sahabat yg sangat saya sayangi...

* selanjur bercinta...

~ mmg lumrah dlm peradaban kehidupan...setiap manusia ingin sekali merasai nikmat kasih sayang...ingin mencintai dan dicintai...ingin
menyayangi dan disayangi...ingin mengasihi dan dikasihi...ingin merindui
dan dirindui...

~ berbahagialah mereka yg berjaya melepasi semua frasa ini...bersatu dlm redha dan izin-Nya...dengan lafaz akad dan kalimah Allah...melayari
bahagia dengan rasa penuh nikmat...sehingga membawa ke pintu syurga...

~ namun...bagi yang tdk berjaya dan kecundang di pertengahan jalan...semua itu mengundang pelbagai rasa yg menggugat emosi dan perasaan...untuk
seketika waktu...semuanya menjadi tidak keruan...hidup mula terumbang-
ambing tidak ketahuan...berasakan tiada lagi kebahagiaan...mengalah dan
terus berputus asa dlm meniti kehidupan...

~ mengapa mesti membelenggu diri dgn kesedihan @ kedukaan yg 
berpanjangan...putus cinta dan kecewa bukanlah pengakhiran bagi sebuah
kehidupan...kerana cinta sesama manusia merupakan satu persinggahan
dan percaturan...tidak semestinya segala2 nyer akan diakhiri dgn
kejayaan kemenangan dan kebahagiaan...redha dan pasrahlah...kerana
semua ini adalah takdir-Nya...dan yakinilah ketentuan-Nya adalah yang
terbaik buat diri kita...berikan sepenuh kasih sayang dan cinta kita kepada-
Nya...nescaya, kita tdk akan kecewa sepanjang usia...kerna kasih
sayang-Nya bisa memayungi kita selama2 nyer...InsyaAllah

~ titipkankan rindu di angin lalu...agar bisa bersatu biarpun tanpa bertemu... kan ku simpan rindu dalam dada...kan kusimpan cinta dalam jiwa...agar  gelora yg melanda mampu reda...bertemu di kalbu agar terlerai segala
rindu...rindu itu tak mungkin bersatu..andai di hati terpalit cemburu...
sehingga curiga tidak menentu...memaksa kebencian datang bertamu...

~ kemarau kasih di lautan sayang...rindu berbisik di hamparan walang...
terungkap bicara tanpa dicanang...syahdu tersasar dibelenggu bimbang...
melakar ilusi di ampaian resah...menganyam memori di dakapan gundah...
melarik rindu di persada indah...sepi membungkam tanpa arah...rindu
menggamit tak mampu disanggah...bila mana ada ketika waktunya ia
hadir menyinggah...biarpun kerinduan ini semakin parah...namun segala
ketentuan-Nya kuterima dengan redha dan pasrah...

~ semoga perpisahan bukan detik pengakhiran utk terus menjalinkan sillaturrahim sesama insan...relakan perpisahan ini biarpun ianya cukup menyakitkan...namun, yakinilah bahawa mungkin ini langkah yg terbaik utk kita lakukan drpd terus bersama tetapi terus disakiti dan menyakiti sehingga menyemarakkan api kebencian di hati masing2...

~ Ya Allah, Engkaulah penyembuh dari segala luka perih di hati...sembuhkan- lah perih pada setiap hamba-Mu yang terluka hatinya...hapuskanlah
air matanya...hilangkanlah segala kesedihan, kekecewaan dan penderitaan
nya...gantikanlah semuanya dengan rasa ketenangan, kedamaian dan
kebahagiaan untuknya...di dunia dan juga di akhirat...Ya Allah Ya Rahman Ya Rahimm...berikanlah ketenteraman kepada diri ini dan insan2 di sekeliling diri ini....
Aminnn 3x....Ya Rabbil 'Allaminnn

P/s:khas untuk sahabat baik yg amat alya sayangi....
farhah...tabahlah cyg....alya & kwan2 yg lain..selalu ada bersama anda..=)
senyumlah kerana doa kami selalu mengiringimu...

 

Assalammualaikum semUa...

entry kali ni tentang cinta lagi..adess...nape la alya ni clalu saja berbicara pasal cinta kan..cam da xde benda lain agaknya nak cte..hek3...ala..lex la...cinta & manusia 2 adalah cecua2 yg xleh dipisahkan tol x...cape ctuju..knyit2 mata okies..jgn nak cebik2 bibir plak...ni blog alya..co,cuke ati la nak ckap apapun..wek2..hehehe...jgn marah..alya geguwau ja..ok..ok...
straight 2 da point ok....
adeq2..akak2..abg2...makcik2..pakcik2...engat ok..engat ayat alya ni btOl2 n tanam dalam otak...bior engat campai bila2..
"SEINDAH-INDAH CINTA ITU,TETAP AKAN MEMBUATKAN KAMU MENGALIRKAN AIRMATA"
Ada faham x?engat ok..tanam btol2 dlam otak..
korang2....korang sedar x..bilamana korang pilih untuk menerima cinta manusia..korang sebenarnya menempah airmata...sebab...indah atau kecewa sesua2 cinta itu tetap akan membuat korg mnangis...bilamana korg da asyik brcnta..tolgla...alya mtk tolg cangat2..jgn meletak harapan setinngi gunung everest,,nanti meletup susah...merana jiwa tawtaw..mbina harapan,mbina impian kononnya...jgn2...plez..sebab impian dan angan2 2 la yg mbuat kita x leh nak lupakan dye...sukar..menelan masa bertahun2 lamanya...=(



"Mengapa Harus Kembali?"

Ok2....entry ni sebenarnya alya tujukan untuk SESEORANG...
alya harap bila dia baca blog ni segala prtanyaan dia terjawab...1st of all terima kasih sebab sudi mengADD fb saya dengan gambar n nama org lain...cweet cangat..sanggup jugak yer...semata2 nak merisik khabar katanya..hahahah..gelak kuat2...
merisik khabar?utk ape?mahu mlihat khabar saya yg bahagia tanpa awak?well...jwapannya..saya sangat2 bahagia sekarg..jujur..trllu bahagia...no suffer...no tears..i'm co happy dear...

saya itu bukan manusia yg lemah untuk merana kerana cinta manusia....
saya ini tidak tercipta untuk mghabiskan airmata saya kerana lelaki seperti anda....
saya ini bukan manusia yang akan selamanya derita kerana cinta...
kerana....
saya wanita yang dipenuhi dengan cinta terhadap Allah....


AWak.....

bukankah perpisahan itu atas kehendak awak...bukankah awak yg beria bebenor lukakan ati saya...awak toreh sekeping2,.disaat saya harus menghadapi peperiksaan besar dalam hidup saya..saya kah yg bersalah?saya kah yg bersalah kerana x mmpertahankan cinta kita?...tolg awak...engat kembali 1 persatu peristiwa itu..bukankah awak yg ckap..bersama saya tiada ape yg istmwa..mcntai saya hanya kerana awak buta untuk mnilai mana perak & permata..awak anggap saya adalah perak & dia yg awak baru knal smggu adalah permata..sedangkan awak mengenal saya bertahun-tahun lamanya..nah...d mana permata awak sekarang..knpa perlu mncari saya yg tiada apa2...sakitkan ditinggalkan?sakitkan dkhianati?sakitkan???...

kenapa harus kembali awak...sedangkan yang menyiram racun dalam taman cinta itu adalah awak..yang menambah duri pada bunga2nya adalah awak..
saya wanita yg pnya harga diri awak...bukan macam lagu stacy pakai buang 2...
engat lagi x mcj2 awak...

"sY xmmpu utk tolak cinta dia walaupn saya masih sygkan awk,lupakan saya 
yayah..bina hidup baru..saya bahagia n yayah akan bahagia jugak..

"saya rasa sangat2 bahagia dengan dia,bersamanya saya lgsg x engat awak"hahahah.

"aku sengaja suruh dia coll kau,supaya kau sakit ati..aku nak kau taw aku bahagia sangat yayah!

sekali aku ludah aku xkan jilat balik,aku xkan cari kau lagi..boleh berambus dari hidup aku...

"kau dah pindah sekolah?aman nya aku xpyah nak tgok muka ko hari2....

lagi bez ble ko wat2 clap hantar mecej kat aku....
"baby jgn risau oke..gurl 2 da x 1 skola ngan hubby...dia dah pindah..baby sonok x?
xde sape akan jadi saingan baby ag..love baby sangat2...

awak lupa mecej2 yg awak ntar ni??awak lupa...
tgok2,..bahagia x muka saya..ni lah muka yg awak ckap mcam amoy sua2 ketika dulu kan...yg awak ckap awak akan tenang bila tgok...inspirasi awak la kononnya kan...
jgn jilat balik ludah awak..plez...alya da pergi..da berambus pon dari hidup awak...knpa harus cari lagi...jujur awak..sedikitpun alya xpnah mntak yg awak akan rasa apa yg alya rasa..saat alya mlangkah pergi dari sekolah 2...alya da nekad..alya akan lupakan segalanya..segalanya....knpa harus kembali awk...kisah kita da lama berakhir...da jadi sejarah pun..sy pun da lupa..da x engat ape2..saya bahagia dengan hidup saya sekarang..plez,,.saya xkan mampu utk terima awak balik..xkan mampu...ckuplah dulu...sekarang perasaan kat awk lgcg da xde..da ilang..hancur berkecai...

Bertahun-tahun lamanya saya menutup pintu ati saya untuk insan yg bernama lelaki...bkan seari dua..tp bertahun2,...see..awak nmpak kan kesan pnderitaan yg awk tggalkan...xprlu brjnji n bersumpah segala awak..saya cangat fobia mndengar jnji lelaki..jgn pnah cuba utk mmbina harapan bersama saya lagi..coz awak akan kecewa dgan hasilnya..jgn penah kenang saya lagi..law awak btol2 sayangkan saya...doakan lah kebahagiaan saya.. saya juga ikhlas mendoakan kebahagiaan awak...

"1 peluang je alya..plezzzzzz"

jgnkan 1.....setengah pun saya xingin bagi kat awak dah...sudahlah..segalanya antara kita dah berakhir...seikhlasnya saya hnya mnjadi diri saya sendiri..jgn merayu seperti org yg takde harga diri...saya hormat awak sebagai insan yg prnah saya sayangi..yg prnah saya hargai...namun...kini bkan awak lagi..maaf.............saya dah lama maafkan awak..hidup baik2 awk lepas neh..hidup bahagia ya...saya xbnci awak...cuma..sy xmmpu menerima awak mcam duLu2...=)

saya bahagia sekarang.....=)  

 
Bila aku boleh meminta..
aku ingin tahu semua...
apa yang ada di hatinya untukku...
semakin aku mengenalnya...
semakin aku xbisa lepas darinya...
Tuhan....
kupasrahkan diriku untuk menerima
semua jalan hidupku ini..
mengikut apa saja jalan yang KAU tunjukkan kepadaku...


P/S:Seindah2 cinta..adalah bilamana kita mencintai Allah sepenuh jiwa & raga..^.^

 

Kata-kata Imam Al-Ghazali

"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"

Ku harap mekar di hati,
Agar persahabatan suci ini,
Kan terus mantap,
Menjadi syafaat,
Terukir indah di pintu Jannah.

Kata-Kata Saiyidina Ali r.a

Temanmu yg sebenarnya,
ialah orang yang ada bersamamu,
dan orang yang menyusahkan dirinya,
supaya ia bermanfaat kepadamu,


>TIGA TAHAP PERSAHABATAN :

Persahabatan kerana Allah
Inilah sebaik-baik persahabatan.Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata.Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t. Akan tetapi,persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus,semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik,sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia.Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar.

Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah :

1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat,mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala.
2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala.
3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya,mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.

Persahabatan tabii
Persahabatan yang tidak ada hubungan dengan persahabatan kerana Allah.Ia persahabatan biasa kerana urusan keduniaan.mereka boleh mengasihi satu sama lain kerana mereka saling perlu memerlukan untuk kelancaran urusan duniawi mereka semata-mata.

Ertinya tiada niatkan kerana Allah Taala.Sesuatu amalan yang tidak diniatkan kerana Allah hanya akan menjadi adat sahaja dan tidak berpahala pula.Apa pun,persahabatan ini haraplah dapat ditingkatkan kepada persahabatan tahap pertama tadi.

Persahabatan yang tercela
Inilah persahabtan yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan kita.Bukan sahaja tidak berpahala malah berdosa pula.Yakni ia bersahabat dan mengasihi seseorang kawan kerana kawannya itu setia membantunya melakukan kezaliman dan maksiat kepada Allah Taala.Mereka sama-sama bersahabat tetapi sahabat yang mnganjur berbuat kemungkaran serta kefasikan.Sebenarnya dalam keadaan ini mereka turut bersahabat dengan syaitan laknatullah.

Seperkara harus diingat,walaupun mereka nampak intim dan serasi dalam persahabatan yang penuh mungkar dan keji itu,di akhirat nanti mereka akan saling bermusuhan,bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain."Sia-sia aku berkawan dengan engkau.","celaka hidup aku kerana bersahabat dengan kamu.","Kerana berkawan dengan kamu,aku dihumban ke neraka ini!".

Allah gambarkan suasana itu dalam firman-Nya :
"....dan sahabat-sahabat(karib di dunia dahulu) pada hari itu(hari akhirat) saling bermusuhan antara satu samalain melainkan orang-orang yang bertaqwa." (Az-Zukhruf: 67)

Oleh itu,siapakah teman,kawan dan sahabat kita hingga ke saat ini yang termasuk dalam kategori persahabatan kerana Allah,persahabatan tabii ataupun persahabatan yang tercela?Renungkan sebuah hadith nabi s.a.w. yang bermaksud,"Seseorang itu di atas agama kawannya".

Wallahua'lam.






Apabila berbicara tentang sahabat....hati alya dipagut rasa pilu...satu persatu kngan bersama mereka bermain-main di ingatan sehingga mghadirkan titis jernih disaat hati mnjadi sebak...
kalian juga pasti merupakan seorg sahabat kan?trfikirkah kita..apa kita btul2 mengerti dengan apa yang dimaksudkan dengan sahabat?
ingatkah kita,kita prnah mlukakan hati mereka sdangkan mereka masih setia mndokan & myayangi kita?
kita biarkan mereka bersedih padahal kita mengaku bahawa kita adalah sahabat mereka?
menghukunm bilamana nereka mlakukan kesilapan sedangkan kita juga begitu?
......Saya dedikasikan tulisan blog kali ini utk sahabat2 saya...
> farah amira,noor farhah rosly,Nurizatie sahid,Nuraimie,ainun nadia,mulzilah,mahendra.yana
saya ini bukan manusia yg sempurna utk tidak melakukan apa-apa kesalahan pada kalian....
saya ini manusia lemah yang tidak lari dari membuat kesilapan...
saya ini manusia hina yg ingin teman seperti kalian..utk mmbimbing jalan2 hdup saya...
saya ini manusia jahil yg selalu myakiti kalian....
saya ini manusia serba kekurangan tanpa nasihat & teguran kalian...
tiada apa-apa yang istimewa tentang saya..melainkan..saya ikhlas menyayangi kalian sepenuh hati saya...
melainkan saya ikhlas meminjamkan bahu saya d saat kalian memerlukannya...
melainkan saya ikhlas brkongsi cgalanya dgan kalian andai kalian memerlukannya..
melainkan saya ikhlas berkongsi kesedihan & kegembiraan bersama kalian...
malainkan saya ikhlas mendoakan kalian di setiap doa2 saya...
melainkan saya berasa sempurna dengan kalian...
SAHABAT-SAHABATKU...
Terima kasih atas segalanya...
terima kasih atas segalanya.....
Terimalah saya seadanya...
Tegurlah & bimbinglah saya bersama kalian ke jalan ALLAH..

"THIS FRIENDSHIP..WILL NEVER END..UNTIL THE GRASS CHANGE TO COCONUT TREE"


Bismillahirrahmannirrahim..
Assalammualaikum W.b.t..
alhamdulillah...akhirnya tercipta jugak belog kedua ni...Yg pertama agak privacy utk dkongsi kerana merasakan itu adalah diari kehidupan saya..sekadar untuk saya dan mereka yg akrab dengan saya.Blog tinta seorang hawa ini sekadar untuk berkongsi sesuatu atau ilmu kepada insan lain.Alya merasakan cara itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang kadang-kadang memilih untuk menanggungnya keseorangan.Kenapa agaknya alya
di saat rindu mengetuk pintu hati yg sedia sepi....

~ mengharapkan keberkatan penghulu segala hari... agar terungkai segala kemelut yang berpaksi... semoga kemesraan bertaut kembali....

Selamat petang CINTA!!!!!!
Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kina
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta
Masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...