Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki...
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!

"Kata-katanya adalah mata pada wajah tulisannya. Tajam dan menyentuh. Seolah-olah dia sedang berbicari dan bercerita dihadapan anda.Adakalanya lembut memujuk,namun sesekali terasa keras menusuk..Fokusnya tetap konsisten.".Dimana Allah dihati seorang lelaki"??Carilah DIA demi kebahagiaan dan ketenangan diri,keluarga,masyarakat dan negara.Itulah harapan dan garapan penulis dlam buku ini.."nota hati seorang lelaki" menyingkap segalanya....

Dalam buku ini, Pahrol Mohd Juoi bukan sekadar bercerita tentang perasaan dan jiwa seorang lelaki, tetapi dia juga meyentuh persoalan rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain "gelanggang" juang seorang lelaki. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.




TUHAN..
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dan dosaku
aku lemah tak berdaya

TUHAN...
dalam suka dan duka
tangis dan tawa
melimpah rahmat dan nikmatMU
aku syukur dan akur
lupa aku mengenangMU
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat

TUHAN...
ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaranMU
ingatkan daku
agar mengingatMU

TUHAN...
BicaraMU tanpa suara
BelaianMU hanya rasa
KAU terlalu dekat
tanpa suara
namun cinta-MU ketara jua...

didalam kembara ini, ada masa nya kita terasa semua tempat pengantungan seolah2 di cantas. talian bumi ke bumi telah putus. tiada tmpat merayu, tiada sesiapa utk di adu. di samping ALLAH tahu siapa kita, kita sendiri tidak dapat mendustai diri sendiri ketika itulah hati kecil berbicara, menghenyak ego "hati besar" yg selama ini bermaharajalela.

dan ALLHAMDULILLAH...... kita tidak letih utk terus merintih. kita tidak jemu utk terus merayu. dan pada satu saat yg paling sunyi........hati kita seolah2 di bisikkan bahwa ALLAH itu dekat dan lambaian NYA mesti dibalas. pada ketika itulah kita berasa sudah lebur seluruh tadbir. hati dilentur NYA agar pasrah pada takdir.
saya teringat kata2 profesor Hamka, "pada waktu segala jalan hubungan dibumi ditutup org, hubungan ke langit lapang terluang".

lalu diatas kesedaran itulah saya berkongsi prakata ini daripada seorang penulis yang cukup saya kagumi. dia menulis hasil mengalami merasai dan belajar daripada pengalaman daripada satu daerah yang paling unik dan asing di satu daerah dimana jarum waktu seolah2 di perlahankan dan jiwa seolah2 terputus daripada dunia luar. anda juga telah dan pernah menghuni daerah itu bukan???? dimana???? di hati sendiri!!!!!!

percayalah............................ sesuatu yg hitam di luar, tidak semestinya hitam juga didalam. tegasnya, manusia mempunyai kuasa untuk memilih respon sendiri hasil komunikasi dalaman mereka dengan illahi. itulah yg cuba beliau zahirkan dalam setiap tulisannya. tujuannya agar bicara kalbu dan nur di hati anda juga berdetak dalam gelombang dan frekuansi yg sama. disinilah ajaibnya org mukmin dalam sukar ada sabar, dalam senang ada syurkur. sabar dan syukur itulah bahagia.

hakikatnya saya, anda, dan kita semua masih terus mencari. mencari ketenangan di tengah amukan resah dan gelisah yg ditakdirkan ada di sepanjang perjalanan hidup. ilmu umpama tali yg menarik kuda ke dalam air, tetapi ia tidak dpt memaksa kuda meminum air. kita hanya boleh memberi tangga untuk memanjat nya dan terpulanglah kepada diri masing2.

utk itu, tadbirlah hati kita utk menerima takdir dengan memaksanya menerima hakikat bahawa apa sahaja yg terjadi pasti ada hikmahnya..............


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...