Assalammualaikum...

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, tetapi kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa sepatutnya..

Hujan membasahi bumi sungai petani pagi ini..Terasa sedikit lega berpuasa dengan cuaca sejuk sebegini..trma kasih Ya Allah kerana kau begitu mnyayangi hamba-hambaMU..cuti sem selama 4 bulan aku manfaatkan sepenuhnya dengan mencari pengalaman hidup..yer..bak kata org..jauh perjalanan luas pemandangan..dunia pekerjaan mengajar aku bnyak tentang karenah manusia..

Cuti sem kali ini kuhadapi dengan gembira walaupn terdapat segaris kecewa disebaliknya..tp tidak apalah..bkankah Allah sedang mndidik aku untuk trus dewasa..bkankah dengan dugaan2 itu aku akan semakin hampir denganNYa..Terima kasih Ya Allah untuk segalanya yg aku lalui spnjang cuti ini..Perjalanan dan aturan yang tertulis mmbuatkan aku semakin dewasa dan semakin mengenali erti hidup..Alhamdulillah.. :)

Cuti sem kali ini mmbuatkan aku rapat dengan sahabat2 ku..kesibukan belajar kadang-kadang mmbuatkan aku tiada masa untuk mereka..tiada masa mndengar rintihan dan luahan perasaan mereka..maafkan saya sahabat..sejujurnya masa saya trlalu padat dalam mengejar cita2..ampunkan saya..andai sy tiada saat kalian tersedu dan menghubungi saya dan tiada jwapan darinya..maaf juga andai luahan email kalian tidak mndapat respon berbulan lamanya..Ya Allah..jujur sy kecewa dgan sikap ini..percayalah bukan niat saya untk mmbiarkan kalian sendirian..tidak sahabat..Doa yg ikhlas itu sering mniti dibibir saat mmbaca email dan mesej kalian..berdoa dan trus berdoa wlaupn minda hyperbola kdgkala mmbuat sy ingn terbang memluk dan mendakap kalian..mnyapu airmata & mlihat cnyuman kalian..sejujurnya..!

Secebis coretan buat Farah Amira.. :)



Sahabat..tggl beberapa hari lagi masa untuk kita habiskan bersama..berat rasanya hati ini untuk mnggalkan awak..awak yg sangat sy syg..tiada harapan atau kata2 yg mampu sy tinggal selain sedikit nasihat sebagai seorg sahabat..Awak..selagi mana kita terus hdup dan bernafas..selagi itulah dugaan dan ujian itu akan menjengah silih bergnti..tempuhilah segalanya dengan tabah dan yakinlah Allah sedang mndidik kita untuk terus dewasa dan tabah..jadikanlah Allah yg utama dlam hdupmu..dalam setiap masa dan ketika.Bimbinglah hati itu untuk terus redha dengan apa yg tertulis untukmu..jaga hati baik2 sayang..berikan ia hnya pada yg layak kau beri..yg jujur mcntai & myayangi..jaga mak & ayah baik2 ya..selagi pluang dan masa yang Allah beri itu masih ada..carilah ilmu & blajarlah apa saja sahabat..sbb mnsia tnpa ilmu..akan trkapai2 seperti pelayar yg tdak tahu berenang..Bnyakkan mmbaca buku2 yg mmbri motivasi dan mndekatkan kita pada ILLAHI..ingatlah..dunia hnyalah persinggahan kita yg sementara..disana nanti adalah yg selamanya..wlau dlam apa keadaan sekalipun..kamu tetp sahabt saya dunia & akhirat..cuma satu yg saya mnta..andai satu hari nnti,sy hilang prtimbangan dlam hdup..bimbinglah sy..& bawa sy semula ke jalan Allah..

Kamu yg bernama Shazliana.. :)



Awak..segala nasihat dan kata2 yg sy lemparkan pada awak sebenarnya mnyimpan bnyak harapan..harapan agar segala nasihat itu akan awak semat dan gunakan kelak walau tidak sekarang..Syg alya..segala dugaan yg Allah trunkan pada kamu skrg ada sebabnya..bukalah mata dan pintu hati kamu utk mlihat hikmah2 Allah..Allah mrndui kamu syg..mrndui rintihan kamu..Segala nasihat sy bkan hnya utk kamu dengar..tp utk kamu prtaktikkan dlam hdup..sy tdak trguris dgan kamu bila mana kamu mmerlukan nasihat tp kamu masih tdk mgikutnya..tdk syg..sy akan tetp berdoa Moga Allah selalu mmbuka pintu ati kamu untuk mlihat segalanya..mginjak usia dewasa kamu harus mnjadi seorg yang kuat & tabah dlam hdup..ingat x kata2 sy..SERINGKALI KITA DIBENTUK & DIPERINDAH OLEH APA YG KITA SAYANGI.. "tnya pada hati..apa yg kamu mhukan sebenarnya dlam hdup ini..siapa yg patut & lyak kamu sygi..?tnya diri kamu kerna yg lyak mmbri jawapan hnya hati kamu..Untuk dunia yg sementra ini..jgn biarkan kamu dijajah oleh perassan kamu sndri..kamu fham kan maksud sy..sy sygkan kamu..& seikhlasnya mnasihati kamu..bkan kerana apa2..cuma kerana Allah s.w.t....


Si garang Syakiela...


Awak..trma kasih  utk segalanya..selalu buatkan saya air teh..selalu buat sy gelak bnyak..hehehe..sy akan selalu mrndui awak..ingat segala pesan dan nasihat sy yer..Mudah-mudahan Allah akan selalu merahmati hdup awak..Moga persahabatan yg trjalin dalam masa terdekat ini berkekalan selamanya..hgga hjung nyawa..insyaAllah..

Hujan masih lebat lagi..Kesejukan seolah-olah mencengkam diri utk mncari sedikit haba kepanasan..moga Allah mndengar doa2 yg saya kirimkan utk sahabat2 sy bersama linangan airmata ini..selebat hujan diluar sana..mudah-mudahan..amin.. :)

Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

            Ya Allah…
            Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

            Ya Allah…
            Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

            Ya Allah…
            Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

            Ya Allah…
            Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

            Ya Allah…
            Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

            Ya Allah…
            Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

            Ya Allah…
            Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

            Ya Allah…
            Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi  hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

            Ya Allah…
            Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

            Ya Allah…
            Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

            Ya Allah…
            Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

Amin.. :)






3 comments:

Ayu berkata...

mereka pasti bertuah memiliki sahabat seperti kamu..^_^
apa-apa pun, sy turut bertuah..
salam ukhwah...
moga kita selalu istiqamah ke jalan Illahi..

Alya Sumayyah berkata...

salam ukhuwah ayu..
memiliki sahabat seperti kamu jua satu anugerah..alhamdulillah..
insyaAllah..moga Allah selalu mmbimbing kita ke jalanNya..

****farah amirah ishak**** berkata...

tiada sebaris kata utk aku ungkapkan.. selain mendoakan kamu selamat dunia akhirat.. alya... aku sgt menyayangi kamu.. hubungi aku saat kamu memerlukan...luv u sweet...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...