Kata-kata Imam Al-Ghazali

"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"

Ku harap mekar di hati,
Agar persahabatan suci ini,
Kan terus mantap,
Menjadi syafaat,
Terukir indah di pintu Jannah.

Kata-Kata Saiyidina Ali r.a

Temanmu yg sebenarnya,
ialah orang yang ada bersamamu,
dan orang yang menyusahkan dirinya,
supaya ia bermanfaat kepadamu,


>TIGA TAHAP PERSAHABATAN :

Persahabatan kerana Allah
Inilah sebaik-baik persahabatan.Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata.Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t. Akan tetapi,persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus,semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik,sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia.Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar.

Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah :

1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat,mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala.
2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala.
3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya,mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.

Persahabatan tabii
Persahabatan yang tidak ada hubungan dengan persahabatan kerana Allah.Ia persahabatan biasa kerana urusan keduniaan.mereka boleh mengasihi satu sama lain kerana mereka saling perlu memerlukan untuk kelancaran urusan duniawi mereka semata-mata.

Ertinya tiada niatkan kerana Allah Taala.Sesuatu amalan yang tidak diniatkan kerana Allah hanya akan menjadi adat sahaja dan tidak berpahala pula.Apa pun,persahabatan ini haraplah dapat ditingkatkan kepada persahabatan tahap pertama tadi.

Persahabatan yang tercela
Inilah persahabtan yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan kita.Bukan sahaja tidak berpahala malah berdosa pula.Yakni ia bersahabat dan mengasihi seseorang kawan kerana kawannya itu setia membantunya melakukan kezaliman dan maksiat kepada Allah Taala.Mereka sama-sama bersahabat tetapi sahabat yang mnganjur berbuat kemungkaran serta kefasikan.Sebenarnya dalam keadaan ini mereka turut bersahabat dengan syaitan laknatullah.

Seperkara harus diingat,walaupun mereka nampak intim dan serasi dalam persahabatan yang penuh mungkar dan keji itu,di akhirat nanti mereka akan saling bermusuhan,bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain."Sia-sia aku berkawan dengan engkau.","celaka hidup aku kerana bersahabat dengan kamu.","Kerana berkawan dengan kamu,aku dihumban ke neraka ini!".

Allah gambarkan suasana itu dalam firman-Nya :
"....dan sahabat-sahabat(karib di dunia dahulu) pada hari itu(hari akhirat) saling bermusuhan antara satu samalain melainkan orang-orang yang bertaqwa." (Az-Zukhruf: 67)

Oleh itu,siapakah teman,kawan dan sahabat kita hingga ke saat ini yang termasuk dalam kategori persahabatan kerana Allah,persahabatan tabii ataupun persahabatan yang tercela?Renungkan sebuah hadith nabi s.a.w. yang bermaksud,"Seseorang itu di atas agama kawannya".

Wallahua'lam.






Apabila berbicara tentang sahabat....hati alya dipagut rasa pilu...satu persatu kngan bersama mereka bermain-main di ingatan sehingga mghadirkan titis jernih disaat hati mnjadi sebak...
kalian juga pasti merupakan seorg sahabat kan?trfikirkah kita..apa kita btul2 mengerti dengan apa yang dimaksudkan dengan sahabat?
ingatkah kita,kita prnah mlukakan hati mereka sdangkan mereka masih setia mndokan & myayangi kita?
kita biarkan mereka bersedih padahal kita mengaku bahawa kita adalah sahabat mereka?
menghukunm bilamana nereka mlakukan kesilapan sedangkan kita juga begitu?
......Saya dedikasikan tulisan blog kali ini utk sahabat2 saya...
> farah amira,noor farhah rosly,Nurizatie sahid,Nuraimie,ainun nadia,mulzilah,mahendra.yana
saya ini bukan manusia yg sempurna utk tidak melakukan apa-apa kesalahan pada kalian....
saya ini manusia lemah yang tidak lari dari membuat kesilapan...
saya ini manusia hina yg ingin teman seperti kalian..utk mmbimbing jalan2 hdup saya...
saya ini manusia jahil yg selalu myakiti kalian....
saya ini manusia serba kekurangan tanpa nasihat & teguran kalian...
tiada apa-apa yang istimewa tentang saya..melainkan..saya ikhlas menyayangi kalian sepenuh hati saya...
melainkan saya ikhlas meminjamkan bahu saya d saat kalian memerlukannya...
melainkan saya ikhlas brkongsi cgalanya dgan kalian andai kalian memerlukannya..
melainkan saya ikhlas berkongsi kesedihan & kegembiraan bersama kalian...
malainkan saya ikhlas mendoakan kalian di setiap doa2 saya...
melainkan saya berasa sempurna dengan kalian...
SAHABAT-SAHABATKU...
Terima kasih atas segalanya...
terima kasih atas segalanya.....
Terimalah saya seadanya...
Tegurlah & bimbinglah saya bersama kalian ke jalan ALLAH..

"THIS FRIENDSHIP..WILL NEVER END..UNTIL THE GRASS CHANGE TO COCONUT TREE"


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...