Assalammualaikum Tinta seorang hawa.. :)

Selamat membaca kalian2,terima kasih kerana sudi singgah disini.

Aku sering memandang ke luar jendela,sambil tersenyum melihat burung yang terbang bebas sepuasnya.
Bebas,luas & lapang.. Seakan ingin pergi terbang bersama merka melihat dunia yang cukup indah ini..
Oh,tanpa tersedar 2011 akan melabuhkan tirainya hanya tinggal beberapa jam lagi.Selamat berlalu pergi 2011.Bawalah setiap luka & derita ini bersamamu.jangan pernah kembali dan jangan pernah muncul lagi. Terima kasih Ya Rabbi kerana memberi aku kekuatan untuk terus melalui kehidupan ini dengan tabah,redha & pasrah.Terima kasih juga kerana dugaan-dugaanmu membuat aku matang untuk terus cekal melalui duniaMU.

Sambutan tahun baru kali ini amat berbeza sekali berbanding 21 tahun yang lepas,jika selalunya aku akan menyambut tahun baru dirumah,kali ini aku mnyambutnya di Universiti dengan mengulangkaji kerana aku akan menghadapi Final exam.Sejujurnya terasa begitu cepat berlalu dan aku akan meninggalkan sem 3.Selamat Tinggal sem 3 yang penuh airmata & garis2 luka.Moga keputusan masih mampu membuat aku tersenyum dan bersemangat meneruskan semester 4.InsyaAllah.Bercerita tentang sem 3,sedikit kekecewaan dengan sikap & perangai disemester ini membuat aku sangat kecewa meninggalkan semester ini.Maafkan diri ini Ya Allah,Maafkan lia ayah,ibu,kesayangan2ku,sahaabat2 yg sering mendoakan.Ampun yang teramat sangat kerana saya tidak menunujukkan komitmen yang sempurna disemester ini.Namun,dokanlah moga kejayaan itu masih milik saya & untuk semester 4 saya berjanji akan menjadi yang terbaik..InsyaAllah, Amin..

Jom,check it out wajah 2011 saya :


Wajah hujung tahun 2011

 sebelum terlupa,saya sudah berhijrah ke tudung yg besar sedikit dari sebelumnya..hehe

Pertandingan Busana Muslimah :)


Impian menjadi Dj termakbul,Alhamdulillah

Bercerita tentang percintaan,Alhamdulillah..hari ini sudah masuk 2tahun,4 bulan dan 11 hari perhubungan ini.Terima Kasih Ya Allah,kerana untuk beribu ujian yang dilalui,hubungan ini masih bertahan dan semakin mekar.Banyak sikap yang patut diubah.Aku bukan gadis belasan tahun lagi.Kedua-dua kami sudah memasuki 22 tahun pada tahun hadapan.Doakan saja moga hubungan ini kekal kerana aku yakin sungguh dengan pilihan kali ini.Maaf,aku sudah tidak mahu hidup dengan kenangan-kenangan lama yang menyeksa rasa.Pergilah dari hidup aku,kerana aku sudah berazam,lelaki ini adalah yang terbaik untuk diriku.Aku sudah tidak mahu derita kerana pernah hidup dengan rasa menderita kerana luka lama.Berlalulah dan jangan pernah kembali. Kepada sipencuri hati, MOHD ANWAR AZIZAN, terima kasih atas segalanya awak.Terima kasih kerana menjaga saya dengan baik sekali.Terima kasih kerana sehingga saat ini masih mampu menerima kekurangan diri ini. MAafkan segala khilaf2 saya pada awak. Bimbing dan didiklah saya menjadi sebaik2 wanita untuk kita bersama-sama melayari bahtera rumahtangga kelak.InsyaAllah. Saya mahu menjadi permaisuri awak didunia & diakhirat.Ayuh,sama-sama siapkan diri agar kita mampu mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Ayuh sama-sama mencari redha Illahi dalam cinta ini. Ayuh jadikan cinta ini membuat kita dekat pada Illahi.Ayuh sama-sama menyiapkan diri untuk menjadi suami-isteri,ummi-walid,anak2 yg soleh dan solehah untuk semua insan yang ditakdirkan dekat dengan kita.Ayuh awak..Bimbinglah saya & sama2 kita berubah kearah jalan yang lebih diredhai Allah.ayuh...


Bercerita tentang persahabatan & ukhuwah,Alhamdulillah..aku bersyukur kerana dalam meniti hidup ini aku masih dikurniakan dengan sahabat2 yang sangat hebat Dan baik sekali.Mereka hadir ketika aku ditinggalkan oleh 2 orang sahabat yang sangat aku sayangi.Namun,Allah maha adil kerana mengaantikan bukan 1 tapi ramai yang mengisi ruang kosong insan-insan itu.Tidak apala.Pergilah.kerana saya ini bukan sahabat yang layak untuk kalian.dan yang membuang saya dari hidup kalian itu,adalah kalian sendiri.Terima kasih sekali lagi.Terima kasih pada kalian yang sudi hadir dan berusaha mengisi hari-hari ini dengan senyuman dan kerana mengajar diri untuk memahami diri seorang aku ini.Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.Terima kasih sahabat2 yang masih setia disisi.terima kasih kerana masih sudi menerima diri ini seadanya.terima kasih kerana meminjamkan bahu & telinga saat saya memerlukan kalian disisi.Terima kasih kerana mnyambut tangan ini dari jatuh dalam ruang penderitaan yang sangat dalam.Terhutang budi rasanya pada kalian.Terima kasih..terima kasih..dan sekali lagi..terima kasih :

Nurizatie Sahid,Nuraimie,mahendra,ervinar,suriyanti- sahabat zaman kanak2ku.. :)
Noor Farhah,Ainun Nadia,Bella,Yana-Sahabat yg selalu disini..
Meera syamira,Mone-mone,norazrita,kak cik nonet-kerana diri kalian begitu berharga..
Terima kasih Untuk segalanya.. :)
I love You all because Allah Taala..Hingga Hujung nyawa..

ini kak cik nonet n mone2 saya.. :)

Mone,ita & meera

Ini Cik Ainun saya yg jelita :)

Sahabat saya,dari kecil2.. :)

 Si cantik yana..

Sebelum terlupa,ingin aku memohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala khilaf yang aku lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.Ampun yang teramat cangat.Kerana aku juga seperti kalian yang belajar dari kesilapan..Halalkan makan minum aku jua andai sepanjang mengenali aku,aku pernah termakan,terminum terambil apa jua dari kalian.Maaf yang teramat cngat dunia & akhirat yey..!

Selamat menjelma 2012,Semoga ada seribu kemanisan yang menanti aku dihadapan sana. InsyaAllah,amin :)

Nota Hati : ~..Dalam urusan dunia, jika kita BERKASUT..pandanglah orang yang BERSELIPAR..jika kita berselipar, pandanglah orang yang BERKAKI AYAM..ia akan menjadikan kita sentiasa BERSYUKUR atas apa yang kita MILIKI..~

~> Usah kamu dongakkan di atas, tundukklah ke bawah..nescaya kamu akan merasai ada orang yang LEBIH SUSAH darimu..(✿◠‿◠)





Assalammualaikum.. ^.^



Melalui detik kehilangan saat aku mula mengenal erti remaja membuat aku mulai takut pada apa yang bernama kehilangan.Apatah lagi kehilangan insan yang amat kita sayang.Tempat untuk aku menumpang kasih,mengadu,menangis dan sebagainya.Hanya yang pernah melalui kehilangan dapat mengerti apa itu erti kehilangan.yang hilang tetap hilang dan yang hilang itu cuma ada satu didunia ini..
walaupun kadang-kadang mungkin ada yang mengganti,akan samakah dengan yang telah hilang itu?jawapannya tidak bukan...!inilah hakikat alam..sampai satu ketika,yang bermula akan ada akhirnya,yang datang pasti akan pergi & yang bertemu pasti akan berpisah.. :(

Kehilangan itu adalah takdir,ada kehilangan yang menyebbkan seorang anak tanpa ayah atau ibu..menjadi yatim piatu,ada yang ditakdirkan hidup dalam kenangan arwah suami atau isteri dan ada pula yang berpisah untuk selama2nya sebelum sempat mengikat kasih..Hanya Allah yang tahu betapa peritnya kehilangan insan yang amat kita sayang,.kesakitan yang tidak mampu digambarkan dalam apa jua bentuk kata sekalipun..

Kehilangan itu membuat aku menjadi perindu sepi,kadangkala bila terasa pedih & sedih aku menangis kerana terlalu merindui..
Khilangan itu juga membuat aku belajar untuk lebih menghargai..menghargai setiap apa yang Allah hadirkan dalam hidup ini..Namun,perasaan kehilangan yang menghantui kadangkala membuat aku rasa ingin berlari & menjauhlan diri..sebab aku takut,saat aku sepenuhnya mnyayangi aku akan ditinggal pergi lagi..

Hampir beberapa tahun aku tidak mahu kembali ke Sabah..Aku tidak mahu melalui tempat-tempat kenangan itu..sama ada suka atau duka,aku tidak mahu melaluinya..bukan aku takut,cuma aku masih merasa arwah nenek itu masih sangat dekat dengan aku..dan sehingga kini pelukan dan ciuman hangatnya masih aku terasa..Melalui keperitan hidup di tempat itu bersama arwah nenek membuat aku takut kembali ke teratak berwarna biru itu..Teratak yang banyak mengajar aku erti hidup..Teratak yang meninggalkan 1001 kenangan bersama arwah nenek yang telah pergi tapi masih hidup dihati ini..Aku tidak mahu melalui kenangan itu lagi..sebab ianya sangat menyeksa & menyesakkan dada.. :(

Aku terkilan,kehilangan seorang yang amat aku sayangi saat aku mahu menempuh peperiksaan terbesar dalam hdup ku..
saat aku mahu mmbuktikan pada nenek yang aku akan berjaya dalam hidupku..ya,nenek pergi..
ya,ramai yang berkata teruskan kehidupan..tp dusta andai aku katakan aku mampu teruskan kehidupan tanpa membawa kenangan arwah nenek bersama..
Arwah itu yang menjaga dan mendidikmu aku sejak kecilku..
arwah itu yang melalui keperitan hidup demi sesuap nasi untukku..
arwah itu yang mendidik aku menjadi manusia yang sederhana dalam hidup..
arwah itu tempat aku menangis bila aku benci dan marahkan sesuatu..
arwah itu yang melayan karenah manja & kedegilanku..
arwah itu tempat aku bergaduh saat kenakalan meraja hati..
Ya,arwah itu pergi tanpa sempat aku membalas segalanya..

Perasaan kehilangan itu..apa rasanya?rasanya seperti apabila kau merindu namun kau tidak dapat memeluknya,menciummnya & mendengar suara pujukannya..umpama kau mengejar pelangi dikaki langit..sejauh mana dan sekuat manapun kau berlari..kau pasti tidak akan dapat menggapainya..

kepada yang pernah merasai kehilangan...
pernah tak..
tengah malam kite terjaga dari tidur..kita tiba2 terasa rindu..rindu yang sangat2 mencengkam..namun rindu itu tak pernah dapat diluahkan..

pernah tak..kita terasa seperti baru semalam dia ada disisi kita..seperti semalam kita baru bercakap dengannya..seperti semalam kita mendengar tawanya..namun bila kite tersedar dari mimpi..rupanya dah lama dia pergi...

pernah tak..kite terasa seperti mahu mencari carinya..namun bila kita teringat dia sudah pergi..kita tiba2 rasa sunyi dan kosong..semakin kita melupakan..semakin kenangan bersama dia datang menggila..

pernahkah???

Pada saat itulah kadangkala penyesalan kadangkala singgah & menyesali segalanya..
Tapi bergunakah penyesalan kita pada saat itu..
Kenangan bersama mereka itu kadangkala pahit,kadangkala perit..Tapi hanya itulah yang tinggal.. :(



Ingat janji kita~~ sanggup datang, sanggup pulang. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi.. tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.



Bismillahirrahmanirrahim..


Assalammualaikum Tinta seorang hawa,
juga salam pada kalian yang sudi menjengah disini.

Maaf kerana masa untuk ruangan ini semakin terhad aku rasakan.
dengan Alasan yang sama,asignment bertimbun.teeeheee..
dan itu jawapan yang jujur sebenarnya.

Banyak benda yang ingin aku luahkan pada tintaseoranghawa,namun terpaksa aku pendam sebab ada yang lebih memerluakan komitmen aku disaat ini,yer,tugasan aku..Maaf.. :(

Terima kasih kepada sahabat, Hidayu haron sebab sudi tag Alya dalam ruangannya..InsyaAllah,alya berusaha untuk menjawab segala soalan ayu dengan sejujurnya & seikhlasnya..InsyaAllah.. :)

Dengan Nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang,


1) seronok tak kena tag macam ni??hehehe

Teehee..alhamdulillah rasa seronok jugak..Tag la lagi yer lain kali :)

2)boleh tau tak, pandangan anda mengenai 'kahwin muda'?

Bagi alya,kahwin muda dapat mengelakkan berlakunya maksiat.Maksiat dari segi hati atau yg sebaliknya yang kadangkala tanpa kita sedar.Namun,niat kahwin muda tu haruslah betul niatnya kerana Allah s.w.t dan sekaligus ingin menjauhkan maksiat .Disamping itu,kena tanya diri dan hati,mampu ke kita nak hadapi alam rumahtangga yang sangat-sangat memerlukan komitmen sekaligus memegang tanggungjawab yang besar.Kahwin bukanlah sesuatu yang mudah semudah kita menyebutnya.Dunia perkahwinan yang kita impikan selalunya tidak seindah yang kita bayangkan.(ceh,macam ada pengalaman kan?)xla,ini berdasarkan perkongsian rakan2 sebenarnya..Ramai yang mengatakan alam perkahwinan itu tidak seindah seperti yang kita lihat dalam drama2 melayu atau cerita2 cinta yang lain,dan situasi bercinta sebelum dan selepas kahwin adalah sangat2 berbeza sebenarnya.bagi Alya,nak kahwin muda xpee..baik sangat,asalkan dah penuh ilmu didada dan tanya diri,mampukah kita melayarinya..alya memilih untuk kahwin dalam usia sederhana muda around 24-25..sebab alya nak jalankan tangunggjawab bagi ibu & ayah naik haji dulu & jaga masa tua mereka..bila dah kahwin,alya tkot komitmen pada suami & anak2 mmbuat alya lupa tangunggjawab pada mereka.apapun,semuanya brgantung pada pendapat dan takdir masing-masing kan.... :)



Bak kata Ustazah Fatimah Syarha,

Apa yang Allah haramkan sebelum kahwin, sekejap saja. Sabarlah sekejap! Dah kahwin nanti, yang halal amatlah luas. Yang halal lebih indah kerana benaungkan redha Allah :)

3)apa kata-kata motivasi yang menarik buat anda?


“Man jadda wa jada!” - Sesiapa yang berusaha, pasti dan pasti, dia akan mendapatkannya~ Pasti!



4)siapakah artis nasyid kegemaran anda?

U.N.I.C




5)nama2 Islam yang paling anda rasakan cantik dan mempunyai makna yang baik?

ANWAR-cahaya (ceihhh)
Aliya ===Tinggi, yang paling mulia
Hawaliah - pemelihara
cehhh...Pulun x?

6)pekerjaan yang paling anda kagumi selain tenaga pengajar?

Pendakwah,pakar motivasi (cita2 saya)



7)satu perkataan yang terbaik utk anda describe mengenai kawan baik/tunang/suami/isteri anda?

Terhebat!

8)cara anda merajuk macamana ye?hehe

Mendiamkan diri,teeehheeee... :)


9) 2 benda yang paling penting dalam hidup anda?

1. Al-quran,
2. ILmu :)

10) antara sejarah dan matematik, mana pilihan anda?

Sejarah..teeehheee,..pnah brcita2 mnjadi lawyer kot.. :)
xbape suka math sbb memg xsuka main angka,suka baca2 ja..tp,bila pregnant nnti nak blajar math bnyak2..nak anak pandai dlam semua bidang..insyaAllah(pesanan khidmat msyarakat dari ibu)

11) kata-kata semangat utk ayu??hehe

Your are responsible for Your own success!!

sorry ayu if Jawapan xmemuaskan hati..maaf cangat2..apepon tankz tag al..
assalammualaikum :)
Bersangka baik, walaupun terkadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Kerana orang yang berburuk sangka akan tersiksa dua kali, hakikat dan hati :)


Lalu, diketika saat-saat dirimu dan diriku diuji~ sudi apalah kiranya kita rehatkan hati :)


Assalammualaikum Tintaseoranghawa...
Aku kembali ke ruang ini menghela nafas berat sekali.. 
aku masih mencari kekuatan hati dari kekusutan demi kekusutan
yang kulalui saban hari..
Kekangan masa & assigment yg bertimbun membuat aku terpaksa melupakan hasrat untuk berkongsi cerita disini..
Hati jangan mengada-ngada sangat boleh X?
kehidupan mana yang tidak pernah ada kesulitan bukan?
Jadi Hati..bersabarlah..

pada kalian yang sudi membaca dan meninggalkan jejak disini,terima kasih..
maaf andai terlalu banyak kisah duka disini.. 
pada kalian yang ingin berkongsi..Terima kasih,moga kalian diberkati.. :)

Tintaseoranghawa,
Sepanjang bulan ini..aku diuji dengan hebat sekali.
Kehilangan sahabat baik...
dikhianati oleh insan yg sangat aku hormati
Mangsa keadaan kawan sekelas sendiri..
Serta insan sekeliling yang menguji hati...

Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya rasa ini..
Hanya Allah yang tahu betapa pedihnya hati ini..
Hanya Allah yang tahu betapa aku terjatuh & aku gagahkan diri bangkit kembali..sebab aku tahu,tiada siapa akan menyambut tangan ini untuk bangkit melainkan diri sendiri..

Malam yang kulalui berteman airmata & doa yang panjang kepada sang pencipta membuatkan aku terus tabah meneruskan hidup demi insan yang masih memerlukan diri ini..
kadangkala,walau betapa sakit hati ini..aku sudah gagal untuk menitisan airmata..knpa?
sebab..airmata sudah kering dengan perbuatan-perbuatan manusia.
Adakalanya sementara menunggu subuh tiba,aku tertidur diatas sejadah...
& aku disajikan dengan mimpi yang indah sekali..
sebab itu sekarang aku sangat memilih untuk terus tidur diatas sejadah..Aku mahu mimpi2 indah itu lagi..
wajah-wajah bersih & bersinar didalam mimpi itu sangat menenangkan.. tersangat & teramat.. :)


sebelum terlupa,ingin aku mengucapkan salam awal muharram kepada semua..
apa azam tahun baru anda?hehe..
Aku tidak mengharapkan apa-apa cukup andai aku menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya..
dan cukup andai aku btul-betul berubah mnjadi sebaik-baik muslimah walau tidak sesempurna srikandi-srikandi pejuang agama..
dan aku mahu mlupakan segala kisah duka itu..
memulakan segalanya seperti sediakala dan brharap akan ada sinar bahagia walau sekelumit untuk aku.. :)
insyaAllah...
melupakan segalanya bermakna aku harus melupakan mereka..biarlah..biar Allah mengadili segalanya..
andai memg benar aku yg bersalah aku mahu terus bertaubat & bertaubat..
tp jika mereka,aku mohon semoga Allah mnjaga mereka & mgampuni segala silap mereka sebab mereka adlh insn yg pernah mnjadi sebahagian daripada nadi hidupku suatu ketila dahulu..


Mereka2 yg aku sayangi,
aku memilih untuk pergi kerana aku memg ditakdrkan bukan untuk bersama kalian..
aku memilih untuk menjauh sebab aku bukanlah insan yang layak untuk berdiri & duduk sama tinggi dengan kalian..
izinkan langkah kaki ini..& kalian hduplah dengan aman & penuh kebahagiaan..
padamu sahabat,hidup ini kita dihadapkan & diuji dengan melihat pintu-pintu yang tertutup,berjuanglah untuk membuka satu pintu jika kau yakin pintu itu adalah yang terbaik untukmu..Doa dari kejauhan ikhlas selalu untukmu..
padamu kakak,terima kasih kerana pernah membawa erti kasih sayang seorang kakak buat diri ini,yang membuat aku pernah berasa bahagia seketika kerana Allah memberi aku peluang untuk punya kakak dalam seumur hidupku..Terima kasih yang tidak terhingga..Doa setulus hati aku panjatkan pada Illahi moga Allah mempermudahkan segalanya untukmu dalam hidup ini.. insyaAllah.. amin.. :)


saya pergi kali ini..Tanpa dendam...
mohon doa daripada sesiapa yang sudi untuk mendoakan agar Allah selalu membimbing diri ini kejalan yg Allah s.w.t redhai..Saya bercita-cita mahu membela Agama & bangsa..dan saya sedang mempersiapkan diri kesitu..amin... :)






BICARA HATI :pernahkah kalian rasa seperti ingin membuang jauh keinginan untuk mengambil tahu kerana bimbang hati lebih terdera melihat semua itu?Ya...itu aku barangkali.. ^.^



Assalammualaikum...



Tinta seorang hawa..Terima kasih kerana masih memberi hati dan jemari ini untuk terus mencurahkan isi hati disini.
Juga pada kalian yang sudi singgah dan berkongsi rasa ini seterusnya...
Doakan saya menjadi seorang hawa yang kuat dalam hidup ini..InsyaAllah..

Mengahadiri ujibakat sebagai Dj radio baru-baru ni memberi satu pengalaman baru dalam hdup aku..aneh rasanya berada di konti..Mengharap moga aku terpilih..InsyaAllah..amin..

Tintaseoranghawa.. :)

dugaan demi dugaan yang menyapa diri kebelakangan ini membuat aku menjadi queen of sleep untuk seketika..kusangkakan bekerja di tapak pembinaan itu amat penat,namun kini aku sedar..menjadi seorang pemikir masalah itu sebenarnya lagi memenatkan.hasilnya,aku sering saja tidur & mghabiskan masa yg brlalu dgn memikirkan setiap masalah2 yg menerpa.Mungkin dugaan yang menimpa kali ini terlalu sukar kurasakan.apatah lagi bila ianya melibatkan insan-insan yang pernah aku sayang dan hormati dlam hdup aku.salah siapa?

aku tidak ingin menuding jari kepada siapa-siapa.Puncanya mungkin kerana diri sendiri atau mereka.Ahhhh!tidak guna rasanya menuduh siapa-siapa.aku rasa andai aku tegakkan kebenaran sekalipun.mereka tidak akan percaya dan aku memilih untuk diam dan mengalah.Itu yang terbaik rasanya.Aku tidak tahu mengapa manusia sering buta kerana cinta dan seterusnya menuduh insan yang menyayangi anda cemburu kononnya.Sebagai sahabat,aku hanya mengadu,aku rasa tersisih.Dan akhirnya itu menjadi punca berakhirnya sebuah cerita kita.Mudah kan.Mudahnya membuang seorang sahabat dalam hdup dan kemudiannya kau menulis tentang dia seolah-olah dia tidak pernah menjadi sesuatu yang berharga dalam hidupmu.

Bila aku mintak masa untuk menyendiri,aku dikatakan memberi alasan.Sedangkan berapa kali aku tegakkan aku ingin kembali mencari jalan.Mencari jalan setelah simpang kehidupan yang melalaikan aku masuki dan aku ingin pulang ke pangkal jalan.Adakah mencari Allah itu alasan?sungguh aku tidak paham sebenarnya.Kau sebenarnya yang tidak sedar,kau terlalu memuja lelaki itu tanpa kau belajar dari pengalaman masa lalu mu.Tanpa kau ingat seorang lelaki itu terlalu pandai menabur  janji dan pergi setelah apa yang dia ingini dikecapi.

sewenangnya kau menyakiti seakan kau begitu pasti yang lelaki itu tak akan menyakiti.Sewenangnya kau membiarkan aku pergi tanpa kau ingat kau pernah berjanji.Sewenangnya kau melepaskan status sahabat kerana merasakan dia yang terhebat.Aku terkedu kawan..!aku berjalan tanpa arah dan mencari jalan bagaimana harus aku jelaskan semuanya..Aku berhenti disuatu persimpangan dan menangis disitu semahunya.Semahunya sehingga ketika ini airmata ini sudah kering untuk mengalirkan airmata lagi.Bukan mudah menerima.bukan mudah menelan hakikat sahabat yang satu ketika dahulu adalah segalanya pergi begitu sahaja tanpa rasa apa-apa.

CEMBURU..?untuk apa aku harus cemburu..Tersisih dan cemburu adalah berbeza kawan..!
berapa kali harus aku ulang..Perbuatanmu membuat aku berasa begitu tersisih..Lihat sahaja tulisan dilaman hati mu..Segalanya tentang cinta dia..Kau terlalu memuja cinta manusia itu sedang berapa kali ingin aku katakan dahului cinta Allah dalam hatimu.Kelak kau tidak akan terluka lagi.Aku sakit melihat kelukaanmu membuat aku takut bila melihat kau terlalu memuja dia.Hanya kerana itu.Bukan aku cemburu..Terpulang andai kau katakan ini alsan lagi..Terpulang kawan..!
Dan aku masih disini..Tertidur saat aku terlalu penat menangis.. :( Rindu yang teramat padamu kawan.. 
Doa mnjadi pengganti diri ini untukmu..Wasalam..












p/s:Bila kau senyum dengan anggapan semuanya baik, maka simpanlah senyuman itu kerana senyuman itu sebenarnya yang menjadikan apa yang dilalui adalah baik dan terbaik.. :)
Kadang-kadang saya sedar..Senyuman saya sudah tidak mampu menutup rasa hati.. :)




Tak ada kebahagiaan yang sempurna di dunia ini .. hanya rasa syukur saja yang kan membuat kita mampu untuk  menjalani dan menikmati ..
Tak ada pelangi yang terindah .. selama hujan badai belum menerpa bumi ..meski cinta sejati tak termiliki .. namun kan selalu terjaga di hati ..
Disebalik Tawa ada kesedihan, 
di balik sedih ada juga tawa 
semua kehidupan di dunia ini hanyalah fana… selalu ada sebuah kerahsiaan , 
besok, ataupun nanti kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi…. yang penting 
jalani hidup dengan keyakinan dan tak kenal putus asa….


Terkadang,,kesepian datang dalam hidup dan tak kunjung pergi.
 Hidup terasa hampa tak punya arah. Semua yg datang hanya singgah sebentar lalu pergi.
 Dalam kesepian kita terus termenung sebelum akhirnya menemukan kebahagiaan..


Lamunan senja dalam derita,, 
seakan menumpuk luka dalam remangnya reruntuhan cinta,, 
yang terbalut oleh kelamnya puing-puing kerinduan,
sehingga! Kasih sayang yang terbina,, seakan hancur dan terdampar bagaikan pohon 
yang rapuh termakan oleh usia....

Pegang tanganku,. tetap iringi setiap langkah kakiku….
Jika ,
suatu saat di perjalanan nanti kau temukan yang lebih baik dariku,Jangan ragu 
untuk tinggalkan aku…….


Bila bulan & bintang itu indah, katakanlah dia indah.
Bila malam & siang itu ada katakanlah,mereka itu ada.
Bila Adam & Hawa Itu Tercipta sebagai sepasang kekasih,katakanlah 
AkU…………..TERCIPTA UntuK Mu…………..

P/s:rindu yang teramat Padamu Pemilik rusuk kiri.. :)




Assalammualaikum Tinta seorang Hawa.. :)
Juga pada kalian yang selalu singgah pada tarian tinta seorang gadis biasa ini..Terima Kasih.. :)

Hujan membasahi bumi serdang lagi.Kesejukan yang menggigit membuat aku memilih untuk terus diam disini.Aku sukakan hujan kerana hujan seringkali membuat aku menjadi seorang perindu sepi.Hujan juga sering membuat aku insan yang selalu bermuhasabah diri.Kadangkala airmata yang turun apabila mengenang dosa semalam sama lebat dengan hujan yang seakan tidak mahu berhenti.Tuhan,bimbing langkah kaki ini kejalan yang kau redhai.. :(

Kenapa rindu ku kali ini pada pemilik rusuk kiri sedangkan aku tidak tahu siapa empunya diri..?
Ya Rabbi..apakah petanda ini...Pemilik rusuk kiri ada sedikit kata-kata untuk anda disini..


Wahai pemilik Rusuk kiri..Aku kini sedang berusaha untuk menjadi hawamu yg akan membahagiakanmu suatu hari nanti..Aku juga sedang berusaha mempelajari segala ilmu agar aku mampu mnjadi isteri yang akan selalu mampu untuk menolongmu dan sebagai bekalan agar aku akan menjadi isteri yang kau redhai..juga ibu yang akan mendidik anak-anaknya untuk membesar menjadi pejuang agama islam..Wahai pemilik rusuk kiri,apa yang sedang kau lakukan sekarang..Semoga Allah selalu merahmati & kau juga seperti aku yg mempersiapkan dirimu untuk membimbing aku kejalan Allah s.w.t.. :)


Pemilik Rusuk kiri....
saya belajar untuk ubatkan hati yang menderita.
saya belajar untuk tahu bahawa menunggu itu bukan sengsara.
saya belajar untuk setia pada yang Esa..Kerana hanya dia yang mengetahui rasa didada.. :)





Assalammualaikum Tinta seorang Hawa.. :)

Juga pada semua yang sudi singgah pada ruangan Tinta hati ini..Terima kasih..

Kalian,apa yg aku rasai sekarang,tidak semua orang pernah melaluinya..Aku dihina,diperli & terus-terusan disakiti oleh insan-insan yang aku sayang hanya kerana aku bersaiz XL.Hanya Allah yang tahu rasa ini namun segalanya aku simpan kemas-kemas dan pendam didalam hati.Aku sedih sebab mereka lebih menghargai kecantikan daripada kebaikan.Aku sebak sebab mereka butakan mata betapa bahagianya aku begini.Pernah satu ketika aku dihina dengan dahsyat sekali sehingga aku terduduk menangis.Ingin sahaja aku menjerit & meraung pada mereka.."aku tidak pinta untuk jadi begini lah..Tapi aku yakin Allah ada sebab mengapa Allah takdirkan untuk aku bersaiz XL pada hari ini..YA..!aku percaya Allah ada sebabnya..
 
 
Dengan keyakinan itulah aku terus hidup.Dengan perasaan menghargai dan sekurangnya aku sempurna anggota. Aku harus kuat dan tabah sebab ada yang lebih teruk dari aku.Bukan aku tidak pernah berusaha tapi aku sudah puas mencuba.Tapi Allah masih tidak makbulkan doa ini.Kerap aku merintih,kerap aku memasang angan-angan sehingga kadang-kadang aku tersentak dari lamunan yang aku tidak berpijak dibumi yang nyata.. :(.Dan seterusnya aku hanya mampu menangis.Bohong andai aku cakap aku mampu pekakkan telinga dengan setiap hinaan manusia..Bohong andai aku ckap aku akan selamanya tabah jika berterusan dihina..Aku xmgkn mampu sebab aku manusia biasa yang punya naluri & perasaan..!

Kenaikan berat mendadak sejak aku berhenti sukan..Jujur..aku terlalu rindukan padang..Sebab aku pernah memgang gelaran ratu padang..Aku rindukan trek..Aku rndu nak berlatih macam dulu2..Tapi dengan berat badan sekarang..Aku tak pikir aku mampu.. :(.Tapi....
 
 
Kali ini aku nekad...
Nekad untuk menurunkan berat badan Ini..
bukan untuk nampak cantik...
bukan untuk nampak bergaya...
bukan untuk berbangga-bangga..
Tapi hanya dengan satu harapan Moga masalah yang aku alami sekarang dapat diatasi..
Moga Allah dengar doa aku kali ini..InsyaAllah amin..
 
Pada yang sudi mendoakan..Doakan saya..Terima kasih..
It's ME.. :) (now)    

moga ada sinar untuk saya selepas ini.. :)
Ya Allah..dengarlah doa hambaMU ini.. 

P/s :Start berdiet hari ini 26 october 2011 (rabu)








Assalammualaikum...


Lega satu asignment sudah berjaya disiapkan dengan jayanya.Asignment historiografi melayu.Satu subjek yang betul-betul mencabar mata aku apabila berada dikelas.Sebabnya bait-bait katanya selalu membuat mata ku berasa sangat-sangat terbuai..Ngeee..Alhamdulillah..Nak lupakan seketika asignment lain yg masih bertimbun nun..Nak meluahkan sedikit rasa disini Sebelum melelapkan mata & andai dipanjangkan umur aku mahu tetap menempuhi hari esok dengan tabah...

Ramai yang bertanya..Tidak kurang yang seakan kurang percaya.,Kenapa gadis yang suatu ketika dahulu tersangat nakal,tersangat bising,tersangat jahat mampu menjadi seorang gadis yang pendiam,berpendidikan,dan seperti yang kalian lihat sekarang.Mungkin mereka-mereka ini tidak pernah mengenali satu ayat ini..

"Manusia itu mampu berubah sekelip mata"

Dulu masa zaman sekolah aku bukan dalam kategori wanita yang HOT dalam kalangan lelaki..Tapi aku HOT sebab selalu naik pentas ambil hadiah..Classmate aku masa form 4 & form 5 semuanya perempuan dan aku akui mereka semua cantik-cantik belaka.Aku hnya gadis comot yang tak kenal pun pencuci muka ataupun cream muka..Tapi secomot-comot aku,aku gadis yang paling tinggi impiannya dalam kalangan mereka sebab aku yakin tidak semua perkara didunia ini kan terjadi dengan hanya sebab & ukurannya cantik.

Siapakah aku pada zaman itu janganlah jadikan ukuran untuk mengenali siapa aku untuk ketika ini.Aku tetap sama seperti dulu,mengakui kalian sebagai kenalan jika memang pernah aku mengenali kalian..Aku mula perasan sedikit sikap mereka..Dulu masa aku tiada apa-apa aku bukanlah antara insan yang penting dalam diri mereka..Tapi bila melihat aku pada hari ini mereka begitu ramah dengan aku.Memuji aku melambung-lambung sampai satu saat aku hampir perasan hidung aku besar sebelah.Terkejut sebenarnya sebab kalian satu ketika dulu adalah insan-insan yang pernah memperlekehkan aku.Mungkin secara jujurnya aku sudah ikhlas memaafkan kalian tapi untuk memadam bekas torehan yang pernah kalian tinggalkan aku masih perlu mengambil masa.Ikhlaskah aku?

Dengan impian aku teruskan hidup aku.Sejujurnya jugak siapa aku pada hari ini adalah selepas aku bangun daripada jatuh kerana kalian.Terima kasih sebab kalian juga adalah penyumbang terbesar untuk berdirinya aku pada hari ini. Pengalaman yang kalian berikan membuat aku terus gagah meneruskan langkah dan mencapai impian aku sedikit demi sedikit.Sedikit bicara ingin aku katakan pada pembaca blog ini..Kalian jangan terkejut andai kawan yang satu ketika dahulu kalian hina dan caci semahunya akan berdiri dihadapan kalian sebagai perdana menteri suatu hari nanti..Kalian jangan terlalu bangga dengan kepandaian kalian sebab tidak mustahil insan yang kalian pandang rendah suatu ketika dahulu adalah pengarah dalam syarikat kalian..Sebab Allah itu telah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya..

Pembaca tinta seorang hawa..
Yang mampu mengubah nasib Dan keadaan diri kita pada hari ini hanyalah kita sahaja..Jika ada yang memandang rendah pada kalian hari ini,jadikan ia sebagai pendorong untuk kalian buktikan pada dia yg dia telah silap dalam menilai kalian..Berpijaklah atas kaki sendiri tanpa mengharap bantuan sesiapa melainkan Allah s.w.t.. :)


~Allah tidak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu,matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan KEMUDAHAN bersama kesulitan, RAHMAT dalam ujian, GANJARAN buat kesabaran, KETEGUHAN dalam perjuangan..Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan...~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...