~Kemaafan dendam yang terindah......~

MaaF, perlukah?

"Kau siapa nak mintak maaf dengan aku?"

"Kau ingat senang ke aku nak maafkan kau?"
...
"Apa maaf-maaf? sorry naik lorry la.."

Semua tu antara ayat2 yang bakal keluar apabila maaf dipinta dari seseorang.
Payah nak memaafkan..
Tak semua orang sebaik ini untuk memaafkan...

"Takpe lah, aku da tak ingat da.."

"aku dah maafkan semuanya...takde pape yang perlu dirisaukan"


Dalam kes yang selalu kita perasan, maaf itu sering menggunakan contoh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dengan mengatakan..

"sedangkan Nabi pun maafkan ummatnya..inikan kita.. maafkan lah"

dan jawapan bagi mereka yang keras hatinya..

"aku bukan Nabi.. aku bukan sebaik Nabi.."

hurm..payah kes nie. kes maaf memaafi kadang-kadang boleh berlarutan sampai bertahun-tahun. paling tragis, sampai meninggal pun masih nak menyimpan dendam..! nauzubillah.

Maaf, sukar untuk diluahkan. Sukar juga untuk diterima.
Ada apa dengan maaf sebenarnya?

adakah dengan memaafkan, kita sudah kalah?
adakah dengan memaafkan, kita hilang maruah?
adakah dengan memaafkan, kita sudah kecundang?

dan,

adakah dengan meminta maaf pula, semua akan jadi normal kembali?
adakah dengan meminta maaf, boleh kembalikan nyawa?
adakah dengan meminta maaf, perkara boleh diselesaikan?

payah...memang payah..

Kadang-kadang, kita mudah memaafkan orang. Tapi perasaan sakit hati itu masih ada.
Macammana pulak tu?

Definisi maaf; membebaskan seseorang daripada tuntutan kesalahan; mengampuni.
Dari maksud yang diberi, maaf hendaklah dilakukan dengan sepenuh hati. dengan setulus hati nurani..

' jika kamu masih juga berasa sakit hati, padahal dia sudahpun meminta maaf, itu tandanya kamu belum benar-benar memaafkannya..'

salah satu ciri kita apabila sudah tulus adalah, apabila memaafkan orang lain, tiada lagi sakit hati kita oleh perbuatannya itu. dengan memaafkan, mampu mengurai belenggu-belenggu sakit hati itu..

Memaafkan,
mampu membuang segala kebencian, dan merupakan
satu bentuk kekuatan yang boleh menghancurkan sikap suka mementingkan diri sendiri..'

Memaafkan adalah kekuatan yang dapat membuang segala kebencian.
Memaafkan juga menjadi satu kekuatan yang dapat menghancurkan rasa mementingkan diri sendiri!

Jadi, siapa kata dengan memaafkan, kita menjadi lebih rendah?
siapa kata dengan memaafkan kita telah kalah?
sebaliknya, kita telah menang, dan mungkin martabat kita lebih tinggi daripada yang disangkakan..

Masakan tidak, dengan memaafkan, Rasulullah dapat mengembangkan Islam.
Ramai yang memeluk Islam lantaran tertarik dengan sikap pemaaf Rasulullah S.A.W.
Contoh di depan mata, masihkah ingin berdusta?

" susahnya nak maafkan dia.. tengoklah apa yang dia lakukan pada aku.."

Susah nak maafkan? Cuba kita fikirkan kembali..
siapa yang sempurna di dunia nie? tiada siapa melainkan Nabi.
Jadi kesalahan yang berlaku pasti disebabkan ketidaksempurnaan yang ada. Dan mungkin kesalahan yang berlaku menjadikan si fulan sebagai perantaraan. Jadi, adakah dia bersalah kerana ketidaksempurnaan yang dia ada?

Kita sendiri pun tak cukup sempurna. Cuba kita tempatkan diri kita ditempat orang yang bersalah itu.. sebagai manusia kita pun ingin dimaafi. kita berharap sangat agar maaf kita diterima. Jadi, samalah kita dengan mereka yang meminta kemaafan dari kita..

" kalau mintak maaf kot ye la aku maafkan.. nie nak cakap maaf pun payah..."

belajar untuk memaafkan.. ada orang yang fikir perkara kecil tak perlukan perkataan maaf. tapi bagi orang lain, itu perlu. ada orang yang sensitiviti dia tinggi, ada juga yang rendah.
bagi yang tak tahu kita nie spesies mana, memaafkan itu lebih baik..
tapi bagi yang sedar, maaf bukan satu perkataan yang kalau diluahkan, boleh meninggal dunia..
jadi, hidup ini, kesimpulannya
kita kena berlapang dada..
tolak sana, tolak sini
marah sana, marah sini
kesudahannya
kita yang rugi..

INGAT,
Allah kurniakan kita 2 telinga, satu mulut agar kita lebih banyak mendengar daripada berkata-kata,

dengar penjelasan sebelum menuduh
tahu hakikat sebelum berkata-kata
dan
MEMAAFKAN ITU LEBIH BAIK..

~bicara sekeping hati~

**kdg2 kta terpaksa mengorbankan hati dan perasaan kita demi menjaga  hati insan2 lain...inilah satu pengorbanan dlm jalinan sesuatu hubungan...bkn semua kita yg mampu melakukannya...

**kita bukanlah sesiapa di atas muka bumi ini...jika kita merasakan diri kita betul LALU terus menuding jari kpd org lain dan merasakan mereka semua bersalah...itu tdk adil namanya.. sdgkan kita sendiri baru mula mengorak langkah utk menjadi seorg hamba yg bertaqwa...

**seandainya di hati kita tiada sekelumit rasa kasih sayang dan simpati pd diri seseorang insani...seandainya kita tdk mampu @ tdk mahu memberikan secebis kebahagiaan pd diri insani.... JANGAN sesekali kita menambah duka nestapa dan sakit di hatinya...itu kejam namanya...

**hati yg disakiti terlalu sukar utk dirawati...semakin cuba utk melupai...semakin dekat ianya menghampiri...betapa mudahnya diri ini dilukai...tanpa ada sekelumit rasa simpati..seolah2 aku tidak punya harga diri...

**hakikat yg tdk mampu kita nafikan...biar redha dan seikhlas mana kita menerima sesuatu situasi...dan seterusnya bersedia utk memaafkan...namun kta tetap tdk mampu utk meluputkan bekas2 luka yg masih tersisa...bukan kerana dendam tapi inilah hakikat...fitrah manusia sebab kita bukanlah siapa2...






2 comments:

Hidayu Haron berkata...

nice~..manfaat..i follow ur beauty blog..

SiTi HaWaLiah DarManSaH berkata...

tankz a lot ayu....i follow u too..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...