senyum.. :)
      Xperlu kate ape2..



Percutian 4 bulan berakhir dengan jayanya.Terima kasih Ya Allah untuk setiap rezeki dan pgalaman yg sedikit sbnyak mengajar aku untuk lebih mengenal erti kehidupan.Berat rasanya untuk melangkah mnggalkan rumah.Mungkin kerana disana aku punya sahabat yg selalu bersama aku.jadi aku tidak takut walau sebesar manapun dugaan itu melanda.see..betapa pntgnya sahabat dalam hidup ini.Aku takut disini..aku tak punya sahabat yg memahami aku seperti dia.Hari ini dah masuk hari ke 3 aku mnjadi warga kosass.Hati aku gusar.kadang2 sebak.kadang2 seakan berdebar.CELARU.knpa dgan aku Ya Allah..?

Sebenarnya..aku sesat dalam terang.aku mlihat kebaikan tapi knpa hati seakan tidak kuat untuk mgikut kbaikan itu.aku cuba berubah.aku sudah tidak mahu mnyakiti hati siapa2.aku mahu ikhlas dalam setiap langkah dan perbuatan.tapi..Ah!aku tdak mmpu..aku cuba melawan dan kesannya aku seakan sakit.sakit yg aku sendiri  xtahu harus katakan dalam erti dan kata apa.tolonglah aku Ya Allah..

Jauh langkah aku tersasar..jauh sekali..Tolg Aku ya Allah..bimbing hati & langkah ini kearah sinar kebaikan.Xsggup rasanya memikul beban2 dosa yg rasanya sebanyak pasir dilautan.terlalu bnyak.sakit & senak jiwa ini mnanggung penyesalan yg x berkesudahan.knpa sukar utk mnjadi manusia yg baik ya Allah?knpa sukar utk ikhlas dlam hdup ini ya Allah.Aku trlalu taksub dgn kesementaraan ini hgga aku lupa yg kekal.aku trlalu lupa dgn kbahagiaan yg kau berikan hgga aku lupa mkna penderitaan.Aku malu padamu Ya Allah.Seringkali begitu.Saat kebahagiaan meraja dihati aku seakan lupa padamu.lupa bersyukur & trlalu takut mnerima dugaanMU.Namun apabila seringkali ujian kau beri barulah aku kembali berlari mencariMU.Ampuni aku ya Allah.

Aku dahagakan tarbiyah2 yg selalu mrangsang hati aku dulu.yg mmbuat aku sedar akan kesementaraan dunia.yg mmbuat aku lbh ikhlas dlam apa yg aku lakukan.Walau kadangkala langkah tersasar jua.Aku tak kuat ya Allah.kerana itu seringkali aku hanyut dengan nikmat yg kau berikan.kerana itu aku selalu lupa padaMU.

hadirkan seorang insan yg akan selalu mbimbing aku ke jalan MU ya Allah.Kerana manusia yg hina lagi daif seperti aku ni terlalu perlukan insan itu untuk mengemudi diri ini hgga akhir hayat nanti.Syurga itu terllau jauh untuk hamba sehina aku Ya Allah.Tp…aku trlalu takutkan azab neraka.Bimbinglah aku ya Allah.kerana dalam apa jua keadaan itu aku amat memerlukanMU.Dalam setiap langkah itu aku mahu terus mngingatiMU.

Saat hati ini terasa terlalu jauh dariMu..aku seakan hilang segalanya.Jangan tggalkan aku Ya Allah.Jgan..!jgn pernah.. L



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...