Aku insan lemah… 

Yang sering lelah dalam nafasku sendiri.. 

Yang sering terhambat oleh batasnya waktu dinihari...

Yang sering tersungkur dalam ranjau berduri..

 Yang sering rebah tak terdaya bangun berdiri...

 yang sering sesat dalam hembusan kabus tak bertepi..

yang masih tercari-cari hidayahMu ya Ilahi..

Aku insan lemah

Ingin aku mengadu padaMu,

Ya Allah..

Dengarkanlah rintihan lemahku ini..

Sujudku menghambakan diri dalam sunyi..

 Dalam heningnya suasana malam... 

Dalam dinginnya embun pagi..

Agar diaminkan oleh jutaan malaikat..

 Agar segala pintaku Engkau berkat..

 “Ya Allah,berikan daku ketenangan hati..

 Sepertimana yang aku harapkan..

 Sepertimana yang Engkau janjikan”..

Kerana aku insan lemah…


2 comments:

Ayu berkata...

segala puji bg Allah mentadbir sekalian alam..
yang tidak putus2 memberi syafaat supaya manusia berada d jalan yg haq..
Allah jualah menguatkan hati insan, supaya tidak mudah berputus asa dan berasa lemah pd ujianNya..
kembali redha pd takdirNya..
sentiasa bersyukur ats segala dariNya..
moga dari situ, Allah akan kurniakan kekuatan dan anugerah pdmu..

Alya Sumayyah berkata...

tankz a lot ayu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...